Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar


Produk Untuk Suami
Rawatan Dadah Secara Islam

Natural Energy Enchancer

Biofactor 9

Rahsia Suami Gagah Istrei Sayang

Produk Keluarga Bahagia


Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Melepasi jerangkap kerusi panas MB Selangor

Pelantikan Azmin, peranan raja dan krisis yang tidak reda

Isu Johor, rakyat terabai dalam muktamar PAS di Batu Pahat

Konflik dalaman PAS: Menang jadi arang

Krisis MB S'gor: Jangan sampai malu mengaku ahli PAS

Susan, Safwan dan Beng Hock

Aktivis akar umbi ini mempunyai tanggapan dan sudut pandang tersendiri

Mengapa Prof Redzuan perlu dipecat?

'Ya, gaji menteri kita bukan besar sangat, tapi ...'

Riuh-rendah kisah Firdaus akan segera berakhir ....
Semua...
Pendapat

Kita bertuah jika ramai macam Timmy Say

Masa yang sukar bagi Pakatan tahun ini

Turunkan harga minyak sekarang

Politik silap pertikai fatwa haram SIS

Perkampungan nelayan, harga barangan dan GST

Rasuah dan tragedi Cameron

Episod seterusnya drama bersiri tahunan PAC

Selesaikan kemelut di meja rundingan

Tiada toleransi terhadap ketirisan, kerakusan dan penyelewengan

Umno ‘out of the box’
Semua...
Penulis Tamu

Apa Kata Jika Mahathir Boikot Perhimpunan Agung UMNO Tahun Ini?

Azmin perlu jelas tentang pembayaran gergsi

Ahli Pas perlu beretika menggunakan media baru

Agenda Melayu yang Gagal

Kalau Khalid Ibrahim terkejut pampasan RM2.5 juta, rakyat lagi terkejut

Akhirnya Bible dipulangkan, dimana NGO kodok?

Berat 66

Ketika Najib Makin Diasak, Projek Bodek, Puji Dan Puja Turut Juga Bermula

Tunku yang saya kenali

Pemimpin Umno sendiri tolak laungan ‘kesederhanaan’ Najib
Semua...
Open Artikel

Umno bakal terima padah jika terus abai pemikiran bandar mahasiswa

Pastikan Bajet benar-benar sampai kepada rakyat

Bersaralah Anwar Ibrahim, rakyat sudah letih

Peguam Negara yang buat keputusan tidak dakwa Ibrahim Ali

Umno masih tidak sedar diri

Surat terbuka kepada Pak Lah

Malaysia boleh, menghasut atau tidak?

PM Najib Mesti Dengar Cakap Idris Jalal

Kedegilan politik PKR dan DAP

Putrajaya perlu ‘political will’ pulihkan MAS
Semua...
Kritikan

Apa kerja PAS hari ini?

Elok Nik Abduh tumpu AJK PAS Pusat, MP Pasir Mas saja

Ke mana arah tuju PAS selepas isu Selangor dan Pengkalan Kubor?

Tindakan keluar Dewan Bukan Sifat 0rang Beradab

Krisis identiti dalam PAS

Katanya racun ditelan jua

PAS - Pemimpin Berfikiran "Usang' Harus Undur

PAS Mengamalkan "Realpolitik" Untuk Mencapai Hasratnya

Transformasi PAS masih banyak lompongnya?

Kecelaruan dinamisme dalam Pakatan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: mohdgazali50
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 23201

People Online:
Visitors: 238
Members: 2
Total: 240

Online Now:
01: _MYGB viruscom
02: _MYGB munabaiseemair
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..
Detikdaily.Net :: View topic - umno setuju bahasa..PR setuju kalimah...apa nih...?!
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log In Semak PMLog In Semak PM   Log inLog in 

umno setuju bahasa..PR setuju kalimah...apa nih...?!
Goto page 1, 2  Next
 
Post new topic   Reply to topic    Detikdaily.Net Forum Index -> Politik Semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
awang
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Nov 01, 2009
Posts: 2716

PostPosted: Wed Jan 23, 2013 9:08 pm    Post subject: umno setuju bahasa..PR setuju kalimah...apa nih...?! Reply with quote

Wednesday, January 23, 2013
[Pakatan tolak Majlis Syura' PAS] Kalimah ALLAH: PR kekal dengan keputusan 8 Jan

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.

Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.

"Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.

