Iklan Berbayar

Promosi 2010

Buku Terkini

Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· MindaLutfi
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account
Minda Lutfi

Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali

Pakatan: Usah menunggu, mantapkan persiapan hadapi perang besar

"Hang percaya Harussani?"

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Usah melatah dengan kenyataan Soi Lek ....

Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno ...

Umno macam buku, perangkapnya mudah dibaca!

Khairy berani sanggah politik kuno Umno?

Najib yang tersepit

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua
Semua...
Pendapat

Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan

Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’

Jangan guna hujah agama! Habis guna hujah Atheis?

Apa bezanya BN/Umno daripada penjajah?

Salahkah bukan Islam memasuki masjid?

DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya

Hello Umno, kalau PAS salah, hampa tibai la cukup-cukup

PRU13: Sudahkah Pakatan bersedia hadapinya?

Tinjau pemikiran yang setuju rehatkan "politik" pada bulan Ramadan!

Kalaulah Umno ada di zaman Nabi
Semua...
Penulis Tamu

Ramadan dan politik perkauman

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Ada apa dengan Imam Muda?

Dinar emas dan kesannya kepada politik nasional

Ibrahim Ali patut berdialog

Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan

Politik pelampau, negara hancur

Umno Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah

Merdeka: Bebas bangsa dari penjajahan minda

Catatan Untuk Sebuah Kemerdekaan
Semua...
Open Artikel

Chua Soi Lek, MCA dan negara

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik

Betulkah Kita Hargai Generasi Muda ?

Nasihat ulama muda Umno

Kebenaran Dijunjung, Parti Sendiri Dikelek

Menikmati hak memilih parti politik

Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Melayu ke mana?

Hati-hati dalam melayan kawan

Tanah KTMB DiBangun,Bagaimana Dengan CPF Pekerja Semenanjung?
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: pokdin
New Today: 8
New Yesterday: 36
Overall: 6526

People Online:
Visitors: -
Members: 23
Total: 754

Online Now:
01 : Iqbal
02 : GitarKaren
03 : rakyatmesia
04 : xerus83
05 : bojeng
06 : patriot
07 : ujang
08 : adiib
09 : nessusman
10: yinbyungheon
11: alfan
12: Neo10
13: Taufan
14: capt_barbossa
15: kecor
16: manscrew
17: pria_malaya08
18: Taf4
19: subangman
20: restless
21: manxpert
22: pokdin
23: kimi

Demokrasi melalui Pilihan Raya Tanpa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan
Posted on Saturday, March 13 @ 16:40:55 PST by tokdalang
Artikel

Oleh Faisal Mustaffa

Dalam melaung-laungkan semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", bersama 1Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) mengeluarkan kenyataan Negara ini tidak memerlukan pilihanraya bagi kerajaan tempatan dengan alasan bahawa pilihan raya peringkat kerajaan tempatan hanya akan menambah orang berpolitik atau politicking.

Mungkin ada benarnya apabila kita mendapati di Malaysia berpolitik berlebih-lebihan menjadi lumrah kerana hampir semua urusan dikaitkan dengan politik, umpamanya perlantikan untuk lembaga dan badan-badan berkanun, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pemberian tawaran kerja atau tender dan pemberian kontrak



Bukankah, politik itu sebahagian daripada kehidupannya?  Kerjaya politik keluarganyalah yang membawa beliau ke Putrajaya?  Mengapakah beliau mempunyai masalah dengan politik?  Bukankah politik itu sebahagian daripada kehidupan?

Perlantikan galakkan kronisme

Semasa perbahasan di parlimen, alasan menyangkal Malaysia sebuah Negara tidak demokratik ialah dengan adanya pilihan raya yang dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam lima tahun.  Di dalam memperkukuhkan fakta tersebut, maka seharusnyalah pilihan raya diadakan di semua peringkat pemilihan, pusat, negeri, tempatan mahupun kampung - agar mereka yang dipilih itu benar-benar pilihan mereka.

Apa yang menjadi kebaikan dengan adanya seberapa banyak pemilihan ialah dengan berlakunya proses pemencaran yang mengurangkan beban di peringkat tertinggi pembuat keputusan.  Ada yang mendakwa pelantikan ini akan menggalakkan kronisme.  Kronisme pula akan menggalakkan ketidaktelusan - simbol bagi urustadbir baik.

Adakah pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan ini akan mengatasi masalah tersebut terutama sekali rasuah dan salahguna kuasa?  Adakah wakil kerajaan tempatan ini sememangnya boleh dipercayai dan bersih?  Sekiranya berlaku, pihak pentadbiran tertinggi boleh mula menuding jari kerana mereka ini dipilih oleh penduduk tempatan.  Persaingan hebat dalam mengekalkan jawatan sehingga akan membawa kepada produktiviti kerja yang tinggi.

Ada yang berpendapat, Akta Kerajaan Tempatan 1976 hanya memperuntukkan kepada ahli-ahli majlis, Yang Di Pertua, Presiden yang dilantik sahaja.  Oleh itu, sekiranya jawatan-jawatan itu dilantik, maka mereka tidak diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pilihanraya di sekolah

Selepas menerima usulan daripada kerajaan negeri (Pulau Pinang dan Selangor), Suruhanjaya Pilihan Raya memberi kenyataan balas atas keperluan bagi mereka untuk meneliti perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang mereka.  Itu usaha yang baik agar peristiwa Likas tidak berulang sekali lagi.  Likas terpaksa diadakan pilihan raya sekali kali kedua akibat kesilapan SPR sehingga Akta Pilihan Raya diusulkan untuk pindaan.

