| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
Ziarahmenilai Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 1755
|
Posted: Mon Apr 05, 2010 11:52 pm Post subject: ©Kisah Akulah Production Manager - Dari Diari Pak RAMPA |
|
|
© KISAH AKULAH PRODUCTION MANAGER - Dari Diari Pak RAMPA
1.
KHAMIS 7 Januari 2010 lebih kurang jam 3.30 petang, sedang aku melayari internet membaca forum tiba-tiba handphone aku berbunyi.... Aku pun melihat skrinnya, hanya nombor HP pemanggil saja yang terpapar. Aku tidak kenal siapa yang membuat panggilan itu kerana nama dan nombor HP-nya itu tiada dalam simpanan di HP aku. Aku pun terus saja menekan butang menerima panggilan itu.
"السلام عليكم.", terus aku dengar suara seorang wanita mengucap salam keagamaan kepada aku.
" وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته . Ni siapa ni?", aku balas salamnya dan juga aku bertanya siapakah dirinya itu.
"Ini saya Eli... Saya jumpa di internet laman web yang kata pihak Encik boleh mengajar cara membuat pelbagai produk sabun cucian. Saya berminat nak datang belajar. Macam mana kalau saya nak belajar membuat 12 produk, boleh tak bayarannya dikurangkan?", balas suara wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Eli.
"Itu boleh dirundingkan. Bila nak datang belajar tu?", aku tanya pula dia.
"Kalau boleh pagi Sabtu. Kalau nak belajar nak belajar semua 12 produk tu hari Sabtu ni, boleh tak?", dia tanya lagi.
"Mana boleh habis dalam satu hari. Satu produk pun belajar secara praktikal nak buat tu ambil masa 3 jam atau 4 jam.", balas aku. "Kenapa yang nak cepat sangat habis belajar tu? Paling cepat satu hari 3 produk bolehlah sebab bila belajar nanti bukan ambil teori saja tapi kena juga buat, kena praktikal sekali. Kalau 12 produk, itu kena 4 harilah.", jawab aku.
"Kalau boleh kami nak buat production 12 produk tu cepat sebab orang dah order.", jawabnya.
"Habis selama ini tak buat production ke?", aku tanya lagi.
"Dah dua minggu kilang kami berhenti production sebab production manager yang tahu formula buat products tu accident kereta, dah dua minggu dia koma. Lagi pun kami nak make sure yang kilang kami tu boleh buat productions sebab bulan depan kami dah jemput Timbalan Menteri nak rasmikan kilang tu.", jawabnya.
"Kalau macam tu, ambil sayalah jadi pegganti dia sehingga dia sihat semula.", jawab aku sekadar bergurau saja.
"Betul ke begitu? Nanti saya tanya bos saya. Memang kami sedang mencari pengganti dia. Nanti saya call balik.", katanya lalu dimatikan handphone-nya.
Aku pun terhenti membaca forum di DD. Aku beri tahu Prima anak sulong aku supaya dia sajalah yang terima tawaran menjadi production manager itu nanti, kalau jadi. Sebagai production manager tentu ganjinya boleh tahan, silap-silap kereta kompeni pun dia orang bagi pakai.
"Macam mana, Prima, kamu mahu tak? Kamu pun dah tahu formula nak buat banyak produk tu semua... Arah sajalah pekerja kilang tu yang buat.", kata aku kepada Prima yang kini sudah hampir setahun menganggur.
"Boleh juga. Tapi tengoklah dulu letter of offer. Kalau gaji setakat dua ribu tak payahlah. Di mana kilang tu?", jawab Prima.
"Terlupa pula Abah tanya orang tu tadi. Dia kata dia akan call balik. Tadi dia kata dia nak tanya boss dia dulu.", jawab aku kepada Prima.
Aku pun menunggu. Aku congak-congak kalau dia belajar 12 produk, satu produk purata yurannya RM370.00, bermakna aku boleh dapat empat ribu setelah diberi diskaun.
Lama juga aku menunggu Eli yang kata nak call aku balik. Aku terus membaca forum politik. Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Aku lihat di skrinya nombor yang sama tadi terpapar... Sudah tentu bos Eli bersetuju nak ambil pihak aku ni jadi production manager di kilangnya itu....
Bersambung ke No. 2.
.
Last edited by Ziarahmenilai on Thu Oct 14, 2010 12:36 am; edited 9 times in total |
|
| Back to top |
|
 |
taf4 Moderator


Joined: Jan 22, 2010 Posts: 9989 Location: tebu ereng, jombang, suroboyo, jawa timur
|
Posted: Tue Apr 06, 2010 12:05 am Post subject: |
|
|
Sabun apa yang boleh dihasilkan selain dari sabun pencuci pakaian.
Boleh juga menuntut nanti... |
|
| Back to top |
|
 |
Ziarahmenilai Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 1755
|
Posted: Tue Apr 06, 2010 12:39 am Post subject: |
|
|
| taf4 wrote: | Sabun apa yang boleh dihasilkan selain dari sabun pencuci pakaian.
