Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Login/Masuk
Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Your Account
Minda Lutfi

Mencari alasan, motif sebenar penahanan Dr Asri

Adakah jalan pintas buat Pakatan cipta sejarah PRU13

EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara

'Mukjizat palsu media'

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Wake-up call buat Pakatan Rakyat

Ada yang lebih penting dari keputusan Bagan Pinang

Sembang-sembang dengan Bala dan Kumutha di Bagan Pinang

Perang masa depan dengan zaman silam di Bagan Pinang
Semua...
Pendapat

Kesan Positif Keputusan Mahkamah Kepada PR

Februari: Najib menyerang

Menulis semula perlembagaan

Death of democracy in Perak

Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Memangsakan Islam dan Melayu?

BN Perintah Pulau Pinang Apa Melayu Dapat

Untuk Siapa Zambry Solat Hajat?

Orang Kedah dah letih berjuang?

Aduka Taruna, pembakar gereja dan Nasir Safar
Semua...
Penulis Tamu

Rayuan Di Tolak Hakim Mahkamah Persekutuan

Isu perobohan gerai di Pulau Pinang antara ethno-centric dan undang-undang

Gagal di Kerpan, Kini Di Setiu

Umno Sudah Boleh Tulis Nama Atas Pasir

Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Nik Aziz

Besok,Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai MB Perak

Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita!

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

Wang Ehsan: Pas Pejuang, Umno Dapat, Rakyat Jangan Melepas!
Semua...
Open Artikel

Apa Salah Umno ? Apa Tak Kena PAS ?

Menang pada satu pihak

BILA MENTERI PERTAHANAN ITU NAIB PRESIDEN UMNO

Royalti Minyak & Disiplin PAS

Kafir Malaysia Menghina Allah

Agihan kerusi ikut kuota BN tidak relevan lagi

SPRM Hanya Boleh Siasat Pemimpin BN?

Wabak melanda parti pembangkang

Ada Plot Memalukan Mahathir,Menghina Orang Melayu Dan Negara

Keselamatan Negara Malaysia
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
Security Code: Security Code
Type Security Code

(Register)
Membership:
Latest: SirehJunjung
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6317

People Online:
Visitors: -
Members: 19
Total: 754

Online Now:
01 : esmael
02 : matdin
03 : patriot
04 : bibsprop
05 : silentslayers
06 : wongkero
07 : IzalPutra
08 : katilempuk
09 : mat_laptop
10: abuadil_alkaff
11: alrip
12: wakjeng
13: oktqmail
14: happysokmo
15: bebas02
16: dulu_umno
17: Al-Bahr
18: pas4eva
19: andalas

Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ...
Posted on Sunday, August 23 @ 16:41:17 PDT by dinnoor

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Surat misteri yang dikatakan ditulis sendiri oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock dan rumah mewah Dr Khir Toyo tidak boleh dipandang ringan. Banyak misteri yang perlu diselongkar dan dibentangkan kepada umum bagi mendedahkan konspirasi jahat di sebaliknya



Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim didakwa menjadi aktor penting, bukan saja dalam proses soal siasat Beng Hock, malah membuat pakatan dengan Khir untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Khir dikatakan rapat dengan Hishamuddin selepas pegawai kanan SPRM itu "menyelamatkannya" daripada pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, termasuk aduan yang pernah saya laporkan pada 23 Oktober 2001.

Dakwaan terhadap Hishamuddin memang cukup berat lagi mengejutkan. Integriti SPRM yang sebelum ini sudah pun dipersoalkan kini menjadi taruhan yang paling kritikal. Beliau perlu segera membersihkan namanya dan memulihkan imej SPRM. Oleh kerana surat itu sudah tersebar dengan meluas terutama dalam internet, dan menarik perhatian umum, Hishamuddin tidak wajar berdiam diri dengan hanya menunggu siasatan polis.

Bayangkan, bos no. 2 SPRM Selangor itu dituduh menghilangkan semua bukti yang boleh dikaitkan, antaranya dengan mencari helah untuk tidak memberikan sampel DNA, meninggalkan pejabat pada jam 6.10 pagi 16 Julai 2009 tanpa mengetuk kad perakam waktu selepas menjadi orang terakhir menemui Teoh, dan mengarahkan pegawai bawahannya mengelap kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh.

