Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Detikdaily.Net :: View topic - "Mari Berborak Bersama Pak RAMPA"
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log In Semak PMLog In Semak PM   Log inLog in 

"Mari Berborak Bersama Pak RAMPA"
Goto page 1, 2, 3 ... 35, 36, 37  Next
 
Post new topic   Reply to topic    Detikdaily.Net Forum Index -> Pertanyaan, Pengumuman, Maklumat & Permasalahan
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Al-Bahr
Senior Member
Senior Member


Joined: May 24, 2009
Posts: 1678
Location: Man jadda wajada wa man zaro'a hasoda

PostPosted: Sat May 30, 2009 12:51 am    Post subject: "Mari Berborak Bersama Pak RAMPA" Reply with quote

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selamat Datang kepada para forumer sekelian ke thread yang dibuat khas untuk berbicara bersama Pak Rampa.

Thread ini diwujudkan atas idea Jomfikir serta telah dipersetujui oleh tuan punya diri yang di invite khas iaitu Pak Rampa sendiri.

Memetik kata-kata Pak Rampa untuk berbicara bersama beliau di sini :-

Ziarahmenilai wrote:
Salam.

Apa salahnya melayani pertanyaan, namanya pun forum, kan? Bila ada sesiapa tanya mana yang boleh Pak RAMPA jawab akan dijawab, mana yang tak boleh nak dijawab, mudah saja katakan "No komen" sajalah.

Prinsipnya mudah saja iaitu kalau pertanyaan itu jika dijawab mendapat pahala maka akan dijawablah. Kalau hanya mendatangkan dosa, tidaklah akan dijawab.

Dalam melayani pertanyaan jika ada, tentulah akan digunakan maksud hadis ini sebagai nilaitaranya:

الآخر فليكرم جاره , ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. (Riwayat Muslim)

Dalam Al-Qur'an pun ada, yang maksudnya....

“Terimalah yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang- orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)”. [Al-A’raaf:199].
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 397.]

Diharap para forumer dapat berbicara secara berhemah dan sopan bersama Pak Rampa kerana beliau seorang yang berjiwa seni. Orang seni ni jiwanya halus.

Selamat Berborak!

_____________________

CATATAN KENANGAN....

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Al-Bhar yang membuka thread ini telah kembali Ke Rahmatullh. Allahyarhamah Al-Bhar yang saya kenali walau pun di alam siber adalah seorang yang amat baik berbahasa bersahsiah solehah melalui PM dan juga e-mails peribadi...

Semoga الله Mencucuri Rahmat ke atas roh Al-Bhar dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amiin.

Klik... الفاتحه

Terima kasih wak jeng kerana sudi call saya memaklumkan berita mengenai kembalinya Al-Bhar ke Rahmatullah.

- Drpd. Pak RAMPA.
17 Jun 2012.
.
Back to top
View user's profile Send private message
Al-Bahr
Senior Member
Senior Member


Joined: May 24, 2009
Posts: 1678
Location: Man jadda wajada wa man zaro'a hasoda

PostPosted: Sat May 30, 2009 1:01 am    Post subject: Salam pagi Sabtu... Reply with quote

Salam Pak,

Dah pagi sabtu dah pun, maka dengan ini saya merasmikan di thread ini untuk berbicara bersama 'Pak Rampa'. Saya ingin bertanya, bagaimana Pak terfikir @ mendapat ilham untuk menulis cerita tentang hidup Pak tersebut? Iaitu untuk dikongsikan dengan orang ramai.

Tima kasih.
Wink
Back to top
View user's profile Send private message
patriot
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 18, 2009
Posts: 25723
Location: BERUS LEEdi ntuk tonyoh mulut macai..

PostPosted: Sat May 30, 2009 1:26 am    Post subject: Reply with quote

baguslah kalau ada thread begini. Pak Rampa memang seorang yg mempunyai pengalaman yg luas sebagai tokoh pengajar dan juga seni penulisan. Semoga ruangan ini di menafaatkan sepenuhnya oleh forumers yg mahu bertanyakan tentang pengalaman yg ada kaitan dgn Pak Rampa.

Jadi saya rasa thread ini lebih sesuai jika dipindahkan ke forum index Pertanyaan, Pengumuman, Maklumat & Permasalahan.

