Iklan Berbayar

Promosi 2010

Buku Terkini

Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· MindaLutfi
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account
Minda Lutfi

Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali

Pakatan: Usah menunggu, mantapkan persiapan hadapi perang besar

"Hang percaya Harussani?"

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Usah melatah dengan kenyataan Soi Lek ....

Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno ...

Umno macam buku, perangkapnya mudah dibaca!

Khairy berani sanggah politik kuno Umno?

Najib yang tersepit

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua
Semua...
Pendapat

Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan

Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’

Jangan guna hujah agama! Habis guna hujah Atheis?

Apa bezanya BN/Umno daripada penjajah?

Salahkah bukan Islam memasuki masjid?

DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya

Hello Umno, kalau PAS salah, hampa tibai la cukup-cukup

PRU13: Sudahkah Pakatan bersedia hadapinya?

Tinjau pemikiran yang setuju rehatkan "politik" pada bulan Ramadan!

Kalaulah Umno ada di zaman Nabi
Semua...
Penulis Tamu

Cina DAP tak boleh masuk masjid, Cina MCA boleh..

Ramadan dan politik perkauman

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Ada apa dengan Imam Muda?

Dinar emas dan kesannya kepada politik nasional

Ibrahim Ali patut berdialog

Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan

Politik pelampau, negara hancur

Umno Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah

Merdeka: Bebas bangsa dari penjajahan minda
Semua...
Open Artikel

Chua Soi Lek, MCA dan negara

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik

Betulkah Kita Hargai Generasi Muda ?

Nasihat ulama muda Umno

Kebenaran Dijunjung, Parti Sendiri Dikelek

Menikmati hak memilih parti politik

Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Melayu ke mana?

Hati-hati dalam melayan kawan

Tanah KTMB DiBangun,Bagaimana Dengan CPF Pekerja Semenanjung?
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: areliey82
New Today: 9
New Yesterday: 36
Overall: 6527

People Online:
Visitors: -
Members: 19
Total: 754

Online Now:
01 : Iqbal
02 : GitarKaren
03 : rakyatmesia
04 : areliey82
05 : bojeng
06 : patriot
07 : yinbyungheon
08 : adiib
09 : alfan
10: Taufan
11: hangtua
12: kecor
13: manscrew
14: pria_malaya08
15: Taf4
16: subangman
17: restless
18: manxpert
19: pokdin

MPM Uji Dasar Umno Dan Pas
Posted on Friday, March 12 @ 18:37:02 PST by tokdalang
Penulis Tamu

Oleh A Kaidr Jasin

ADALAH memalukan apabila muncul suara-suara sumbang daripada segelintir orang Umno yang mendakwa kononnya Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) adalah "outfit" Umno.

Inilah cara kera sumbang yang mahu tumpang sekaki apabila buah di pokoknya mula kehabisan atau tidak sesedap buah di pokok orang lain.Kera sumbang Umno ini sepatutnya bertanya mengapa begitu banyak NGO Melayu dan pemikir Melayu berdiri di belakang Ibrahim Ali bagi menubuhkan MPM jika bukan kerana kecewa dengan sikap Umno dan parti-parti politik Melayu/Islam.



Seperti kita maklum, pada 27 Feb. lalu, sebanyak 76 NGO Melayu bergabung bagi menubuhkan MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam.

Ini adalah perkembangan yang sihat kerana buat sekian lama suara orang Melayu/Islam terlalu dipolitikkan oleh Umno dan Pas sehingga mula hilang taring dan keberanian, khasnya selepas Pas bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kemunculan suara alternatif Melayu yang bebas politik seperti MPM boleh menghidupkan kembali kepelbagaian suara orang Melayu/Islam dan menjadi pemangkin kepada penyemarakan semula dialog agama dan bangsa serta mengingatkan Umno dan Pas mengenai peranan mereka.

Secara kebetulan, penubuhan MPM berlaku seminggu selepas Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh media massa sebagai menggesa Umno melakukan perubahan cara bertindak (paradigm shift) supaya mendapat sokongan orang Melayu dan bukan Melayu.

Bernama melaporkan yang Perdana Menteri menggesa Umno mengambil berat kebajikan orang lain "agar mereka menghormati parti kita"dan jika Umno dihormati, akan wujudlah integrasi dan perpaduan.

Malaysian Insider pula memetik beliau sebagai berkata, ini boleh dilakukan dengan menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera di ibu negara pada hari Sabtu, 20 Feb.

"Mengapakah mereka tidak melihat kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka? Mengapa mereka pergi kepada pembangkang?" tanya Mohd Najib.

Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan kepemimpinan orang Melayu, selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kita mesti menjaga kaum-kaum lain agar mereka hormat kepada kita," katanya.

Tidak ada salah atau celanya saranan Perdana Menteri itu. Malah orang Melayu sepatutnya berasa lebih lega dengan "jaminan" beliau bahawa kepemimpinan Melayu adalah selaras dengan konsep 1Malaysia.

Cuma kita harus bertanya apakah masih tidak cukup apa telah Umno lakukan untuk orang bukan Melayu selama ini dan adakah sudah cukup apa yang dilakukannya untuk orang Melayu sendiri?