Meskipun begitu, Anwar tidak menolak hujah berkenaan kebimbangan umat Islam jika kalimah berkenaan disalahgunakan oleh pihak yang mahu menyebar dakyah songsang untuk mengelirukan masyarakat Islam.

"Saya juga dapat merasakan sebahagian daripada kebimbangan itu sahih, maknanya ada benar.

"Dalam kes-kes seperti itu kita harus tegas. Kalau ada antaranya pengedaran Bible ini kepada budak-budak sekolah, harus ada tindakan. Yang saya tidak setuju, ia digunakan untuk politik seperti mengatakan liberal, plural dalam soal ALLAH ini," katanya lagi.

Posted by RockY-MY at 8:57 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
No comments:

Post a Comment


Last edited by awang on Wed Jan 23, 2013 11:03 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
solokwanmore
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 17, 2009
Posts: 9697
Location: Kg Solok Wan Moh

PostPosted: Wed Jan 23, 2013 9:13 pm    Post subject: Reply with quote

apa isu yg nak diulas?

konflik yg nak diasing?
Back to top
View user's profile Send private message
awang
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Nov 01, 2009
Posts: 2716

PostPosted: Wed Jan 23, 2013 9:21 pm    Post subject: Reply with quote

apakah pas akan tunduk pd DSAI@PKR & DAP....?
Back to top
View user's profile Send private message
chingkoq
Moderator
Moderator


Joined: Apr 15, 2009
Posts: 8327
Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe

PostPosted: Wed Jan 23, 2013 9:48 pm    Post subject: Reply with quote

Quote:
"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.


aku rasa hak ni jelas kot? hehehe Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
awang
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Nov 01, 2009
Posts: 2716

PostPosted: Wed Jan 23, 2013 11:01 pm    Post subject: Reply with quote

chingkoq wrote:
Quote:
"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.


aku rasa hak ni jelas kot? hehehe Laughing


nak jelas cmne lagi bro...bible sendiri memang mengelirukan...TG DTO' HARUN DIN dgn jelas menyatakan syirik...aku pun berpegang dgn yg satu...

apabila kabinet(majoriti BN/ketuanya NAJIB) menyatakan bible versi bahasa dibenarkan...dan PR pulak bersetuju dengan penggunaan kalimah...

siapa sebenarnya memperjuangkan islam ....?
Back to top
View user's profile Send private message
chingkoq
Moderator
Moderator


Joined: Apr 15, 2009
Posts: 8327
Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe

PostPosted: Wed Jan 23, 2013 11:08 pm    Post subject: Reply with quote

sempena malam Maulid ni..marilah kita bersangka baik..

aku mulakan

1. Tuhan itu beranak dan Isa adalah anak Tuhan..

2. Allah itu beranak dan Isa anak Allah (Maha suci Allah dari sifat sedemikian).

baiklah..macamana kita nak berhujah atas 2 perkara diatas?
Back to top
View user's profile Send private message
azanizam
Moderator-W
Moderator-W


Joined: May 07, 2009
Posts: 9363
Location: k kemuning s alam

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 12:21 am    Post subject: Reply with quote

ingatkan perkara nie dah settle rupenya timbul lagi.. Wink
Back to top
View user's profile Send private message
chingkoq
Moderator
Moderator


Joined: Apr 15, 2009
Posts: 8327
Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 12:23 am    Post subject: Reply with quote

ianya telah selesai adanya...hehehe Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
awang
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Nov 01, 2009
Posts: 2716

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 12:51 pm    Post subject: Reply with quote

MUIS Tolak Dasar Pakatan Benarkan Perkongsian Kalimah Allah
Published by AIDC on January 24, 2013 | 2 Comments

Isma.Malaysia – Pandangan Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) Mengenai Penggunaan Kalimah Allah dalam Terjemahan Bible Bahasa Melayu.

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi‘in, tabi‘ al-tabi‘in dan mereka yang menuruti dan memperjuangkan agama kebenaran ini hingga hari kiamat.
Amma Ba‘d:

Merujuk kepada polemik penggunaan kalimah Allah yang ditimbulkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Pakatan Rakyat bertarikh 8 Januari 2013 serta saranan oleh beberapa orang ahli akademik, Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) berpendirian;

1. Isu penggunaan kalimah Allah mestilah difahami secara jelas dan teliti bersandarkan dalil-dalil syarak dan ketetapan Maqasid al-Shari‘ah yang jelas. Oleh itu, isu yang diperdebatkan tidak sepatutnya diselesaikan melalui meja rundingan politik tetapi hendaklah melalui perbincangan para ilmuwan atau Majalis al-‘Ulama’.

