Petikan dari perlembagaan PAS pindaan 2001: Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK". (5) Tugas Ahli-ahli 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK'
(a) Mursyidul 'Am (i) Bertanggungjawab sebagai Ketua 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam Fasal 7 (3)(a), (b) dan (c) Perlembagaan ini.
(ii) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' dan melantik seorang Setiausaha 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' daripada kalangan ahli-ahlinya atau mana-mana ahli PAS.
(iii) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara dasar PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.
(b) timbalan Mursyidul 'Am (i) Membantu tugas-tugas Mursyidul 'Am. (ii) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' apabila Mursyidul 'Am berhalangan atau tidak hadir.
(c) Ahli-ahli 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' (i) Melaksanakan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh Fasal 7 (3). (ii) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa tatatertib PAS menurut Fasal 75 (4). Fasal 7 (3)menyatakan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut: (c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa tataertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan ini. Fasal 75: (4) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. Bagi saya persoalan yang dikemukan oleh saudara GB adalah berkaitan dengan kuasa melantik jawatankuasa yang dengan jelas dinyatakan hanya boleh dilantik oleh majlis syura ulama. Ini adalah bertepatan dengan: FASAL 23. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (7) Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (e) Membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa atau lajnah-lajnah yang diperlukan bagi menjalan dan melicinkan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS serta melantik ahli-ahlinya dan menyediakan peraturan-peraturannya, kecuali Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Fasal 75 Perlembagaan ini. Yang mememberi kuasa kepada jawatan kuasa PAS PUSAT untuk melantik sebarang jawatankuasa selain dari: FASAL 75. Tatatertib PAS (2) Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu. Rasanya saudara batu api telah tersilap di dalam mentafsirkan perkara fasal 7 (3)(c) kerana fasal tersebut dengan jelas memberikan kuasa melantik jawatankuasa tatatertib kepada majlis syura ulama dan bukan jawatankuasa pas pusat. Fikir - fikirkan. Haram, halal..... Hallam.... Agaknya. |