Boleh juga menuntut nanti... |
Antaranya sabun pencuci lantai (floor cleaner), pencuci pinggan mangkuk (dishwash), stripper, krim mandian, hand soaps, toilet bowl cleaner, degreaser, engine cleaner, ada banyak termasuk produk-produk pengguna yang lain... klik di sini.
.
Last edited by Ziarahmenilai on Sun Sep 26, 2010 2:23 am; edited 1 time in total |
|
| Back to top |
|
 |
Ziarahmenilai Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 1755
|
Posted: Tue Apr 06, 2010 1:40 am Post subject: |
|
|
Sambungan ... KISAH AKULAH PRODUCTION MANAGER...
2.
Lama juga aku menunggu Eli yang kata nak call aku balik. Aku terus membaca forum politik di DD. Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Aku lihat di skrinya nombor yang sama tadi terpapar... Sudah tentu bos Eli bersetuju nak ambil pihak aku ni jadi production manager di kilangnya itu....
______________________
ELI terus memberi salam. Aku jawab salamnya. Dia pun memberi tahu aku yang bosnya itu bersetuju mengambil aku menjadi pengganti production manager yang sedang terlantar koma di hospital itu.
“Nanti kami akan datang jumpa Encik pagi esok, kita boleh bincangkan lebih lanjut.”, katanya kepada aku.
“Tahukah nak ke rumah saya tu?”, aku tanya dia.
“Tahu. Dalam website Encik tu ada pelan lokasi, nanti kami datang berdua. Kita jumpa pagi Jumaat, esok.”, jawabnya.
“Okay, bila sampai nanti jika tak jumpa rumah saya, awak call sayalah, boleh saya bagi panduan hala ke rumah saya.”, aku beri tahu dia.
“Okay, ... السلام عليكم.”, jawabnya. Aku balas salamnya itu.
“Siapa tu, bang?”, tanya Azi, isteri aku.
“Entah, orang perempuan, nama dia Eli. Dia nak datang ke sini jumpa Abang pagi esok nak tawarkan kat Abang ni kerja jadi production manager di kilang buat sabun dia.”, aku beri tahu Azi.
“Eishhh, dah tua-tua, larat ke nak bekerja balik tu. Abang tu bukannya sihat sangat, darah tinggi ada, jantung tu pun Abang kena makan ubat juga. Tak payahlah, bang!”, kata Azi.
“Bukan Abang yang nak pergi kerja tu nanti. Nanti Abang suruh Prima ambil pergi jadi production manager tu, tuah dialah tu... Dia pun dah nak hampir setahun menganggur tu, memilih sangat kerja. Dah orang nak bagi kerja, nanti terima sajalah.”, kata aku kepada Azi.
“Prima tu bukannya dia tahu nak buat macam-macam sabun tu. Macam mana pulak Abang nak suruh dia?”, kata Azi.
“Bukan ke Prima dah buat empat lima jenis sabun tu? Dia tahulah tu. Nanti bila dia bekerja, Abang ikutlah sama bekerja tiap-tiap hari bantu dia, sambil tu dia belajarlah buat yang mana dia belum lagi tahu tu.”, jawab aku.
“Kalau macam tu, tak apa la. Kat mana kilang sabun tu? Siapa punya, Melayu ke Cina?”, tanya Azi lagi.
“Entahlah... Lupa pulak tadi nak tanya, tak sempat nak tanya tadi. Tak apalah kalau jauh pun kilang tu nanti asal Prima dapat bekerja, apa salahnya? Dah puas dia minta kerja, tak dapat-dapat. Dah orang nak bagi kerja, terima sajalah.”, kata aku kepada Azi.
Azi menarik nafas panjang. Aku faham kenapa Azi begitu sebab sudah hampir setahun Prima menganggur. Dulu dia bekerja di KLIA sebagai eksekutif di sebuah Syarikat yang mengendalikan bahagian kebersihan KLIA itu tetapi tiba-tiba syarikat tersebut tutup (dissolved), lepas itu ditawarkan kepada semua pekerja yang kena berhenti itu bekerja di sebuah syarikat (vendor) lain di KLIA itu, kepada Prima hendak diberi gaji hanya sebanyak RM900.00 sebulan. Prima tidak mahu.
JUMAAT 8 Januari 2010, jam 9.00 pagi, kedengaran oleh aku bunyi kereta datang dan berhenti di halaman rumahku. Aku pun pergi membuka pintu dan aku lihat seorang wanita berusia 30han datang bersama dengan seorang lelaki yang nampaknya masih muda dalam lingkungan dua puluhan tahun usianya.
“السلام عليكم, Pakcik... Saya ni Eli. Ni Azim. Ini ke rumah yang boleh mengajar buat sabun-sabun tu.?”, kata wanita itu kepada aku.
“وعليكم السلام. Ya, di sini.”, jawab aku. “Senang je cari rumah saya ni?”, kata aku lagi.
“Kami tengok map kat Google. Memang nampak atap rumah ni, nama Jalan tu pun ada.”, jawab Azim dengan senyumannya sekali.
