Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Login/Masuk
Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Your Account
Minda Lutfi

Mencari alasan, motif sebenar penahanan Dr Asri

Adakah jalan pintas buat Pakatan cipta sejarah PRU13

EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara

'Mukjizat palsu media'

Maaf, kerisauan terpaksa dizahirkan!: PRU13 mungkin memihak BN

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Wake-up call buat Pakatan Rakyat

Ada yang lebih penting dari keputusan Bagan Pinang

Sembang-sembang dengan Bala dan Kumutha di Bagan Pinang

Perang masa depan dengan zaman silam di Bagan Pinang
Semua...
Pendapat

Kesan Positif Keputusan Mahkamah Kepada PR

Februari: Najib menyerang

Menulis semula perlembagaan

Death of democracy in Perak

Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Memangsakan Islam dan Melayu?

BN Perintah Pulau Pinang Apa Melayu Dapat

Untuk Siapa Zambry Solat Hajat?

Orang Kedah dah letih berjuang?

Aduka Taruna, pembakar gereja dan Nasir Safar
Semua...
Penulis Tamu

Rayuan Di Tolak Hakim Mahkamah Persekutuan

Isu perobohan gerai di Pulau Pinang antara ethno-centric dan undang-undang

Gagal di Kerpan, Kini Di Setiu

Umno Sudah Boleh Tulis Nama Atas Pasir

Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Nik Aziz

Besok,Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai MB Perak

Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita!

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

Wang Ehsan: Pas Pejuang, Umno Dapat, Rakyat Jangan Melepas!
Semua...
Open Artikel

Apa Salah Umno ? Apa Tak Kena PAS ?

Menang pada satu pihak

BILA MENTERI PERTAHANAN ITU NAIB PRESIDEN UMNO

Royalti Minyak & Disiplin PAS

Kafir Malaysia Menghina Allah

Agihan kerusi ikut kuota BN tidak relevan lagi

SPRM Hanya Boleh Siasat Pemimpin BN?

Wabak melanda parti pembangkang

Ada Plot Memalukan Mahathir,Menghina Orang Melayu Dan Negara

Keselamatan Negara Malaysia
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
Security Code: Security Code
Type Security Code

(Register)
Membership:
Latest: SirehJunjung
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6317

People Online:
Visitors: -
Members: 41
Total: 754

Online Now:
01 : tutu
02 : ded
03 : Anti-Glokal
04 : azanizam
05 : chingkoq
06 : jelita
07 : sutanmaya
08 : matdin
09 : talikasutkayu
10: arbalest
11: bibsprop
12: awang
13: viruscom
14: AmboKelate
15: wongkero
16: pallmall
17: habibriziq
18: kharrkis
19: arssdili
20: hanyzan30
21: kecor
22: Kingkent
23: cucukerinci
24: Umar_Al_Faruq
25: kehkehkeh_02
26: adcsiasat
27: bebas02
28: happysokmo
29: mdtop
30: subangman
31: U
32: muraibatu
33: dulu_umno
34: Labuan_Mari
35: kutai
36: hulk
37: stratocaster
38: Al-Bahr
39: antibodek
40: kopiahijau
41: andalas

Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib
Posted on Friday, November 20 @ 23:41:15 PST by tokdalang

Oleh Penarik Beca

Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.



Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

"Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata beliau.

Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.

Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.

Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.

Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu.

Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5).

Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada 3 Julai 2008 adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam.

Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya.

Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris.

Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis.

Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri.

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya?

Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai.

Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya?

Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.

Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!

Berkaitan:
Penyiasat dedah nama adik Najib (Malaysiakini 20/11/09)

Menarik:
Sebab Ke-6 dia terlupa nyatakan (Al Husseyn 20/11/09)




 
Related Links
· More about Pendapat
· News by tokdalang


Most read story about Pendapat:
Nizar dititah mengadap ?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

Associated Topics

Pendapat

"Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib" | Login/Create an Account | 2 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib (Score: 1)
by Iqbal on Saturday, November 21 @ 16:46:49 PST
(User Info | Send a Message)

Malaysia satu-satunya negara dimana para menterinya ( apatah lagi PM ) kebal  daripada tindakan undang-undang.

Undang-undang berbakul-bakul banyaknya TETAPI mereka dan ahli keluarga tidak boleh diusik oleh undang-undang yang ada. Undang-undang adalah untuk rakyat jelata dan untuk musuh dan lawan politik mereka.

TV2 dan akbar2 tanpa rasa malu menyiarkan berita pemimpin2 negara2 lain yang DITANGKAP, DIDAKWA ma;lah DIPENJARA atas kesalahan yang mereka lakukan. Di Indonesia BESAN PRESIDEN SBY DI PENJARA kerana pecah amanah. DI malaysia ????

Dalam doa setiap hari saya mohon kepada ALLAH agar diberi balasan kepada penguasa2 yang diberi amanah berbentuk pangkat yang tinggi tetapi tidak berlaku adil.




Re: Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib (Score: 1)
by 21Halim on Saturday, November 21 @ 17:10:20 PST
(User Info | Send a Message)
Najib sudah kata tidak kenal Altantuya, maka tidak kenallah dia. Siapa yang kata Najib kenal, bawalah bukti untuk diperiksa oleh umum. Cerita sahaja, memang tak jadi.... Buang masa sahaja mengikuti cerita sedemikian. Jika keluarkan bukti baru seronok. Soal hukuman yang perlu ditimpakan, saya tidak peduli... Akhirat sana sendiri jawab!


design by ethaidesign.com