 Beliau juga dikatakan mempunyai teknik soal siasat tersendiri, dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang saksi atau suspek dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya!

Saya terpaksa menyebut beberapa dakwaan dalam surat berkenaan -- walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya -- bagi menggambarkan betapa seriusnya imej dan integriti SPRM kini. Tanpa integriti SPRM hanya menjadi sendaan awam dan sia-sia sahajalah usaha kerajaan melakukan penambahbaikan kepada BPR dahulu.

Gerun untuk saya mimpikan ... ya, bagaimana jika benar, ada pegawai-pegawai SPRM "memperdagangkan" laporan rasuah yang kita adukan kepada mereka.

Maknanya, segala dokumen yang dikemukakan kepada SPRM dijadikan modal untuk pegawainya "memeras-ugut" secara halus tokoh-tokoh politik terkemuka yang begitu berkuasa khususnya untuk mengagih-agihkan khazanah kekayaan negara. Kes didiamkan jika habuan munasabah dihulur kepada pegawai SPRM berkenaan.

Dokumen dan bukti yang kita serahkan kepada SPRM sepatutnya dijadikan asas untuk satu siasatan lebih profesional, telus dan bertanggungjawab, bukannya untuk dieksploit untuk kepentingan diri. Alangkah hina dan jijiknya jika ada pegawai SPRM yang bertindak sedemikian rupa.

Pengadu bersusah payah mencari bahan bukti, membelanjakan wang dan menghabiskan begitu banyak masa, selain menanggung risiko berat, tetapi ada segelintir pegawai SPRM yang menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam liputan ...

Justeru, ada pihak mendakwa terdapat penguasa (ahli politik berkuasa)yang bermurah hati "menganugerahkan" tanah di lokasi strategik dan bintang kebesaran  kepada pegawai kanan SPRM untuk "menjinakkan" mereka. Mungkin bagi seorang Perdana Menteri, kes rasuah menteri atau menteri besar di bawahnya boleh dijadikan sandaran untuk memastikan "kesetiaan" mereka berkekalan.

Saya cuba mengelak daripada mengemukakan pengalaman saya sendiri ketika berurusan dengan BPR sebagai bukti bahawa badan siasatan itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya bagi membanteras rasuah. Malah dalam banyak keadaan, ia menyemarakkan lagi amalan terkutuk itu; apatah lagi umum mengetahui korupsi merupakan suatu jenayah yang paling sukar dibanteras kerana tidak jelas "siapa mangsanya".

Apa pun, saya mengharapkan kandungan surat misteri itu palsu semata-mata kerana tidak sanggup membayangkan bagaimana masa depan negara ini jika SPRM boleh berkomplot dengan penjenayah rasuah! Hishamuddin perlu tampil menangkis tuduhan itu, jangan biarkan hanya Khir berbuat demikian. Isunya bukan masalah peribadi Hishamuddin tetapi kedudukan SPRM itu sendiri.

Semasa menyiapkan artikel pendek ini, tiba-tiba orang kawan lama yang pernah menolong saya membongkar kegiatan rasuah memaklumkan melalui telefon: "Lutfi, aku boleh tunjukkan tanah-tanah sebuah agensi kerajaan negeri yang dianugerahkan kepada empat pegawai atasan SPRM, dengan harga murah."




 
Related Links
· More about Minda Lutfi
· News by dinnoor


Most read story about Minda Lutfi:
Gimik kedua Najib sekali lagi gagal ...

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

"Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ..." | Login/Create an Account | 2 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ... (Score: 1)
by syahnabil on Monday, August 24 @ 09:36:16 PDT
(User Info | Send a Message)

 

 Rosaklah teruklah sistem keadilan negara kita apabila perkara ini berlaku, apa yang perlu ialah masyarakat perlu berubah dan tidak hanya tunggu dan lihat sahaja....marilah kita memilih kerajaan yang ikhlas bekerja untuk kepentingan rakyat...

  silalah layari..... http://prepaid4u.net/?id=syahnabil [prepaid4u.net]




Re: Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ... (Score: 1)
by cinta on Tuesday, August 25 @ 15:34:13 PDT
(User Info | Send a Message)

salam teman semua...
 minta tolong klik link dibawah....
  http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a [jutawanklik.com]
tolong yer... terima kasih

ISYA ALLAH kita menang malam nie
TAKBIR!!!



design by ethaidesign.com