Iklan Berbayar

Promosi 2010

Buku Terkini

Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· MindaLutfi
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account
Minda Lutfi

Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali

Pakatan: Usah menunggu, mantapkan persiapan hadapi perang besar

"Hang percaya Harussani?"

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Usah melatah dengan kenyataan Soi Lek ....

Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno ...

Umno macam buku, perangkapnya mudah dibaca!

Khairy berani sanggah politik kuno Umno?

Najib yang tersepit

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua
Semua...
Pendapat

ZAM dan Sekeping Gambar Usang.

Najib Pertahan Fatwa: Haram YB Serdang Masuk Surau !

Iklan Aidil Fitri - TV3 tak peka

Bila Yasmin sudah tiada

Merdekakan MAIS dan JAIS dari UMNO.

Nasionalkan PAS - Mujahid Menongkah Arus?

Umno Cemari Ramadhan Dengan Menipu

Jabatan Agama paling corot dlm perkhidmatan awam

Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan

Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’
Semua...
Penulis Tamu

Zainuddin Maidin Dendam Terhadap PAS

Dakwaan Zainuddin Boleh Dipertikai

Macam Mana Bentuk Perkasa Hendak Bantu Umno

Ahli PKR Harus Berjiwa Besar - Elah Perpecahan

Hudud Bukan Hak Pas Seorang

Cina DAP tak boleh masuk masjid, Cina MCA boleh..

Ramadan dan politik perkauman

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Ada apa dengan Imam Muda?

Dinar emas dan kesannya kepada politik nasional
Semua...
Open Artikel

Chua Soi Lek, MCA dan negara

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik

Betulkah Kita Hargai Generasi Muda ?

Nasihat ulama muda Umno

Kebenaran Dijunjung, Parti Sendiri Dikelek

Menikmati hak memilih parti politik

Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Melayu ke mana?

Hati-hati dalam melayan kawan

Tanah KTMB DiBangun,Bagaimana Dengan CPF Pekerja Semenanjung?
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: nesunaslemsob
New Today: 4
New Yesterday: 35
Overall: 6628

People Online:
Visitors: -
Members: 26
Total: 754

Online Now:
01 : capt_barbossa
02 : IzalPutra
03 : smartlife
04 : Kawabuchi
05 : suraukini
06 : Taufan
07 : samsengipoh
08 : ExcecernCor
09 : lang-buana
10: triple_j
11: ambo-jr
12: mualafmelayu
13: Taf4
14: jannah
15: viruscom
16: starugly
17: nesunaslemsob
18: mrhoopers
19: azanizam
20: ebduhal
21: kecor
22: arifaura
23: bojeng
24: stratocaster
25: Broonseporo
26: aj

Pas dan langkah ‘kebelakang’nya
Posted on Sunday, November 01 @ 22:56:50 PST by Paktam
Kritikan
Oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Setelah dipersetujui oleh sekelian ahli PAS di dalam Muktamar Agung PAS dahulu, bahawa PAS mestilah berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencapai lebih banyak kejayaan di dalam PRU ke-13 mendatang, dan menutup terus agenda Kerajaan Perpaduan. Namun isu ini kembali panas di dalam kepimpinan PAS.


Apa sebenarnya yang berlaku di dalam PAS hari ini? Rata-rata kepimpinan dan ahli bawahan PAS menyatakan soal adab, perpecahan dalaman dan macam-macam fundamental jemaah yang semakin mengelirukan fikrah asliyah (pemahaman sebenar) ahli-ahli kecil PAS.

Rakyat seluruhnya maklum, PAS adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini. Dan PAS perlu berperanan sebagai satu badan yang mengembangkan kefahaman Islam yang sebenar menggunakan 'baju' PAS kepada masyarakat bukan Islam. Ini tugas utama PAS selain terlibat di dalam politik.

PAS, Fundamental dan Dakwah

Seharusnya PAS perlu bersyukur dianugerahi pemimpin seumpama Dato Seri Nizar Jamaluddin yang berjaya memberikan contoh menyatukan golongan bukan Islam dan berjaya menarik mereka ke gelanggang kefahaman bahawa PAS adalah membawa fundamental Islam dalam aspek-aspek keadilan sosial dan kebajikan.

