Oleh Penarik Beca
Bernama melaporkan berita bertajuk "Sudah ada petanda BN akan tawan semula Kedah - Shafie" (komen-komen di sini). S
aya bukan anak Kedah. Tetapi, Kedah sentimental bagi saya. Di negeri itulah saya meningkatkan ilmu fasal pilihan raya, fasal hati nurani orang-orang PAS dan pelbagai perkara yang sangat berharga sejak awal tahun 80an dahulu.
Bagi saya, orang PAS Kedah ada tiga pilihan:
1. Merelai Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu.
2. Terimalah sahaja pemerintahan bukan Umno kini yang tidak ada apa-apa perbezaan dengan pemerintahan Umno atau mungkin lebih buruk lagi. Cakap pandai apa gunanya kalau con man pun boleh tipu dengan mengumpan peluang di Papua New Guinea kononnya. Lesap RM4 juta.
3. Melakukan islah supaya Kedah diperintah oleh orang yang benar-benar serius mahu melaksanakan kehendak perjuangan PAS - maksudnya buat takat kemampuan yang munasabah dan bukan berdalih untuk memberi justifikasi kepada ketidakmampuan yang tidak munasabah (bukan tak mampu, sebenarnya tak mahu). Maqasid syari'ah konon!
Saya nak tanya kawan-kawan di Kedah: Hampa tak rasa letih ka berjuang macam nak mampoih, sampai ceramah pun polis semboq ayaq beracun di Kedah tu, tiba-tiba bila dah perintah sama ja atau lebih teruk dari Umno perintah?
Ka dah letih berjuang ka?
Tak munasabah pulak. Dengan Umno, dengan polis hampa berani nak mampoih siap tendang dada ASP dari atas pentas ceramah PAS, tiba-tiba dengan Menteri Besaq Kedah la ni hampa menikuih?
http://penarikbeca.blogspot.com