Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Posted on Friday, March 19 @ 06:05:03 PDT by tokdalang
Oleh Mohd Sayuti Omar
SALAH seorang dari tujuh ahli parlimen yang telah mencuri simbol parti kemudian mengistyharkan dirinya sebagai bebas profesioanl khabarnya sedang pening untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM1.8 juta. Hutang berkenaan berhubung dengan perniagaanya yang tidak menjadi di luar negara, Australia.
Ali parlimen berkenaan telah berkongsi dengan seorang kawannya bernama Datuk I. Mulanya perniagaan mereka di Australia itu berjalan dengan lancar. Entah bagaimana separuh jalan - beberapa tahun ke belakangan ini perniagan berkenana merosot dan mengalami kerugian.
Datuk I katanya meminta ahli parlimen berkenaan berusaha untuk membayar hutang kalau tidak mereka akan bankrup dan harta benda yang ada di Australia akan dilelong. Dipercayai ahli parlimen berkenaan memilik sebuah rumah di Australia.
Dipendekan cerita ahli parlimen itu berusaha dengan apa cara untuk dapatkan wang bagi menjelaskan hutang berkenaan. Dia ini sanggup lakukan apa saya usaha asalkan dapat wang sebanyak itu bagi menjelaskan hutang. Tekanan dari Datuk I menyebakan ahli parlimen berkenaan semakin pening kepala dan akhirnya mengambil keputusan yang diluar dugaan walaupun mencemarkan maruahnya sendiri.
Masalah dihadapi ahli parlimen berkenaan telah diguna sepenuhnya oleh UBN untuk memancingnya agar meninggalkan parti yang dianggotai. Khabarnya dia ini juga ditawarkan dengan beberapa jawatan yang dikira dapat menyelesaikan hutang berkenaan.
Sebaik dia mengistyharkan diri sebagai ahli bebas katanya satu jawatan di sebuah syarikat kerajaan (GLC) akan diberikan kepadanya. Bagaimana pun kerana untuk mengelakkan ia terkesan oleh umum jawatan itu ditangguhkan buat seketika.
Selain itu dia juga katanya akan dilantik sebagai Duta seperti mana Jamaluddin Jarjis. Beliau kononya antara dua atau tiga ahli politik akan dinaikkan pangkat sebagai Dua. Perlantikan ini kerana kouta untuk jadi menteri atau pun peluang mendapat projek mega sudah tidak ada lagi apabila kerajaan sendiri tidak mempunyai wang.
Tengoklah nanti apakah ahli parlimen berkenaan berjaya mendapat apa-apa tander bagi menyelesaikan masalahnya itu. Atau pun apakah dia akan dilantik menjadi Duta seperti mana Jamaluddin jarjis. Soalnya sekarang ini tander tidak berapa banyak manakala kontraktor dari kalangan kroni ada yang belum mendapat bahagian. Sangatlah mustahil kalau seorang yang masih panas mualaafnya akan diletak menjadi imam sedangkan masih banyak makmum lain dibelakang.
Catatan: Saya tidak akan menjelaskan sumber maklumat ini kerana ianya atas permintaan orang berkenaan. Tetapi beliau akui maklumat ini baru diperolehi dan sayalah orang pertama dieritahunya. Kerana berpegang kepada janji dan etika saya tidak akan mendedahkan sumber berkenaan sehinggalah ia sendiri mengeluarkan dokumen mengenai pemilikan hartanah ahli parlimen berkenaan tidak lama lagi. http://msomelayu.blogspot.com/
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
No Comments Allowed for Anonymous, please register
Re: Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta (Score: 1) by tutu on Friday, March 19 @ 11:18:22 PDT (User Info | Send a Message)
mereka yang 'melompat' akan kena kencing atau di jadikan barua sepuas-puasnya dulu barulah segala permintaan akan di tunaikan , tu pun bukannya penuh tapi separuh , separuh lagi di jadikan jaminan kesetiaan ... jadilah mereka manusia yang tidak bermaruah selama-lamanya sehingga maut menjemput ...
Re: Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta (Score: 1) by stumpy on Friday, March 19 @ 16:27:28 PDT (User Info | Send a Message)
Bukankah itu satu kriteria utk jadi calon, iaitu bukan sekadar bankruptcy tapi juga yg berhutang dgn angka yg melampau (hingga berpotensi bengkrap). Next time kena tegas lah. Dlm PAS ramai yg mengelak jadi calon kerana ada masalah hutang berat dimana dikhuatiri UMNO akan mempergunakan isu itu utk menjatuhkannya jika dia menang nanti, sptmana Tun Ghafar Baba, org yg sgt tinggi dlm hieraki parti, pun boleh dihukum bengkrap utk dijatuhkan. Cumanya bengkrap satu bab, character assasin satu bab lagi, jenayah yg orang lain lakukan satu bab lain pula. Dlm zaman dedah mendedahkan ini semuanya ada weightage masing2 & bukan saling cancelling satu sama lain.
Re: Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta (Score: 1) by 21Halim on Friday, March 19 @ 17:25:46 PDT (User Info | Send a Message)
Bolehkah saya kata ini berita gossip? Maklumat belum lengkap sudah lepaskan cerita. Yang penting fakta mesti benar.