Lebih bernilai, DS Nizar memakai baju PAS pada dakwahnya kepada rakan-rakan Cina di dalam DAP dan PKR.

Jika di lihat sejak PRU 12 pada 8 Mac lepas, yang berjaya menterjemahkan mesej Islam kepada masyarakat berbilang kaum adalah PKR, bukan PAS. Itu pun setelah, PAS mula membuka ruangnya bertahalluf dengan rakan-rakan parti lain. Jika tidak, saya rasa PAS tidak mungkin akan membawa idea 'Kerajaan Berkebajikan'.

Pembentukan Pakatan Rakyat adalah permulaan baik sebuah perpaduan cara Islam

Jika dianalisis, sebab apa PAS gagal memperolehi majoriti sokongan pada PRU-11 dan kehilangan DAP sebagai rakan tahalluf, adalah kerana PAS waktu itu tegar dengan fundamentalnya untuk membawa 'Negara Islam'. Namun, pada PRU baru-baru ini, PAS berjaya memperolehi lebih majoriti apabila mengenengahkan konsep 'Negara kebajikan' yang lebih dekat dengan rakyat.

Bukankah 'Negara Kebajikan' itu adalah hasil interpretasi sebuah negara Islam?

Patah Kebelakang

Namun, hari ini PAS seumpama hendak berpatah ke belakang, dan kembali menjadi sebuah parti yang dianggap jumud, konservatif dan tertutup, dalam keadaan masyarakat bukan Islam dari Cina dan India juga orang Islam yang kurang faham Islam yang sudah terbuka dan berlumba-lumba mahu mengetahui apa isi sebenarnya Islam yang di bawa PAS.

Mana tidaknya, tindakan 'kurang cerdik' Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Hassan Ali yang tidak sabar-sabar ingin menegakkan hukum Allah di muka bumi Selangor, lalu meluluskan Enakmen Undang-undang Arak bagi mencari pesalah minum arak. Sebab itulah saya tidak pelik, ia ditentang oleh rakan-rakan dari DAP yang tidak bersetuju, kerana saya yakin DAP masih belum faham undang-undang Hudud yang sebenar.

Apakah yang PAS faham kini apabila melaksanakan hukum Allah itu adalah dengan tujuh kesalahan Hudud tersebut perlu bermati-matian ditegakkan? Sedangkan, banyak lagi suruhan-suruhan dan galakkan supaya menegakkan keadilan, berhukum dengan adil, menentang kezaliman dan pecah-amanah, serta memusuhi rasuah. Hukum ini dimana letaknya?

Oleh sebab itu, pandangan saya isu 'Kerajaan Perpaduan' ini tidak akan timbul walau sedikit pun seandainya pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PAS faham dan jelas matlamat dan agenda dakwah yang saya sebutkan diatas.

Apa perlu bergabung dengan UMNO, walaupun atas nama 'menyelamatkan umat Islam', yang PAS sendiri pun tidak akan pasti dan yakin, jika mereka bergabung dan membentuk kerajaan, hukum Islam akan berjaya dilaksanakan. Untuk menyelamatkan 'orang Melayu', bolehlah!

Kejayaan Islam Hadhari Pak Lah

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' ini boleh dikatakan salah satu propaganda untuk mensekularkan PAS dengan meletakkan perjuangan kefahaman Islam jauh menyimpang dari fundamental yang diura-urakan PAS itu.

Mengikut bacaan saya juga, ia adalah salah satu kebijaksanaan Perdana Menteri dahulu, Pak Lah yang berjaya menterjemahkan idea 'Islam Hadhari'nya untuk menyatu-padukan ummah atas nama Islam.

Oleh itu, pemimpin-pemimpin PAS yang dahulunya berdegar-degar mengutuk Islam Hadhari, sedangkan pada hari ini mahukan pula 'Kerajaan Perpaduan', maka mereka ini masih belum faham perjuangan Islam sepenuhnya, atau pun menganut kefahaman Islam Hadhari.

