Usaha kerajaan memansuhkan caj wad untuk kakitangan kerajaan yang telah bersara di lihat satu langkah yang baik. Walaupun agak terlambat namun golongan pesara bolehlah menarik nafas lega dengan perkembangan ini.Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa digredkan tahap keselesaan pesara yang ingin mendapatkan rawatan ini? Daripada bertugas sebagai penjawat awam sehingga bersara terus mereka dipisahkan oleh ‘gred’ yang tertentu. Ramai tertanya-tanya apakah pegawai tinggi mendapat layanan dan penjagaan yang lebih sempurna berbanding angota berpangkat rendah?
Sakit sama sakit , dan sama-sama pernah mencurah bakti kepada negara jadi mengapa mesti dikelaskan kelayakan wad dan layanan daripada kerajaan?













