Iklan Berbayar

Promosi 2010

Buku Terkini

Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· MindaLutfi
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account
Minda Lutfi

Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali

Pakatan: Usah menunggu, mantapkan persiapan hadapi perang besar

"Hang percaya Harussani?"

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Usah melatah dengan kenyataan Soi Lek ....

Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno ...

Umno macam buku, perangkapnya mudah dibaca!

Khairy berani sanggah politik kuno Umno?

Najib yang tersepit

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua
Semua...
Pendapat

ZAM dan Sekeping Gambar Usang.

Najib Pertahan Fatwa: Haram YB Serdang Masuk Surau !

Iklan Aidil Fitri - TV3 tak peka

Bila Yasmin sudah tiada

Merdekakan MAIS dan JAIS dari UMNO.

Nasionalkan PAS - Mujahid Menongkah Arus?

Umno Cemari Ramadhan Dengan Menipu

Jabatan Agama paling corot dlm perkhidmatan awam

Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan

Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’
Semua...
Penulis Tamu

Zainuddin Maidin Dendam Terhadap PAS

Dakwaan Zainuddin Boleh Dipertikai

Macam Mana Bentuk Perkasa Hendak Bantu Umno

Ahli PKR Harus Berjiwa Besar - Elah Perpecahan

Hudud Bukan Hak Pas Seorang

Cina DAP tak boleh masuk masjid, Cina MCA boleh..

Ramadan dan politik perkauman

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Ada apa dengan Imam Muda?

Dinar emas dan kesannya kepada politik nasional
Semua...
Open Artikel

Chua Soi Lek, MCA dan negara

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik

Betulkah Kita Hargai Generasi Muda ?

Nasihat ulama muda Umno

Kebenaran Dijunjung, Parti Sendiri Dikelek

Menikmati hak memilih parti politik

Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Melayu ke mana?

Hati-hati dalam melayan kawan

Tanah KTMB DiBangun,Bagaimana Dengan CPF Pekerja Semenanjung?
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: nesunaslemsob
New Today: 4
New Yesterday: 35
Overall: 6628

People Online:
Visitors: -
Members: 24
Total: 754

Online Now:
01 : capt_barbossa
02 : IzalPutra
03 : smartlife
04 : Kawabuchi
05 : Taufan
06 : ExcecernCor
07 : triple_j
08 : gobledegook
09 : mualafmelayu
10: Taf4
11: jannah
12: viruscom
13: ambo1
14: starugly
15: nesunaslemsob
16: mrhoopers
17: ebduhal
18: kecor
19: arifaura
20: bojeng
21: stratocaster
22: Redz
23: terunesepi
24: kay5946

Apa yang BARU dengan UMNO?
Posted on Thursday, October 29 @ 02:21:00 PDT by Paktam
Pendapat

Oleh Lim Hong Siang

Perhimpunan Agung UMNO ke-60 walaupun cuba ditonjolkan dengan "imej pembaharuan" dalam media arus perdana, namun disindir sebagai "gerombolan lama dengan minda lama", sekadar diperbaharui dengan "kroni baru dan slogan baru".  Kritikan sedemikian berdasarkan analisa bahawa UMNO masih mengekalkan struktur politik lama dan tidak memperlihatkan tekad untuk berubah



Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dominic Lau Hoe Seng cuba mempertahankan "keikhlasan dan tekad PM untuk membawa perubahan", namun dihujani dengan pelbagai kritikan tajam daripada ahli panel yang lain, iaitu Liew Chin Tong (ahli parlimen Bukit Bendera-DAP) dan Low Chee Chong (ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR), malah audiens sendiri semasa sesi soal-jawab.

Demikianlah senario yang berlaku dalam satu forum bertajuk "PM baru? UMNO baru?", yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

UMNO tidak sedia berubah...

Sejajar dengan hujah dalam "media arus perdana", Dominic Lau mengulas dengan panjang lebar bagaimana teks ucapan pemimpin UMNO utama memperlihatkan "keterbukaan" dan "keinginan untuk berubah".  Malah, pindaan perlembagaan UMNO juga dilihatnya sebagai "tindakan" (bukan sekadar janji mulut) untuk memerangi rasuah dalam UMNO.

Walaupun "menyambut baik" apa yang berlaku dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini, Dominic Lau tetap menjadi serba-salah untuk menjawab sama ada UMNO telah belajar dari pengajaran "tsunami politik" 8 Mac 2008 atau tidak, hanya disimpulkan dengan "saya berharap demikianlah".

Hujah Dominic disanggah kemudiannya oleh Low Chee Chong apabila menyindir apa yang beza dengan UMNO dahulu hanyalah "kroni baru dengan slogan baru".  Low mendakwa kroni dahulu kini digantikan dengan adik Najib, dan slogan 1Malaysia yang "kononnya" dibeli daripada syarikat perunding imej dengan RM20 juta.

Low  yang halus dalam pengamatannya, memetik beberapa hujah daripada perwakilan untuk menyokong dakwaannya bahawa UMNO masih berada di takuk lama.  Misalnya, perwakilan yang mencadangkan agar jawatan tinggi dalam syarikat GLC (Goverment Linked Company) diberi hanya untuk ahli UMNO yang setia; menuduh parti komponan BN lain yang menyebabkan kekalahan UMNO dan cadangan agar peruntukan kepada negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat dihentikan.

