Iklan Berbayar

Promosi 2010

Buku Terkini

Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash Player
· Forums
· Iklan Detik
· MindaLutfi
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account
Minda Lutfi

Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali

Pakatan: Usah menunggu, mantapkan persiapan hadapi perang besar

"Hang percaya Harussani?"

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Usah melatah dengan kenyataan Soi Lek ....

Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno ...

Umno macam buku, perangkapnya mudah dibaca!

Khairy berani sanggah politik kuno Umno?

Najib yang tersepit

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua
Semua...
Pendapat

Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan

Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’

Jangan guna hujah agama! Habis guna hujah Atheis?

Apa bezanya BN/Umno daripada penjajah?

Salahkah bukan Islam memasuki masjid?

DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya

Hello Umno, kalau PAS salah, hampa tibai la cukup-cukup

PRU13: Sudahkah Pakatan bersedia hadapinya?

Tinjau pemikiran yang setuju rehatkan "politik" pada bulan Ramadan!

Kalaulah Umno ada di zaman Nabi
Semua...
Penulis Tamu

Ramadan dan politik perkauman

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Ada apa dengan Imam Muda?

Dinar emas dan kesannya kepada politik nasional

Ibrahim Ali patut berdialog

Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan

Politik pelampau, negara hancur

Umno Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah

Merdeka: Bebas bangsa dari penjajahan minda

Catatan Untuk Sebuah Kemerdekaan
Semua...
Open Artikel

Chua Soi Lek, MCA dan negara

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik

Betulkah Kita Hargai Generasi Muda ?

Nasihat ulama muda Umno

Kebenaran Dijunjung, Parti Sendiri Dikelek

Menikmati hak memilih parti politik

Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Melayu ke mana?

Hati-hati dalam melayan kawan

Tanah KTMB DiBangun,Bagaimana Dengan CPF Pekerja Semenanjung?
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: areliey82
New Today: 9
New Yesterday: 36
Overall: 6527

People Online:
Visitors: -
Members: 19
Total: 754

Online Now:
01 : Iqbal
02 : GitarKaren
03 : rakyatmesia
04 : areliey82
05 : bojeng
06 : patriot
07 : yinbyungheon
08 : adiib
09 : alfan
10: Taufan
11: hangtua
12: kecor
13: manscrew
14: pria_malaya08
15: Taf4
16: subangman
17: restless
18: manxpert
19: pokdin

Zul Noordin, kita ikut konvensyen mana?
Posted on Saturday, March 20 @ 12:30:44 PDT by tokdalang
Pendapat

Oleh Zukri Aksah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti!  Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.  Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.



Zul Noordin  selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang.  Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen.  Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel.

Sesuai dengan Sidang Dewan Rakyat ke-12 penggal ketiga yang baru bermula dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, moleklah rasanya saya berusaha mencerahkan sedikit pemikiran pembaca dengan isu berkaitan demokrasi berparlimen di negara kita ini.

Ketua Pembangkang Parlimen

Saya sedar tentang wujudnya konvensyen ini, iaitu mengikut kebiasaannya, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen disandang oleh pemimpin dari parti terbesar dari kalangan parti-parti yang bukan dalam kerajaan.  Tetapi saya amat-amat berharap supaya Zul Noordin tidak menyalahguna ilmu undang-undangnya untuk menyatakan sebahagian dari kebenaran, sedang pada masa yang sama menyorokkan pula sebahagian darinya.  Janganlah biarkan kebencian politik saudara sampai memusnahkan terus intelektualiti yang kita ada.

Bukankah kenyataan tentang konvensyen dalam perlantikan Ketua Pembangkang itu ada sambungannya, bukan setakat itu sahaja?  Bukankah berdasarkan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen mengikut gaya Westminster ini juga, Ketua Pembangkang selalunya adalah pemimpin yang dilihat sebagai Perdana Menteri alternatif kepada pemegang jawatan sedia-ada, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dikenal sebagai kabinet bayangan?  Saudara sendiri semasa dalam PKR pernah mendokong citra Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, bukan?  Apakah saudara merasa Haji Hadi atau Lim Kit Siang boleh menggantikan tempatnya?

Kalaupun Zul Noordin merasa boleh, jika kalangan pimpinan PAS dan DAP masih menerima ketokohan Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dinamakan sebagai kabinet bayangan itu, maka mereka pun mengikut konvensyen.

Masalahnya, selaku pengamal undang-undang, ada soalan yang Zul Noordin perlu jawab, sebenarnya konvensyen mana yang kita ikut?  Sebab konvensyen yang disebutnya ini tidak pula diikuti bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dalam kes MB lawan MB, Nizar Jamaluddin lawan Zambry Kadir.

Kes MB kembar Perak

Mengikut konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, usul undi tidak percaya hanya boleh berlaku di dalam Dewan, tidak boleh di mana-mana tempat lain, wa’ima di dalam istana sekalipun.  Hakim yang membaca teks penghakiman dalam kes MB lawan MB ini ternyata melanggar konvensyen bila mana mengesahkan kedudukan Zambry dengan alasan bahawa tiada peruntukan usul undi tidak percaya dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.  Memang ia tiada kerana ia berdasarkan konvensyen (kebiasaan)!

