Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Login/Masuk
Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Your Account
Minda Lutfi

Mencari alasan, motif sebenar penahanan Dr Asri

Adakah jalan pintas buat Pakatan cipta sejarah PRU13

EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara

'Mukjizat palsu media'

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Wake-up call buat Pakatan Rakyat

Ada yang lebih penting dari keputusan Bagan Pinang

Sembang-sembang dengan Bala dan Kumutha di Bagan Pinang

Perang masa depan dengan zaman silam di Bagan Pinang
Semua...
Pendapat

Death of democracy in Perak

Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Memangsakan Islam dan Melayu?

BN Perintah Pulau Pinang Apa Melayu Dapat

Untuk Siapa Zambry Solat Hajat?

Orang Kedah dah letih berjuang?

Aduka Taruna, pembakar gereja dan Nasir Safar

Bloggers- berpada-pada buat laporan kes Anwar

Kenapa bukan Melayu terus sokong Pas?

Wahai Menteri, Berhentilah Beretorik
Semua...
Penulis Tamu

Isu perobohan gerai di Pulau Pinang antara ethno-centric dan undang-undang

Gagal di Kerpan, Kini Di Setiu

Umno Sudah Boleh Tulis Nama Atas Pasir

Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Nik Aziz

Besok,Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai MB Perak

Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita!

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

Wang Ehsan: Pas Pejuang, Umno Dapat, Rakyat Jangan Melepas!

Keterlanjuran Nasir Safar:"1Malaysia" di-sabotaj?
Semua...
Open Artikel

Apa Salah Umno ? Apa Tak Kena PAS ?

Menang pada satu pihak

BILA MENTERI PERTAHANAN ITU NAIB PRESIDEN UMNO

Royalti Minyak & Disiplin PAS

Kafir Malaysia Menghina Allah

Agihan kerusi ikut kuota BN tidak relevan lagi

SPRM Hanya Boleh Siasat Pemimpin BN?

Wabak melanda parti pembangkang

Ada Plot Memalukan Mahathir,Menghina Orang Melayu Dan Negara

Keselamatan Negara Malaysia
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
Security Code: Security Code
Type Security Code

(Register)
Membership:
Latest: SirehJunjung
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6317

People Online:
Visitors: -
Members: 30
Total: 754

Online Now:
01 : happysokmo
02 : khir_san
03 : lan_jeniang
04 : silentslayers
05 : samsengipoh
06 : sribudinar
07 : AmboKelate
08 : mat_yitut
09 : kopiahijau
10: viruscom
11: Melaka1511
12: kamaneva
13: pallmall
14: anakikan
15: kitkaya
16: yinbyungheon
17: Reformis
18: aToMic
19: joelabu
20: fans187
21: yober
22: azanizam
23: tutu
24: hulk
25: andalas
26: Al-Bahr
27: GuaBebas
28: tebuanbiru
29: gobledegook
30: amfun86

Jin saka punca pendarahan usus?
Posted on Monday, November 16 @ 07:33:22 PST by paktam

Bersama Dato' Dr Haron Din

SAYA telah menjalani perubatan moden selama 18 tahun, tetapi para doktor gagal membantu menyembuhkan penyakit saya. Penyakit itu adalah pendarahan usus yang tidak pernah sembuh. Baru-baru ini saya telah di'scan' oleh seorang ustaz. Beliau mendapati, katanya ada jin saka dan jin-jin lain. Katanya semua jin-jin itu boleh dibuang melalui rawatan auraterapi beliau. Apakah risiko jika saya menjalani rawatan tersebut. Penjelasan Dato' amat diharapkan.

Salmah Ismail
menerusi e-mel



SETIAP penyakit ada ubatnya (maksud hadis). Allah tidak menurunkan segala penyakit, melainkan diturunkan bersama-sama dengannya penawar (maksud hadis).

Antara ubat, atau penawar yang senang didapati ialah al-Quranul Karim. Firman Allah (mafhumnya): "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar (shifa) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah al-Israk ayat 82)

Anda sakit, anda telah berusaha dengan cara yang betul iaitu dengan berjumpa doktor, terutamanya doktor pakar untuk mengikhtiarkan kesembuhan.

Jika sudah 18 tahun anda berusaha, dan sehingga kini belum ada kesembuhan, maka jangan sesekali berputus asa.

Anda harus terus berusaha mencari penawarnya. Tentu ada penawarnya berdasarkan kepada hadis dan al-Quran yang saya nyatakan di atas.

Perihal ada ustaz yang 'scan', memberitahu ada jin saka dan sebagainya, saya tidak tahu betulkan perbuatannya itu ataupun tidak.

Apa yang boleh saya fahami daripada cerita anda, seolah-olahnya ustaz itu boleh mengetahui perkara yang ghaib.

Perihal saka menyaka ini atau gangguan jin dan sebagainya, adalah perkara ghaib.

Mengetahui penyakit dengan cara 'scan' sebegini adalah juga ghaib. Perihal mendakwa mengetahui yang ghaib adalah perkara yang amat serius dalam syariat Islam.

