Iklan Berbayar

Promosi 2010

Buku Terkini

Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· MindaLutfi
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account
Minda Lutfi

Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali

Pakatan: Usah menunggu, mantapkan persiapan hadapi perang besar

"Hang percaya Harussani?"

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Usah melatah dengan kenyataan Soi Lek ....

Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno ...

Umno macam buku, perangkapnya mudah dibaca!

Khairy berani sanggah politik kuno Umno?

Najib yang tersepit

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua
Semua...
Pendapat

Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan

Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’

Jangan guna hujah agama! Habis guna hujah Atheis?

Apa bezanya BN/Umno daripada penjajah?

Salahkah bukan Islam memasuki masjid?

DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya

Hello Umno, kalau PAS salah, hampa tibai la cukup-cukup

PRU13: Sudahkah Pakatan bersedia hadapinya?

Tinjau pemikiran yang setuju rehatkan "politik" pada bulan Ramadan!

Kalaulah Umno ada di zaman Nabi
Semua...
Penulis Tamu

Cina DAP tak boleh masuk masjid, Cina MCA boleh..

Ramadan dan politik perkauman

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Ada apa dengan Imam Muda?

Dinar emas dan kesannya kepada politik nasional

Ibrahim Ali patut berdialog

Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan

Politik pelampau, negara hancur

Umno Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah

Merdeka: Bebas bangsa dari penjajahan minda
Semua...
Open Artikel

Chua Soi Lek, MCA dan negara

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik

Betulkah Kita Hargai Generasi Muda ?

Nasihat ulama muda Umno

Kebenaran Dijunjung, Parti Sendiri Dikelek

Menikmati hak memilih parti politik

Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Melayu ke mana?

Hati-hati dalam melayan kawan

Tanah KTMB DiBangun,Bagaimana Dengan CPF Pekerja Semenanjung?
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: areliey82
New Today: 9
New Yesterday: 36
Overall: 6527

People Online:
Visitors: -
Members: 19
Total: 754

Online Now:
01 : Iqbal
02 : GitarKaren
03 : rakyatmesia
04 : areliey82
05 : bojeng
06 : patriot
07 : yinbyungheon
08 : adiib
09 : alfan
10: Taufan
11: hangtua
12: kecor
13: manscrew
14: pria_malaya08
15: Taf4
16: subangman
17: restless
18: manxpert
19: pokdin

Memali, peristiwa hitam dikenang sebagai sejarah kezaliman!
Posted on Saturday, November 21 @ 19:51:40 PST by paktam
Fokus Isu

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Tanggal '19 Nov 1985' hingga 19 November 2009, genap 24 tahun terjadinya peristiwa kejam, Memali yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling yang mengorbankan para pejuang agama Allah dalam sekelip mata.Ketika kejadian,  lebih 3000 anggota polis ditugaskan menggempur kumpulan yang kononnya didakwa menganjurkan ajaran sesat, maka 'Operasi Angkara' diberi jolokan untuk mencabut nyawa rakyat yang tak berdosa.



Peralatan ala tentera digunakan ketika itu oleh pihak berkuasa hanya untuk memerangi sejumlah tidak sampai 100 pengikut Ustaz Ibrahim Mahmud (Libya).

Operasi itu bermotifkan untuk menahan Ustaz Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana beberapa kontroversi ucapan-ucapannya dalam memangkinkan semangat pejuang agama Allah.

Tan Sri Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA.

Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.

Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.

Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau kerap berceramah di RTM 1, kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.

Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

Tragedi Berdarah memali berlaku tatkala Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, malah ketika kejadian beliau melakukan lawatan ke China, entah mengapa 'hanya Allah yang tahu'.

Sementara menteri yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan ketika itu ialah Tan Sri Musa Hitam yang dibantu Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.

Rakyat ketika itu dikhabarkan bahawa kerajaan mahu melakukan operasi menjejaki pengganas komunis, namun kemudiannya apabila 'terhidu' operasi ditukar wajah dengan tajuk membasmian ajaran sesat.

Maka beberapa akhbar milik Umno/BN ketika itu memutarbelitkan laporan-laporan mereka dengan menuduh Ustaz Ibrahim Libya membawa ajaran sesat dan kerajaan perlu memerangi ajaran ini.

Maka berlakulah pertempuran hebat antara 'wakil kerajaan' dengan kumpulan yang diketuai Ustaz Ibrahim Libya, yang akhirnya tanpa sebarang senjata atau senapang, nyawa mereka direntap tanpa 'izin' pemilikNya.