Tkasih
Back to top
View user's profile Send private message
Ziarahmenilai
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1755

PostPosted: Sat May 30, 2009 1:49 am    Post subject: Re: Salam pagi Sabtu... Reply with quote

Al-Bahr wrote:
Salam Pak,

Dah pagi sabtu dah pun, maka dengan ini saya merasmikan di thread ini untuk berbicara bersama 'Pak Rampa'. Saya ingin bertanya, bagaimana Pak terfikir @ mendapat ilham untuk menulis cerita tentang hidup Pak tersebut? Iaitu untuk dikongsikan dengan orang ramai.

Tima kasih.
Wink


ألسلام عليكم ورحمة الله

Terima kasih kerana sudi berborak....

Puncanya?
Dalam TKO dulu saya ni guna nick Addin, ada dalam satu thread saya mencadangkan agar semua Markaz PAS seluruh negara menjadikan Markaz PAS juga adalah sebagai tempat menjana ekonomi untuk PAS... Maksudnya di markaz atau di mana-mana yang tempat yang sesuai buatlah apa-apa produk pengguna seperti dishwash cecair pekat pencuci pinggan mangkuk atau apa-apa produk tu yang orang gunakan setiap hari... Bukan susah nak buat, kalau nak buat 100 kg sekali buat dishwash itu misalnya tak payah pakai mesen apa pun. Bila dah dibuat bolehlah dijual kepada ahli-ahli PAS dulu dengan harga yang lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai yang cina buat tu... Kalau tak tahu nak buat apa-apa produk pengguna insyaAllah saya bolehlah tunjuk ajarkan secara percuma dengan syarat adalah untuk Markaz PAS dan kepentingan PAS sahaja.

Alahai, bukan saja idea saya tu tidak dapat sambutan malahan ada yang menentangnya. Ada seorang forumer tu dia tibai balas, dia kata manalah ada masa anak-anak buah dia nak buat semua tu...

Saya (Addin) pun merajuklah juga, betapa tidak, yang saya ni nak bagi tunjuk ajar cara membuat produk dengan percuma saja, malah ada juga forumer yang minta para forumers supaya berwaspada, hati-hati kononnya saya ini menyamar nak rosakkan PAS.

Lepas itu saya terbaca pula ada juga forumers penyokong Umno dalam laman forum memperli PAS, dia kata PAS asyik buat ceramah kemudian pungut derma, harapkan derma daripada orang saja. Macam mana nak memerintah negara aspek ekonomi pun tak berjaya dibuat, itu sebabnya asyik edarkan tong minta derma saja bila ada ceramah PAS, begitulah lebih kurang katanya.

Terfikir oleh saya, ada juga betulnya dari aspek ekonomi itu, walaupun forumer itu mungkin dia tidak pernah membaca maksud sebuah al-hadis, iaitu:
“Beri memberilah antara kamu, niscaya kamu akan cinta-mencintai antara sesama kamu”... Maksud al-hadis itu saya masih ingat lagi sebab saya pernah membacanya dalam satu bab dari buku Bimbingan Mukmin kerana saya ada beli buku ini.

Dia orang memandang hina bila ada ceramah PAS pungutan derma diadakan, pada halnya itulah juga dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya itu tadi, akan cinta-menintailah sesama ahli PAS, insyaAllah; bila dah beri-memberi sesama ahli dalam perjuangan.

Berbalik kepada ilham untuk menulis cerita itu, maksud al-hadis itu tadilah juga... bila dalam tahun 1990 saya ada dapat seorang adik angkat yang mahu bersaudara angkat dengan saya berdasarkan kepada maksud hadis-hadis dan juga kata-kata Sayidina Ali r.a. yang ternukil dalam bab yang terdapat di buku Bimbingan Mukmin tersebut. Kebetulan pula saya banyak mengajar adik angkat itu cara membuat produk pengguna.

Berdasarkan kepada premis itu berkatalah di hati saya: Lebih baik aku dedahkan kisah hidup aku di samping dikisahkan, pada masa yang sama didedahkan formula dan cara membuat pelbagai produk pengguna itu kut boleh dijadikan sebagai amal jariah.

Ya-lah, dah Markaz PAS taknak buat produk bagi menjana ekonomi, lebih baik dedahkan saja kepada forumers, mungkin ada sesiapa di kalangan ahli PAS yang mahu cuba buat produk itu, buatlah.

Sambil bercerita nanti sambil dedahkanlah ilmu membuat produk itu, lagi pun saya memperolehi ilmu itu semua adalah dengan percuma saja... Dah tua dah, kalau mati kalau tak didedahkan, hilang begitulah saja ilmu tu, kan?