Apa yang berlaku hari ini, boleh diselesaikan. Soal, EGM dan sebagainya, hanya metodologi penyelesaian sahaja. Apa yang penting, PAS mesti mengenal-pasti jalur-jalur kelemahan di peringkat kepimpinan melalui medan-medan tarbiyah antaranya usrah dan pertemuan fikri mereka.

Pemahaman Islam yang seharusnya menepati pada waktu dan kondisi hari ini, sambil digabungkan dengan keluasan konsep Islam perlu diperhatikan kembali. Dan penerangan ini perlu dilengkapi dengan penghayatan sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam pentadbiran politik baginda di Madinah yang memiliki kaum dan agama yang berbilang, dan bukan sekadar mencontohi peringkat dakwah di Mekah yang hanya mengutarakan dakwah fasa rahsia dan seterusnya kepada fasa terang-terangan.

Bagaimana pula dengan dakwah Nabi s.a.w di Madinah yang lebih luas dan terbuka? Bagaimana hubungan Nabi s.a.w dengan golongan bukan Islam? Apa kerjasama politik dan ekonomi yang baginda telah laksanakan?

Persoalan ini perlu ditanggapi dengan kritikal dan ilmiah. Bagi saya PAS masih lagi punyai peluang untuk berubah, sebelum mereka membuat perubahan.



 
Related Links
· More about Kritikan
· News by Paktam


Most read story about Kritikan:
Lagi lagi masalah artis...

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

Associated Topics

Kritikan

"Pas dan langkah ‘kebelakang’nya" | Login/Create an Account | 15 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by alPaksun on Sunday, November 01 @ 23:48:34 PST
(User Info | Send a Message)
pikir la secara positif...kita nak tunggu sampai bila hal arak ni..bila hasan ali ketengahkan kira ok lah sekurang2nya dia telah terlepas satu dari kewajipannya sebagai ketua yang menjaga hal islam di negerinya.apa dia akan jawab pada Allah bila amanah tersebut tidak dijalankan sepanjang dibawah kuasanya . bila anak bangsanya sendiri hanyut dengan arak ni dan kita bukannya menghalang bangsa lain dari meminum nya. ini yang penting sekali..soal manusia ni memang susah kita nak memuaskan nafsu mereka..sedangkan contoh telah ada di kelantan,mengapa disana boleh dilaksanakan.parti2 bersekutu dalam pr kena hormatlah prinsip pas.tak kan itu pun kita nak beralah sedangkan ranjau masih banyak di hadapan.pedulikan mereka yang tak pernah nak memahami kita..dari dulu pun kita pertahankan prinsip kita dan berjuang bersorangan so tak jadi hal la bila mereka tak turut serta janji kita dengan Allah selesai.   



Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by jendela on Sunday, November 01 @ 23:52:02 PST
(User Info | Send a Message)

 

Kejumudan PAS bermula daripada Tuan Presidennya.




Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by akul on Monday, November 02 @ 01:18:21 PST
(User Info | Send a Message)
alPaksun, tuggu sampai bila? tunggu sampai majoriti orang bukan islam (dan islam barangkali) paham tentang undang-undang islam.  umno/bn dah racun kan rakyat malaysia selama 50 tahun lebih.  nak bagi paham tentu kena dgn berhikmah,  bukan boleh main hentam aje.  cerdik sikit.  jangan mcm hassan ali tu.



Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by ensemboyz on Monday, November 02 @ 01:33:28 PST
(User Info | Send a Message)

Tumpang lalu, minta tolong klik link dibawah….
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a [jutawanklik.com]

 



Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by tutu on Monday, November 02 @ 02:48:07 PST
(User Info | Send a Message)

DAP mungkin tidak memahami Hudud secara keseluruhan.Tapi kalau persoalan arak bukan sahaja DAP , lembu dan kambing pun tahu (dari kecik pun dah tahu) bahawa arak itu haram utk orang islam dan tidak haram bagi orang bukan islam.Jadi apa kena mengenanya dgn DAP??

Kena mengena nya ialah kerana arak ni banyak menyumbang kepada pendapatan kerajaan.Tokeytokey yang menjalankan urusan perniagaan arak hampir semuanya adalah cina yang bukan beragama islam sama dgn pemimpin DAP.

