Pelajar Islam Kampuchea/Vietnam di Insaniah, Kedah mohon rayuan kewangan
Date: Thursday, November 05 @ 22:55:18 PST
Topic: Berita


Seramai 43 orang pelajar Islam berketurunan Kampuchea dan Vietnam yang menuntut di Kolej Universti Insaniah Kedah (KUIN) mohon bantuan kewangan dari seluruh masyarakat Islam di negara ini bagi menampung  kos yuran pembelajaran dan makan-minum mereka di sini.



Menurut Setiausaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail bahawa pihaknya telah mengadakan beberapa kali pertemuan dengan para pelajar Islam dari negara Kampuchea dan Vietnam yang belajar di KUIN dalam usaha untuk mendekati dan membantu mereka (pelajar-pelajar) berkenaan yang menghadapi kesulitan kewangan.

Maklumat diperolehi oleh kami (Pembela), kini seramai 38 orang pelajar Kampuchea dan 5 orang Vietnam belajar di KUIN. Majoriti mereka mengambil pengajian dalam bidang  usuluddin, syariah, bahasa arab dan akauntansi. Kesemua pelajar tersebut  adalah terdiri dari kalangan yang tidak mampu dari segi kewangan kerana terpaksa membiayai wang poket sendiri untuk belajar, di samping dari keluarga yang susah, katanya.

Basir berkata, sekurang-kurang seramai 28 orang pelajar berkenaan yang masih gagal untuk menjelaskan yuran pengajian semestar yang dianggrakan berjumlah RM 20 ribu. Ini menyulitkan mereka untuk menduduki peperiksaan serta menganggu fokus mereka terhadap pelajaran.

Sehubungan itu, Pembela mewakili para pelajar berkenaan ingin merayu kepada orang ramai yang berkemampuan supaya tampil menghulurkan bantuan ataupun sumbangan kewangan bagi menampung kos pembelajaran mereka seperti yuran pengajian dan makan-minum sehari-harian.

Basir menambah, sumbangan yang dihulurkan tersebut akan disatukan di dalam sebuah tabung khas iaitu Tabung Kebajikan Pelajar Kampuchea dan Vietnam Insaniah, Kedah yang dikelolakan oleh Pembela dan Persatuan Pelajar Kampuchea dan Vietnam Insaniah.

Sementara itu, Nasear Slayman, Pengerusi Persatuan Pelajar Kampuchea/Vietnam Insaniah berkata, majoriti pelajar (Kampuchea / Vietnam) yang belajar di Insaniah adalah terdiri dari keluarga yang daif dan mereka mencari sumber kewangan dengan cara bekerja atau berniaga secara kecil-kecilan di musim cuti pengajian.

“Oleh kerana tempoh masa cuti semester yang pendek ….lebih kurang 30 hari maka usaha untuk mencari duit agak sukar dan terhad,” katanya lagi.

Katanya, walaupun kos pengajian di KUIN tidak tinggi berbanding tempat lain… rata-rata pelajar berkenaan tidak mampu untuk menampung kos pengajian tersebut kerana kesempitan hidup keluarga mereka di negara asal iaitu Kampuchea dan Vietnam”.

“Saya ingin merayu kepada umat Islam yang berkemampuan menghulurkan sumbangan kepada para pelajar dari negara Kampuchea dan Vietnam yang belajar di Insaniah, Alor Setar mengikut kadar kemampuan dan keikhlasan masing-masing”.

Nasear juga memberitahu bahawa ada menerima wang zakat sebanyak RM 600 bagi setiap orang pelajar dari Kerajaan Negeri Kedah pada bulan syawal lalu.

“Insyaallah… sumbangan yang diberikan, kami akan gunakan sepenuhnya untuk menampung kos pembelajaran di sini”, katanya merayu.

“Kami (pelajar-pelajar) memang mengharapkan bantuan dan sumbangan umat Islam di negara ini untuk meneruskan pengajian dalam bidang Islam di sini sehingga tamat… bila tamat nanti kami akan membawa pulang ilmu tersebut ke negara kami untuk dikembang kepada umat Islam di sana”, katanya yang fasih dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, Pembela menganjurkan dua kaedah bantuan dan sumbangan kepada orang ramai untuk pelajar berkenaan iaitu, pertama, merayu kepada orang ramai menyumbang terus kepada Tabung Kebajikan Pelajar Islam Kampuchea/Vietnam Insaniah.

Keduanya ialah program keluarga angkat, di mana, bagi pihak yang berminat untuk menjadikan pelajar-pelajar berkenaan sebagai anak angkat bolehlah memberi sumbangan tetap bulanan antara RM 100.00 dan ke atas kepada anak angkat tersebut.

Sehubungan itu sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank atas nama MOHD DZOHIR HAMID, No akaun : 1520 6872 2914. Keterangan lanjut bolehlah hubunginya di talian : 019-498 0230 atau BASIR HJ ISMAIL : 017-484 7791, NASAER SLAYMAN

 







This article comes from Detikdaily
http://www.detikdaily.net/v5

The URL for this story is:
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=4640