Fadzil Noor: Mantan Presiden PAS yang Lembik?
Date: Friday, November 20 @ 15:38:45 PST
Topic: Pendapat


Saya paling kecewa dengan pidato TG Fadzil Noor di DBP bersama Dr Mahathir. Beliau kelihatan lembik dan tidak layak untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Sesiapa yang pernah melihat pidato beliau pada malam itu pasti mengatakan pidatonya tidak bermaya. Mungkin beliau tidak sihat sangkaan baik kita.

Memang semasa hidup dan bersama kita, sukar untuk kita menghargai orang terutamanya pimpinan yang tidak dimaksumkan atau tidak dipopularkan oleh media. Apabila tiada barulah kita menangisi mereka. Tulis Pak HAMKA:

'..barang suatu apabila berada dalam tangan, kecacatannyalah yang nampak, setelah dia lepas dari tangan, barulah ingat akan baik...'

Begitulah kita menangisi dan mengenang TG Fadzil Noor. Mungkin ini juga kita mengenang pimpinan yang kita tidak sukai.

Alangkah baik dan bagusnya Dato Husam Musa, Ir Khalid Samad, Ir Saari Sungip, Dr Hassan Ali, TG haji Hadi, Ustaz Nasa dan Dato Mustafa Ali.

Mereka ini adalah barang paling seronok untuk dibenci.. Tetapi jasa mereka mungkin dikenang selepas mereka pergi; mati atau meninggalkan PAS.

Saya amat bahagia kerana masih melihat buku karangan Idelogis PAS yang masuk UMNO, Ustaz Nakhaie masih disimpan dan perlu dikaji oleh Arkib PAS semasa muktamar Pemuda tempoh hari. Ustaz Nakhaie bekas pjuang hak Mujahidin Memali dan seorang pemikir PAS(tahaluf siasi antara hasil idea, begitu Taman malewar). jasa beliau tiada tara nak berbanding kita. Cuma pengkhianatan terhadap perjuangan Islam antara dosa beliau.

Pimpinan bukan untuk dibenci tetapi disayangi dan dibantu.





This article comes from Detikdaily
http://www.detikdaily.net/v5

The URL for this story is:
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=4863