Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Login/Masuk
Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Your Account
Minda Lutfi

Mencari alasan, motif sebenar penahanan Dr Asri

Adakah jalan pintas buat Pakatan cipta sejarah PRU13

EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara

'Mukjizat palsu media'

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Wake-up call buat Pakatan Rakyat

Ada yang lebih penting dari keputusan Bagan Pinang

Sembang-sembang dengan Bala dan Kumutha di Bagan Pinang

Perang masa depan dengan zaman silam di Bagan Pinang
Semua...
Pendapat

Kesan Positif Keputusan Mahkamah Kepada PR

Februari: Najib menyerang

Menulis semula perlembagaan

Death of democracy in Perak

Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Memangsakan Islam dan Melayu?

BN Perintah Pulau Pinang Apa Melayu Dapat

Untuk Siapa Zambry Solat Hajat?

Orang Kedah dah letih berjuang?

Aduka Taruna, pembakar gereja dan Nasir Safar
Semua...
Penulis Tamu

Rayuan Di Tolak Hakim Mahkamah Persekutuan

Isu perobohan gerai di Pulau Pinang antara ethno-centric dan undang-undang

Gagal di Kerpan, Kini Di Setiu

Umno Sudah Boleh Tulis Nama Atas Pasir

Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Nik Aziz

Besok,Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai MB Perak

Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita!

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

Wang Ehsan: Pas Pejuang, Umno Dapat, Rakyat Jangan Melepas!
Semua...
Open Artikel

Apa Salah Umno ? Apa Tak Kena PAS ?

Menang pada satu pihak

BILA MENTERI PERTAHANAN ITU NAIB PRESIDEN UMNO

Royalti Minyak & Disiplin PAS

Kafir Malaysia Menghina Allah

Agihan kerusi ikut kuota BN tidak relevan lagi

SPRM Hanya Boleh Siasat Pemimpin BN?

Wabak melanda parti pembangkang

Ada Plot Memalukan Mahathir,Menghina Orang Melayu Dan Negara

Keselamatan Negara Malaysia
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
Security Code: Security Code
Type Security Code

(Register)
Membership:
Latest: SirehJunjung
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6317

People Online:
Visitors: -
Members: 40
Total: 754

Online Now:
01 : tutu
02 : ded
03 : Anti-Glokal
04 : azanizam
05 : chingkoq
06 : jelita
07 : sutanmaya
08 : matdin
09 : talikasutkayu
10: arbalest
11: bibsprop
12: awang
13: viruscom
14: AmboKelate
15: pallmall
16: habibriziq
17: kharrkis
18: arssdili
19: hanyzan30
20: kecor
21: Kingkent
22: cucukerinci
23: Umar_Al_Faruq
24: kehkehkeh_02
25: adcsiasat
26: bebas02
27: happysokmo
28: mdtop
29: subangman
30: U
31: muraibatu
32: dulu_umno
33: Labuan_Mari
34: kutai
35: hulk
36: stratocaster
37: Al-Bahr
38: antibodek
39: kopiahijau
40: andalas

Pengajaran dari Bagan Pinang
Posted on Wednesday, October 21 @ 20:38:55 PDT by Paktam

Oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang berlangsung, 11 Oktober lalu, sudah pun diketahui keputusannya. Kemenangan calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Samad memang dijangkakan meskipun kegagalan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar, untuk mengurangkan undi majoriti Barisan Nasional (BN) agak memeranjatkan.



Pelbagai analisis dibuat dan saya tidak mahu menambah apa-apa. Saya sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting daripada sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya. Hal-hal ini penting kerana selain menjadi tema dan mauduk utama ruangan ini, itu semua penting dalam membina sebuah Malaysia yang adil, telus dan sistematik walau siapa dan apa pun warna politik kita. Saya ada menyebut betapa kewujudan sebuah sistem dua parti yang mantap penting bagi memperkasa ideal perlembagaan kita. Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.

Berbalik kepada Bagan Pinang apa yang kita lihat ialah betapa wakil rakyat – yakni Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – pada hakikatnya dianggap sebagai 'pegawai kebajikan'. Walaupun ini tidak salah tanggapan dan imej memberi kesan yang besar kepada kedudukan dan peranan wakil rakyat berkenaan dan kualiti dewan perundangan kita. Dan seterusnya ini memberi kesan langsung kepada kualiti undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kita. Begitu juga dengan fungsi dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.

Ada kemungkinan pengundi dalam DUN Bagan Pinang, kerana ia adalah pilihan raya kecil dan tidak memberi kesan kepada kedudukan Kerajaan Negeri, mahu mengingatkan Pakatan supaya lebih berhati-hati dan memberi perhatian kepada masalah dan kebajikan rakyat. Ada pihak yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Teluk Kemang yang merangkum DUN berkenaan gagal memainkan peranan. Ini mungkin benar. Tetapi apakah ini cukup kuat untuk mereka memenangkan calon Barisan yang diketahui korup, yang hanya dikatakan ‘teknikal’ oleh pemimpin utamanya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun tidak suka calon itu meskipun selepas keputusan diumumkan Mahathir berubah dan turut bergembira dengan keputusan di Bagan Pinang itu.

Keputusan pilihan raya kecil itu menyebabkan sesetengah pihak kesal dan sedih kerana kemenangan besar itu menandakan sikap pengundi yang semacam tidak kisah dengan soal integriti dan kebersihan calon. Apatah lagi mengingat bahawa calon Pas adalah seorang yang begitu aktif dalam isu-isu umum, termasuk alam sekitar dan kes pelupusan sampah Broga. Dalam pada itu sebagaimana di tempat-tempat lain khidmat Barisan bukanlah sempurna, di sana sini banyak juga kegagalan dan kelemahan pentadbiran Mohd Isa sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu. Begitu juga dengan pentadbiran sekarang di bawah Datuk Seri Mohamad Hassan.