Hakim ketika itu membuat keputusan dengan mengenepikan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, tetapi mengikut perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol.  Mengapa Zul Noordin waktu itu tidak pula sibuk-sibuk mahu mencari populariti, menggunakan latar belakang undang-undangnya bercakap tentang konvensyen?  Jangan jadi munafik ketika berkopiah dan bercakap berjela-jela tentang Islam.  Sebagai seorang profesional, jangan saudara Zul merendahkan diri saudara setaraf Ibrahim Ali, hanya kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

Saya tidak mengatakan Zul Noordin salah, tetapi saya mengatakannya tidak berapa betul.  Tambah lagi, berdasarkan kata-kata dan tindakannya sebelum dia dipecat dari PKR, Zul Noordin juga ternyata seorang yang tidak mengikut konvensyen (kebiasaan).  Bagaimana pandangan seorang yang ternyata melanggar konvensyen (kebiasaan) boleh menjadi kredibel bila bercakap tentang konvensyen (kebiasaan)?

Lembaga Disiplin Parti

Kepada Zul Noordin, ingin saya mengingatkan bahawa bukanlah satu konvensyen (kebiasaan) untuk seorang ahli parti (ketika saudara masih menjadi ahli PKR) untuk bertindak tidak mengiktiraf Majlis Pimpinan Parti sendiri bila saudara mempertikaikan pilihan Majlis Pimpinan Parti saudara dalam melantik anggota lembaga disiplin parti yang membicarakan kes saudara, seterusnya tidak mengiktiraf pula lembaga disiplin yang dilantik itu.  Bukanlah juga satu konvensyen (kebiasaan) mana-mana parti politik sekalipun, ahli yang dihadapkan ke lembaga disiplin pula yang punya kuasa untuk memilih keanggotaan lembaga disiplin tersebut.  Konvensyen mana yang saudara pakai?

Ingatan saya lagi buat Zul Noordin, jangan salah langkah dalam usaha saudara untuk memotretkan diri saudara sebagai pejuang Islam di khalayak politik Malaysia.  Saudara mahu menjadi hero Islam di negara ini dengan bersuara lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.  Adalah satu konvensyen (kebiasaan) juga, Islam di era Nabi Muhammad s.a.w, orang bukan Islam dibenar untuk menggunakan kalimah Allah. Habis, saudara mahu menjadi hero Islam menggunakan konvensyen Islam yang mana?  Konvensyen Islam Nabi Muhammad s.a.w atau konvensyen Islam Umno?

Saya menulis tentang ini bukan kerana saya ahli PKR, bukan kerana saya memuja Anwar, kerana saya bukan kedua-duanya!  Zul Noordin pun tahu tentang ini.  Jika mahu bercakap tentang demokrasi, seseorang itu mestilah dilihat hidup berlandaskan demokrasi, jika mahu bercakap tentang iman, seseorang itu mestilah hidup didasari iman.  Lalu, jika mahu bercakap soal konvensyen (kebiasaan), maka kita mestilah pula dilihat sebagai orang yang sentiasa patuh dan akur kepada konvensyen (kebiasaan).  Zul Noordin patuh kepada konvensyen mana?  Konvensyen berperlembagaan, konvensyen Islam, konvensyen Pakatan, atau konvensyen Barisan, atau bukan kesemuanya?  Atau bercelaru sampai gagal ditentukan?

Mentang-mentanglah Zul Noordin sekarang ini sudah menjadi Ahli Parlimen bebas, katanya akan wujud blok bebas di Parlimen sebagai kuasa ketiga dan konon khabarnya akan diketuai oleh Ibrahim Ali, maka Zul Noordin si peguam pun turut sama terheret menjadi seperti Ibrahim Ali?  Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditegur…

*Zukri Aksah ialah bekas aktivis keADILan (PKN - PKR), pernah terpilih sebagai Exco AMK selama dua penggal. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007, kini sebagai kolumnis Harakahdaily.




 
Related Links
· More about Pendapat
· News by tokdalang


Most read story about Pendapat:
Nizar dititah mengadap ?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

Associated Topics

Pendapat

"Zul Noordin, kita ikut konvensyen mana?" | Login/Create an Account | 3 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Zul Noordin, kita ikut konvensyen mana? (Score: 1)
by 21Halim on Saturday, March 20 @ 18:27:32 PDT
(User Info | Send a Message)

Kecelaruan Zulkifli Nordin saya lihat ketika dia mencabar Sivarasah letak jawatan dan bertanding sebagai pimpinan PKR - tengok, siapa yang menang, katanya.... kemudian dia tarik balik, setelah dia sedar (mungkin ada orang beritahu) bahawa jawatan Naib Presiden PKR, misalnya bukan boleh diletak dan dilantik begitu sahaja... kena tunggu Mesyuarat Agung yang ada pemilihan...

Mungkin Zul cuba aplikasikan apa yang orang kata berfikir di luar kotak... disinilah dia barangkali tersilap, lalu terus cuba berfikir di luar otak! Problemlah,   




Re: Zul Noordin, kita ikut konvensyen mana? (Score: 1)
by eunosi on Sunday, March 21 @ 04:25:51 PDT
(User Info | Send a Message)
Istilah ini dan lainnya digunakan untuk justify hijjah dangkal seseorang. YB Zul dipecat PKR kenapa tidak kosongkan kerusi. Istilah yang sesuai hendak justify lompat " cari makan".



Re: Zul Noordin, kita ikut konvensyen mana? (Score: 1)
by pallmall on Sunday, March 21 @ 05:49:28 PDT
(User Info | Send a Message)
malas eden nak baca kalau ada cerita perihal firaun besar nie..aku pinjam kata-2 rakan opis ku, pada si firaun besar@ zul nordin, pergi jahanam la sama kau



  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com