Low juga menyentuh beberapa adegan dalam perhimpunan UMNO yang menunjukkan ketidaksediaan perwakilan untuk berubah.  Misalnya, apabila Presidennya, Najib Razak bertanya adakah peruntukan wang diperlukan untuk berdialog dengan rakyat?  Perwakilan memberi jawapan "Ya", walaupun apa yang diharapkan oleh Najib adalah "tidak".

Malah, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang secara peribadi berpendapat agar "media internet harus dibenarkan untuk membuat liputan dalam Perhimpunan UMNO", tetap tidak dipeduli walaupun cadangan yang sama telah diutarakan tahun lalu.  Low mempersoalkan, "seandainya perkara sekecil ini pun tidak mampu diubah, apakah kita masih menaruh harapan bahawa Khairy akan mereformasikan sistem negara?  Mansuhkan Dasar Ekonomi Baru?"

Malah, Low juga tidak terlepas untuk menyerang Dominic yang mendakwa bahawa UMNO menang di Bagan Pinang kerana meletakkan "orang tempatan" sebagai calon.  Low yang berbeza pandangan menganggap UMNO gagal menampilkan calon yang baru, daripada tiga juta orang ahli, dan terpaksa akur kepada "pembesar lama" seperti Isa Samad (gambar kanan) walaupun tercalit kerana terlibat dalam politik wang.

Dengan itu, Low meragui kemampuan UMNO untuk berubah kerana Najib terpaksa tunduk kepada ugutan ahli UMNO tempatan, yang mahukan agar pemimpin mereka dicalonkan.  Persoalan ini jikalau didalami, adalah persoalan struktur yang tidak boleh ditangani sekadar dengan "imej" dan "slogan" baru.

Konsep pengasingan antara Parti-Negara

Liew Chin Tong menyusuli "persoalan struktur" ini dengan menceritakan apa yang berlaku dalam Dewan Rakyat.  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar ketika diajukan soalan berdasarkan hujah perwakilan UMNO yang mencadangkan agar peruntukan kepada negeri PR dihentikan, tetap mempertahankan hujah tersebut.

Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, bertanggapan bahawa "tiada salahnya jikalah menggunakan jentera parti untuk melaksanakan dasar kerajaan".  Liew melihat hujah sedemikian sebagai minda lama yang tidak "mengasingkan antara parti dengan negara".

Liew Chin Tong seterusnya menggunakan tragedi "perkhemahan 1Malaysia" yang meragut tiga nyawa sebagai contoh untuk mengulas pandangannya.  Untuk beliau, kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Perak berlaku kerana masalah "kontraktor".

Beliau memetik statistik bahawa terdapat 46,000 orang yang mendaftar sebagai kontraktor kelas F di Malaysia pada tahun 2005.  Kebanyakan kontraktor ini adalah ahli UMNO, dan mereka yang mendapat projek adalah mereka yang berhubungan rapat dengan UMNO.

Oleh itu, Najib Razak menawarkan 40,000 kontrak dalam pakej rangsangan ekonomi yang dibentangkannya selaku PM merangkap Menteri Kewangan, padahal pekej rangsangan ekonomi negara lain memberi penekanan kepada "mewujudkan peluang pekerjaan".

"Di Malaysia, pekaj rangsangan ekonomi hanya mewujudkan peluang pekerjaan untuk budak UMNO...," katanya.

Dilema UMNO

Liew Chin Tong  yang aktif dalam Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) sebelum terpilih sebagai ahli parlimen berkata, walaupun kaum Cina hanya kira-kira satu perempat daripada jumlah populasi Malaysia, namun mencatat lebih 30% dalam struktur pengundi.  Keadaan ini berlaku kerana terdapat empat juta warga Malaysia yang layak tetapi belum mendaftarkan diri sebagai pengundi, dan kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu.

"Inilah dilema UMNO.  Mereka tidak berani memujuk lapisan genarasi muda Melayu untuk mendaftar sebagai pengundi, kerana tidak yakin bahawa golongan ini akan mengundi UMNO.  Mereka hanya berani menggalakkan ahli UMNO untuk mendaftar diri sebagai pengundi," ulasnya.

Liew mengulangi cadangannya agar usia kelayakan pengundi diturunkan kepada 18 tahun, dan didaftarkan secara automatik mengikut kad pengenalan.  Liew berkata, negara yang mengamalkan pilihan raya di Asia Tenggara kesemuanya menggariskan umur 18 tahun sebagai usia kelayakan, kecuali Malaysia dan Singapura.  Malah, di Australia, mereka yang berumur 17 tahun sudah berhak untuk mengundi.

Liew juga mencadangkan agar warga Malaysia yang genap umur akan didaftarkan secara automatik, berdasarkan maklumat dalam kad pengenalan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.




 
Related Links
· More about Pendapat
· News by Paktam


Most read story about Pendapat:
Nizar dititah mengadap ?

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

Associated Topics

Penulis Tamu

"Apa yang BARU dengan UMNO?" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Apa yang BARU dengan UMNO? (Score: 1)
by ensemboyz on Friday, October 30 @ 11:14:15 PDT
(User Info | Send a Message)

Tumpang lalu, minta tolong klik link dibawah….
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a [jutawanklik.com]

 



  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com