Hal Markaz PAS taknak menjana ekonomi ni pernah juga saya suarakan dalam satu blog PAS Perak bertajuk Lujnah Ekonomi PAS, Apakah Fungsinya?

Wasalam.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat May 30, 2009 3:36 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
GundalaH1N1
Member
Member


Joined: May 20, 2009
Posts: 511

PostPosted: Sat May 30, 2009 2:14 am    Post subject: Reply with quote

Pada pandangan pak rampa ... sejauh mane kemenangan pas nanti akan membawa perubahan besar seluruh negara ?

Wajarkah pas memperolehi kemenangan dalam pru 13 sedangkan ramai dikalangan ahli belum mencapai kualiti sebenar sebagai org org mukmin ..
Back to top
View user's profile Send private message
Ziarahmenilai
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1755

PostPosted: Sat May 30, 2009 2:26 am    Post subject: Reply with quote

patriot wrote:
baguslah kalau ada thread begini. Pak Rampa memang seorang yg mempunyai pengalaman yg luas sebagai tokoh pengajar dan juga seni penulisan. Semoga ruangan ini di menafaatkan sepenuhnya oleh forumers yg mahu bertanyakan tentang pengalaman yg ada kaitan dgn Pak Rampa.

Jadi saya rasa thread ini lebih sesuai jika dipindahkan ke forum index Pertanyaan, Pengumuman, Maklumat & Permasalahan.

Tkasih


Salam.

Seni penulisan tu saya tak adalah... Setakat main taip saja, tak payah dideraf dulu, setakat itulah. Dari segi teori kesusasteraan, apa yang saya tulis buat orang Perak kata Tak boleh masuk bob pun apa-apa yang saya tulis. Dari segi bahasa juga pun bersepah salah. Masa di universiti dalam tahun 1971 dulu ada juga baca buku Theory of Literature oleh Wellek & Warren itu, kami students yang ambil subjek Kesusasteraan Melayu kena baca buku itu. Saya masih ada lagi buku itu. Teringat hal itu bila search di internet rupa-rupanya ada .... Kilik di sini.

Tokoh pengajar?
Tidak juga... Dah 10 tahun saya tinggalkan justeru sudah banyak yang suda lupa pun.

Bab pengajaran dan pembelajaran (P&P) ni, sistem pendidikan kebangsaan ikut cara sekular itu sebab produknya dari segi sahsiah, ramai pelajar jadi kurang ajar, bila dah tinggalkan bangku sekolah mereka jadi mat rempit.

Puncanya murid/pelajar itu mudah jadi kurang ajar ialah emak bapaknya tak patuh kepada perintah Rasulullah s.a.w. yang ini:

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Didiklah anak kamu bersolat bila mereka berumur tujuh tahun dan rotanlah mereka jika tidak bersolat bila sudah berumur 10 tahun." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dll, sanadnya Hasan seperti dalam Misykatul Mosabih).
.

Anak-anak sejak berusia 4 tahun ada emak-bapanya tak pernah pun nak ajar supaya anak-anak tu menghafal dan faham serta selalu berdoa dengan doa ini:
اللَّهُمَّ
رب اغفر لي ولوالدي، رب ارحمهما كما ربياني صغيرا


Wasalam.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Tue Jan 05, 2010 11:04 pm; edited 5 times in total
Back to top
View user's profile Send private message
Ziarahmenilai
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1755

PostPosted: Sat May 30, 2009 2:55 am    Post subject: Reply with quote

GundalaH1N1 wrote:
Pada pandangan pak rampa ... sejauh mane kemenangan pas nanti akan membawa perubahan besar seluruh negara ?

Wajarkah pas memperolehi kemenangan dalam pru 13 sedangkan ramai dikalangan ahli belum mencapai kualiti sebenar sebagai org org mukmin ..


Salam.

InsyaAllah kemenangan PAS nanti bererti kuasa memerintah adalah di tangan PAS. Bia sudah ada kuasa, sudah tentu Perlembagaan Negara boleh dipinda, sebagaimana kata Tunku (Perdana Menteri Malaysia yang pertama) kepada saya dan sahabat saya bila kami berdua menziarah beliau, iaitu rakyat yang beragama Islam ikutlah undang-undang Islam dan rakyat yang bukan Islam teruskanlah ikut undang-undang sivil yang ada sekarang ni... No problem, kan?

Perubahan besarnya insyaAllah negara akan mempunyai dwi-perundangan, satu ikut hukum syarak bagi rakyat yang beragama Islam dan satu lagi hukum mengikut perundangan sekular untuk rakyat yang bukan beragama Islam. [Ini adalah pandangan peribadi sayalah].