Sekarang, SPR dalam rangka aktifnya untuk menjalankan pilihan raya di sekolah.  Di dalam akhbar Star bulan lalu melaporkan SPR menjalankan pilihan raya di SMK Raja Tun Uda yang mempunyai 2,000 pelajar itu.  SPR juga telah menguruskan kesemua 56 calon yang terdiri dari Tingkatan 1 hingga 4 yang bertanding di dalam pemilihan berkenaan.

Agak tipis harapan bagi Selangor dan Pulau Pinang untuk SPR mematuhi Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan undang-undang persekutuan atau pun negeri untuk mengarah Suruhanjaya Piliha Raya untuk melaksanakan pilihan raya.  Hak lain yang ada pada kerajaan negeri ialah di bawah Artikel 95B (1) Perlembagaan Persekutuan yang juga menyatakan kuasa kepada kerajaan tempatan untuk melaksanakan pemiihan dengan cara pilihan raya.

Dengan peruntukan yang ada di bawah Artikel 76 (3) yang menjadikan pelaksanaan pilihan raya tempatan Undang-Undang Negeri, ianya boleh memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri melaksanakan tanggungjawab tersebut sungguhpun Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 digantung.

Ini bermakna Kerajaan Negeri boleh mengecualikan mana-mana bahagian di dalam Kerajaan Tempatan dari Seksyen 10 hingga 15 Akta Kerajaan Tempatan dan menggubal undang-undang baru asalkan ianya menurut Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Proses pemilihan berorientasikan rakyat

Sungguhpun ianya agak tipis untuk dicapai, namun sekiranya negeri-negeri tersebut mewujudkan sebuah proses yang dipanggil Proses Pemilihan Berorientasikan Rakyat, ianya mungkin dapat dilaksanakan.  Proses ini mampu untuk melangkaui SPR dan diiktiraf sebagai calon yang dipilih.  Calon-calon tersebut pula "dicadang" oleh masyarakat setempat di peringkat kawasan.  Namun, kekangan di bawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 masih berlaku.

Mengikut sejarah pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis kerajaan tempatan, di Pulau Pinang negeri pertama yang menyaksikan pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis pentadbiran.

Pihak pentadbiran penjajah Inggeris telah menubuhkan "Municipal Council of George Town" pada tahun 1857, iaitu pihak berkuasa tempatan atau kerajaan tempatan yang pertama ditubuh di Tanah Melayu.

Pilihanraya tempatan George Town

Pada bulan Disember 1956, pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis Perbandaran George Town diadakan buat pertama kali di Malaya.  Majlis yang dipilih sepenuhnya oleh rakyat itu kemudian bersidang pada 2 Januari, 1957 dan memilih seorang peguam mewakili MCA/Perikatan, G.H.Goh selaku Presiden mengalahkan D.S. Ramanathan dari Parti Buruh.  Pemilihan itu dibuat sehari selepas Ratu Elizabeth II menganugerah taraf bandar raya kepada George Town.

Pilihan raya majlis kerajaan tempatan George Town diadakan mengikut jadual dan ia dikuasai oleh gabungan dua buah parti berhaluan kiri dan pro-komunis, iaitu Parti Buruh dan Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) yang membentuk Barisan Sosialis atau Socialist Front.

Barisan Sosialis menguasai pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town walaupun pentadbiran negeri dikuasai oleh Parti Perikatan yang diterajui oleh MCA di Pulau Pinang.  Kawasan di luar pentadbiran Majlis Bandar Raya ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar (MDLB) yang ahlinya tidak dipilih oleh rakyat tetapi dilantik.

Berikutan tercetusnya Konfrontasi Indonesia dan atas alasan keselamatan, Kerajaan Persekutuan telah menggantung pilihan raya kerajaan tempatan, iaitu pada tahun 1965 dan setahun kemudian peranan atau tugas Majlis Bandar Raya George Town dipindahkan ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pilihan raya kerajaan tempatan kemudiannya dimansuhkan pada tahun 1970.  Alasan rusuhan kaum tahun 1969 menjadi usaha agar demokrasi di peringkat tempatan tidak berlaku.

Pada tahun 1974, sebuah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan atau Local Government Management Board diwujudkan untuk mentadbir sebuah majlis perbandaran yang meliputi keseluruhan pulau.  Setahun kemudian MDLB dibubar untuk diletakkan di bawah sebuah majlis kerajaan tempatan yang baru, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.  Anehnya, taraf George Town sebagai sebuah bandar raya masih kekal tetapi tanpa sebuah majlis pentadbiran yang sepatutnya.

Kedudukan George Town sebagai sebuah bandar raya tunggal di Malaysia kekal dari 1957 hingga 1972 selepas Kuala Lumpur dimasyhurkan sebagai sebuah bandar raya, iaitu yang kedua selepas George Town.

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas




 
Related Links
· More about Artikel
· News by tokdalang


Most read story about Artikel:
JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

"Demokrasi melalui Pilihan Raya Tanpa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com