“Masuklah.”, kata aku menjemput mereka masuk ke dalam rumahku. Isteriku jga datang. Prima juga sama menyambut kedatangan mereka berdua.
Aku pun terus menjemput mereka duduk di sofa di ruang tamu.
“Pakcik ke yang boleh mengajar buat sabun tu?”, tanya Eli kepada aku. Azi terus pergi ke ruang dapur untuk menyediakan minuman. Prima pula kembali masuk ke kamarnya.
“Ya. Habis macam mana, nak belajar ke? Kalau nak belajar hari ni pun boleh mula.”, jawab aku.
“Tak, bos saya Dr. Siva, dia Managing Director setuju nak ambil Pakcik bagi gantikan yang accident koma tu. Oh ya, saya ni nak panggil Pakcik siapa?”, kata Eli.
“Panggillah Pakcik Rampa. Kalau nak ambil Pakcik ni sebagai pegganti production manager tu, lebih baik ambil anak saya tadi... Dia pun boleh juga buat sabun tu. Dia pun muda lagi. Pakcik ni bukannya sihat sangat.”, kata aku kepada mereka berdua.
“Tak kisahlah, Pakcik, asal ada cepat pengganti. Sudah dua minggu kilang kami tu tak beroperasi. Kalau boleh bos nak jumpa Pakciklah. Kalau anak Pakcik, tak apa, tapi bos nak temuduga dia dulu.”, kata Eli. Azim hanya diam saja mendengar.
“Saya ni lebih suka kalau dapat biar anak saya tu yang ambil jawatan tu sebab dia ada pengalaman dalam bab cleaning sebab dia dah pergi kursus. Dia juga tahu buat produk tu.”, balas aku.
“Eloklah tu, Pakcik. Syarikat kami juga dapat kontrek cleaning banyak tempat juga. Jadi kalau anak Pakcik tentu dia boleh handle bab cleaning tu sambil buat production. Mana dia anak Pakcik tadi, boleh juga kita bincang.”, balas Eli.
Aku pun memanggil Prima dan dia pun keluar dari kamarnya terus dia duduk di sofa.
“Apa nama jawatan yang nak bagi tu?”, tanya Prima.
“Production manager.”, jawab Eli.
“Berapa gajinya sebulan. Apa benefits lagi?”, tanya Prima.
“Kompeni akan bagi kereta. Gaji kami tak tahu. Dr. Siva nak interview dulu baru bagi letter of offer. Yang kami tahu kereta memang kompeni bagi.”, jawab Azim pula.
“Tengoklah, kalau berbaloi okaylah. Kalau tak, malaslah. Di mana kilang tu?”, jawab Prima dan bertanya.
“Di Negeri Sembilan.”, jawab Azim.
“Ala jauhnya kalau nak berulang pergi balik. Duit petrol kereta pun dah lebih empat puluh ringgit sehari, tol lagi.”, kata Prima.
“Apa pula jauhnya nak berulang. Kereta kompeni bagi. Production manager tentu tinggi gajinya tu.”, kata aku kepada Prima dengan harapan dia mahu menerima jawatan itu.
“Tak apa, tak apa... Esok you datang ke kilang jumpa Dr. Siva boleh bincang fasal gaji tu. Esok pagi Sabtu you dengan Pakcik datanglah boleh bincangkan dengan Dr. Siva tu.”, kata Eli pula.
“Macam mana production manager you orang accident tu, sampai koma?”, aku tanya Eli.
“Begini Pakcik... Dia cuti ke Sarawak dengan bini dia. Bini dia orang Sarawak. Di sana kereta yang dia pandu belanggar dengan lori. Itu yang teruk sampai dia koma tu. Sudah dua minggu dah.”, jawab Eli.
“Orang Melayu kita ke dia?”, aku tanya Eli.
“Ya orang Melayu.... Nak buat macam mana dah nak malang.”, jawab Eli.
Azi membawa minuman dan karipap lalu menghidangkannya di atas meja dan menjemput mereka minum. Prima terus bangun dan kembali pergi ke kamarnya, kelihatan bagaikan dia tidak berminat saja dengan tawaran menjadi production manager itu. Selepas saja minum mereka berdua pun minta diri. ..... .....
Bersambung ke No. 3.
.
Last edited by Ziarahmenilai on Mon Feb 28, 2011 1:48 am; edited 6 times in total |
|
| Back to top |
|
 |
mekganu Moderator-W


Joined: Apr 16, 2009 Posts: 2783 Location: kek dusun topi air toghojun..
|
Posted: Tue Apr 06, 2010 10:42 am Post subject: |
|
|
salam pak zai.....
tak sabar nak baca seterusnya |
|
| Back to top |
|
 |
taf4 Moderator


Joined: Jan 22, 2010 Posts: 9989 Location: tebu ereng, jombang, suroboyo, jawa timur
|
Posted: Tue Apr 06, 2010 1:02 pm Post subject: |
|
|
| Ziarahmenilai wrote: | | taf4 wrote: | Sabun apa yang boleh dihasilkan selain dari sabun pencuci pakaian.