2. Isu penggunaan kalimah Allah juga bukanlah merujuk kepada lafaz atau tutur kata yang mahu digunakan oleh masyarakat bukan Islam sama ada dalam ibadah dan upacara-upacara keagamaan mereka. Tetapi isu berbangkit adalah penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan Bible ke dalam edisi Bahasa Melayu.

3. Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) mempunyai pendirian yang sama dan menyokong keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke 82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 bahawa “Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaga lafaz Allah dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.” Keputusan dan pendirian yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) bersandarkan kepada beberapa fakta dan hujah, antaranya adalah seperti berikut;

a. Pandangan yang membenarkan, antara lain berhujah bahawa lafaz Allah telah juga digunakan oleh agama-agama lain, terutamanya agama Kristian. Dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Bible? Bahasa penulisan asal Old Testament adalah bahasa Hebrew manakala bahasa penulisan asal New Testament ialah bahasa Greek (Bahasa pertuturan pada masa Nabi Isa a.s ialah Aramaic). Pengkajian para pengkaji menunjukkan bahawa secara umumnya nama Tuhan hanya mencatatkan perkataan “YHWH” (diromankan dari huruf-huruf bahasa Hebrew yang berbunyi “Yod, He, Vau, He” atau “Yet, Huv, Wah, Huv”). Menurut Rabbi Yahudi, menyebut “YHWH” tanpa mengetahui cara sebutannya yang betul akan mengundang dosa. Sebagai alternatif penggunaan kalimah tuhan, mereka menggunakan kalimah seumpamanya antaranya Elohim, El dan Eloh. Perkataan ”YHWH” ini juga kemudiaanya dikembangkan sebutannya kepada Yahweh, walaupun tidaklah digunapakai oleh semua mazhab Kristian.
Dalam “New Testament” atau “Perjanjian Baru” pula yang bahasa asalnya adalah bahasa Greek, nama Tuhan disebut dengan perkataan “Kyri.os” yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “Lord” dan perkataan “The.os” yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “God”.

b. Bagaimanakah kita hendak membenarkan mereka menggunakan lafaz “Allah” dengan alasan bahawa lafaz “Allah” tersebut terdapat di dalam kitab Bible itu sendiri, sedangkan lafaz yang digunakan di dalam Bible bukanlah lafaz “Allah”.

c. Walaupun terdapat sebahagian ulama yang mentafsirkan beberapa ayat al-Quran yang memberi maksud bahawa penggunaan kalimah Allah adalah dibenarkan kepada agama Kristian, namun pada hakikatnya, penghujahan ayat-ayat tersebut masih lagi boleh diperbahaskan, antaranya: (pandangan ringkas ini tidak bermaksud membincangkan kesemua hujah-hujah tersebut, kerana ia memerlukan penulisan yang lebih panjang dan terperinci).

i) Ayat 40 daripada surah al-Hajj :
“…. dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Nama Allah yang disebut di dalam ayat berkenaan difahami seolah-olah nama Allah juga disebut di dalam tempat-tempat ibadat kaum Yahudi dan Nasrani di samping di masjid. Ini satu pemahaman yang tidak tepat.

Al-Qurtubi menukilkan daripada al-Nahhas bahawa terdapat dua pengertian bagi ayat ini.

Pertama: Dalam penggunaan bahasa Arab, apabila disebutkan beberapa nama, kemudiannya disebut ganti nama (damir), maka ganti nama tersebut adalah dikembalikan kepada nama yang terdekat (terakhir dalam konteks ayat ini). Oleh kerana itu, pemahaman yang sebenarnya ialah nama Allah adalah disebut dengan banyaknya (kathiran) di dalam masjid. Inilah pentafsiran yang sebenarnya berkenaan dengan ayat ini. Adapun di tempat-tempat ibadah yang lain, ia tidak pula disebutkan di dalam ayat ini.

Kedua: Jika sekiranya damir tersebut juga dikembalikan kepada ketiga-tiga tempat ibadah tersebut (berserta dengan masjid), maka ia hanya berlaku ketika mana waktu syariat mereka yang sebenar masih dilaksanakan (waktu dahulu). Inilah pentafsiran yang lebih tepat berkenaan dengan ayat ini.

ii) Begitu juga dengan firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 38 yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! Jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Walaupun ayat ini secara zahirnya menyatakan bahawa yang menciptakan segalanya adalah Allah, namun adakah kalimah “Allah” yang digunakan di dalam ayat ini membawa maksud kata “umum” dan bukannya kata khusus. Ini bermakna masyarakat Quraish menyedari bahawa alam ini diciptakan oleh Tuhan. Ini adalah kerana kalimah Allah telah digunakan oleh masyarakat Jahiliyyah sejak sebelum Islam. Maka tidak mungkin al-Quran menggunakan perkataan lain bagi merujuk kepada Tuhan.

