 |
Iklan Berbayar |
 |
|
 |
Login/Masuk |
 |
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
 |
Shout Box |
 |
|
 |
Modules |
 |
|
 |
Minda Lutfi |
 |
|
 |
Pendapat |
 |
|
 |
Penulis Tamu |
 |
|
 |
Open Artikel |
 |
|
 |
Rangking Forum |
 |
|
 |
Online |
 |
|
|
|
Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang
 |
|
Posted on Wednesday, November 04 @ 19:32:07 PST by tokdalang
 IPOH - Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.
Menurutnya, sebagai sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti Jabatan Agama Islam, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar.
"Saya pelik kenapa orang ramai riuh rendah, termasuk orang-orang atasan yang mendukung negara. Perkara ini tak perlu jadi isu.
"Saya juga pelik kenapa Dr Mohd Asri tidak ambil berat dengan amaran yang dibuat Jais sebelum ini, tak ada tauliah memang tak boleh tapi dia tak endahkan," katanya kepada Sinar Harian semalam, mengulas isu penangkapan bekas mufti itu Selasa lalu.
Mengenai pentauliahan, Harussani berkata, semua pihak perlu akur dengan perlembagaan dan enakmen berkaitannya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri serta telah disahkan oleh raja-raja.
Menurutnya, enakmen berkenaan sudah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya terdapat kawalan dari segi penyebaran agama di setiap negeri.
"Tak ada (tauliah) memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain, saya juga mohon tauliah, ibarat kita mohon lesen sama seperti bidang profesional lain yang perlu ada lesen," katanya.
Beliau berkata, semenjak Islam berada di Malaysia, Mazhab Shafie adalah pegangan umat Islam dan atas dasar itu perlembagaan dalam undang-undang Islam negara ini berperanan mengawal jika terdapat ajaran-ajaran yang bertentangan dihebahkan.
"Negara kita ada prinsip lima rukun negara, kalau tak guna salah satu daripadanya, tak betullah.
"Situasi negara kita sekarang sudah teruk dengan momokan isu politik, cukuplah dengan hal itu sahaja jangan sampai hal-hal agama pula jadi tak betul," katanya. S/H
|
|
| |
 |
Related Links |
 |
|
 |
Article Rating |
 |
|
 |
Options |
 |
|
|
Associated Topics
 |
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by pemerhati on Wednesday, November 04 @ 19:42:53 PST (User Info | Send a Message) | | salam datuk...ayah pin pun terang2 lagi melanggar akidah islam dan undang2 negara nape tak tahan..nape datuk x bersuara keluarkan fatwa wajib ditangkap kat ayah pin ni?????kenapa????? |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by abuadil_alkaff on Wednesday, November 04 @ 19:47:41 PST (User Info | Send a Message) | bagaimana persatuan ulama malaysia memberi pandangan menyeluruh dalam isu berkaitan agar ulama tidak bergaduh sesama sendiri dan memberi tumpuan kepada usaha menegakkan negara Islam? atau ahli persatuan ulama pun dok ghok cetong!! |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by pemerhati on Wednesday, November 04 @ 20:21:42 PST (User Info | Send a Message) | | bukan dok ghok....ada kalangan mereka hok jaga periuk nasik...gitu ar lening...ulamak dunia ramai doh |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by 21Halim on Wednesday, November 04 @ 21:38:39 PST (User Info | Send a Message) | | Sebahagian 'ulama' memang malas buat kerja dakwah. Tempat sendiri pun tidak kisah apa lagi tempat lain, jauh lagi negeri lain. Oleh itu tidak timbul isu mohon tauliah bagi kelompok sebegini. |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by Ambuyat on Wednesday, November 04 @ 23:32:32 PST (User Info | Send a Message) | Cakap tak serupa bikin..... baca ni.... KALAU IKHLAS INI MESTI TAK TERLEPAS PANDANG. [ambuyatel-binangkit.blogspot.com]. kata sikuler marah...tapi amal Islam sekerat-sekerat tak rasa bersalah.... itulah ...ulamak kitapun dah jadi PENJILAT dan PENGAMPU demi Periuk nasi...bukan lagi kerana Allah SWT... dah nak kiamatlah dunia ini... |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by choi on Wednesday, November 04 @ 23:50:06 PST (User Info | Send a Message) | Assalamualaikum.. Saya rasa pihak JAKIM harus lebih terbuka dan menjelaskan isu 'tauliah' ini...klu Dr Asri tidak bertauliah masakan bole jadi mufti..kiranya ade sebarang isu yg diperkatakan adalah bertenangan, pihak JAKIM & JAIS harus bersemuka dengannya..dan jgn membiarkan semua pihak memberi comments yg mengelirukan ingin menambahkan pendapatan, sila klik dibawah http://www.dapatwang.com/?id=choi2274 [www.dapatwang.com] |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by stratocaster on Thursday, November 05 @ 01:53:43 PST (User Info | Send a Message) | | abuadil...mu lah pulok jadi presiden PUM...org lain dok rok belaka...TGNA pun dok rok bagi mu...API DALAM SEKAM KE ATAU DAH JADI BARUA UMNO? |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by mtgbertam on Thursday, November 05 @ 03:09:41 PST (User Info | Send a Message) | | 1 juta sudah masyukkkkkkkkkkkkkkkk |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by jendela on Thursday, November 05 @ 04:58:17 PST (User Info | Send a Message) | Masalah utama orang yang pandai hal agama di Malysia ialah sindrom pendek akal. Hal kecik dibeliakkan mata supaya nampak besar. Hal yang jelas besar lagi menjolok mata dkeci-kecikkan mata dia agar kelihatan kabur dan dikira tak nampak. Ahli agama yang menjual agama untuk dunia. Berbagai gelaran ahli-ahli agama nih. ustaz lah, mufti lah, tuan guru lah dan entah apa-apa lag. Hakikatnya semakin mereka banyak bercakap smakin rakyat tunggang langgang. Jika ada seratus orang orang agama maka ada seratus pendapat pula...Fenomena ini merupakan petanda akhir zaman. Namun Nabi saw sabdakan sebelum kiamat Islam akan kembali gemilang buat kali ke-2 tetapi pemimpinnya seorang yang lansung tiada kaitan dengan sistem yang lazim diguna pakai oleh orang ketika itu. Peranan pemimpin itu membina tapak daulah yang akan bersambung pula ke zaman Al-Imamul Mahdi nanti. Pemimpin yang Nabi sabdakan itu lahirnya diawal kurun. Nasabnya bersambung dengan Bani Tamim. Mencari dan mendapatkannya Nabi nyatakan jika kamu mengetahuinya maka dapatkanlah ia walau kamu terpaksa merangkak di atas salji. Carilah... Wassalam. |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by prulink3 on Thursday, November 05 @ 05:32:19 PST (User Info | Send a Message) | Promosi Anda Bayar RM 100 Prudential Takaful bagi anda lebih Setengah Juta Cover Untuk keterangan lanjut Layari : http://prudentialtakaful.weebly.com [prudentialtakaful.weebly.com] |
|
Re: Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang (Score: 1) by akul on Thursday, November 05 @ 06:49:52 PST (User Info | Send a Message) | pertama mufti perak barua umno kedua abuadil_alkaff pun barua umno. kedua dua ni nanti kalau mati tak yah pi solat jenazah ramai-ramai. cukup 2 orang saja. 1) imam 2) bilal |
|
|