Iklan Berbayar

Promosi 2010

Buku Terkini

Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· MindaLutfi
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account
Minda Lutfi

Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali

Pakatan: Usah menunggu, mantapkan persiapan hadapi perang besar

"Hang percaya Harussani?"

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Usah melatah dengan kenyataan Soi Lek ....

Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno ...

Umno macam buku, perangkapnya mudah dibaca!

Khairy berani sanggah politik kuno Umno?

Najib yang tersepit

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua
Semua...
Pendapat

Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan

Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’

Jangan guna hujah agama! Habis guna hujah Atheis?

Apa bezanya BN/Umno daripada penjajah?

Salahkah bukan Islam memasuki masjid?

DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya

Hello Umno, kalau PAS salah, hampa tibai la cukup-cukup

PRU13: Sudahkah Pakatan bersedia hadapinya?

Tinjau pemikiran yang setuju rehatkan "politik" pada bulan Ramadan!

Kalaulah Umno ada di zaman Nabi
Semua...
Penulis Tamu

Hudud Bukan Hak Pas Seorang

Cina DAP tak boleh masuk masjid, Cina MCA boleh..

Ramadan dan politik perkauman

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Ada apa dengan Imam Muda?

Dinar emas dan kesannya kepada politik nasional

Ibrahim Ali patut berdialog

Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan

Politik pelampau, negara hancur

Umno Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah
Semua...
Open Artikel

Chua Soi Lek, MCA dan negara

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik

Betulkah Kita Hargai Generasi Muda ?

Nasihat ulama muda Umno

Kebenaran Dijunjung, Parti Sendiri Dikelek

Menikmati hak memilih parti politik

Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Melayu ke mana?

Hati-hati dalam melayan kawan

Tanah KTMB DiBangun,Bagaimana Dengan CPF Pekerja Semenanjung?
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: areliey82
New Today: 9
New Yesterday: 36
Overall: 6527

People Online:
Visitors: -
Members: 19
Total: 754

Online Now:
01 : Iqbal
02 : rakyatmesia
03 : areliey82
04 : bojeng
05 : patriot
06 : yinbyungheon
07 : MesraPolitik
08 : stratocaster
09 : lanung
10: fbi
11: paranormaljo
12: suketani
13: hangtua
14: kecor
15: Taf4
16: subangman
17: restless
18: chingkoq
19: paktani

Fokus agenda parti keutamaan sekarang
Posted on Monday, November 23 @ 04:12:27 PST by tokdalang
Penulis Tamu
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD

SEORANG blogger memberitahu saya, "Ustaz sekarang kalau tulis hentam Umno dan penyelewengan  kepimpinan Umno/BN... tak mendapat respon baik daripada pembaca. Sebaliknya, kalau dedahkan rahsia parti dan hentam pimpinan PAS, ini yang dapat tempat dan tumpuan".


Maka saya menjawab kepada beliau begini, "Inilah akibatnya kita asyik duduk hentam pemimpin PAS, walaupun kononnya sayang kepada PAS. Inilah akibatnya".

Seperti mana saya sebutkan dalam tulisan yang lepas, walaupun penulis blog itu kononnya simpati dengan PAS, tetapi dia kritik secara terbuka melalui laman web, bukan melalui salurannya, akhirnya PAS sudah kehilangan faktor 'Wow' yang dulunya Umno mengalami masalah ini. Sekarang musibah ini sedang menimpa PAS, terutama di gerbang maya.

Orang atas pagar, dia tidak mengatakan bahawa apa sudah jadi dengan si anu dan si anu. Sebaliknya yang mereka sebut ialah apa sudah jadi dengan PAS? Teruk sangatkah PAS? Kenapa hal dalam rumah tangga bertelagah dipaparkan dekat media? Kenapa pemimpin PAS tidak berdisiplin dalam mengeluarkan kenyataan akhbar?

Akhirnya, yang buruk ialah PAS bukan individu dalam PAS. Sekarang bukan senang kita hendak mencipta 'faktor wow' yang dulunya berada di kaki kita, tetapi sekarang telah beralih kepada Umno.

Orang lupa isu PKFZ yang lesapkan wang rakyat RM12.5 Bilion. Isu siapa pembunuh Altantunya. Macam mana rekod kemasukan Altantunya boleh terpadam? Kenapa tidak ada siasatan sampai ke lubang cacing, siapa yang padam?

Bukankah Malaysia ini antara yang hebat dan cekap untuk menangkap penjenayah. Polis Malaysia juga hebat dengan pakar-pakar forensik sudah tentu ia mampu untuk melakukan semuanya ini. Siapa yang memadamkan data ini mesti dicari. Kalau gagal dalam isu ini bermakna negara berada diambang merbahaya apabila rekod kemasukan seseorang ke dalam negara ini boleh hilang.

