Posted on Wednesday, December 30 @ 22:57:24 PST by
Paktam
Jika benarlah pada usia empat pulohan baru hendak dimulakan satu-satu pembaharuan sempatkah kita menjadi pandai bila sampai umur wajib bersara iaitu diakhir lima pulohan?
Jadinya falsafah kolot “life begins at 40″ hendaklah dikikis dari minda. Akibatnya walaupun telah mencapai usia yang begitu matang tetapi masih tidak mampu membezakan diantara Mesyuarat dengan Berbincang dalam kelompok.
Masih tidak dapat sesuaikan diri apabila aspek-aspek disiplin ditekankan.
Esok akan bermulalah tahun baru 2010. Apa kata mulai tahun 2010 ini kita terus sahaja melakukan yang terbaik untuk diri, masyarakat serta negara dan tidak lagi sekadar membaharui Azam.
Jika kita tidak serious dengan amanah yang Tuhan kurniakan ini sampai bilapun kita tidak akan kemana-mana jauh sekali untuk menjadi Pemimpin