| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
Howitzer2020 Junior Member


Joined: Apr 04, 2012 Posts: 33
|
Posted: Mon Apr 16, 2012 2:28 pm Post subject: Demonstrasi PTPTN: Satu Pandangan Awal |
|
|
Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;
1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.
2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.
3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.
4. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah ‘orang-orang tertentu’ yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.
5. Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.
6. Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.
7. Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.
8. Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif. Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.
9. Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.
10. Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap.
Sila baca seterusnya di - http://bit.ly/IQ2G8O
Saya memang sokong kenyataan Dr Maza. Tepat ape yg dikatakan. |
|
| Back to top |
|
 |
chingkoq Moderator


Joined: Apr 15, 2009 Posts: 8245 Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe
|
Posted: Mon Apr 16, 2012 2:55 pm Post subject: |
|
|
nak menghapuskan riba pun perlu secara ilmiah?
gila ke apa.? hehehe  |
|
| Back to top |
|
 |
Kingkent V.I.P Member


Joined: Apr 20, 2009 Posts: 5287
|
Posted: Tue Apr 17, 2012 11:18 am Post subject: |
|
|
Allahhuakbar....
Adalah laungan global untuk segala urusan hidup menandakan kebesaran Allah dan menunjukan betapa kerdilnya manusia.....
Perbetulkan akidah anda... |
|
| Back to top |
|
 |
GamUhu Junior Member


Joined: Jun 08, 2009 Posts: 302
|
Posted: Wed Apr 18, 2012 9:11 am Post subject: |
|
|
| chingkoq wrote: | nak menghapuskan riba pun perlu secara ilmiah?
gila ke apa.? hehehe  |
Maaf saya kurang faham dgn kenyataan ni. Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jaul beli. Bukan perlu cara ilmiah untuk menjalankan urusan berniaga ke atau dalam kes PTPTN ni kaedah pinjaman Islam? saya agak jahil bab kewangan Islam  |
|
| Back to top |
|
 |
chingkoq Moderator


Joined: Apr 15, 2009 Posts: 8245 Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe
|
Posted: Wed Apr 18, 2012 9:24 am Post subject: |
|
|
| GamUhu wrote: | | chingkoq wrote: | nak menghapuskan riba pun perlu secara ilmiah?
gila ke apa.? hehehe  |
Maaf saya kurang faham dgn kenyataan ni. Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jaul beli. Bukan perlu cara ilmiah untuk menjalankan urusan berniaga ke atau dalam kes PTPTN ni kaedah pinjaman Islam? saya agak jahil bab kewangan Islam  |
..riba tu haram..perlu ke berdiskus secara ilmiah untuk hapuskan benda yang haram?
kenapa tidak berdiskus untuk melaksanakan benda yang wajib?
hehehe  |
|
| Back to top |
|
 |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7360 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Wed Apr 18, 2012 3:27 pm Post subject: |
|
|
| Quote: | | 5. Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan |
Cetusan hapus PTPTN adalah dari idea politik pembangkang ... mesti le ada kaitan ............ apa raaaaaaaaaaa ..
Tak boleh ke nak kaitkan dengan politik ... kalau kerajaan la ni .. tak ada idea macam mana nak hapus .... sokong dan bagi kat depa yang bersedia terima tanggungjawab .... |
|
| Back to top |
|
 |
GamUhu Junior Member


Joined: Jun 08, 2009 Posts: 302
|
Posted: Wed Apr 18, 2012 5:08 pm Post subject: |
|
|
| chingkoq wrote: | | GamUhu wrote: | | chingkoq wrote: | nak menghapuskan riba pun perlu secara ilmiah?
gila ke apa.? hehehe  |
Maaf saya kurang faham dgn kenyataan ni. Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jaul beli. Bukan perlu cara ilmiah untuk menjalankan urusan berniaga ke atau dalam kes PTPTN ni kaedah pinjaman Islam? saya agak jahil bab kewangan Islam  |
..riba tu haram..perlu ke berdiskus secara ilmiah untuk hapuskan benda yang haram?
kenapa tidak berdiskus untuk melaksanakan benda yang wajib?
hehehe  |
yes kerajaan WAJIB memberi kemudahan pendidikan pada rakyat supaya tidak ternafi hak org kurang mampu mendapat pendidikan. Tapi itu pun perlu pengurusan kewangan. Mungkin perlu discus kewajipan kita menolak riba dan mengantikannya dengan sesuatu yg boleh diterima Islam. Secara ilmiahnya kita boleh mencadangkan altenatif pada pinjaman itu. Cara ni mungkin lebih productive |
|
| Back to top |
|
 |
chingkoq Moderator