Hal ini memberi gambaran bahawa kemenangan besar Barisan itu adalah kerana kawasan itu memang kubu UMNO. Sebab itulah ada pihak yang berkata bahawa parti itu tidak harus terlalu seronok kerana apa yang terjadi di Bagan Pinang itu tidak semestinya aliran umum yang akan mendominasi politik negara.

Walau apa pun imej Pakatan yang dipaparkan dalam media yang dikuasai Barisan juga tidak membantu. Imej yang dipaparkan membayangkan betapa gabungan ini rapuh dan tidak berupaya mengambil tempat Barisan. Secara kebetulan itulah kesimpulan yang dibuat oleh Merdeka Center dalam tinjauan lapangan yang diselesaikannya pada awal bulan ini: sekitar 43 peratus dari pengundi berdaftar yang diselidikinya tidak yakin kepada kemampuan Pakatan untuk memerintah di peringkat persekutuan.

Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.

Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan salah Hasan itu secara terbuka. Tindakan dan perangai Hasan itu memang pelik kerana adalah mustahil seorang pegawai tadbir beliau tidak faham konsep tanggung jawab bersama dan bezanya dengan kedudukan penyokong kerajaan.

Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam Pas yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti. Secara perlahan-lahan lulusan syariah Universiti Al-Azhar dan sarjana undang-undang perbandingan Universiti Kent itu mula dilihat sebagai mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Mohd Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.

Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda Pas dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi Pas di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu. Ini menyedihkan kerana selain pernah memerintah dari 1999-2004 Pas juga mentadbir negeri itu dari 1959-1961.

Perubahan kepemimpinan penting bukan saja untuk Pas, tetapi juga dalam konteks mereformasikan sistem kita. Perubahan mendasar hanya akan berlaku sekiranya ada kerajaan baru di peringkat persekutuan. Kita semua maklum Barisan tidak akan berbuat apa-apa kepada SPR dan undi pos umpamanya. Begitu juga dengan kedudukan perkhidmatan awam umumnya dan pasukan polis khususnya. Perubahan-perubahan ini amat penting jika kita mahu Malaysia membuat perubahan sebagaimana yang mula kelihatan di Indonesia selepas dua penggal Susilo Bambang Yudiyono memimpin negara. Jika tidak kita akan terus ketinggalan dan menggigit jari.

Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika Pas kekal dengan kapten yang ada ini mungkin akan berkurang. Sejumlah 21 peratus pengundi yang masih berada di atas pagar kemungkinan besar akan berpihak kepada BN dan untuk memperkasa demokrasi di Malaysia akan gagal lagi.


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.




 
Related Links
· More about Kritikan
· News by Paktam


Most read story about Kritikan:
Lagi lagi masalah artis...

Article Rating
Average Score: 2
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

Associated Topics

Kritikan

"Pengajaran dari Bagan Pinang" | Login/Create an Account | 3 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Pengajaran dari Bagan Pinang (Score: 1)
by perjuangan on Wednesday, October 21 @ 21:06:25 PDT
(User Info | Send a Message)

Kalau Allah SWT mengampunkan dosa hambanya jika mereka telah bertaubat. Maknanya kita sebagai manusia pun mesti ada sikap memaafkan kalau pemimpin itu sudah berubah. Professor adalah dari UIA, universiti Islam, latarbelakang ilmu juga Islam. Dalam Islam tidak ada klausa kata orang yang pernah buat salah, akan bersalah sampai dia mati. Khalifah Umar juga pernah buat salah sebelum masuk Islam, tetapi beliau meninggalkan nama yang cukup terbilang, dan semua orang tahu kepimpinannya, dan tidak melihat lagi sejarah lampau beliau. Sekiranya manusia sudah berubah, Allah memberi pengampunan inikan hambanya. Sebenarnya hal Bagan Pinang ini satu ja sbbnya, soal calon.

Walaupun Isa Samad pernah di hukum, tetapi sikap dia yang redha dgn hukuman tersebut itu yang orang setempat kagum. Tak ada pula bila dia di pecat, nak bertanding sebagai bebas ke, nak keluarkan kenyataan sensitif ke, nak buat demo ke, nak berarak ke, nak saman ke, senyap sepi macam tak ada apa-apa. Lagipun itu kan tempat lahirnya. Yang paling di kagumi, orang di tempat tersebut, semua Isa Samad kenal. Bukan hanya kenal muka, kenal namanya sekali, baik kaum Melayu, India dan Cina. Jadi ciri pemimpin rakyat itu yang rakyat bagan pinang nampak dan sesuai

Calon PAS orang pun tak kenal, bagaimana orang nak undi. Kenal orang kampung pun tak. Saya bagi pendapat realiti bukan fantasi. Ini yang berlaku.




Re: Pengajaran dari Bagan Pinang (Score: 1)
by abu_farhan on Thursday, October 22 @ 05:03:15 PDT
(User Info | Send a Message)
bagus pandangan ini..tapi tak payah lah dipanjangkan perkara yang melibatkan pemimpin Pas...perkara yang lepas tu lepas lah tak perlu diungkit2...semua dah maklum tentang itu...jadi jangan la panaskan semula keadaan yg skrg ni mulai reda kerana artikel ini...fikir2kan la sebelum mengkritik....


design by ethaidesign.com