Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
"Isu Ariffahmi telah menjadikan Tok Guru berduka cita, sehingga berdiam diri. isu ini timbul kerana seorang blogger yang bernama pena kickdefella telah membuat pendedahan yang cukup trajis.
Sebelum pendedahan ini kickdefella telah pergi berjumpa dan mencim tangan Tok Guru, hormat dan dulu antara juga orang yang pernah memberikan padangan dan nasihat kepada Tok Guru.
Cium tangan hormat adalah biasa bagi mereka yang tidak ada perbalahan dan dengki ataupun sakit hati.
Kickdefella ada menulis "Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini."
Cerita pertama ini ialah seorang yang memengang jawatan tinggi dan pernah minta gaji melebihi CEO syarikat berkenaan telah ditamatkan kontraknya.
Dia berubah 360 darjah selepas itu.
Cerita kedua pula. Seorang penulis lain yang menggunakan nama pena Tulang Besi. Dia adalah orang kanan kepada Dato' Hassan Ali. Beberapa tahun bersama Dato' Hassan Ali. Hanya dia tak cium sahaja tangan Dato' Hassan Ali sebagaimana Kickdefella. Peluk Dato' Hassan Ali, eh ehhh banyak kali tak boleh bilang!
Apabila PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Selangor dia memohon untuk menjadi CEO sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Dato' Hassan Ali tidak memberikan kepada beliau, lagipun dalam hal ini mesti berbincang dahulu bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya........
Dia juga telah 360 darjah menyerang Dato' Hassan Ali.
Dato' Hasssan Ali ilmu dan waraknya tidak sama seperti Tok Guru Nik Aziz yang semua orang kenal "kalis akhbar dan media". Semua keburukan Dato' Hassan Ali didedahkan jangan ada sedikitpun kesilapan maka seluruh dunia akan tahu. Tok Guru juga menerima nasib hampir sama, kebaikan membawa Islam 20 tahun di bumi Kelantan hampir lenyap kerana dengki dan dendam kesumat seorang blogger.
Manusia bila dah berdengki dan berdendam semuanya boleh jadi, agama sendiri boleh dipijak-pijak.
p/s - Gambar di atas itu adalah gambar Tulang Besi dengan projek kambing di luar negara setelah frust dengan Dato' Hassan Ali.
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
Re: Antara Kickdefella dengan Tulang Besi (Score: 1) by 21Halim on Tuesday, December 08 @ 19:18:58 PST (User Info | Send a Message)
Saya membaca semua catatan Kickdefella. Saya buat pertimbangan sendiri.
Re: Antara Kickdefella dengan Tulang Besi (Score: 1) by abuadil_alkaff on Tuesday, December 08 @ 19:53:37 PST (User Info | Send a Message)
setelah sekian lama diperhatikan, diikuti secara dekat, aku mengharap TGNA menyedari bahawa hentaman beliau terhadap Hasan Ali, Us Nasha, C Pa dll adalah permainan puak2 opportunis ini. Paling malang mengapa HUSAM sepatah haram tak berkata!!!