Memang wajar Pas beroleh kemenangan dalam PRU13, malah sepatutnya lebih awal lagi dari itu.

Faktor ramai dikalangan ahli belum mencapai kualiti sebenar sebagai org org mukmin itu adalah kerana mereka itu adalah produk sistem pendidikan kebangsaan yang dijana oleh Umno.

Bila PAS memenangai PRU13, insyaAllah dasar pelajaran akan diubah, di sekolah-sekolah pelajaran wajib lulus bahasa Arab bagi para pelajar Islam akan dikuatkuasakan. Ilmu memahami Al-Qur'an melalui bahasa Al-Qur'an itu sendiri juga akan dimasukkan ke dalam kurikulum.

Ahli-ahli PAS yang dikatakan masih ramai dikalangan ahli belum mencapai kualiti sebenar sebagai org org mukmin, bila PAS sudah berkuasa diwujudkanlah Kemneterian Agama Islam... sebab Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia. Bila sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa Agama Islam itu adalah agama RASMI, maka Kerajaan boleh menggunakan banyak mana sekali pun peruntukan wang negera untuk kementerian tersebut.

Sudah tentulah mana-mana pergerakan dakwah yang berdaftar juga mendapat peruntukan kewangan bagi menjalan aktiviti dakwah agar rakyat yang beragama Islam menjadi orang-orang mukmin.

Buat masa ini pun PAS sudah pun ada dalam Perlembagaannya iaitu:

Quote:

1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.


Jadi apa yang terdapat dalam Perlembagaan PAS itu adalah merupakan AMANAH yang semua ahli PAS kena laksanakan. Kenalah buat perancangan dan pelan tindakan supaya ada pelbagai program dakwah itu, khususnya untuk para ahli terlebih dahulu dengan objektifnya supaya ahli-ahli PAS mempunyai kualiti yang sebenar sebagai mukmin dan mukminat.

Kenapa tak aktifkan para ahli supaya berdakwah, sedang Perkara pertama dalam Perlembagaan PAS itu sendiri ada menyebut perkataan dakwah itu?

Macam mana nak aktifkan ahli tu ... Kilik di sini.

Wasalam.

.


Last edited by Ziarahmenilai on Wed Jul 28, 2010 12:46 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
Dios
Member
Member


Joined: Apr 23, 2009
Posts: 761

PostPosted: Sat May 30, 2009 4:42 am    Post subject: Reply with quote

berape kelajuan bumi bergerak mengelilingi matahari ...

dan berapa lajukah ia ??

BAGAIMANA IA BERGERAK?
Back to top
View user's profile Send private message
Ziarahmenilai
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1755

PostPosted: Sat May 30, 2009 1:14 pm    Post subject: Reply with quote

Dios wrote:
berape kelajuan bumi bergerak mengelilingi matahari ...

dan berapa lajukah ia ??

BAGAIMANA IA BERGERAK?


Salam.

Entahlah Dios ooi, mungkin jawapannya ada di sini.... Juga klik di sini.

Cuba juga baca dalam links ini:
http://www.crawler.com/search/results.aspx?q=bagaimana+pergerakan+bumi&aus=1&tbid=60446

Wasalam.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat May 30, 2009 1:25 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
grymlock
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Feb 15, 2009
Posts: 5978

PostPosted: Sat May 30, 2009 1:22 pm    Post subject: Reply with quote

Beruntung sekali adanya PakRampa sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman di DD ni.

Syukur alhamdulillah
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Scorpio
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Apr 20, 2009
Posts: 2788
Location: Beribu-ribu KM dr DD

PostPosted: Sat May 30, 2009 6:44 pm    Post subject: Reply with quote

Assalamualaikum w.b.t kepada Pak Rampa yang dihormati,

Umumnya mengetahui pak sudah lama menjadi mata & telinga dengan keadaan politik di Malaysia ini, boleh pak ulas sedikit mengenai mekanisme kerjasama PAS dalam pakatan rakyat untuk menjamin kemenangan di PRU ke 13. InsyAllah.

Wassalam..