Kemana pergi Balasubramaniam yang menjadi penyiasat persendirian melarikan diri? Sedangkan beliau adalah saksi yang paling penting dalam kes Altantunya. Kenapa orang tidak peduli dengan kenaikan harga minyak RON 97 dulu RM1.75 sen naik sampai RM2.05 sen? RON 95 yang rakyat marhain pakai tidak berkualiti harganya RM1.80 sen.

Isu tidak ada bonus yang dituntut oleh kakitangan kerajaan, macam mana? Isu stadium negeri Terengganu runtuh yang melibatkan wang rakyat hampir RM300 juta hilang begitu sahaja dariapda rakyat.

Orang tidak peduli apabila seorang Menteri Besar dituduh bawa wang keluar negara sebanyak RM10 juta. Isu pengkhianatan terhadap rakyat Kelantan mengenai wang ihsan menggantikan royalti adalah lambang 1Malaysia yang bohong 1Malaysia dan menindas 1Malaysia.

Kesemuanya sudah hilang kerana selain daripada media perdana seperti TV dan radio dan sekarang ditambah pula dengan tulisan yang memburukkan PAS sama ada oleh musuh atau oleh orang yang kononnya terlalu sayang dengan PAS, sampai pecah komputer untuk tulis semua masalah dalaman PAS dalam gerbang maya.

Maka ia merasakan puas kerana dia sudah berjaya mangharubirukan PAS sehingga ahlinya hilang fokus, dan rakyat atas pagar melarikan diri daripada PAS. Hanya Allah sahaja yang akan membalas kerja mereka ini.

Sekaranglah masanya untuk kita fokos kerja buat kita untuk jangka panjang dan jangka pendek menghadapi PRU 13. Setiap orang mesti merasakan beliau ialah batu bata yang melengkapkan sebuah rumah.

Sebiji bata kalau letak di tengah jalan ia tidak menampakkan fungsinya. Tetapi berlainan apabila ia telah diikat menjadi satu bangunan yang kukuh dan sukar untuk diroboh. Kalau roboh pun, ia akan memberi mudharat kepada orang lain. Kita jangan menjadi anai-anai dalam jamaah sehingga merobohkan sebuah bangunan yang kukuh.

Strategi kita dalam PRU 13 mesti bermula daripada sekarang. Kita mesti menang bukan kerana bergantung kepada kelemahan dan perpecahan di kalangan musuh sahaja. Tetapi kita mesti berdiri dengan kaki sendiri untuk mencapai cita-cita ini.

Oleh itu, tidak akan memberi apa-apa makna dalam perjuangan kita kalau kita hanya mengharapkan kemenangan dengan rasa tidak puas hati rakyat kepada Umno dan BN. Gelombang ini adalah faktor sementara, dan faktor ini perlu diurus dengan baik dengan kita.

Perlu diingatkan, kekuatan PAS selama ini adalah kerana kita mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu ahli dan cawangan yang banyak. Tidak mungkin kita boleh bertahan seandainya kita tidak mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tetapi perlu diingatkan kalau kita tidak memperdulikan soal asas ini maka kita akan hancur di persada tanah air kita.

Beberapa persoalan yang mesti menjadi perhitungan kepada diri saya dan juga kepada semua ahli dan pimpinan iaitu:

1. Berapakah penambahan ahli baru di tempat anda dalam usaha untuk mencapai keahlian dua juta menjelang PRU 13?

2. Berapakah bilangan ahli yang didaftar sebagai pemilih untuk persiapan PRU 13?

3. Adakah usrah di cawangan tuan-tuan berjalan atau tidak? Usrah adalah nadi gerakan kita, seandainya usrah tidak berjalan maka fikrah bercelaru, ahli tidak bertambah, ukhwah retak, individu dan rumahtangga Islam tidak dapat dibentuk, ahli parti tidak menunjukkan akhlak dan peribadi yang luhur sesuai dengan parti Islam, semangat pengorbanan lemah, banyak arahan parti tidak dipedulikan, tidak faham konsep wala’ dan tahalluf. Semuanya angkara usrah diabaikan.

4. Bagaimanakah keadaan Kelab Penyokong PAS di kawasan atau negeri-negeri masing?

5. Bagaimana majlis tindakan bersama di kalangan Pakatan Rakyat di tempat saudara?

6. Berapa banyak wang dan dana pilihanaraya?

7. Adakah Unit Amal di kawasan saudara aktif kerana ia adalah pintu masuk ke dalam perjuangan PAS di kalangan anak muda.

8. Adakah kegiatan Nisa’ aktif di kawasan masing-masing dengan penglibatan wanita muda di kalangan anak-anak ahli-ahli PAS.

