Posted on Saturday, March 13 @ 16:36:33 PST by
tokdalang
"Pemimpin Islam adalah jurupandu supaya pengikutnya tidak sesat. Peranan pemimpin Islam menegakkan syiar Islam. Mereka juga mesti menjau
hi fitnah dan sebarang tindakan yg menuju kesamaran. Timb Presiden adalah pemimpin yg berada di tempat ke 2 dalam hiraki kepimpinan PAS. Tugas Timb Presiden adalah membantu Presiden untuk memperkuatkan jamaah. Apa jua tindakan Timb Presiden memberi kesan secara langsung kepada jamaah Islam bernama PAS.
Firman Allah maksudnya :
DAN DEMIKIANLAH KAMI ADAKAN DALAM TIAP2 NEGERI ORANG2 BESAR YG JAHAT SUPAYA MEREKA MELAKUKAN TIPU DAYA DI NEGERI ITU, PADAHAL TIADALAH MEREKA MEMPERDAYAKAN SELAIN DARI DIRINYA SENDIRI, SEDANG MEREKA TIDAK MENYEDARINYA ( Surah Al An'am ayat 123 )KESILAPAN PERTAMA
Timb Presiden mengadakan pertemuan sulit dengan UMNO selepas PRU12. Agenda UG tidak sepatutnya berlaku setelah PAS sudah bersepakat dengan PKR dan DAP untuk mengalahkan UMNO secara satu lawan satu dalam PRU12. Apakah Islam mengajar ummatnya "mungkir janji"?
Pembetulan kepada kesilapan itu bila diadakan Muktamar PAS di Ipoh dan pimpinan sepakat untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO. PAS berjanji untuk memperkasakan PR sebagai komitmen bersama untuk menentang UMNO.
KESILAPAN KE 2
Timb Presiden berucap pada Muktamar di Shah Alam bahawa agenda UG telah tutup buku. Tiada lagi perbincangan kearah UG. Kenyataan beliau berjaya mempengaruhi perwakilan menyebabkan beliau sekali lagi terpilih sebagai Timb Presiden dalam pertandingan 3 penjuru.
Ucapan pertama beliau setelah diumumkan sebagai penyandang jawatan Timb Presiden menyatakan bahawa PAS sedia berunding dengan mana2 pihak demi untuk mendaulatkan Islam dan kepentingan bangsa Melayu. Keraguan mula timbul di hati perwakilan bahawa "ada udang di sebalik batu" dari intipati ucapan tersebut.Apakah Islam mengajar ummatnya "berbohong"?
KESILAPAN KE 3
Timb Presiden dan P/Jaya PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan blogger UMNO ( termasuk anak lelaki Sanusi Junid ) di kediaman P/Jaya PAS Selangor. Banyak rahsia parti didedahkan kepada blogger anti - PAS termasuklah isu "bai'ah talak". Apakah Islam mengajar ummatnya menjadi "pembelot"?
Menyedari bahawa Timb Presiden dan P/Jaya PAS Selangor cuba "menjual" PAS maka TGNA telah bersuara menuntut diadakan EGM Khas bagi membersihkan elemen2 UG yg berada dalam barisan pimpinan PAS Pusat. Malang sekali teguran TGNA ditolak dan diganti dengan Muktamar Khas yg tidak memberi kesan kepada halatuju pendokong UG.
KESILAPAN KE 4
Timb Presiden telah menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah anjuran Kerajaan UMNO. Tiada salahnya hadir pada majlis yg bersangkutan dengan Islam tetapi kesannya memberi luka kepada PAS bila UMNO memanipulasi kehadiran tersebut untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan PR yg semakin utuh.
Apakah Timb Presiden PAS layak menerima jemputan kalau tiada agenda tersembunyi? Rakyat sedia maklum bahawa Timb Presiden hanyalah Ahli Parlimen Bachok, bukannya MB @ Exco yg sepatutnya menerima jemputan. Rakyat tertanya2 bila seorang Timb Presiden PAS menerima layanan yg mesra dari pemimpin UMNO, musuh utama PAS sejak dulu kala.
KESILAPAN KE 5
Timb Presiden dan Ketua Penerangan PAS hadir pada majlis pelancaran buku Natrah oleh TPM. Bukan setakat hadir tetapi membuat kenyataan akhbar bahawa perpaduan dikalangan parti politik melayu akan berjaya dilaksanakan. Baca di sini
Apa ni??? Timb Presiden PAS mengundang kontroversi dan memerangkap parti sendiri. Cakap berbelit2, macam tu macam ni. Padahnya PAS akan terima bila melayu, cina, india dan lain2 kaum mula curiga dengan PAS yg mottonya "PAS FOR ALL"
NASIHAT BUAT TIMB PRESIDEN
Cukup2 lah Ust berdakwah kepada UMNO, tiada faedah dan buang masa. Terimalah hakikat bahawa UMNO dijadikan Allah sebagai musuh perjuangan Islam. UMNO dijadikan Allah seperti Namrud untuk menguji Nabi Ibrahim, Firaun untuk Nabi Musa dan Abu Jahal untuk Rasulullah.
Gunakan bakat dakwah pada Ust untuk mentarbiyyah ahli2 PAS. Elakkan tindakan yg mendatangkan prasangka buruk kepada jamaah. Jauhkan dari sikap yg menimbulkan persepsi serong yg merugikan perjuangan Islam.
Ingatlah Ust!! Parlimen Bachok "disedekahkan" oleh rakyat Bachok untuk mendaulatkan perjuangan PAS bukan untuk kepentingan peribadi. Tidak mustahil rakyat Bachok akan menolak Ust dan memilih individu yg mementingkan Islam.
Peluang bergelar YB bukan tiket untuk mencari kesenangan dunia. Jangan sampai pengundi Bachok menyesal dan rasa tidak berbaloi "mengorbankan" seorang Timbalan Menteri Kewangan kerana tingkahlaku Ust yg mencurigakan.
Sedarlah Ust bahawa PRU13 semakin hampir. Agenda UG hanya diperlukan UMNO untuk memecahkan kesepakatan PR sebelum PRU13 menjelang tiba. Selepas PRU13 pendokong UG akan dilelong UMNO seperti cerita "Tiga Abdul..."
Lembaga Disiplin PAS sepatutnya peka dan mengambil tindakan yg sewajarnya. Apakah 5 kali melakukan kesilapan belum cukup bukti untuk membuka kertas siasatan? Kalau belum cukup tunggulah kesalahan seterusnya akan berlaku sebelum PRU13 menjengok.
Insaflah wahai Ust!! Andai sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa kita bakal menjadi Menteri, akan sampai jua takdir Allah Yg Maha Besar. Sabarlah menunggu saat manis bila menjadi Menteri Kerajaan PR berbanding menjual maruah agama untuk menjadi Menteri UG bersama UMNO.
Wallahua'lam dari cilipadi007
"