Berlinangan darah membasahi perkarangan rumah Ibrahim Libya, kanak-kanak bertempiaran, balu-balu menangis disamping mayat suami yang kaku membisu tanpa sebarang 'isyarat' akan roh masih berada dalam jasad.

Semuanya bagaikan 'padang jarak padang terkukur' direntap musnah, dalam laungan Allahuakhbar, 13 pejuang agama Allah syahid mempertahankan diri, keluarga dan perjuangan membela agama Allah.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abdul Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan.

Mereka yang terkorban ialah, Ustaz Ibrahim Mahmud (libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

Syafie Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.Abdullah Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

Abdul Manaf Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.Ghazali Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

Wan Abdullah @ Idris  Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

Mohd Aroff Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Abdullah Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Ahmad Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.Abdul Rahmah Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Sebaik selesai operasi memautkan kumpulan Ustaz Ibrahim Libya, media-media pro kerajaan ketika itu melagukan semula lagu-lagu fitnah tanpa henti, kononnya untuk membenarkan segala tindakan mereka.

Peristiwa memali menyayat hati sesiapa sahaja yang hidup ketika itu dan turut mengalaminya termasuk balu-balu mereka yang Syahid, lantas selang beberapa hari selepas peristiwa berdarah di Baling itu, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar mengecam keras tindakan zalim itu.

Nada ucapan Ustaz Hadi amat memilukan, sebak suarannya tak mampu ditahan lagi, air mata membasahi wajahnya dan sesekali teresak-esak menahan kesedihan.

Masih segar dalam ingatan, akan untaian kata-kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat " Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."

Peristiwa hitam dan tragedi berdarah yang membabitkan ahli PAS itu sebenarnya belum pudar dihati para penyokong dan ahli PAS hingga kini.Tangisan anak-anak kecil masih 'basah' ditelinga para amilin dan pejuang.

Mana tidaknya, Perdana Menteri yang 'wujud' ketika peristiwa berdarah itu (Dr Mahathir) kini masih hidup lagi, dan masih segar untuk membungkam kenyataan-kenyataan yang liat politiknya.

Hingga kini, mulutnya tidak pernah menukilkan 'maaf' kepada keluarga mangsa Memali,  lantas hal ehwal mangsa juga tak pernah dipedulikan Mahathir yang merejimkan Malaysia sehingga 22 tahun dengan dihujung pemerintahannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa terakhirnya.

Malah selepas bersara dari kerajaan pun, Mahathir giat memangsakan Tun Abdullah Ahmad Badawi hingga 'longlai' kaki tidur itu yang akhirnya berundur dari jawatan nombor satu dalam negara.

Memali tetap akan menjadi satu titik hitam dalam demokrasi di negara ini, rakyat yang 'lemah' mudah ditindas hanya kerana 'aspirasi' berbeza, malah kekejaman menjadi 'bahan' memuaskan nafsu penguasa.

Peristiwa ini tetap akan segar selagi pihak-pihak yang terbabit dengan memohon maaf atau melafaskan 'keinsafan' di atas kezaliman yang dilakukan, nescaya Allah akan membalasnya walaupun di hujung usia.




 
Related Links
· More about Fokus Isu
· News by paktam


Most read story about Fokus Isu:
Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

"Memali, peristiwa hitam dikenang sebagai sejarah kezaliman!" | Login/Create an Account | 3 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Memali, peristiwa hitam dikenang sebagai sejarah kezaliman! (Score: 1)
by lamanindah on Saturday, November 21 @ 20:10:25 PST
(User Info | Send a Message)
hasan ali dia tak rasa benda ni.....



Re: Memali, peristiwa hitam dikenang sebagai sejarah kezaliman! (Score: 1)
by Ambuyat on Sunday, November 22 @ 02:51:29 PST
(User Info | Send a Message)
Bagi mereka yg tak lahir lagi time tu... BACA NI [ambuyatel-binangkit.blogspot.com]...biar tahu sejarah sebenar Tragedi Memali...



Re: Memali, peristiwa hitam dikenang sebagai sejarah kezaliman! (Score: 1)
by anakikan on Sunday, November 22 @ 05:41:25 PST
(User Info | Send a Message)

Jika tak silap masa tu saya sedang hadapi exzam STPM, ada persidangan khas di parlimen yang ditayangkan kat TV. Memang masa tu saya (bukan orang kedah) memang percaya dengan apa yang Musa Hitam cakap kat TV yang Uztaz Ibrahim pembawa ajaran sesat. Apabila saya masuk U tahun berikutnya dan berkawan dengan budak-budak U dari kedah barulah saya tahu keadaan yang sebenarnya. Sebarlah kebenaran ini supaya generasi kini dan akan datang tidak lupa akan peristiwa tersebut.

 




  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com