Joined: Apr 15, 2009 Posts: 8245 Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe
|
Posted: Wed Apr 18, 2012 5:25 pm Post subject: |
|
|
| GamUhu wrote: | | chingkoq wrote: | | GamUhu wrote: | | chingkoq wrote: | nak menghapuskan riba pun perlu secara ilmiah?
gila ke apa.? hehehe  |
Maaf saya kurang faham dgn kenyataan ni. Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jaul beli. Bukan perlu cara ilmiah untuk menjalankan urusan berniaga ke atau dalam kes PTPTN ni kaedah pinjaman Islam? saya agak jahil bab kewangan Islam  |
..riba tu haram..perlu ke berdiskus secara ilmiah untuk hapuskan benda yang haram?
kenapa tidak berdiskus untuk melaksanakan benda yang wajib?
hehehe  |
yes kerajaan WAJIB memberi kemudahan pendidikan pada rakyat supaya tidak ternafi hak org kurang mampu mendapat pendidikan. Tapi itu pun perlu pengurusan kewangan. Mungkin perlu discus kewajipan kita menolak riba dan mengantikannya dengan sesuatu yg boleh diterima Islam. Secara ilmiahnya kita boleh mencadangkan altenatif pada pinjaman itu. Cara ni mungkin lebih productive |
pengurusan kewangan tidaklah sukar bagi sebuah kerajaan..
hasil masyhul negara pun rasanya lebih dari cukup..
dalam hal pendidikan..tidak mengira darjat sebenarnya..sewajibnya percuma melainkan kerajaan benar2 tiada kemampuan..
begitu juga benda keperluan asas lain
kesihatan
jalanraya
api
air
keselamatan..
demikianlah adanya..hehe  |
|
| Back to top |
|
 |
GamUhu Junior Member


Joined: Jun 08, 2009 Posts: 302
|
Posted: Thu Apr 19, 2012 9:51 am Post subject: |
|
|
| percuma bagi saya bagi yang layak dan bidang yg sesuai. sepanjang pengajian saya ada yg miskin tapi tak sedar diri. definasi layak perlu diperjelaskan. Begitu dalam bidang yg sesuai, kalau doktor, engineer atau kepakaran dalam bidang kritikal. apa pendirian kita bagi pengajian tak kritikal cth utk jadi artis, kalau ikut ekonomi, bidang hiburan mendatangkan lebih banyak income dari bidang pendidikan. pendek kata artis lebih kaya dari pensyarah u. adakah lebih byk income lebih bagus utk negara? atau ada guildeline lain. Soal ini boleh dibincangkan |
|
| Back to top |
|
 |
chingkoq Moderator


Joined: Apr 15, 2009 Posts: 8245 Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe
|
Posted: Thu Apr 19, 2012 1:00 pm Post subject: |
|
|
| GamUhu wrote: | | percuma bagi saya bagi yang layak dan bidang yg sesuai. sepanjang pengajian saya ada yg miskin tapi tak sedar diri. definasi layak perlu diperjelaskan. Begitu dalam bidang yg sesuai, kalau doktor, engineer atau kepakaran dalam bidang kritikal. apa pendirian kita bagi pengajian tak kritikal cth utk jadi artis, kalau ikut ekonomi, bidang hiburan mendatangkan lebih banyak income dari bidang pendidikan. pendek kata artis lebih kaya dari pensyarah u. adakah lebih byk income lebih bagus utk negara? atau ada guildeline lain. Soal ini boleh dibincangkan |
seperti penjelasan DSAI..yang kaya perlu biaya sendiri..yang kurang upaya perlu diberikan percuma sekadar kemampuan..
garis panduan pendidikan negara perlu diperhalusi dan dikemaskini..
bukan lah salah melahirkan artis..sebab sebut perkataan artis itu sendiri telah disalah tafsirkan kepada pelakon dan penyanyi sahaja sedangkan pelukis juga artis begitu juga penyair dan sebagai nya..
itu topik diluar namun perlu diberikan guideline supaya remaja/pelajar tidak tersasar..
tak salah kalau malaysia mengorak langkah baru dgn mengadakan sistem mentor/mentee untuk monitor perkembangan akedemik mereka...siapa yg layak menjadi mentor? sudah tentu mereka2 yg layak diambil kira kemahiran dan asas pendidikan..(jgn pulak bagi pada mat/minah rempit)
banyak perkara yang perlu diperbaharui dan diperbaiki..
langkah pertama..
tumbangkan mereka2 yang telah jelas gagal dalam mendidik anak bangsa..hehehe  |
|
| Back to top |
|
 |
airkotakdalamtin Senior Member


Joined: Feb 13, 2011 Posts: 1024
|
Posted: Thu Apr 19, 2012 3:22 pm Post subject: |
|
|
masa dengar nak buat demo..
hebat budak2 ni.. semoga berjaya
masa demo.. berani budak2 ni.. sampai rosmah dan altantuya di jeritnya
( tapi apa kena mengena dengan loan ? )
bila kalung gambar najib dan menteri.. budak2 ni memang nak bagi orang marah.. bahaya nihh
tido la pulak di dataran sampai tarikh duduk ramai2.. cuba tarik perhatian, tapi macam x ada sambutan
TAPI bila wakil lembu datang menyerang budak2 tido dalam khemah, YES ada yang TAKUT rupanya kalau student tido dalam khemah!
STUDENT POWER!!!!!!!
lawan sampai BN rebah |
|
| Back to top |
|
 |
21Halim V.I.P Member


