Shafie Apdal : Kedah ketinggalan
Date: Tuesday, January 19 @ 18:28:33 PST
Topic: Artikel


Oleh Afrar Yunus

Shafie Apdal orang Sabah yang dilantik mengetuai Perhubungan UMNO Kedah berkata, di Kedah tidak ada pembangunan. Kerajaan negeri cuma mewarisi pembangunan yang telah diusahakan oleh kerajaan terdahulu.
Mungkinkah Shafie bermaksud, pembangunan telah difaraidkan oleh UMNO dan BN kepada Menteri Besar dan Exco-exco di Kedah



Lembu punya susu sapi dapat nama ? Tak gitu !

Maka Helmi Khalid Setiausaha Akhbar MB Kedah pun memberitahu wartawan bahawa kenyataan Shafie itu melucu, menggelikan dan melawak.

Kata seorang ahli UMNO penyokong Ahmad Bashah Hanifah, Helmi patut berani bertanya Shafie, 'Sabah macamana. Pemimpinnya pandai bercakap dan berpidato. Satu Malaysia sudah merdeka 52 tahun. Kasihan rakyatnya ketinggalan jauh beratus batu di belakang akibat kebangangan pemimpinnya termasuk Shafie'.

Apa kata exco-exco Kedah. Diam tanda setuju dengan Shafie ?

[ Heboh di merata-rata, Exco-exco Kedah unik kerana tidak ada keberanian untuk bersuara ]






This article comes from Detikdaily
http://www.detikdaily.net/v5

The URL for this story is:
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=5734