Tidak boleh sedemikian. Islam melarang dengan sekeras-kerasnya. Dalam al-Quranul Karim, Allah berfirman (mafhumnya): "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Surah al-An'aam ayat 59)


Firman Allah (mafhumnya): "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun.

"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)." (Suratul Jin, ayat 26-27)

Dalam as-Sunnah, banyak terdapat hadis Rasulullah s.a.w. mendatangi tukang tilik atau pengubat-pengubat yang mendakwa mengetahui yang ghaib. Antaranya hadis daripada Sufayyah bin Abi Ubaid katanya (mafhum): "Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang mendatangi arrafan (tukang tilik atau pengubat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib), lalu menanyakannya sesuatu, maka perbuatan itu mengakibatkan ibadatnya kepada Allah SWT tidak diterima selama 40 malam." (Hadis riwayat Muslim)

Imam al-Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal, meriwayatkan hadis (mafhumnya): "Sesiapa yang mendatangi kaahin dan bertanya sesuatu kepadanya, dan mempercayainya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah (al-Quran) kepada Nabi Muhammad s.a.w."

Apa itu kaahin? Dalam Kamus al-Munjit disebut kaahin itu adalah orang yang mendakwa mengetahui segala rahsia dan hal-hal yang ghaib. Kaahin juga bermaksud, mengubat atau tukang tilik atau orang yang menolong seseorang itu melepaskan kesusahannya. Semuanya dilarang kerana boleh membawa syirik kepada Allah SWT.

Mengenai rawatan orang yang dimasuki makhluk halus seperti cara yang disyariatkan oleh Allah SWT, adalah harus melakukannya, seperti menggunakan doa, solat hajat, membaca ayat-ayat tertentu dan merawatinya dengan cara yang betul, itulah cara yang patut dilakukan.

Saya tidak begitu arif mengenai auraterapi. Anda rujuklah kepada yang lebih arif. Sekian sahaja, wallahua'alam.




 
Related Links
· More about Umum
· News by paktam


Most read story about Umum:
Sami Buddha bersolat didalam masjid..?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

"Jin saka punca pendarahan usus?" | Login/Create an Account | 4 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Jin saka punca pendarahan usus? (Score: 1)
by andreed on Monday, November 16 @ 15:59:20 PST
(User Info | Send a Message)

Hahahaha,,,

izinkan aku untuk gelak dengan 'kebodohan' dan kebelan ko ni..

Man ada jin 'saka' da.. Jin tak boleh menghisap darah la.. mana ada ko belajar dalam sejarah yang jin ni hisap darah..semua tu karut la.. Kalau ko nak tahu- pendarahan usus tu may be disebabkan oleh beberapa faktor seperti gastritis atau pun unsur2 cancer aatau pun oleh kecederaan dan jangkitan kuman yg menyebebkan salur darah di bahagian usus ko tu mengalami pendarahan..so sure ada sebab baru berlaku pendarahan..ko jangan kena kelentong!!! jin semua tak boleh memberi bekas atau kesan kepada kita...percaya la cakap aku....!!!

mana mungkin scan tak boleh nampak?? biasanya dgn menjalani ujian Scan- 80% akan dapat di diagnose..

Tapi kalau ustaz yg ko jumpa tu kata dia boleh scan..aku tak percaya 100%..dia bukan nampak pendarahan tapi dia nampak Rm dalam poket ko.. so jangan tertipu..!!!! nanti dia mintak pengeras Rm3-4 ribu,ayam panggang 8 ekor,pulut kuning 5 kilo dll.. kononnya nak buang 'saka'..jangan percaya beb..ustaz bukan malaikat..dia pun manusia juga.. lapar duit dan ada nafsu juga..fikir2 lah sendiri...




Re: Jin saka punca pendarahan usus? (Score: 1)
by Ambuyat on Monday, November 16 @ 18:19:53 PST
(User Info | Send a Message)

Mungkin Artikel ini boleh memperjelaskan lagi apa Dato' Dr. Harun Din kata tu.... AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH [ambuyatel-binangkit.blogspot.com]....

semoga bermanfaat..




Re: Jin saka punca pendarahan usus? (Score: 1)
by Ambuyat on Tuesday, November 17 @ 05:39:30 PST
(User Info | Send a Message)
Salam....
Adalah MENG'AIBKAN kalau seorang USTAZ mendatangi seorang BOMOH...untuk tujuan perubatan.

Namun LAGI MENG'AIBKAN kalau yang menjadi BOMOH itu adalah seorang USTAZ...

....kesian belajar tinggi-tinggi... AQIDAH tak terjaga...

Wal 3iyazu biLlahi min zalik!!!



Re: Jin saka punca pendarahan usus? (Score: 1)
by Ambuyat on Tuesday, November 17 @ 16:12:28 PST
(User Info | Send a Message)

Izinkan ana C&P Artikel ini dan UBAH SUAAI Tajuk kepada:

Sikit-sikit BOMOH!!! Sikit-sikit BOMOH!!! [ambuyatel-binangkit.blogspot.com]....dgn mengekalkan link serta tajuk asalnya... (mudah-mudahan biar MENYERLAH sikit)...



design by ethaidesign.com