Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Login/Masuk
Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Your Account
Minda Lutfi

Mencari alasan, motif sebenar penahanan Dr Asri

Adakah jalan pintas buat Pakatan cipta sejarah PRU13

EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara

'Mukjizat palsu media'

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Wake-up call buat Pakatan Rakyat

Ada yang lebih penting dari keputusan Bagan Pinang

Sembang-sembang dengan Bala dan Kumutha di Bagan Pinang

Perang masa depan dengan zaman silam di Bagan Pinang
Semua...
Pendapat

Kesan Positif Keputusan Mahkamah Kepada PR

Februari: Najib menyerang

Menulis semula perlembagaan

Death of democracy in Perak

Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Memangsakan Islam dan Melayu?

BN Perintah Pulau Pinang Apa Melayu Dapat

Untuk Siapa Zambry Solat Hajat?

Orang Kedah dah letih berjuang?

Aduka Taruna, pembakar gereja dan Nasir Safar
Semua...
Penulis Tamu

Rayuan Di Tolak Hakim Mahkamah Persekutuan

Isu perobohan gerai di Pulau Pinang antara ethno-centric dan undang-undang

Gagal di Kerpan, Kini Di Setiu

Umno Sudah Boleh Tulis Nama Atas Pasir

Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Nik Aziz

Besok,Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai MB Perak

Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita!

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

Wang Ehsan: Pas Pejuang, Umno Dapat, Rakyat Jangan Melepas!
Semua...
Open Artikel

Apa Salah Umno ? Apa Tak Kena PAS ?

Menang pada satu pihak

BILA MENTERI PERTAHANAN ITU NAIB PRESIDEN UMNO

Royalti Minyak & Disiplin PAS

Kafir Malaysia Menghina Allah

Agihan kerusi ikut kuota BN tidak relevan lagi

SPRM Hanya Boleh Siasat Pemimpin BN?

Wabak melanda parti pembangkang

Ada Plot Memalukan Mahathir,Menghina Orang Melayu Dan Negara

Keselamatan Negara Malaysia
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
Security Code: Security Code
Type Security Code

(Register)
Membership:
Latest: SirehJunjung
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6317

People Online:
Visitors: -
Members: 30
Total: 754

Online Now:
01 : tutu
02 : esmael
03 : grymlock
04 : matdin
05 : talikasutkayu
06 : patriot
07 : bibsprop
08 : awang
09 : skywalker0519
10: wongkero
11: lancerwrx40
12: pallmall
13: abuadil_alkaff
14: kharrkis
15: hanyzan30
16: Kingkent
17: oktqmail
18: ujangAG
19: Mat
20: amfun86
21: bebas02
22: mdtop
23: subangman
24: U
25: juang1430
26: dulu_umno
27: Labuan_Mari
28: Al-Bahr
29: Auorora
30: andalas

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN
Posted on Thursday, October 22 @ 01:33:23 PDT by paktam

Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Aidilfitri yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan.



 Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya Allah.

Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan masih diperkatakan. Begitu juga dengan perhimpunan Umno dan pergolakan politik semasa.

Bedah-siasat secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.

Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang,  di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.

Ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.

Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka  ke mahkamah, juga diperkecilkan.

Gerakan pembangkang ketika itu masih tidak berubah temponya bila berdepan Abdullah, berbanding era Mahathir dulu, gaya serangan hampir sama. Tiba pilihan raya 2004, BN mencatat kemenangan paling bersejarah. Kelantan yang dilihat kebal hampir tumbang. Terengganu, yang baru sepenggal dikuasai PAS, luruh mudah.

 

Memang regim Abdullah hanya bermain retorik, intinya tetap sama, membusuk dan menanah denganrasuah, egois, rakus, pilih kasih dan lupa diri. Namun, masyarakat amat dahagakan pembaharuandan perubahan imej dari 'zaman gelap' Mahathir. Dengan penuh bergaya, Abdullah mengisi kekosongan itu, sedangkan prestasi kerja beliau dalam kabinet Mahathir tidaklah sehebat mana.

