| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7376 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Fri Jun 15, 2012 5:25 pm Post subject: Nizar mahu jelaskan pada Sultan Johor sendiri |
|
|
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menjelaskan berhubung isu nombor plat WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor kepada baginda sendiri.
Justeru, bekas menteri besar Perak enggan mengulas perkara itu di media buat masa ini.
"Saya tunggu respons daripada istana. Kita tengah tunggu respons untuk mengadap," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ditanya berhubung penjelasan yang akan diberikannya, ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang itu mengulangi jawapannya:
"Kena tunggu respons (melalui) surat. Kita tunggu saja."
Semalam, ketika merasmikan sidang DUN Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka kepada Mohammad Nizar yang mengkritik tindakannya membida nombor WWW1 bernilai RM520,000.
Sultan bertitah, tindakan tokoh PAS itu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negerinya dan berharap timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.
Mohammad Nizar sebelum ini menghantar surat permohonan rasmi untuk menghadap bagi membolehkannya menerangkan kedudukan sebenar isu itu, yang berpunca daripada tweetnya yang menyebut bahawa wang bidaan itu boleh digunakan membantu Melayu miskin.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Mohammad Nizar sebagai berkata, sekiranya peluang diberikan untuk membuat penjelasan mengenai kenyataannya dalam Twitter, isu permohonan maaf kepada rakyat Johor tidak mungkin timbul.
"Jika ada pihak yang mempertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak," beliau dipetik sebagai berkata.
Mohammad Nizar menghantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor (atas) pagi ini, lapor harian itu.
Sumber MK .. |
|
| Back to top |
|
 |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7376 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Fri Jun 15, 2012 5:26 pm Post subject: |
|
|
Sultan Johor dah Murka lak ....
NUSAJAYA - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.
Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”
“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?
“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.
“Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya 'janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.
“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.
“Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.
"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini,” titahnya.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Sultan Johor bertitah, baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.
Sumber .. SH |
|
| Back to top |
|
 |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7376 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Fri Jun 15, 2012 5:29 pm Post subject: |
|
|
Silap komen ... murka lak sultan nanti ...
Isunya ...... betapa mewahnya ... sultan2 ni .....
Putih kata dia ... maka putih le jawapannya ....
Tak boleh nak ditegur ..... |
|
| Back to top |
|
 |
solokwanmore Super Moderator


Joined: Apr 17, 2009 Posts: 9027 Location: Kg Solok Wan Moh
|
Posted: Fri Jun 15, 2012 6:19 pm Post subject: |
|
|
takyah layan larr DS Nizar...
buang masa jer layan isu ketuanan melayu haprak longkang...
kpd pendokong penopang konsep ketuanan melayu haprak, rajin-rajin ler lawat blog uncleseeker tu...pastu pi ler rancang perhimpunan sapot raja korang tuh...bole anjur tonggeng pungkok depan rumah blogger tuh..
kehkehkeh....kesian aku nengok org melayu..selalu kena geromal demi ketuanan melayu merapu |
|
| Back to top |
|
 |
taf4 Moderator


Joined: Jan 22, 2010 Posts: 9990 Location: tebu ereng, jombang, suroboyo, jawa timur
|
Posted: Fri Jun 15, 2012 6:38 pm Post subject: |
|
|
| Nak ke Sultan "UMNO" jumpa Nizar? |
|
| Back to top |
|
 |
jambu_banyu V.I.P Member


Joined: Mar 28, 2010 Posts: 7335 Location: tetap istiqomah bersama PAS.
|
Posted: Fri Jun 15, 2012 8:18 pm Post subject: |
|
|
| umau wrote: | Silap komen ... murka lak sultan nanti ...
Isunya ...... betapa mewahnya ... sultan2 ni .....
Putih kata dia ... maka putih le jawapannya ....
Tak boleh nak ditegur ..... |
sultan/raja hanya kebal dengan pembangkang sedangkan dengan UmnoPorno
bukan main penakut.
ini sebahagian dari bukti yang ada...
juga yang ini...
<embed src="http://www.youtube.com/v/DowLoN-4Tlo?version=3&hl=en_GB&rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="420" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed>
bagaimana kalau pemimpin UmnoPorno yang mempertikai tindakan sultan
Johor itu?apakah tindakan serupa dikenakan keatas pemimpin tersebut?
WWW1 !!! Kosmo lebih jelas derhaka tapi tak disiasat pun, kebal sebab anak Utusan
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini.
“Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak media perdana, Kosmo sahaja yang terlalu teruja memainkan isu ini.
“Umum mengetahui Kosmo adalah merupakan anak syarikat Utusan dan kami melihat seolah-olah ada seseorang di belakangnya yang cuba bermain api,” katanya ketika sidang media selepas Mohammad Nizar selesai memberikan keterangan kepada polis di Pejabat PAS Perak, semalam.
Dalam Kosmo bertarikh 8 April, akhbar itu telah mula menimbulkan isu ini dengan menggambarkan akan berlaku catatan rekod bidaan tertinggi.
Seterusnya pada 25 Mei Kosmo telah mendedahkan bahawa Sultan Johor telah memenangi bidaan plat kenderaan WWW 1 dan dalam keluaran itu juga Kosmo secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan tersebut.
Pada 28 Mei pula, Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat tersebut dan turut memainkan isu ini pada 30 Mei di mana Dewan Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung keluaran itu.
Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.
“Kenapa pada 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.
Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad Iskandar turut mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak membuat sebarang tindakan dan kenyataan kepada Kosmo yang terang menjurus kepada Sultan Johor.
“Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini.
“Pemuda PAS kesal dengan situasi yang berlaku dan kami sangat kesal dengan sikap pihak Polis yang terbukti tidak adil dan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.
Turut bersama-sama dalam sidang media itu ialah Mohammad Nizar bersama-sama peguam dan pimpinan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat Perak
 |
|
| Back to top |
|
 |
chingkoq Moderator


