Oleh Sofi Wahab
Sebelum perbicaraan sebenar berlangsung Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri N
izar Jamaluddin telah tewas setelah Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah Tertinggi di negara ini menolak permohonan Nizar supaya rayuan tersebut didengar oleh panel 11 hakim atau anggota panel hakim ditambah
.
Ternyata kita sudah boleh membayangkan apa keputusan perbicaraan tersebut yang sedang berjalan sekarang.
Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.
Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk memutuskan siapa Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.Sejak rompakan kuasa di lakukan oleh BN yang diketuai Perdana Menteri beberapa bulan lalu kemelut politik Perak menjadi tidak tentu hala dan caca marba.
Segalanya bukan lagi satu tetapi semuanya 2. 2MB, 2 exco, 2 Speaker dan sebagainya. Semuanya gara-gara BN tamakkan kuasa.
mahkamah akan menentukan siapa MB yang sah. Saya sendiri tidak menaruh harapan yang besar kepada keputusan mahkamah esok. Semua orang kampung sudah tahu keadaan dan situasi serta ketelusan sistem kehakiman di Malaysia. Yang ini saya tidak mahu mengulas, tuan-puan boleh fikir sendiri.
Namun bagi saya apa pun keputusan esok ianya tidak akan dapat menghapuskan 'dosa' rompakan kuasa tersebut. Rakyat Perak tidak akan memaafkan kepala perompak dan 3 orang penyangak yang menyebabkan politik Perak menjadi berkecamuk seperti sekarang.
Saya yakin hanya satu jalan terbaik untuk selesaikan isu ini iaitu bubarkan DUN serta merta.
Sebab itu sesiapa pun yang akan dinamakan sebagai Menteri Besar yang sah esok, saya sarankan mengadap Sultan serta merta dan pohon perkenan supaya DUN Perak dibubarkan.
Dengan cara itu Insya Allah kemelut ini akan berakhir!!!!
http://mutaligat.blogspot.com/