Apakah pandangan rakyat Malaysia begitu mudah dikelirukan atau Abdullah terlalu cekap mengatur langkah menambat hati rakyat? Bibit-bibit reformasi 1999 bagaikan dicantas. Umno-BN sendirimungkin terkejut, bagaimana dalam masa singkat, pengundi kembali semula kepadanya, sedangkan perubahan hanya kosmetik tipis. Tapi, bukankah politik itu dikuasai persepsi?

Sering saya ulangi, tsunami Mac 2008 cukup mengejutkan semua pihak, hampir tiada siapa menjangkakan hal itu. Pemimpin komponen BN di Semenanjung, terutama MIC, MCA dan Gerakan yang menimpa bencana, kehilangan punca.

Saya masih ingat keluhan seorang Adun Umno Selangor, yang cukup rapat dengan Dr Mohd Khir Toyo: "Lutfi, kau buatlah kajian mengapa pengundi India dan Cina tidak lagi sokong BN. Rasanya,macam di kawasan aku, masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan protes, bila aku jamu makan semasa kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan darisepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"

Kini, apabila saya bimbang dengan rentak sokongan pengundi bukan Melayu - yang mungkin terikat dengan teori pendulum - bukanlah bermakna saya menjadikan kes Bagan Pinang sebagai satu-satunya rujukan. Bagan Pinang boleh saja dikatakan kes terasing, tapi saya lebih sukakita menggali iktibar untuk merencanakan gerak kerja lebih tersusun.

Kebimbangan saya lebih mendalam apabila ada pihak mendakwa kehadiran masyarakat bukan Melayu pada majlis rumah terbuka agak merosot berbanding tahun-tahun lalu, termasuk tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Mungkin ia juga kes terasing, tetapi rasanyatidak salah untuk kita turut risau dan cuba menjejaki masalah sebenar, 'kan?

Apabila Najib Razak menjanjikan perubahan dalam Umno, saya lebih suka untuk tidak memandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya untuk menarik sokongan dan gimik, tetapi bukankah itu satu permainan politik yang lazim?

Majoriti rakyat mungkin melihatnya dari kacamata berbeza, dan mereka dengan mudah dapat dipengaruhi dengan imej-imej palsu itu. Jika faktor populariti Isa Samad berjaya di Bagan Pinang, tidak mustahil sosok Najib mampu meleraikan sokongan buat Pakatan.

Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi dari dekat prestasi Pakatan, cerewet tentang calon-calon yang ditampilkannya, mengungkit janji manfesto yang mungkin belum dapat dilunasi, dan tidak puas hati dengan persefahaman sesama parti.

Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.

Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal agar persiapan dapat dilipatgandakan. Tanggungjawab besar dipikul oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dan pemimpin utama pusat yang menjadi simbol dan lambang keupayaan kita untuk menerajui kerajaan persekutuan, bagi memungkinkan terlaksananya satu perubahan mendasar yang diimpikan semua. Tanpa mengambil alih kerajaan pusat, sekatan dan halangan akan terus bertindan-tindih.




 
Related Links
· More about Minda Lutfi
· News by paktam


Most read story about Minda Lutfi:
Gimik kedua Najib sekali lagi gagal ...

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

"Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN" | Login/Create an Account | 15 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by myghaz on Thursday, October 22 @ 01:43:54 PDT
(User Info | Send a Message)
bersedialah dari awal.ambil segala komen dan kritikan sebagai panduan utk rancang ke mana nk susun tapak kaki seterusnya.



Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by im on Thursday, October 22 @ 03:41:44 PDT
(User Info | Send a Message)
PR terutamanya PAS perlu membuat muhasabah secepat mungkin, jgn terlalu teruja dgn kemenangan lalu, kalau perlu perubahan, buat perubahan... jgn bersikap ego dan keras kepala.



Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by gunsNroses on Thursday, October 22 @ 04:14:58 PDT
(User Info | Send a Message)

naluti aku dapat merasakan kemenangan BN dalam PRU13, namun usaha dan doa wajib diteruskan..., kerana perjuangan adalah hidup kita... menang atau kalah.. adalah kuasa ALLAH SWT... yang penting, perjuangan yang ikhlas kerana ALLAH SWT, menjadi bekalan ke alam yang kekal nanti....!!! 




Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by abu_farhan on Thursday, October 22 @ 04:52:45 PDT
(User Info | Send a Message)
yang penting terus istiqomah dalam perjuangan... menang atau kalah itu lumrah bagi sebuah perlawanan...jentera Pas perlu siap sedia untuk menghadapi PRU ke-13..mantapkan jasmani dan rohani...fizikal dan mental...usaha dan perancangan...Pas sebagai parti politik dan badan dakwah di mana ahlinya terus-menerus menjalankan aktiviti amar ma'aruf nahi mungkar sehingga nafas terakhir walaupun berada kemenangan atau kekalahan...



Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by perjuangan on Thursday, October 22 @ 06:44:49 PDT
(User Info | Send a Message)
kerja keras, buat perubahan terima KPP sebagai sayap bertaraf dewan.



Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by Rajawali on Thursday, October 22 @ 07:18:29 PDT
(User Info | Send a Message)
Mengapa semua mengelabah walaupun sekali kalah digelanggang lawan.  Kritik, kritik juga jangan sampai lawan boleh memperlekehkan kita.  Inilah manusia, menang dijulang kalah dikeji.  Belajar dari Umno kalau kalah buat senyap aje.  Macam tak ada apa2 yang berlaku walau sebelum PRK tv, radio segala media penuh dengan kempen.



Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by SunanHayat on Thursday, October 22 @ 08:27:29 PDT
(User Info | Send a Message) http://persadahayat.blogspot.com

aku setuju benar..

belum ada tanda2 jelas untuk menyokong kemenangan PAS pd PRU-13 kerana PAS adalah jamaah ISLAM.., maka cara kita berkerja, berfikir dan membuat jangkaan mestilah berpandukan ISLAM..

Zionis berkata mereka hanya akan kalah di palestin HANYA APABILA jemaah subuh sama ramai dengan jemaah fardhu jumaat..

yang aku tengok petugas2 PAS samada di Bgn Pinang atau PRU/PRK lepas memang mengecewakan.. mereka sanggup bersekang mata semalaman untuk menjaga keselamatan, tetapi cukup liat mengakhiri tugas mereka dengan subuh berjemaah di masjid.. qiamullail lagi la jgn harap..

akhlaq, ibadat dan kebergantungan petugas2 PAS terhadap ALLAH adalah terok dan burok.. orang2 yang semacam inikah yang akan dianugerahkan oleh ALLAH dgn kemenangan.. kah,kah,kah.. hangpa mimpi ka..?.!.

hangpa ingat bila hangpa menang dan memerintah., seks dan rasuah tak datang menggoda..?.!.  oit., silap2 haribulan, hangpa lebih terok dari UMNgOk..

hoi orang2 PAS..! sampai bila hangpa nak bergantung kepada kealiman TGNA (dan beberapa kerat yg setaraf dgnnya)..? TGNA tu pun MANUSIA yang dah SENJA.. Kalo TGNA ke rahmatuLLAH., hangpa semua nak melingkup teruih ka..?

sebenaqnya bukan susah nak tau bila PAS akan menang (menang hakiki).. bila majoriti orang PAS baguih kualiti akhlaq, ibadat, dan tawakkalnya.. tapi bila kita sebut PR (PAS-PKR-DAP).., yg ni susah mau cakap la.. pasal bukan ISLAM tulen dah.. Mungkin PR akan menang., tapi PAS akan menghadapi bentuk cabaran (perjuangan) baru apabila menjadi kerajaan campuran kafir..

waALLAHu-a`lam..




Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by smartlife on Friday, October 23 @ 08:41:42 PDT
(User Info | Send a Message)

Kalah atau menang bukan persoalan utama. Kita pernah menang dalam perang Badar dan kalah di dalam perang Uhud. Kedua-duanya tetap memberi manafaat kepada kita.