Joined: Apr 15, 2009 Posts: 8247 Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe
|
Posted: Fri Jun 15, 2012 10:04 pm Post subject: |
|
|
beradad lah umco bila londeh seluar kaum kerabat satu ketika dulu...
beradab umco bila mohon semak akaun kaum kerabat satu ketika dulu....hehehe  |
|
| Back to top |
|
 |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7376 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Sat Jun 16, 2012 8:37 am Post subject: |
|
|
Kebal pada manusia tapi disisi Allah ... dalam tanah juga akhirnya .... kalau ikut hukum adat ....
..... atau berkecai meletup diudara ..... ?
| jambu_air wrote: | | sultan/raja hanya kebal dengan pembangkang sedangkan dengan UmnoPorno bukan main penakut. |
Punya le close .. walaupun dengan MP Cina yang tak ada moral ....
 |
|
| Back to top |
|
 |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7376 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Sat Jun 16, 2012 8:47 am Post subject: |
|
|
| chingkoq wrote: | beradad lah umco bila londeh seluar kaum kerabat satu ketika dulu...
beradab umco bila mohon semak akaun kaum kerabat satu ketika dulu....hehehe |
Kebal ...
Kununnya petriotik .... baru untuk WWW1 ... Rm 520.000 yang jelas dan nyata ... bertimbunnya harta ..
Agaknya .. tutup bila cecah harga nombor tu ... sebab sultan yang masuk ..... ? |
|
| Back to top |
|
 |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7376 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Sat Jun 16, 2012 8:49 am Post subject: |
|
|
| taf4 wrote: | | Nak ke Sultan "UMNO" jumpa Nizar? |
Kekadang .. sultan tak heran pun ... tapi kaki cucuk dan balacinya yang lebih ... |
|
| Back to top |
|
 |
jambu_banyu V.I.P Member


Joined: Mar 28, 2010 Posts: 7335 Location: tetap istiqomah bersama PAS.
|
Posted: Sat Jun 16, 2012 8:51 am Post subject: |
|
|
| umau wrote: | Kebal pada manusia tapi disisi Allah ... dalam tanah juga akhirnya .... kalau ikut hukum adat ....
..... atau berkecai meletup diudara ..... ?
| jambu_air wrote: | | sultan/raja hanya kebal dengan pembangkang sedangkan dengan UmnoPorno bukan main penakut. |
Punya le close .. walaupun dengan MP Cina yang tak ada moral ....
 |
konon nak tunjuk raja berjiwa rakyat,setiap tahun ronda keliling negeri.
gamaknya guna duit sendiri ker?tak pasal2 aku teringat kes prebet adam!
angkara siapa pulak tu? |
|
| Back to top |
|
 |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7376 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Sat Jun 16, 2012 8:55 am Post subject: |
|
|
| Quote: | Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.
“Kenapa pada 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.
Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad Iskandar turut mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak membuat sebarang tindakan dan kenyataan kepada Kosmo yang terang menjurus kepada Sultan Johor. |
Akhbar ni le yang melaga ... kalau tak ... rakyat 1Malaysia tak tau langsung termasuk hamba ...
Walaubagaimana pun Tabik pada Nizar ... |
|
| Back to top |
|
 |
21Halim V.I.P Member


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 7491
|
Posted: Sat Jun 16, 2012 11:22 am Post subject: |
|
|
| Percubaan mengadap Sultan Johor memang bagus. Tunggu saja jawapan surat. Jika sultan tidak mahu jumpa, kes dianggap selesai. |
|
| Back to top |
|
 |
yober Junior Member


Joined: Oct 07, 2009 Posts: 283
|
Posted: Sat Jun 16, 2012 11:24 pm Post subject: |
|
|
| 21Halim wrote: | | Percubaan mengadap Sultan Johor memang bagus. Tunggu saja jawapan surat. Jika sultan tidak mahu jumpa, kes dianggap selesai. |
sebenar sudah termalu...konon boleh didakwa atas kes menghasut dan menghina sultan...polis johor siap tubuh unit khas hntr ke Perak utk siasat...mcm kat Perak sudah xde polis...mn lah maruah polis Perak ni..ambil keterangan pun xsmp 2jam...dari finding xde kes...nak murka apa kalau xde kes...klu ada dah lama Nizar ke heret ke mahkamah...yg sebenarnya sultan sendiri sudah malu...jadi babitkan plak rakyat Johor....xde sbb nak minta maaf pd rakyat Johor sbb xde kes...bila Nizar mohon mengadap utk bg penjelasan knp xbg perkenan...Nizar lebih gentlmen dr sultan sendiri...buat malu aje...pd Nizar jika anda dipihak benar xperlu takut...takut pd Allah saja... |
|
| Back to top |
|
 |
malimtulin V.I.P Member


Joined: Apr 14, 2009 Posts: 4417
|
Posted: Sat Jun 16, 2012 11:44 pm Post subject: |
|
|
| solokwanmore wrote: | takyah layan larr DS Nizar...
buang masa jer layan isu ketuanan melayu haprak longkang...
kpd pendokong penopang konsep ketuanan melayu haprak, rajin-rajin ler lawat blog uncleseeker tu...pastu pi ler rancang perhimpunan sapot raja korang tuh...bole anjur tonggeng pungkok depan rumah blogger tuh..
kehkehkeh....kesian aku nengok org melayu..selalu kena geromal demi ketuanan melayu merapu |
yup aku setuju ... tak payah layan...yg duk kecoh tv 3/4 dan puak2 longkang.....
murkaaaa chittttt....podahhhh |
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
|