Pemahaman sebegini, dapat difahami bersama melalui surah al-Zukhruf, ayat 87-88 yang bermaksud:

“… dan demi sesungguhnya! Jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!” (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (daripada menyembah dan mengesakanNya)? dan (Dialah Tuhan yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadamu untuk mengadilinya)!”

Hal ini diperjelaskan lagi melalui surah al-‘Ankabut ayat 61 yang bermaksud:

“… dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?”

Al-Quran hanya merakamkan sejauh mana kefahaman masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan kalimah ‘Allah’. Ia bukan untuk mengiya atau membenarkan penggunaan tersebut. Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana kalimah ‘Allah’ sudah dikenal oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Daripada informasi ayat-ayat tersebut, al-Quran menjelaskan orang Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai (i) pencipta langit dan bumi; (ii) yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; (iii) yang menurunkan air dari langit; dan (iv) tempat menggantungkan harapan. Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep ‘Allah’ yang sebenar iaitu sebagai Zat yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan.

iii) Begitu juga penghujahan ayat surah al-Tawbah yang memberi maksud bahawa di dalam al-Quran ada disebutkan bahawa orang-orang Yahudi mendakwa ‘Uzair itu anak Allah’, dan orang Nasrani mendakwa bahawa ‘al-Masih itu anak Allah’, dan ini dijadikan hujah bahawa orang Nasrani juga menggunakan kalimah Allah. Pada hakikatnya penghujahan ini kurang tepat. Ini adalah kerana pada hakikatnya, al-Quran sebenarnya menterjemahkan kata-kata mereka (daripada bahasa yang mereka gunakan, umpamanya Hebrew, ke dalam bahasa Arab untuk difahami oleh orang Islam (dan juga orang Arab) pada masa tersebut. Oleh kerana itulah perkataan yang digunakan adalah Allah dan ini tidak sama sekali menunjukkan bahawa mereka menggunakan nama Allah di dalam kitab suci mereka. Jika kita tetap menegaskan bahawa mereka menyatakan ‘Uzair itu anak Allah (secara kalimahnya)’ maka kita seolah-olah menyatakan Allah berbohong, kerana pada hakikatnya mereka tidak pernah menggunakan kalimah “Allah”, sebaliknya yang digunakan di dalam kitab-kitab mereka ialah perkataan Yahweh, Elohim dan sebagainya. Maha Suci Allah daripada sebarang pembohongan.

d. Dengan merujuk kepada pelbagai Kamus dan International Dictionary, perkataan Allah merupakan satu kalimah yang hanya diperuntukkan kepada Muslim. Sebagai contoh;

i. Kamus Oxford – Allah : Name of God among Muslims.
ii. Ensiklopedia Britannica – Allah : “God”, the one and only God in the religion of Islam.
iii. Ensiklopedia Katolik – Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God.

Persoalan yang perlu ditanya ialah kenapa mereka mendesak untuk menggunakan kalimah Allah, sedangkan Bible yang berbahasa Inggeris sendiripun tidak pernah menggunakan kalimah Allah. Oleh kerana itu, Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) berpandangan, terjemahan sebaiknya untuk lafaz “God” daripada Bible berbahasa Inggeris ialah perkataan ‘Tuhan”. Ini adalah kerana penggunaan bahasa Melayu untuk “God” ialah “Tuhan” dan bukannya “Allah”. Perkataan Allah bukanlah suatu istilah asal bahasa Melayu.

4. Bersandarkan kaedah “Tasarruf al-Imam ‘ala al-ra’iyyah manut bi al-maslahah” (Tindak-tanduk seorang Imam (ketua negara) ke atas rakyatnya hendaklah bergantung kepada maslahat) dan Dar’ al-mafasid muqaddam ‘ala jalb al-masalih” (Menolak kefasadan hendaklah diutamakan daripada mengambil manfaat) dan prinsip “al-Masalih al-Mursalah”, maka pihak MUIS berpendapat langkah dan pendirian pihak berwajib dengan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada komuniti selain daripada Muslim adalah sesuatu yang amat bertepatan dengan Maqasid al-Shari‘ah sebagai satu usaha menjaga kemaslahatan agama (hifz al-din).