Yang masalah dalam PAS ialah adanya dedalu yang bernafsu besar. Menggunakan kedudukan di dalam untuk matlamat peribadi. Ngaku pejuang tetapi di tempat sendiri tidak buat apa-apa hingga gi ke tempat orang lain untuk mempastikan  kedudukan di dalam parlimen.

Mereka ini mengunakan sokongan ahli yang tidak berbelah bagi menjamin kedudukan. Dalam masa yang sama menggunakan orang-orang/golongan yang tertentu untuk mengeluarkan kenyataan bagi menyokong kedudukannya.

Kumpulan ini sebenarnya tidak buat apa-apa pun untuk Islam khususnya dalam PAS, selain daripada tindakan dan kenyataan-kenyataan untuk menjamin kedudukannya.

Tunggulah, masa akan tiba. Golongan akan keluar dengan sendirinya daripada harakah ini.




Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by Anti-Glokal on Friday, October 23 @ 17:26:11 PDT
(User Info | Send a Message)

Brother Lutfi. Kekadang rasa hati memang ada tepatnya. Hati saya menyatakan bahawa BN akan kembali dengan majoriti lebih besar dalam PRU13 nanti (harap rasa hati saya salah). Kecondongan bukan Melayu kepada BN setelah melihat BN mengorbankan banyak keistimewaan Melayu dan mereka Bukan Melayu mendapat habuan tersebut. Mereka bukan kisah sangat pasal rasuah politik ke, salahguna kuasa ke, yang penting habuan. Kalangan Pakatan Rakyat pula sibuk bercakaran sesama sendiri di samping banyak kerja kalangan ahli politik pakatan yang nampak terselit "rasuah" sehingga senang SPRM masuk dan membuat heboh. Sekiranya ada keikhlasan sebagaimana TGNA, rasanya Pakatan Rakyat agak sukar untuk digugat. Namun sekian kali, akan wujud wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak buat kerja yang diamanahkan. Reputasi buruk ini sukar untuk dibersihkan melainkan mereka kembali kepada rakyat dengan keikhlasan dan kerja bersungguh-sungguh




Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by arssdili on Friday, October 23 @ 18:10:53 PDT
(User Info | Send a Message)

memang patut kita semua koreksi diri tetapi spt kata penulis, semua ini berkaitan perpepsi(anggapan).

para pengerak media PR mesti guna teknik utk menguatkan perpepsi agar rakyat menyebelahi kita. idea2 dikeluar yg comment diatas buat juga tapi priority nya kita mesti kuasai perpepsi dgn lebih keratif.guna ayat mudah diletak ditepi jalan diseluruh Msia sbagai contoh nya. disamping dimedia2 PR.




Re: Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN (Score: 1)
by madkri on Sunday, October 25 @ 06:54:48 PDT
(User Info | Send a Message)

Daripada tajuk pun sudah boleh di agak penulis sangat kecewa apa yang berlaku akhir2 ini.

Ahli2 dalam PR terutamanya PKR dan PAS masing2 mempunyai masalah tersendiri.Sebenarnya bukanlah sebesar manapun isu2 tersebut tetapi gaya ulasan bloger dalam PR menimbulkan kerisauan yang melampau dalam kem sendiri.

Jika kita perhatikan tiap2 kali PRK/PRU UMNO akan mendendangkan lagu yang sama..

1. Fatwa TGHA

2. Isu liwat

3. PAS dan PKR kuda tunggangan DAP.

4. Pakatan Rakyat rapuh

5. Terbaru perang saraf isu UG.

Jika isu ini tak mampu di patahkan oleh PR sampai bila2 pun PR akan kekal sebagai pembangkang.

Jika UMNO nak tumbangpun bila ekonomi Malaysia jatuh keperingkat rakyat kebuluran.Hasil negara sudah kontang barulah rakyat yang menyokong UMNO kan beralih kepada PR.



design by ethaidesign.com