Kepentingan dalam isu ini ialah bisnes.Jangan lah ko nak memandai-mandai tentang ketidakfahaman tentang islam la pulakk .... jgn hipokrit la bro .. hu hu hu




Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by tutu on Monday, November 02 @ 02:56:35 PST
(User Info | Send a Message)

Kalau orang melayu islam tak beli berapa banyak dah rugi baik kepada pengilang , pemborong , peruncit .Semua tu pulak orang bukan Islam sama cam DAP.

Oiit Bro ... bakulsamapahkan ajer laa artikel ko yang lembik tu yang sekaligus menonjolkan watak melayu yang lemah yang selalu tunduk pada kehendak kapir.

Aku orang bisnes laa bro ...




Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by meriambuluh on Monday, November 02 @ 02:56:50 PST
(User Info | Send a Message)

Kepada Detik Daily...

Sudah bankrap kamu untuk memdapatkan artikel yang tidak boleh menimbulkan bibit2 perpecahan dalam PR...

Kenapa lagi nak menulis artikel2 yang langsung tak berfaedah seperti diatas.....Jika PRU dalam masa terdekat alamatnya PR 100% tewas kepada UMNO....

Jadi segala kesalahan diletakkan di bahu PAS....Hentikanlah semua niat yang tidak baik ini...

Tak perlu lagilah buat ulasan yang nampak baik pada permulaannya dan seterusnya peluru dilepaskan pada orang berkenaan..

Apalah ertinya jika penyokong susah tidak lagi bersifat wala pada ketua...




Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by PemerhatiPolitik on Monday, November 02 @ 03:02:42 PST
(User Info | Send a Message)

Jika menyokong kerajaan perpaduan tidak boleh, bagaimana pula mencadangkan penyertaan Adun Umno dalam Exco(timbalan exco)?

 




Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by abuadil_alkaff on Monday, November 02 @ 03:58:15 PST
(User Info | Send a Message)

"Mana tidaknya, tindakan 'kurang cerdik' Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Hassan Ali yang tidak sabar-sabar ingin menegakkan hukum Allah di muka bumi Selangor, lalu meluluskan Enakmen Undang-undang Arak bagi mencari pesalah minum arak. Sebab itulah saya tidak pelik, ia ditentang oleh rakan-rakan dari DAP yang tidak bersetuju, kerana saya yakin DAP masih belum faham undang-undang Hudud yang sebenar"

maaf kan ambe ye akhi  Mohd Aizat Bin Mohd Saleh!                         enakmen itu diluluskan dizaman khir toyo, bukan zaman khalid ibrahim. enakmen itu pun bukan bertepatan dengan Islam, tetapi sekurang2nya sebagai langkah pencegahan (zaraaik) dalam keyakinan pakatan rakyat sendiri mustahil bersedia melaksaakan hikuk Allah. Maa laa yudraku kulluh laa yutraku kulluh!

soal UG, tarbiyyah,qiyadah menurut mafhum tuan, panjanglah cerita nya. yang penting setiap tindakan mestilah berdasarkan syarak! ukhuwwah imaniyyah adalah wajib, tahaluf adalah harus. jika bertahaluf membawa perpecahan, makanya tahaluf menjadi haram. dok gitu?




Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by PemerhatiPolitik on Monday, November 02 @ 04:24:41 PST
(User Info | Send a Message)

saudara aizat...terima kasih di atas perkongsian pandangan ini. Satu perkara yang dibuat oleh YB Hasan Ali iaitu mengharamkan penjualan arak di kawasan penempatan Islam. Apakah ini satu tindakan yang kurang bijak? Perlu ditegaskan bahawa salah satu tugas YB Hasan Ali ialah menjaga hal ehwal agama Islam selain adat istiadat melayu dan infratruktur awam. Kenapa takut sangat akan kehilangan undi jika mahu menegakkan hukum Allah? Kita sayang dan menjaga hati bukan Islam tetapi mahu mengenepikan hal ehwal remaja Islam yang mabuk dengan air kencing syaitan ini. Ramai penduduk yang tinggal di Shah Alam tetapi apakah mereka pernah lihat anak-anak remaja, muda-mudi Islam dengan bangganya keluar dari kedai  dengan meneguk arak? Pada saya kita perlu terangkan apa itu Islam kepada bukan Islam. Penerangan bukan sahaja tertakluk kepada ceramah sahaja tetapi dengan praktikal pelaksanaan undang-undang. Apakah itu salah? Jika mahu sangat menang undi kenapa kita mahu tubuh negara Islam? Menang kalah bukan ukuran tetapi apakah kita telah lakukan usaha dakwah, menjalankan perintahNya. 




Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by stumpy on Monday, November 02 @ 08:24:42 PST
(User Info | Send a Message)
Andaikanlh ada 2 MB 'Nizar', iaitu diPerak & diSelangor, mungkin imej PAS bersinar di Selangor spt di Perak dgn program yg menambat hati rakyat & mengikat kerjasama dikalangan ADUN PR. DiPerak, PR mmberi bantuan kpd sekolah2 swasta, memberi geran kpd pemegang tanah tol yg dh berketurunan tinggal ditanah itu. Tapi diSngor dh trdgr crita mahu kelab malam dipanjangkn waktu operasinya, permintaan supaya arak tak dijual terbuka dikawasan majoriti Islam x dilayan, siasatan politik ditonjolkan, pegawai2 krajaan dimalukan, (disamping banyak aktiviti positif lain), maka org Islam disini sering berdebar2 jantungnya. Dulu mrk tak terlibat mengiakan prbuatan itu, skrg mrk x mampu mghalang dan terpksa 'meluluskannya'. Contoh2 itu membuktikan 'Nizar' di Sngor x nmpk imej mendaulatkn kerajaan beragama, tetapi perkongsian liberal yg aspirasinya lebihkurang sama dgn pemikran UMNO. Ini x mmbawa kpd kefahaman Islam, mlhn melekehknnya. Kata org, PAS adalh minoriti diSngor, jgn nk brlagak majoriti. Di Perak pun minoriti, tapi di Perak PAS jd ketua. DiPerak org brbangga stkt ini.Tapi DiSngor agak saya PAS trpaksa semput nafas & berdoa pjg menaruh harapan wawasan PAS akan brjaya akhirnya. Dgn brjayanya Hassan Ali didiamkan kita lihat bgmana Khalid Samad++ dpt lbih brpranan menonjolkn kebijaksanaannya. Adakh aktiviti liberal PR akan jd lebih merdeka pd masa depan atau lebih ADIL dlm konteks Islam & Universal. PR adalah pilihan masakini yg ada bersama2 kebaikan & risikonya. Kita lalui sebaik mungkin dgn fikiran trbuka, jgn sampai over-confident.



Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by armycaptainrtd on Monday, November 02 @ 16:14:53 PST
(User Info | Send a Message)
penulis artkel ini yg sebenarnya "kurang cerdek". semua org tidak kira islam atau bukan islam akui keburukan arak. tindakan dr hassan ali adalah adil, tidak menggangu orang bukan islam yg nak minum arak tetapi dikuatkuasakan kpd orang islam shj. buanglah pandangan negatif sdr dan org yg sewaktu dgn sdr terhadap dr hassan ali. dr hassan ali termasuk antara pemimpin pas yg menaikkan prestasi pas di selangor sebagaimana ada pd hari ini. kalau dr hassan ali nak masuk umno atau nak pangkat dlm umno bukan sekarang tetapi sblm istihar masuk pas dulu lagi.



Re: Pas dan langkah ‘kebelakang’nya (Score: 1)
by muhibah on Monday, November 02 @ 16:35:03 PST
(User Info | Send a Message)

rasanya sudah ada dikalangan bukan Islam yang telah mengetahui Islam lebih dari orang melayu sendiri.

memanglah arak tu haram, orang cina tahu, malah keburukan arak itu sendiri sudah menjadi pengetahuan universal, semua orang didunia sudah tahu akan keburukan arak, samalah dengan dadah, seks rambang dan sebagainya

di negara Arab sendiri ada arak, tapi araknya tidaklah mengandungi ALKAHOL penyebab mabuk..




  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com