Walaupun terdapat perbezaan ulama di dalam membenarkan atau tidak membenarkan, apabila pihak pemerintah telah membuat sesuatu keputusan, maka ianya wajib ditaati. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyatakan: “Hukm al-Qadi yarfa’ al-khilaf”.(keputusan yang dibuat oleh seorang hakim menyelesaikan perbalahan dan perselisihan yang berlaku).

Lebih-lebih lagi, apabila melihatkan kepada aktiviti-aktiviti kristianisasi yang berleluasa pada hari ini, adalah wajar pihak berwajib membendung dan mengambil semua langkah perlu bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar berlaku ke atas umat Islam. Tiada gunanya pihak berwajib membenarkan penggunaan kalimah Allah dan kemudian berusaha mengawal dan mengadakan pelbagai peraturan-peraturan tertentu pula. Pada hemat MUIS, tindakan individu-individu berkenaan dan pihak Pakatan Rakyat yang mendesak pihak berwajib membenarkan pihak-pihak tertentu menggunakan kalimah Allah dalam terjemahan Bible merupakan suatu tindakan yang mengkhianati Perlembagaan Negara dan Islam sebagai agama persekutuan.

5. Dalam masa yang sama, pihak MUIS menyeru semua umat Islam agar sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan kefahaman, amalan dan penghayatan Islam di dalam diri setiap umat Islam. MUIS juga menyeru institusi-institusi agama yang berwajib, badan-badan dakwah Islamiyyah dan seluruh umat Islam agar sentiasa berusaha untuk menegakkan kehidupan Islam yang sempurna di dalam segenap aspek kehidupan.

Akhirnya MUIS memohon ke hadrat Allah SWT agar memberikan taufik dan hidayahNya kepada seluruh umat Islam supaya berpegang dengan syariatNya. Moga mereka dikurniakan thabat dan menyatupadukan umat Islam dalam mempertahan dan menjunjung agamaNya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Dr Aznan Hasan
Pengerusi
Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS)
Bangi Selangor.
Back to top
View user's profile Send private message
solokwanmore
Super Moderator
Super Moderator


Joined: Apr 17, 2009
Posts: 9697
Location: Kg Solok Wan Moh

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 1:04 pm    Post subject: Reply with quote

awang...

kelima-lima pendirian MUIS tu kalao dapat hang kupas satu persatu adalah lebih bagus..
Back to top
View user's profile Send private message
awang
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Nov 01, 2009
Posts: 2716

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 3:01 pm    Post subject: Reply with quote

solokwanmore wrote:
awang...

kelima-lima pendirian MUIS tu kalao dapat hang kupas satu persatu adalah lebih bagus..


hemmm...nih nk kena tulis bukulah pulak.... Wink
Back to top
View user's profile Send private message
umau
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 9588
Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 4:21 pm    Post subject: Reply with quote

Soalnya .. siapa yang berkuasa untuk mengharamkan dan dakwa orang Kristian 1Malaysia ni jika guna kalimah Allah dalam bible ... ?
Back to top
View user's profile Send private message
awang
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Nov 01, 2009
Posts: 2716

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 4:32 pm    Post subject: Reply with quote

umau wrote:
Soalnya .. siapa yang berkuasa untuk mengharamkan dan dakwa orang Kristian 1Malaysia ni jika guna kalimah Allah dalam bible ... ?


jawapannya adalah pemerintah...@....BN
Back to top
View user's profile Send private message
awang
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Nov 01, 2009
Posts: 2716

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 4:35 pm    Post subject: Reply with quote

& MAJLIS TERTINGGI PAKATAN RAKYAT

KETUA UMUMNYA...DSAI.... DLL Wink
Back to top
View user's profile Send private message
umau
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 9588
Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat

PostPosted: Thu Jan 24, 2013 8:28 pm    Post subject: Reply with quote

Kalau DSAI mewakili semua kaum dalam PKR ... dan suara dia tak laku langsung .. tapi kalau Najib dgni UMNOBN memanglah munasabah ... sebab kuasa total ada pada UMNOBN la ni .. dgn polis, penjaranya, tok mufti .. majlis fatwa . askar .. dan apa lagi kuasa yg tak ada .. bila2 masa perintah je ...
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Detikdaily.Net Forum Index -> Politik Semasa All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2  Next
Page 1 of 2

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group

  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com