 |
Iklan Berbayar |
 |
|
 |
Login/Masuk |
 |
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
 |
Shout Box |
 |
|
 |
Modules |
 |
|
 |
Minda Lutfi |
 |
|
 |
Pendapat |
 |
|
 |
Penulis Tamu |
 |
|
 |
Open Artikel |
 |
|
 |
Rangking Forum |
 |
|
 |
Online |
 |
|
|
|
Rakyat Kedah dapat lihat perbezaannya dalam masa 2 tahun
 |
|
Posted on Tuesday, March 16 @ 09:32:42 PDT by paktam
Oleh Azamin Amin KOTA SARANG SEMUT: PAS telah berjaya membuktikan komitmen dan kemampuannya dalam mentadbir negeri bersama Pakatan Rakyat khususnya di Kedah dan selama dua tahun itu perbezaan ketara dapat dilihat jika dibandingkan dengan kerajaan terdahulu.
Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata dalam tempoh singkat itu, rakyat telah menilai kualiti kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat dalam mengurus sesebuah negeri dan berkhidmat untuk membela nasib rakyat.
"Jauh beza antara pemerintahan Pakatan Rakyat dengan Umno-Barisan Nasional yang semata-mata atas prinsip untuk mengekalkan kuasa sahaja. "Sedangkan politik Pakatan Rakyat adalah untuk membawa manusia ke arah kebaikan," katanya. Kebaikan yang mahu direalisaikan itu adalah dengan cara memerangi rasuah, mengelak pembaziran dan menghalang penyalahgunaan kuasa yang gagal dilakukan selama ini oleh Kerajaan BN, kata Ustaz Nasha. Selain itu katanya para penyokong dan rakyat haruslah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi penghormatan yang tinggi dan amanah kepada PAS untuk mentadbir negeri mengikut panduan agama jika dibandingkan dengan Pertubuhan dan Gerakan Islam di seluruh dunia yang tidak mendapat peluang yang sama. "Ada Gerakan Islam yang jauh lebih lama daripada PAS seperti Ikhwan tetapi Allah beri peluang kepada kita dan kita mestilah memikul amanah dengan sebaik mungkin. "Umno cuba untuk tiru tetapi Islam tidak berubah hanya dengan wajah dan slogan tetapi amalan dan pelaksanaan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok. Beliau berkata demikian sewaktu berucap di hadapan lebih 2,000 orang ramai yang hadir di Ekspo Sambutan Dua Tahun Pakatan Rakyat di Kompleks PAS dekat sini, 11 Mac lalu. Turut hadir sebagai penceramah bersama ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Exco Kerajaan Negeri Dato' Phahrolrazi Zawawi, Pengerusi PKR Kedah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim dan Ketua Pemuda PAS Ahmad Yahya Sementara itu, kata Ustaz Nasha selaku Ketua Whip PAS di parlimen sudah berbincang bersama rakan-rakan Parlimen yang lain untuk memerangi habis-habisan isu yang membebankan rakyat iaitu cukai barang (GST) yang bakal dilaksanakan. "Rupanya slogan 1Malaysia itu ialah 'Rakyat didahulukan dengan beban' dan inilah natijahnya setelah rakyat memberi mandat kepada pemimpin BN untuk mentadbir negara," katanya Beliau yang baru-baru ini dijemput oleh Ulama Islam Syeikh Yusoff Qaradawi di Qatar, turut menyelitkan nasihat ulama itu kepada umat Islam khususnya kepada pemimpin PAS di sini. Katanya, Qaradawi menjelaskan bahawa tugas memerintah negara ini adalah satu kewajipan dan mestilah diperintah oleh yang ahlinya. "Tidak akan jadi baik umat itu jika umat itu tidak mengikut sebab-sebab umat dahulu menjadi baik. "Kalau amanah memerintah ini diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran yang bakal berlaku," kata Ustaz Nasha yang merujuk insiden-insiden yang berlaku sekaligus menjatuh imej negara di mata dunia. Ini termasuklah kes enjin jet pejuang yang hilang dan kapal selam negara yang mengahadapi keroskan sehingga tidak dapat menyelam. "Pelabur pun sudah hilang kepercayaan kepada negara kerana perjanjian Royalti Minyak di Kelantan di cabuli. "Bagi mereka, kalau perjanjian sesama negeri boleh diabaikan apatah lagi perjanjian melibatkan pelabur-pelabur asing," katanya yang menyelar sikap jelek Umno Barisan Nasional dalam hal berkenaan sehingga pemimpin Umno Tengku Razaleigh sendiri membantah tindakan pemimpin partinya sendiri. Beliau yakin jika sikap 'hodoh' Umno-BN ini berterusan, maka Pakatan Rakyat akan bertukar tempat di Parlimen seterusnya beralih tampuk pemerintahan di Putrajaya. Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap media arus perdana seperti RTM, TV3 dan Utusan yang memanipulasi maklumat kepada rakyat demi kepentingan Umno dan BN. "Media ini diupah untuk membentuk pemikiran rakyat supaya melihat Pakatan Rakyat sebagai teruk. "Kedudukan Ketua Pembangkang juga sibuk diputar suratkhabar sedangkan ketiga-tiga parti sudah memberi mandat kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Ini termasuk Ketua Pemuda Umno yang sibuk-sibuk. Lebih baik dia sibuk kenapa orang tak lantik dia jadi menteri," katanya Ustaz Nasharuddin juga turut mengulas isu lompat parti yang menjadi 'hangat' oleh permainan media. "Bagi saya ini merupakan proses kematangan dan dalam kita mempunyai matalamat yang jelas dan besar sudah pasti pelbagai ujian mendatang. "Hanya yang ikhlas dan komited saja terus bersama perjuangan. "Manakala yang mementingkan perut dan peribadi, akan tersisih satu persatu," katanya.
|
|
| |
 |
Related Links |
 |
|
 |
Article Rating |
 |
|
 |
Options |
 |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
Re: Rakyat Kedah dapat lihat perbezaannya dalam masa 2 tahun (Score: 1) by abuadil_alkaff on Wednesday, March 17 @ 08:39:45 PDT (User Info | Send a Message) | | aku doakan rakyat kedah membuka mata dan melihat perbezaan antara dua pemerintahan. jangan jadi seperti sebahagian rakyat terengganu, walaupun mengakui kebaikan2 pemerintahan pas terengganu, tetapi tetap memilih umno. begitulah hakikat mengapa firaun dapat menzalimi rakyat mesir? jawabnya kerana rakyat mesir .."faasiquun" |
|
Re: Rakyat Kedah dapat lihat perbezaannya dalam masa 2 tahun (Score: 1) by eunosi on Friday, March 19 @ 04:02:11 PDT (User Info | Send a Message) | Jika dilihat kepada laporan audit memang tidak boleh dinapikan Kedah dan lain-lain Negeri bawah PR ok. Tetapi adakah itu dilihat oleh rakyat..Rakyat bawahan diajar dependant sejak lama dulu. Hatta keperluan asas saperti bayar bil letrik, bayar saman motoskal tida lesen memandu dll pun memohon dari YB. Orang celik akan puji kedah. Cuba lihat isu UMNO-BN bawa diKedah contohnya usaha kerajaan Negeri hendak kutip tunggakan RPA menjadi heboh. Tetapi UMNO-BN memerintah 50 tahun tidak kisah... Inilah PAS dan PR harus tangani bila buat kebaikan UMNO-BN akan tafsir negatif tetapi kerja mereka yang tidak betul mereka war-warkan sebagai baik. |
|
|