Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Login/Masuk
Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Your Account
Minda Lutfi

Mencari alasan, motif sebenar penahanan Dr Asri

Adakah jalan pintas buat Pakatan cipta sejarah PRU13

EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara

'Mukjizat palsu media'

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Wake-up call buat Pakatan Rakyat

Ada yang lebih penting dari keputusan Bagan Pinang

Sembang-sembang dengan Bala dan Kumutha di Bagan Pinang

Perang masa depan dengan zaman silam di Bagan Pinang
Semua...
Pendapat

Death of democracy in Perak

Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Memangsakan Islam dan Melayu?

BN Perintah Pulau Pinang Apa Melayu Dapat

Untuk Siapa Zambry Solat Hajat?

Orang Kedah dah letih berjuang?

Aduka Taruna, pembakar gereja dan Nasir Safar

Bloggers- berpada-pada buat laporan kes Anwar

Kenapa bukan Melayu terus sokong Pas?

Wahai Menteri, Berhentilah Beretorik
Semua...
Penulis Tamu

Isu perobohan gerai di Pulau Pinang antara ethno-centric dan undang-undang

Gagal di Kerpan, Kini Di Setiu

Umno Sudah Boleh Tulis Nama Atas Pasir

Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Nik Aziz

Besok,Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai MB Perak

Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita!

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

Wang Ehsan: Pas Pejuang, Umno Dapat, Rakyat Jangan Melepas!

Keterlanjuran Nasir Safar:"1Malaysia" di-sabotaj?
Semua...
Open Artikel

Apa Salah Umno ? Apa Tak Kena PAS ?

Menang pada satu pihak

BILA MENTERI PERTAHANAN ITU NAIB PRESIDEN UMNO

Royalti Minyak & Disiplin PAS

Kafir Malaysia Menghina Allah

Agihan kerusi ikut kuota BN tidak relevan lagi

SPRM Hanya Boleh Siasat Pemimpin BN?

Wabak melanda parti pembangkang

Ada Plot Memalukan Mahathir,Menghina Orang Melayu Dan Negara

Keselamatan Negara Malaysia
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
Security Code: Security Code
Type Security Code

(Register)
Membership:
Latest: SirehJunjung
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6317

People Online:
Visitors: -
Members: 31
Total: 754

Online Now:
01 : deeppurple
02 : ramziredang
03 : chingkoq
04 : al_madd87
05 : talikasutkayu
06 : anakmak
07 : mizec
08 : awang
09 : viruscom
10: muraibatu
11: alfan
12: pallmall
13: mira_batrisya
14: malim_demand
15: arssdili
16: kehkehkeh_02
17: adcsiasat
18: pulaubukit
19: mdtop
20: mulutmelayu1
21: U
22: acilut
23: assideq
24: lan_jeniang
25: tutu
26: hulk
27: stratocaster
28: Al-Bahr
29: jelita
30: kopiahijau
31: andalas

Royalti petroleum dan maruah rakyat Kelantan
Posted on Thursday, November 12 @ 07:04:55 PST by paktam

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

UNTUK kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang wang ihsan yang katanya nak diberikan kepada rakyat Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, perkara ini tidak berbangkit kerana bumi Kuala lumpur yang dirujuk sebagai Kerajaan Pusat itu tidak mengeluarkan minyak walaupun setitik.



Hasil negeri dari mana-mana negeri berupa minyak dan gas yang diambil oleh Pusat itulah yang sepatutnya disebut sebagai pemberian secara ihsan dari negeri kepada Persekutuan.

Jika diikutkan logik, ini dikira sudah terbalik apabila kita yang beri dia (Pusat) melalui perjanjian, tiba-tiba setelah dia dapat, dia senang-senang istilahkan pemberian ini adalah hasil ihsan dan kasihan belas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan.

Kononnya, dengan sikap murah hati Persekutuan itulah, maka Kelantan dapat membangun dan menikmati rahmat pembangunan yang berterusan.

Pada saya ini memang sudah menjadi tunggang-langgang. Perkara ini asalnya hak negeri. Kami tidak boleh dilihat sebagai penagih ihsan atau pengemis simpati tetapi kami cuma meminta hak kami untuk ditunaikan.