Boleh juga menuntut nanti... |
Antaranya sabun pencuci lantai (floor cleaner), pencuci pinggan mangkuk (dishwash), stripper, krim mandian, hand soaps, toilet bowl cleaner, degreaser, engine cleaner, ada banyak termasuk produk-produk pengguna yang lain... klik di sini.
. |
Terima kasih. Nanti wak pm |
|
| Back to top |
|
 |
Ziarahmenilai Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 1755
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 12:36 am Post subject: |
|
|
| mekganu wrote: | salam pak zai.....
tak sabar nak baca seterusnya |
Salam mek
Kisah Si Bongsu lama tak bersambung tu kerana AKULAH PRODUCTION MANAGER... Bila dah bekerja, alahai masa bekerja mana boleh berforum. Bila balik ke rumah badan pun dah letih... Bila sudah jadi Production Manager tu, Alhamdulillah dapat pula berjumpa dengan wakjeng yang muda lagi rupanya tu....
Wasalam. |
|
| Back to top |
|
 |
Ziarahmenilai Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 1755
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 12:37 am Post subject: |
|
|
Sambungan ... KISAH AKULAH PRODUCTION MANAGER...
3.
Azi membawa minuman dan karipap lalu menghidangkannya di atas meja dan menjemput mereka minum. Prima terus bangun dan kembali pergi ke kamarnya, kelihatan bagaikan dia tidak berminat saja dengan tawaran menjadi production manager itu. Selepas saja minum mereka berdua pun minta diri. ..... .....
____________________
SABTU 9 Januari 2010 Prima yang memandu keretanya, terus pergi ke Nilai bersama-sama dengan aku dan bila sampai aku di Nilai ada berpuluh deret rumah kedai yang tidak berpenghuni malah banyak juga yang sudah pun dinaiki semak-samun di kawasan yang dikatakan telah membangun di Nilai itu.
“Abah kalau nak tahu, tiadanya orang berniaga, shop lots berderet-deret tutup saja, itulah lambang ekonomi negara kita sekarang ni. Najib yang kata ekonomi negara okay tapi Abah tengoklah tu buktinya orang tak ada berniaga pun.”, kata Prima kepada aku.
“Siapalah yang punya shop lots yang tutup tu semua? Semuanya macam baru dibina saja, tak kan tak laku tak ada pembeli?”, kata aku kepada Prima.
“Kalau dah harganya tinggi melambung, manalah orang Melayu mampu nak beli. Itu sebabnya macam tak berorang, sunyi sepi.”, jawab Prima.
“Dari terbiar saja begitu, kenapa kerajaan tak bagi percuma saja kepada orang Melayu supaya ramai orang Melayu kita memiliki shop lots itu. Bukankah bagus Petronas ada banyak duit beli semua kedai tu, lepas tu dijual kepada orang Melayu secara sewa beli bayar ansur seratus ringggit sebulan. Lepas tu kerajaan bagi modal dapatlah orang Melayu berniaga di situ, kan?”, kata aku kepada Prima.
Prima tergelak mendengar aku berkata begitu.
“Kenapa pulak kamu gelak?”, aku tanya dia.
Prima diam tidak menjawab pertanyaan aku itu... kira-kira jam 10.00 pagi aku dan Prima pun sampai ke Nilai dan terus pergi ke kilang yang dimaksudkan itu mengikut alamat yang diberikan oleh Eli kepada aku.
Aku lihat yang dikatakan kilang itu adalah dalam sebuah shop lot dua tingkat, yang terletak di satu deretan shop lots yang hampir kesemunya tutup juga, kalau ada yang buka pun ada sebuah dua kelihatannya ada semacam orang-orang Indon saja yang menghuninya, kebanyakannya wanita, berpakaian seluar pendek pun ada duduk berborak di hadapan dua tiga shop lots di situ. Hanya di hujung deretan shop lots itu ada sebuah restoran. Tidaklah jauh kalau nak makan..., kata hatiku.
Prima memberhentikan kereta di hadapan apa yang dikatakan oleh Eli dan Azim sebagai kilang itu. Di bahagian hadapan premis itu terbuka di mana di atas lantainya tersusun rapi tong-tong plastik muatan 20 liter, 10 liter dan 5 liter berisi beberapa jenis detergents yang sudah siap untuk dinaikkan ke lori agaknya atau siap untuk dihantar kepada pembelinya.
Aku pun dijemput masuk oleh Eli dan Azim yang sudah sedia menunggu di situ dan terus dijemput oleh mereka masuk ke sebuah bilik berdinding kaca, iaitu sebuah pejabat berhawa dingin. Di pintunya bertulis Dr. Siva.... Managing Director.
Apabila aku dan Prima masuk saja Dr. Siva pun bagun dari kerusinya dan terus bersalaman dengan aku dan juga dengan Prima.