1. Bukankah selama ini Umno membela nasib semua kaum di Malaysia secara langsung dan tidak langsung sebagai parti induk Perikatan/Barisan Nasional?

2. Bukankah Umno yang membawa masuk kaum pendatang Cina dan India ke dalam proses perundingan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu yang sekali gus menjadikan mereka warganegara?

3. Bukankah kata putus Umno atau lebih tepat kata putus Perdana Menteri Umno menentukan dasar negara yang merangkumi semua kaum?

4. Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kalau bukan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum?

5. Diputar-lajukan ke hadapan ke tahun 2010. Bukanlah Perdana Menteri dari parti Umno yang menliberalisasikan syarat pelaburan yang tidak lagi mewajibkan penyertaan modal Bumiputera dalam 27 bidang industri perkhidmatan?

6. Bukankah Umno juga berperanan membolehkan orang bukan Melayu menjadi senang dan kaya raya di negara ini lebih daripada orang Melayu sendiri?

7. Bukankah Perdana Menteri dari parti Umno yang menguar-uarkan dasar meritokrasi dan membuka pintu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada calon bukan Melayu sehingga melepasi nisbah kaum?

8. Bukankah dasar kerajaan pimpinan Umno yang membenarkan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di mana bilangan pelajar Melayu sangat kecil?

9. Atau Perdana Menteri bermaksud mengatakan yang pembesar dan penggiat Umno perlu terbabit terus membantu masyarakat bukan Melayu seperti memberi derma dan bantuan, menguruskan mayat, menjadi bentara di majlis kenduri kahwin dan mencari gadis Cina atau India yang lari dari rumah?

10. Bukankah tanpa Mohd Najib membuat saranan itu pun, sudah cukup ramai orang Melayu yang berasa Umno lebih menjaga hati dan kepentingan orang bukan Melayu daripada hati dan kepentingan orang Melayu?

11. Atau tidakkah pembabitan terus ala Michael Chong oleh Umno dalam hal ehwal masyarakat bukan Melayu akan mengurangkan dan mengganggu-gugat peranan parti-parti BN yang mewakili kaum-kaum bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah?

12. Benar kata Mohd Najib yang Umno perlu berubah. Tetapi bolehkah Umno berubah apabila Ketua Bahagian hanya peduli kedudukan sendiri dan bukan kepentingan ahli dan orang Melayu?
13. Bagaimanakah Umno boleh diterima oleh orang bukan Melayu sedangkan orang Melayu sendiri muak dengan pembesarnya yang terbabit dengan politik wang, mabuk kuasa dan mementingkan tembolok sendiri?

14. Atau pembesar Umno hanya mahu mendengar puji-pujian, sanjungan dan sambutan besar-besaran dengan dipagari pegawai tinggi kerajaan, pegawai khas, pengawal keselamatan dan kaki ampu?

15. Dan bukankah kerajaan pimpinan Umno yang membatalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ditentang oleh beberapa pihak termasuk Dong Jiao Zong?

16. Jadi apa lagi yang tidak Umno lakukan untuk semua bangsa di Malaysia melainkan menukar namanya kepada United Malaysian National Organisation?; dan

18. Pas pula sudah menjadi kacau-bilau dalam matlamatnya memperjuangkan Islam kerana terlalu bertolak-ansur dengan DAP dan PKR seperti yang terjadi dengan isu kalimah Allah baru-baru ini.

Akhir kalam, buat peringatan kepada orang Melayu, saya petik pesanan Presiden pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, yang berbunyi:

"Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai lain orang menggesek (dan) kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya." -- (Daripada buku Amanat Presiden Umno 1946-2009 terbitan Berita Publishing.)

http://kadirjasin.blogspot.com/




 
Related Links
· More about Penulis Tamu
· News by tokdalang


Most read story about Penulis Tamu:
Jenny-Altantuya

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

Associated Topics

Penulis Tamu

"MPM Uji Dasar Umno Dan Pas" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: MPM Uji Dasar Umno Dan Pas (Score: 1)
by abad on Saturday, March 13 @ 07:27:36 PST
(User Info | Send a Message)

Datuk,

1. Apa pun hujahnya (biarlah sejuta item pun Datuk senaraikan) lantunan suara Kutty jelas sekali kedengaran.

2. Ya, PPSMI itu projek Kutty yang telah menjahanamkan apa yang telah sekian lama dilaksanakan dengan baik sebelum ini. Tak payah sebut-sebut DJZ saja, Melayu Umno pun marah. Itu semua projek buat duit untuk kroni. Usah temberang yang bukan-bukan.

3. Ya, Pas gadai Islam. Ya, itulah modal yang terfikir oleh puak-puak Kutty yang sangat kecewa isu Allah, kepala lembu dll tak menjadi.  Kasihan.

4. MPM itu projek perlu untuk menongkat Umno. Tak payah susah-susah berlakon. Kutty harap kaedah lama - pecah dan perintah berhasil.

Datuk...ini abad ke 21, bukan tahun 50an di Jitra.




  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com