Kami mahu membangunkan negeri kami dengan duit dari hasil bumi kami itu. Itu saja. Sebutlah royalti atau namakan apa saja tetapi gunalah saluran yang betul untuk kembalikan hak kami.

Maksud saya, berilah kepada kerajaan negeri. Bukankah kerajaan ini adalah kerajaan yang sah yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat? Kerajaan ini ada persidangan Dewan Undangan Negerinya dan ada bajetnya sama ada defisit atau surplus.

Ia dirasmikan sendiri oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

Sepatutnya tidak timbul sama sekali memberikan royalti yang dengan pandai-pandai ditukar istilah kepada wang ihsan.

Saluran yang ditentukan pula ialah melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan bukan Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim. Bukankah ini suatu keanehan?

Kita kena faham bahawa  JPP itu hanyalah sebuah jabatan kerajaan dan bukannya kerajaan! Jika diikutkan, langkah ini boleh ditafsirkan sebagai semacam satu bentuk penghinaan juga ke atas kebolehan dan kredibiliti pegawai-pegawai tadbir negeri (PTN) kami yang juga berkelulusan lebih kurang sama juga dengan pegawai-pegawai jabatan Persekutuan.

Inilah sedihnya kita apabila terlalu lama golongan sekular ini memerintah. Sesudah berpuluh tahun terbiasa dengan sekularisme, mereka sudah selesa dan sebati  mengasingkan politik dari agama.

Melalui proses masa, kesedaran kasih sayang, keikhlasan, kemurnian, persaudaraan dan perasaan adik abang telah dilunturkan. Ini kerana dalam ajaran sekular, ajaran-ajaran seperti ini sememangnya tiada. Jika ada sekali pun, ia hanya dibuat-buat.

Terlalu lama diperap dan direndam dalam tempayan politik sekular yang keruh dan kotor ini menyebabkan semua nilai-nilai murni ini akhirnya hilang ditenggelam. Kini, amalan songsang yang menimbus ajaran murni dan nilai-nilai kesetiakawanan ini telah dilakukan  melalui pentafsiran akta dan undang-undang.

Ia dibuat dengan tidak jujur dan dilakukan dengan sewenang-wenang.

Undang-undang 3 batu nautika yang dihadkan sebagai perairan negeri ini misalnya, siapa yang tentukan? Tidakkah musnahnya nasib dan masa depan Palestin itu bermula sejak kota suci itu dibelah dua oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Siapa yang memberi hak dan mengajar ini semua? Hatta, lima Kuasa Besar dalam anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diberikan kuasa veto; itu pun satu lagi konspirasi jahat.

Siapa yang ajar ini semua jika tidak kuasa yang zalim di pusat dunia? Semua ini ada kena-mengena dengan kuasa yang ada di pusat.

Ini  sama jugalah dengan sistem pinjaman ah long di Malaysia dan amalan kapitalis dunia tajaan Amerika dan kuasa-kuasa besar yang sekular di dunia.  

Atas nama ketamakan untuk menguasai petrol negeri yang bersempadanan dengan Rusia bertujuan untuk untuk menjadikan Afghanistan negeri penampan (buffer state), negara umat Islam itu telah dibedil dan dimusnahkan untuk dijajah tanpa sedikit pun perasaan persaudaraan, kemanusiaan, belas kasihan dan kasih sayang. Kalau iya nak tiru Amerika sekalipun, Umno malulah sedikit kepada semangat dan ikatan federalisme yang sama-sama kita bina melalui perjanjian persekutuan yang kukuh itu.

Perangai mengepung ekonomi kerajaan Islam ini bukan perkara baru. Ia boleh kita lihat dalam surat Al-Munafiquun ayat 7, maksudnya: "Mereka orang-orang (munafiquun) yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): 'janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (muhajiriin) yang ada di sisi Rasulullah s.a.w. supaya mereka (kumpulan) terbubar (meninggalkan Rasulullah). Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami."

Amalan ini pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ubai terhadap Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang bersama baginda. Pemimpin Umno nampaknya tidak pernah serik membuat diskriminasi.

