DALAM ribut kencang gelora politik Malaysia ketika ini, gener
asi muda wajib memainkan peranan mereka untuk menjana keperkasaan dan kemenangan generasi muda untuk mencapai perubahan politik tanah air.
Politik tanah air kita tidak mungkin akan berubah tanpa kesedaran generasi muda yang tenaga dan fikiran mereka dikongkong oleh parti yang mengamalkan budaya dan tradisi lama seperti yang diamalkan oleh para pemimpin UMNO hari ini. Amalan yang dibawa oleh genarasi UMNO penuh dengan cogan kata sesak dengan slogan fatamorgana.
Langkah pertama untuk merubah kepimpinan Negara Malaysia harus digerak dari sekarang ini oleh genarasi muda sendiri iaitu mendaftarkan nama sebagai pengundi yang sah di mana-mana Pejabat Pendaftaran SPR di daerah masing-masing.
Pengerusi SPR telah memberi tahu rakyat Malaysia bahawa jabatannya gagal untuk mendaftar generasi muda yang berusia 21 tahun sebagai pengundi pilihanraya Malaysia. Percayakah anda yang SPR gagal mendaftar orang muda atau SPR memangnya tidak mahu mendaftar orang muda yang berusia 21 tahun sebagai pengundi Kerana mereka tahu bahawa generasi muda tidak akan mengundi parti dinasti seperti UMNO/BN.
Kita fikir tidak ada jalan lain untuk mengatasi kegagalan SPR untuk mendaftar generasi muda. Hanya AMK dan sayap penerangan di setiap Cabang-Cabang PKR dan Pakatan Rakyat haruslah mula menggerakkan pasukan-pasukan daftar pengundi untuk masuk ke kampung-kampung dan mencari anak-anak muda yang belum mendaftar dan di daftarkan mereka sebagai pengundi.
Dengan keperihatinan kita kepada anak-anak muda ini, kita mampu menarik penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat. Di samping itu, perlu juga di anjurkan program-program untuk belia di tempat masing-masing.
Kita dapat merasakan inilah masanya untuk mendapatkan perubahan dari tenaga muda yang sudah berusia 21 tahun dan ke atas. Merubah tampuk pemerintahan dan sistem pentadbiran Negara Malaysia dapat diubah sejajar dengan aspirasi generasi muda. Perubahan yang amat di perlukan oleh rakyat Malaysia pada hari ini. Perubahan kesatu arah kehidupan yang lebih baik dan berwawasan masa depan generasi muda.
Pakatan Rakyat telah memberikan jaminan bahawa akan mengkaji semula 20 perkara syarat dan keistimewaan Negara Sabah menyertai Malaysia yang kini menjadi isu semasa rakyat Sabah.
Bukan itu sahaja selain mendapat 20% royalti petrol dari Sabah malah Sabah juga berhak dibahagi saham keuntungan perniagaan Petronas kerana Sabah adalah sebagai salah sebuah NEGARA pengeluar minyak. Bukan NEGERI. Kita rasa kita patut untuk menikmati hasil keuntungan itu bersama.
Rakyat Sabah juga mahu menikmati pelbagai kemudahan seperti mana yang telah di nikmati oleh rakyat negeri Selangor. Kemudahan penggunaan air secara percuma, program pengrakyatan ekonomi dan pelbagai lagi kemudahan-kemudahan yang kini di kecapi oleh rakyat negeri Selangor.
Bak kata orang Sabah, rakyat Sabah ‘kepingin’ untuk merasai kemudahan sebegitu rupa. Maka untuk merealisasikan impian dan keinginan ini, kita harus memperkuatkan tekad demi suatu perubahan yang memberikan keutamaan kepada rakyat Sabah khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Adakalanya kita rasa sebagai sebuah NEGARA pengeluar hasil-bumi antara terbesar di Malaysia, merasa agak hairan apabila Sabah tersenaraikan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia. Mengapa dan kenapa, jawapannya ada bersama Kerajaan UMNO/BN!
Untuk memulihkan ekonomi rakyat, maka kita harus berani melakukan suatu perubahan. Kita, rakyat Sabah tidak mahu terus-terusan menanggung segala akibat hasil penyelewengan dan perampokan harta rakyat yang dilakukan oleh para pemimpin yang ada pada hari ini
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN,Sabahkini