Posted on Tuesday, January 05 @ 19:23:50 PST by
Paktam
"Susahkah TGNA nak betulkan persepsi teruk yang melanda PAS Kelantan? Kenapa tida
k diambil iktibar dari peristiwa Pak Lah dan menantunya KJ yang hampir merubah landskap politik Malaysia. Apakah PAS cukup kebal hingga rakyat Malaysia tidak dapat menghidu konflik yang menyelubungi Kerajaan Kelantan.Bukan rakyat menuntut supaya Arifahmi didenda @ penjara...cukuplah disegerakan letak jawatan
Semacam ada sesuatu yang tidak kena bila masalah perletakan jawatan menantu TGNA sengaja diperlambatkan.Penantian itu sungguh menyeksakan.Jangan biarkan rakyat membuat telahan yang tidak baik kelak buruk padahnya.
Jangan pula kesempatan ini digunakan oleh Arifahmi untuk membersihkan isu yang terpalit selama ini.Andainya AAF sudah tidak bergelar CEO PMBK,masih banyak ruang terbuka untuk membetulkan keadaan kiranya kita di pihak yang BENAR.
Adakalanya 'buruk sangka' menjengok minda rakyat kerana tindakan TGNA agak aneh persis masih terkawal.Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.Perjuangan Islam menuntut agar berkorban bila kepentingan peribadi bertembung dengan hak orang awam.Susahkah TGNA berkorban untuk menghilang serabut rakyat?
Cukuplah kita semua membiarkan fitnah terhidang setiap hari depan mata.Kelak kalau merebak ke seluruh negara buruk padahnya.
Kalau sudah jelas puncanya barah semakin merebak,terpaksa potong juga anggota terbabit walau dengan hati yang berat.Percayalah 'patah tumbuh hilsng berganti' tak kira tok guru,ustaz,akuantan,engineer dll.
Kalau yakin AAF budak baik,berpandangan jauh dan pentingklan jamaah...sila pilih jalan sendiri bukan melalui GLC.Tunjukkan kehebatan anda dengan membina kejayaan baru tanpa ehsan @ tongkat dari mertua.
Rukun Iman nyata "PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR"
Insyaallah kita sentiasa mendapat hidayah Allah jika memilih jalan yang lurus.Anggaplah apa yang berlaku sebagai ujian Allah untuk meneguhkan Iman kita hambaNya
"