Dalam keadaan dia menindas Kelantan selama ini, tidakkah dia sedar bahawa yang jatuh ialah Selangor dan Perak yang kaya  sedangkan Kelantan semakin teguh?

Jika dalam pilihan raya umum 2004 PAS hanya mendapat 23 kerusi di Kelantan, kesan amalan penindasan Umno telah menjadikan kerusi yang dikuasai PAS pada tahun 2008 bertambah dari 23 kerusi kepada 39 kerusi.

Sepanjang pemerhatian saya, Umno ini hanya parti pak turut yang hanya taat kepada penjajah. Umno cuma meneruskan dasar-dasar Inggeris. Sebaliknya, kita di Kelantan sentiasa melakukan muhasabah, menilai  dan mengubah amalan-amalan Inggeris lama dengan diperbaharui supaya semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa disemak agar selaras dengan kehendak Islam baik dari segi pembangunan kebendaan atau kerohanian.

Ini yang menarik minat dan perhatian rakyat. Kita ada dasar mengenai ubudiyyah misalnya, yakni kesedaran tentang pengabdian mutlak kepada Allah SWT semata-mata.

Kita ada itqan yakni kesedaran mengenai mutu dan kerja yang berkualiti dalam segenap segi.

Kita juga ada mas'uliyah yakni prinsip pertanggungjawaban supaya apa saja yang kita cakap dan kita lakukan hendaklah serupa dengan apa yang kita mahu jawab di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.

Bersifat adil dalam konteks memberi layanan kepada masyarakat berbilang bangsa pula, kita perkenalkan skim Kifaalah, Ladang Rakyat, masjid tiga budaya di Rantau Panjang dan pelbagai projek pembangunan sosio-ekonomi tanpa mengira perbezaan bangsa, bahasa, agama dan keturunan.

Umno sebenarnya sudah ketandusan moral. Selagi Umno menolak agama dari komponen pembangunan maka selama itulah dia tidak berjumpa dengan rahmat.

Menolak Islam samalah seperti mengakui Islam itu ada kecacatan. Ini boleh terbawa-bawa pula untuk  mempercayai bahawa risalah yang dibawa Nabi s.a.w. juga adalah cacat dan Jibrail juga cacat.

Logiknya, Allah SWT juga akan turut dikira cacat. Maha Suci Allah, wal iya zubillah. Ini satu perkara yang cukup berbahaya.

Kembali kepada isu royalti, saya tidak rela rakyat Kelantan dihina apabila seolah-olah kita terpaksa menagih belah ihsan dari sedekah orang lain sedangkan minyak dan gas itu adalah milik kita.

Kita mahu suap rezeki rakyat kita dalam keadaan bermaruah. Kita tidak mahu diajar untuk menyembah orang. Kita mahu bebas dari berabdi sesama manusia. Tiada yang lain yang kita mahu melainkan kita hanya mahu memuja dan memuji Allah SWT semata-mata.




 
Related Links
· More about Fokus Isu
· News by paktam


Most read story about Fokus Isu:
Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

"Royalti petroleum dan maruah rakyat Kelantan" | Login/Create an Account | 4 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Royalti petroleum dan maruah rakyat Kelantan (Score: 1)
by wongkero on Thursday, November 12 @ 10:13:23 PST
(User Info | Send a Message)

kerajaan kelantan adalah mangsa demdam x sudah kerajaan BN yg dapat merampas semula kelantan dari PAS..

yg menghairankan..semua negeri pengeluar minyak malaysia..satu pun x ada yg duduk diatas dr segi kemajuan..




Re: Royalti petroleum dan maruah rakyat Kelantan (Score: 1)
by zarm on Thursday, November 12 @ 23:40:37 PST
(User Info | Send a Message)
DA tuan....Sarawak, satu2nya negeri yg takda UMNO...Miri bandar minyak kini sudah bergelar BANDARAYA....KERTEH????apa ada??



Re: Royalti petroleum dan maruah rakyat Kelantan (Score: 1)
by Batu-bata on Friday, November 13 @ 02:41:58 PST
(User Info | Send a Message)
Apabila Negara diperintah oleh orang-orang yang tamak haloba, gila kebendaan dan hiburan ... itulah kesannya.. Kuburkan UMNO ...


design by ethaidesign.com