Wink

p/s: Sekadar ingin megetahui daripada kacamata 'orang lama'.
Back to top
View user's profile Send private message
Ziarahmenilai
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1755

PostPosted: Sun May 31, 2009 3:03 am    Post subject: Reply with quote

Scorpio wrote:
Assalamualaikum w.b.t kepada Pak Rampa yang dihormati,

Umumnya mengetahui pak sudah lama menjadi mata & telinga dengan keadaan politik di Malaysia ini, boleh pak ulas sedikit mengenai mekanisme kerjasama PAS dalam pakatan rakyat untuk menjamin kemenangan di PRU ke 13. InsyAllah.

Wassalam..

Wink

p/s: Sekadar ingin megetahui daripada kacamata 'orang lama'.


Wa'alaikumsalam wbt.

Mekanisme yang paling penting ialah menyatu padukan rakyat supaya majoriti rakyat menyokong, memihak dan juga mengundi bagi memenangkan calon-calon PR. Bagi mencapai objektif tersebut mulut para pemimpin PR kena berkualiti dan kena jaga supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan rakyat membenci atau tidak mempercayaai mana-mana parti komponen dalam PR. Ini dalah kerana dalam peribahasa Melayu ada menyebut "sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.".

Bila namanya pun sudah PR (Pakatan Rakyat), maknanya pemuafakatan mestilah diwujudkan dan jangan sekali-kali satu parti mengkritik parti yang lain secara terbuka.

Mekanisme kedua ialah menggunakan teori dalm sosiologi iaitu "common problems will unite people". Ketiga-tiga parti dalam PR seharusnya hendaklah mendedahkan segala rupa bentuk dan jenis yang menjadi "common problems" iaitu problems yang meyusahkan semua lapisan masyarakat (kepada rakyat) iaitu apa jua hasil daridapa dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh Umno/BN yang menyusahkan rakyat saja. Justeru negeri-negeri yang kini di bawah kuasa PR mestilah dapat menunjukkan "common problems" yang dihadapi oleh rakyat itu satu persatu (yang selama ini dilaksanakan oleh UMNO/BN); maka pihak PR-lah yang menghapuskannya.

Perkara-perkara dasar atau ideologi parti dalam PR yang berbeda (yang ada) jangan sekali-kali digembar-gemburkan, dan ketiga-tiga parti dalam PR hendaklah menggunakan prinsip yang terdapat dalam Surah Al-Kafiruun yang ada dalam Al-Qur'an itu, tetapi pada masa yang sama bagi dasar atau idelogi yang mempunyai persamaan hendaklah dijanakan bersungguh-sungguh secara bersama-sama, iaitu secara tindakan yang berintegrasi.

Walau pun kita jangan lupa kepada kata-kata Hendry Adams mengenai apa itu politik, iaitu:

“Politics as a practice, whatever its profession; has always been the systematic organisation of hatred.” [Hendry Adams (1838 – 1918)].

Dapatkah parti-parti politik dalam PR menjaga agar apa yang Hendry Adams katakan itu adalah tidak benar melalui tindak-tanduk para pemimpin ketiga-tiga parti dalam PR itu? Justry setiap ahli parti politik dalam PR elakkan sesama sendiri membangkitkan sesuatu isu yang boleh menjana "hatred" terhadap PR di kalangan rakyat.

.


Last edited by Ziarahmenilai on Wed Jul 28, 2010 12:56 pm; edited 2 times in total
Back to top
View user's profile Send private message
Dios
Member
Member


Joined: Apr 23, 2009
Posts: 761

PostPosted: Sun May 31, 2009 4:11 am    Post subject: Reply with quote

Salam Pak Rampa ..

soalan aku seterusnya ..

Berapa banyak Daun pokok yang gugur ke bumi setiap hari??
Back to top
View user's profile Send private message
Ziarahmenilai
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1755

PostPosted: Sun May 31, 2009 6:08 pm    Post subject: Reply with quote

Dios wrote:
Salam Pak Rampa ..

soalan aku seterusnya ..

Berapa banyak Daun pokok yang gugur ke bumi setiap hari??


Salam.

Tak berkenan nak jawab bila digunakan perakataan "aku" tu.

.
Back to top
View user's profile Send private message
Jomfikir
Senior Member
Senior Member


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1268

PostPosted: Sun May 31, 2009 6:16 pm    Post subject: Reply with quote

Salam.

Hari ini dlm MINGGUAN MALAYSIA Dr, Maza menulis tajuknya "Islamkan politik, atau politikkan Islam.".

Apa pandangan Pak Rampa?

.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Detikdaily.Net Forum Index -> Pertanyaan, Pengumuman, Maklumat & Permasalahan All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2, 3 ... 35, 36, 37  Next
Page 1 of 37

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group

  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com