“Selamat datang, Pakcik. Saya harap Pakcik boleh bekerja di sini sebab mengikut kata Eli dengan Azim, Pakcik ni pakar membuat produk detergents.”, katanya kepada aku dalam bahasa Melayu dengan begitu fasih sekali, dan terus menjemput aku dan Prima duduk di kerusi-kerusi yang ada di hadapan mejanya. Eli dengan Azim juga duduk di kerusi-kerusi yang ada di belakang aku yang juga ada sebuah lagi meja, di atas meja itu ada sebuah komputer.
“Yang sebenarnya Dr., saya ni dah tua, mungkin tak larat nak kerja. Saya bawa anak saya ni sebab kalau nak buat detergents itu, anak saya ni pun tahu, dia ada pengalaman.”, kata aku kepadanya.
“Kalau begitu lagi bagus. Anak Pakcik ni masih muda lagi ni. Ada bawa resume?”, kata Dr. Siva dan bertanya kepada Prima.
“Ada.”, jawab Prima lantas Prima pun beri kepada Dr. Siva resume-nya itu.
“Okay, okay... good, good. You boleh tak mula bekerja di sini on Moday ni?”, Dr. Siva tanya Prima.
“Saya nak tengoklah dulu letter of offer macam mana, nak tahu berapa gaji sebulan, apa benefits, ada EPF dengan Socso, apa syarat-syaratnya, apa nature of appoinment-nya saya kenalah tahu dulu.”, jawab Prima.
“Ohhh itu mestilah ada, ikut law. Gaji tu RM1800 per month. Kompeni will give you one car for your own personal use. Rumah kediaman kompeni akan bayar sewa untuk you and your family. Okay kan?”, jawab Dr. Siva.
“How can as a production manager the pay is only RM1800 per month? Lagi pun saya tak mahu tinggal di sini. Kalau saya terima pun saya akan berulang pergi balik. Mana cukup gaji banyak itu dari Subang ke sini , petrol kereta, tol lagi...”, jawab Prima.
Aku hanya diam tak berkata apa-apa. Aku rasa tidak senang pula terhadap Prima dia berkata begitu sedangkan dia sudah menganggur sudah hampir setahun, bila orang dah tawarkan bekerja dia jual mahal pula.
“Listen, RM1800 itu your basic pay... Kalau you nak berulang datang dengan balik tu, kami bagi you travelling allowance RM400 per month, okay? Polisi kompeni kami you jangan bimbang, bila ada profit you juga ada share nanti. Kita bekerja sebagai satu family, ada profit kita share sama rata.”, kata Dr. Siva kepada Prima.
“Saya kena fikir dulu. Lepas saya baca the letter of offer barulah saya berikan keputusan saya.”, jawab Prima.
“Okay, okay. Nanti kita beri you the letter of offer tu.”, kata Dr. Siva.
Lepas itu Dr. Siva pun menjemput aku dan Prima pergi melihat kilang itu, kelihatannya bersih, semua peralatan tersusun rapi. Bahan-bahan kimia ada yang dalam bag dan ada juga yang dalam tong deram tersusun rapi. Seorang pekerja yang berusia 30han tahun sedang mencuci mob lantai, rajin nampaknya.
Di kilang itu juga ada sebuah bilik yang merupakan sebuah makmal, agak lengkap juga dengan radas-radasnya. Aku pula yang jadi berminat hendak menerima bekerja di situ jika Prima tidak mahu bekerja. Gajinya yang tak seberapa itu aku rasa aku tidak kisah sebab aku hendak merasa menjadi seorang Production Manager.
“Kerjanya tak susah. You kerja di sini you hanya arah saja ada dua orang pekerja, you control. Dia orang berdua yang akan buat kerja memproses dengan peking. You tunjuk ajar saja apa chemicals kena guna masuk dalam mesin, itu saja. Apa-apa chemicals yang you mahu you order saja, kami akan beli. You order, kami belilah.”, kata Dr. Siva kepada Prima.
Prima tidak berkata apa-apa. Aku pula di dalam hati, kalau begitu aku pun mahu bekerja di situ. Yang penting aku boleh dapat pegalaman bekerja sebagai Production Manager setelah sepuluh tahun aku bersara sebagai pensyarah di Maktab Perguruan dulu. Makmal pun ada, senanglah aku hendak buat R & D.
Setelah melawat kilang dan makmal di situ aku dan Prima dijemput kembali ke pejabat Dr. Siva tadi. Dr. Siva mengarahkan Eli supaya dapatkan the letter of offer dari Ibu Pejabat di Senawang rupanya. Kilang itu saja berada di Nilai. Kepada Azim pula Dr. Siva minta dia supaya segera mencari rumah di taman perumahan yang dekat dengan kilang itu untuk disewa. Kedua-dua mereka pun pergi.
“Sebelum ini siapa production manager?”, aku tanya Dr. Siva.
“Malang sungguh dia. Dia accident di Sarawak, sekarang dia koma di hospital di sana.”, jawabnya.
“Dia orang Sarawak ke?”, aku tanya.