9. Berapa banyak ceramah penerangan di kawasan, Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) telah dijalankan?

Jika sekiranya perkara ini kita mampu untuk diolah dengan baik, insya-Allah PAS upaya menghadapi sebarang kemungkinan dengan bala tentera BN dan Umno nanti.

Tetapi ingat, seandainya kita tidak membuat persiapan ini dan tidak memfokoskan kepada agenda parti dengan betul maka bermakna kita merancang untuk kegagalan. Kita mesti merancang untuk kemenangan dengan bekerja mengikut apa yang diarahkan oleh parti.

Kita mesti bekerja sebagai kerajaan menunggu bersama rakan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Kesimpulannya, fokus kepada agenda parti adalah keutamaan kita. Perjuangan di gerbang maya untuk menyebarkan mesej perjuangan PAS mesti diteruskan untuk merebut peluang yang ada terutama di kalangan masyarakat yang terpelajar dan celik IT.

Dipetik dari sisipan Fikrah, Harakah Bil 1491 - 23-26 November 2009




 
Related Links
· More about Penulis Tamu
· News by tokdalang


Most read story about Penulis Tamu:
Jenny-Altantuya

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

Associated Topics

Penulis Tamu

"Fokus agenda parti keutamaan sekarang" | Login/Create an Account | 3 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Fokus agenda parti keutamaan sekarang (Score: 1)
by stumpy on Monday, November 23 @ 10:06:40 PST
(User Info | Send a Message)
Teruja membacanya.Tentulah negeri mempunyai sasaran2 yg perlu dicapai. Tggjwb in yang diagihkan kekawasan, dan kaw. mengagihkan kecawangan. Dicadangkan, sekretariat negeri memantau pencapaian yg mesti dilaporkan secara tetap ke peringkat negeri. Contohnya, sasaran penambahan ahli kaw. XX ialah 600. (Purata 50 org sebulan). Pencapaian bulan Okt - 12 org. Pencapaian keseluruhan Jan-Okt =300 org, sdgkan purata sepatutnyanya ialah 500 org (10bulanx50). Oleh itu pencapaian ialah 60% shj(300/500). Maka hanya dpt 6 poin dari skala 10. Begitulah yg lain2nya. Caw perlu laporkan ranc. bulan depan. Negeri/ kawasan perlu beri tumpuan & bantuan pd caw yg ketinggalan. Begitulh dgn pemantauan aktiviti yg lainnya spt dana, unit amal, aktiviti kebajikan dsb. KPI ini membantu memantau pencapaian secara objektif. Aktuvitinya ditentukan oleh penurusan tertinggi yg tanggungjawab perlaksanaannya diturunkan kebawah ke unit-unit yg berkaitan. Ia bukan ditentukan oleh cawangan sendiri.



Re: Fokus agenda parti keutamaan sekarang (Score: 1)
by alPaksun on Monday, November 23 @ 16:02:28 PST
(User Info | Send a Message)

ini lah masalah kalau masing2 ada kepentingan diri.tak kira dari bawah sampai lah keatas ntah ape2 yang dikejarkan tak tahu lah.bangunan yang retak sepatut nya kita gantikan plaster baru untuk menampakkan kekukuhannya sekurang2nya.

ini tidak malah di korekkan sampai orang boleh tengok orang yang dalam bangunan.dan diharapkan ada orang yang menampalkan dengan yang baru.inilah persepsi yang salah yang kita lakukan.sedangkan untuk membina nya adalah susah apatah lagi nak memulihkan setelah siap di bina.rumah dah siap pahat masih berbunyi.

ape yang kamu hendak????????????




Re: Fokus agenda parti keutamaan sekarang (Score: 1)
by abuya68 on Monday, November 23 @ 17:04:54 PST
(User Info | Send a Message)
Kerana sayangkan PAS la kami tegur Ustaz Idris ooi..Kami mau satu perubahan dlm pengurusan PAS. Supaya agenda PAS dlm PR lebih jelas. PAS mesti membuat satu perubahan dan penjelasan tentang agendanya dlm PR kepada bhgn, cawangan dan dlm kempen2 ceramah. Arahkan cawangan supaya mulakan gerakan cawangan utkterus jelaskan agenda PAS dlm PR ni utk pilihanraya 2012 akan dtg. Jgn asyik kat cawang bagi tau kita bersama PR tapi dlm masa sama pi jalin kerjasama dgn UMNO. Mesti ada tindakan yang lebih jelas anatara hubungan kita dlam PR itu lebih penting.



  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com