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 7475
|
Posted: Thu Apr 19, 2012 7:17 pm Post subject: |
|
|
Saya sokong tindakan siswa di Dataran Merdeka..
tetapi,
orang hebat akan gunakan bahasa tinggi dengan akhlak kelas pertama. Sedarlah bahawa segala tindakan akan jadi catatan sejarah.
Maka itu, para siswa, bertindaklah dengan matang.
Jika bahasa para siswa lebih kurang sama dengan bahasa Mat Rempit atau penjenayah, ertinya siswa berkenaan kurang berfikir... dan boleh diandaikan sekadar menjadi lembu cucuk hidung!
Ingat! Mat Rempit dan penjenayah juga "anti-kerajaan". |
|
| Back to top |
|
 |
GamUhu Junior Member


Joined: Jun 08, 2009 Posts: 302
|
Posted: Fri Apr 20, 2012 6:12 pm Post subject: |
|
|
| chingkoq wrote: | seperti penjelasan DSAI..yang kaya perlu biaya sendiri..yang kurang upaya perlu diberikan percuma sekadar kemampuan..
garis panduan pendidikan negara perlu diperhalusi dan dikemaskini..
bukan lah salah melahirkan artis..sebab sebut perkataan artis itu sendiri telah disalah tafsirkan kepada pelakon dan penyanyi sahaja sedangkan pelukis juga artis begitu juga penyair dan sebagai nya..
itu topik diluar namun perlu diberikan guideline supaya remaja/pelajar tidak tersasar..
tak salah kalau malaysia mengorak langkah baru dgn mengadakan sistem mentor/mentee untuk monitor perkembangan akedemik mereka...siapa yg layak menjadi mentor? sudah tentu mereka2 yg layak diambil kira kemahiran dan asas pendidikan..(jgn pulak bagi pada mat/minah rempit)
banyak perkara yang perlu diperbaharui dan diperbaiki..
langkah pertama..
tumbangkan mereka2 yang telah jelas gagal dalam mendidik anak bangsa..hehehe  |
this very good discussion
Ibu bapa saya hanya pesara guru dan selalu uzur waktu saya masuk U. Degree bawah Mara tapi lepas tu sampai PHD sendiri. pendek kata saya berjaya habiskan belajar tanpa hutang.
Saya kurang agree kenyataan DSAI kerana yg kaya sahaja perlu byr. Sepanjang pengajian saya jumpa ramai jenis student. selain miskin yg tak sedar diri saya juga jumpa org kaya yg tunjuk kesungguhan belajar dan bantu org lain jugak utk maju. Bagi saya biasiswa utk org kaya mcm ni blh jadi sebagai penghormatan bg semangat nak belajar mcm tu. saya fikir 'layak' tak bermaksud kaya atau miskin. blh tunjuk kerajaan menghargai hanya mereka betul2 nak belajar. Keutamaan boleh bagi pada yg miskin, tapi kekalkan kesamaan hak.
Pastinya bila cakap duit cukai rakyat, saya ada hak nak cakap. mcm saya tak suka duit byr cukai saya taja pelajar artis nyanyian, menari dll (Puisi, sajak ni biasa dlm pengajian Bahasa). Adakah saya perlu demo pasang khemah? Saya rasa lebih baik cadangkan tabung khas dari industri hiburan yg income byk. |
|
| Back to top |
|
 |
chingkoq Moderator


Joined: Apr 15, 2009 Posts: 8245 Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe
|
Posted: Fri Apr 20, 2012 7:05 pm Post subject: |
|
|
saya juga kurang setuju bilaman yang kaya perlu bayar..sebab kebiasaan yang kaya bayar cukai yang lebih dari yang kurang kaya..jadi sewajarnya diberi sama rata..itu pandangan peribadi aku aje..
tentang tabung menabung untuk golongan seperti bahasa atau sebagainya termasuklah artis seperti yang kita sedia maklum..boleh aje asalkan sumbernya adalah sah disegi syarak..seperti menyampaikan nasyid sehingga terjual album dan sebagainya..perlu juga dipikirkan..
soal demo berkhemah..ramai yang tidak setuju..aku tidak komen apa2 sebab pada mereka..itulah cara untuk mendapat perhatian..tapi kalau ditempat yang mengganggu urusan orang lain..itu sudah tentu salahnya...
ada satu cadangan dimana kita perlu mengenakan denda disebalik memberi mereka secara percuma akan pendidikan..
sebagai contoh..pelajar yang memberikan masalah disiplin..
namun..pihak waris maupun keluarga perlu diberikan maklumat terlebih dahulu akan perlaku pelajar terbabit..barulah tindakan susulan boleh dipraktikkan...bukan terus menghukum..sebaliknya berikan nasihat dan kaunseling..
sekadar cadangan..
 |
|
| Back to top |
|
 |
chingkoq Moderator


Joined: Apr 15, 2009 Posts: 8245 Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe
|
Posted: Tue Apr 24, 2012 12:34 am Post subject: |
|
|
| Nokonok wrote: | | kenapa topik & thread ni tak di lock????????? FONT TAJUKNYA IN CAPS. |
awat?...hang ingat pasai tajuk aje orang lock?
pi baca adab2 tu dulu...hehehe  |
|
| Back to top |
|
 |
|