“Bukan, dia orang India macam saya ni juga. Dia dengan bini dia bercuti di sana. Accident tu di sana. Nak buat macam mana, orang Melayu kata malang tak berbau.”, jawabnya.
Mendengar kata-katanya itu, aku pun memandang kepaada Prima dan Prima juga memandang kepada aku.
“You know what Pakcik. Nasib baik Eli ke hari tu atau Azim ke, ada jumpa laman web Pakcik hingga boleh dia orang tu contact Pakcik. Saya harap sangat Pakcik juga boleh datang bantu anak Pakcik di sini, ajar dia buat produk tu nanti sebab Pakcik ni pakar, konsultan. Kalau kilang ni tak ada pengganti production manager yang koma tu, terpaksalah ditutup saja kilang ni.”, kata Dr. Siva kepada aku dan Prima.
Aku tidak berapa memberi tumpuan sangat kepada apa Dr. Siva itu kata sebab dalam kotak pemikiran aku ialah Eli dan Azim kata kepada aku yang accident koma itu orang Melayu..... Tetapi kenapa tadi Dr. Siva kata yang accident koma itu, orang India pula.... ......
Bersambung ke No. 4.
.
Last edited by Ziarahmenilai on Thu Oct 14, 2010 1:08 am; edited 6 times in total |
|
| Back to top |
|
 |
Al-Bahr Senior Member


Joined: May 24, 2009 Posts: 1678 Location: Man jadda wajada wa man zaro'a hasoda
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 1:09 am Post subject: kisah baru... |
|
|
Salam Pak,
Lama tak baca sambungan cerita Kisah Si Bongsu...
tup, tup keluar kisah baru, terkini 2010...
baru perasan dan baca malam nie...
tertanya2 juga PM yang koma tu Melayu @ India yang sebenarnya...
 |
|
| Back to top |
|
 |
Ziarahmenilai Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 1755
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 1:22 am Post subject: Re: kisah baru... |
|
|
| Al-Bahr wrote: |
Salam Pak,
Lama tak baca sambungan cerita Kisah Si Bongsu...
tup, tup keluar kisah baru, terkini 2010...
baru perasan dan baca malam nie...
tertanya2 juga PM yang koma tu Melayu @ India yang sebenarnya...
 |
Salam Al-Bhar,
InsyaAllah nanti esok atau lusa saya sambungkan Kisah Si Bongsu tu...
PM tu?.... Tak tahulah, kena tunggulah kalau nak tahu sama ada PM yang koma tu Melayu ke, atau India ke.
Wasalam.
. |
|
| Back to top |
|
 |
patriot Super Moderator


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 25719 Location: BERUS LEEdi ntuk tonyoh mulut macai..
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 3:37 am Post subject: |
|
|
| suspen ni....pm yg koma tu melayu or india ?....dan nak tahu siapa yg bercakap jujur...melayu or india...? |
|
| Back to top |
|
 |
taf4 Moderator


Joined: Jan 22, 2010 Posts: 9989 Location: tebu ereng, jombang, suroboyo, jawa timur
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 9:46 am Post subject: |
|
|
| patriot wrote: | | suspen ni....pm yg koma tu melayu or india ?....dan nak tahu siapa yg bercakap jujur...melayu or india...? |
Jgn PM India kot. Nak pakai pakram sekejap je, lepas masalah dia jee.
lagi suspen nih. |
|
| Back to top |
|
 |
azanizam Moderator-W


Joined: May 07, 2009 Posts: 9226 Location: k kemuning s alam
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 2:56 pm Post subject: |
|
|
| suspen suspen tu yang penat nie.. nak tunggu berape hari .. |
|
| Back to top |
|
 |
Ziarahmenilai Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 1755
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 3:09 pm Post subject: |
|
|
Sambungan ... KISAH AKULAH PRODUCTION MANAGER ...
4.
Aku tidak berapa memberi tumpuan sangat kepada apa Dr. Siva itu kata sebab dalam kotak pemikiran aku ialah Eli dan Azim kata kepada aku yang accident koma itu orang Melayu..... Tetapi kenapa tadi Dr. Siva kata yang accident koma itu, orang India pula.... ......
_______________________
PRIMA minta hendak melihat profail syarikat tersebut. Dr. Siva pun beri sebuah buku seperti majalah kepada Prima. Aku yang duduk di kerusi di sebelah Prima dapat juga melihat apa yang terdapat dalam buku itu bila Prima membuka dan melihatnya dari satu halaman kepada satu halaman. Nampaknya syarikat induk itu besar juga, ada banyak anak-anak syarikatnya selain daripada mengeluarkan produk detergents di kilang di Nilai itu.
SETELAH berbincang dengan Dr. Siva panjang lebar aku dan Prima pun balik. Dalam perbincangan tadi aku dan Prima diberi tahu bahawa sebelum ini kilang itu telah pun mengeluarkan lapan jenis produk detergents.
Dalam perjalanan balik itu aku lihat Prima yang memandu kereta tidak pun ceria bagaikan dia tidak mahu menerima jawatan sebagai Production Manager itu.
“Macam mana Prima? Bukanlah lebih baik kamu terima saja offer tu? Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja dengan orang. Lagi pun kamu dah menganggur dah nak hampir setahun dah kamu menganggur.”, kata aku kepada Prima.
“Kita kena tengok the letter of offer tu dulu, Abah. Kalau dia nak bagi basic pay cuma seribu lapan ratus saja, tak payahlah. Nanti kena potong EPF, Socso, tinggal berapa jer? Lebih baik Prima buat kerja di rumah macam sekarang ni, dengan website kita tu pun orang datang belajar lebih daripada itu Prima ni boleh dapat. Prima kerja juga, cuma kerja di rumah, tak bolehlah kata Prima ni menganggur, kan?...
“Nanti bila kita iklan kat Harakah, Prima nak buat bisnes macam kita di Penang dulu, kita memang boleh dapat sambutan ramai orang.”, kata Prima kepada aku.
“Yalah tu, tapi bisnes begitu Abah ni yang mengajar buat produk tu. Dulu di Penang Abah yang mengajar tapi duit yang dapat Prima yang terima.”, kata aku.
“Yalah Bah, nama syarikat tu didaftar gunakan nama. Syarikat tu Prima yang punya, kan? Lagi pun anak jantan Abah bukan ke Prima ni seorang saja?”, jawab Prima.
“Kalau Abah mati mengejut, siapa yang nak mengajar kalau ada orang nak belajar buat produk tu?”, aku tanya Prima.
“Prima pun tahu nak mengajar buat produk tu. Senang jer. Bukan ke Prima pernah ada mengajar bila Abah tak ada dulu, masa Abah berkursus di Trengganu dulu.”, kata Prima.
“Habis, kamu taknak jawatan production manager tu?”, aku tanya Prima.
“Ada ke patut jawatan production manager basic pay-nya cuma seribu lapan ratus jer? .... Buat malu jer kalau orang tanya nanti kerja apa? Kerja sebagai production manager, tapi gaji cuma tak sampai dua ribu sebulan. Lagi pun Prima taknak duduk di sana, taknak jauh dengan anak Prima. Nak berulang ke Nilai tu dengan gaji banyak itu, tak payalah, Bah. At least kalau dia bagi three thousand five hundred atau three thousand, itu berbaloilah, Prima mahulah Bah.”, jawab Prima.
Aku pun diam bila Prima sudah berkata begitu. Prima pun membuka radio di keretanya itu. Kebetulan pula lagu yang ke udara ialah lagu Suci Dalam Debu nyanyian Saleem – Iklim. Sedih hati aku mendengar lagu itu. Teringat pula aku kepada Apoi adik angkat aku yang aku kisahkan dalam Kisah Si Bongsu (Entri No. 271) itu yang bermula pada 3 Julai 1990 pada Hari Raya EudilAdha.
“Dr. Siva tu kata nak offer profit sharing.... Abah percaya ke? Itu semua words of mouth la Bah.”, kata Prima lagi.
“Bukan apa Prima, kita hidup ni kenalah juga lihat dari aspek kita kena menolong orang. Bukankah ada English saying a friend in need is a friend indeed., kan?”, kata aku kepadanya.
“Bila pulak Prima ni dah berkawan dengan Dr. Siva tu, bah?”, kata Prima.
“Betul, memang kita tak kenal pun siapa dia lagi. Tapi kompeni tu orang Melayu kita yang punya. Tadi pun ada Prima tengok profail syarikat yang dia tunjukkan. Prsidennya orang Melayu, business partners-nya pun semuanya Melayu. Dr. Siva tu cuma Managing Director di Kilang tu saja. Mungkin sebab dia ada Ph. D dia tu dilantik memegang jawatan itu. Itu saja.”, jawab aku.
“So what?”, tanya Prima kepada aku.
“Yang penting bila orang dalam keadaan memerlukan kita, kita kena bantulah jika kita mempunyai kebolehan untuk membantu. Lebih-lebih lagi pula kalau syarikat itu Melayu yang punya, orang beragama Islam. Lagi pun production manager dia orang tu tengah koma tu. Elok kita tolong.”, kata aku kepada Prima.
“Maknanya kalau dia orang offer gaji basicnya banyak itu saja sebulan, Abah mahu? Kalau Abah hendak, Abahlah terima. Prima taknak.”, jawab Prima.
“Kalau dah Prima taknak, tak apalah. Biar Abah yang terima. Lagi pun Dr. Siva tu kata sebuah rumah akan diberi, sewanya setiap bulan syarikat yang bayar. Kereta sebuah pun syarikat bagi. Profit sharing pulak lagi. Lagi pun kalau Abah bekerja Abah tentulah banyak bergerak, berjalan; taklah macam duduk di rumah sekarang ni banyak masa dihabiskan mengadap komputer membaca forum saja sampai kaki pun bengkak. Doktor pun ada cakap Abah ni kena banyak bergerak, berjalan.”, kata aku kepada Prima.
“Abah kenalah juga ingat, kilang tu melibatkan chemicals. Abah tu cuma tahu guna apa chemicals nak buat produk saja, tapi kesannya kalau Abah tu tiap-tiap hari main dengan chemicals tu, Abah tahu apa kesannya pada badan Abah?”, jawab Prima.
“Tahu. Kalau Abah tak tahu takkanlah Abah nak buat kerja libat dengan chemicals tu. Abah tahu, kalau Abah tak tahu masakanlah Abah nak terima jawatan tu.”, kata aku dengan penuh keyakinan bahawa kalau aku gunakan formula-formula yang aku ada, kesemuanya adalah jenis bahan kimia yang tidak membahayakan dan tidak menjejaskan kesihatan.
“Walau apa pun, Bah; Abah kena tanya Ida adik tu. Dia lebih tahu sebab degree dia Bachelor of Chemical Industry? Kalau dia kata Abah jangan bekerja nanti, Abah tak usahlah bekerja di kilang tu.”, kata Prima kepada aku.
“Tak apa kalau Abah bekerja. Bukannya nanti Abah yang pegang pun chemicals tu. Ada dua orang pekerja yang semua buat, bancuh. Kat dalam setor di rumah kita tu pun ada semua chemicals tu, Ida tak kata apa pun, tak melarang pun.”, jawab aku.
“Whatever-lah Abah. Kat rumah kita tu sikit jer chemicals tu, tapi di kilang tu bertimbun, bertong-tong deram.”, jawab Prima sambil dia memandu keretanya dengan laju.
“Yang sebenarnya Prima, Abah ni juga hairan kenapa agaknya Allah offer kepada Abah yang dah tua ni, boleh pula ada orang nak bagi jawatan tu tiba-tiba saja pula? Rezeki akan bertambah, mesti ada sebabnya tu.”, kata aku kepada Prima.
“Apa sebabnya, Bah?”, tanya Prima.
“Prima tak tahu ke akhir-akhir ni Abah setiap hari solat Dhuha. Cuba kamu juga buat solat Dhuha tu, إن شاء الله hidup kamu senang, rezeki pun murah.”, kata aku kepadanya.
Prima diam tidak berkata apa-apa. Aku minta Prima jangan laju sangat memandu keretanya itu.
Jauh di lubuk hati aku, aku akan terima jawatan sebagai Production Manager itu kerana aku hendak tahu adakah aku nanti akan dapat memajukan kompeni tersebut, dan jika aku gagal apakah sebab-sebabnya. Ini adalah kerana aku teringat kepada Firman Allah, iaitu:
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.", yang ada dalam [SurahAt-Takwiir: 29]. itu.
Sampai saja ke rumah, Azi isteri aku terus bertanya, apakah Prima mahu bekerja? Prima kata dia tidak mahu sebab gajinya tak sampai pun dua ribu sebulan. Azi menarik nafas panjang kerana anaknya itu menolak tidak mahu menerima jawatan itu.
Ida anak aku sudah pun tahu kerana diberi tahu oleh Azi. Dia ada di rumah, cuti hari Sabtu. Bila masuk saja aku ke dalam rumah terus dia tanya aku: “Besar ke kilang tu, Bah? Berapa ramai pekerjanya?”.
“Bukan kilang la, tapi tempat memproses membuat detergents tu dibuat dalam shop lot saja. Kalau Abah bekerja kat situ cuma ada 2 orang yang bekerja membantu mengikut arahan Abah.”, Prima yang menjawab pertanyaan Ida itu.
“Kilanglah juga namanya tu. Kecik jer?.... Whatever-lah Abah, kalau Abah minat sangat nak kerja tu Abah kena pakai industrial mask tu, kena pakai gloves. Mata Abah tu kena ada cermin mata khas tu kena pakai. Ada makmal tak?”, kata Ida kepada aku dengan juga bertanya.
“Ada. Ada atu bilik di situ dijadikan makmal. Makmal itu ada air-con.”, jawab aku.
Aku berasa lega kerana Ida anak aku itu yang lebih tahu hal-hal kimia itu bagaikan dia positif saja, tidak pun melarang aku yang hendak menerima jawatan sebagai Production Manager itu.
Jam 4.30 petang telefon di rumah aku berdering. Dr. Siva ingin bercakap dengan Prima. Lantas aku beri gagang telefon itu kepada Prima. Dr. Siva minta Prima melapor diri mulai bekerja pada 11 Januari 2010 dan meminta aku juga turut sama datang. Letter of offer akan diberi bila Prima sampai nanti. .... Entahlah, akukah yang akan jadi Production Manager atau Prima. ... .....
Bersambung ke No. 5.
.
Last edited by Ziarahmenilai on Thu Oct 14, 2010 9:47 pm; edited 6 times in total |
|
| Back to top |
|
 |
patriot Super Moderator


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 25719 Location: BERUS LEEdi ntuk tonyoh mulut macai..
|
Posted: Thu Apr 08, 2010 6:52 pm Post subject: |
|
|
| pak rampa...saya sticky kan diari ini. |
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
|