| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
patriot Super Moderator


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 25719 Location: BERUS LEEdi ntuk tonyoh mulut macai..
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 10:39 am Post subject: Awie..oh Awie... |
|
|
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungimStar Online di sini, Rabu.
Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.
Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.
Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi. - MStar- |
|
| Back to top |
|
 |
patriot Super Moderator


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 25719 Location: BERUS LEEdi ntuk tonyoh mulut macai..
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 10:40 am Post subject: |
|
|
| Quote: | | “Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” |
oh awie...sila rujuk pada para ustaz sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan... |
|
| Back to top |
|
 |
umau V.I.P Member


Joined: Apr 21, 2009 Posts: 7360 Location: Negeri lagenda .. Hang Jebat
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 10:56 am Post subject: |
|
|
Pangkat Abang Long kumpulan 3 calit boleh cakap macam tu ... tapi agaknya kelab malam dia hanya jual air oren je agaknya, dan tak main peluk2 ni ..
Selain dari kelab malam, dunia 1Malaysia la ni tak menjadi pelik sebab, orang melayu buka kedai ekur judi .. pun ada ..
Sejarah Awie ni pernah kena tangkap kat Simpang Rengam sebab minum arak ... Wak mungkin tau cerita ni .. |
|
| Back to top |
|
 |
kabinetrakyat Member


Joined: Apr 20, 2009 Posts: 728
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 1:06 pm Post subject: |
|
|
| patriot wrote: | | Quote: | | “Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” |
oh awie...sila rujuk pada para ustaz sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan... |
KASIHAN... Abang Long Awie yang teramat cetek ilmu agamanya....  |
|
| Back to top |
|
 |
Kingkent V.I.P Member


Joined: Apr 20, 2009 Posts: 5287
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 7:36 pm Post subject: |
|
|
Memang salah dan haram jenis perniagaan Awie...
Kalau tak faham juga, mari tadah kitab di masjid bukan cari kebenaran di kelab malam... |
|
| Back to top |
|
 |
viruscom V.I.P Member


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 3041
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 8:09 pm Post subject: |
|
|
"Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal."
Tu...dia....perenggan akhir sekali tu yang buat aku tergamam "Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?”..Alahai statement ni yang mahal ni.... |
|
| Back to top |
|
 |
abuamar Moderator


Joined: Apr 15, 2009 Posts: 4146
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 9:40 pm Post subject: |
|
|
| patriot wrote: | | Quote: | | “Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” |
oh awie...sila rujuk pada para ustaz sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan... |
hehehe..tak perlu rujuk ulamak..awie tu kan ker "ayahanda" PERKIDA = pertubuhan kebajikan Islam dan dakwah islamiah..
depa pun ikut mazhab "wasathiah syekh najib" |
|
| Back to top |
|
 |
andreed V.I.P Member


Joined: Oct 11, 2009 Posts: 2267
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 10:08 pm Post subject: |
|
|
| patriot wrote: | | Quote: | | “Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” |
oh awie...sila rujuk pada para ustaz sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan... |
kalau tanya pada ustazah ni agak2 apa jawabnya ye,,?
 |
|
| Back to top |
|
 |
viruscom V.I.P Member


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 3041
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 10:11 pm Post subject: |
|
|
| andreed wrote: | | patriot wrote: | | Quote: | | “Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” |
oh awie...sila rujuk pada para ustaz sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan... |
kalau tanya pada ustazah ni agak2 apa jawabnya ye,,?
 |
Cium tangan dengan bukan mahram pun boleh....apa lagi kalau setakat buka kelab malam. |
|
| Back to top |
|
 |
hijauItuindah Junior Member


Joined: Oct 08, 2012 Posts: 175
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 10:47 pm Post subject: |
|
|
| Kingkent wrote: | Memang salah dan haram jenis perniagaan Awie...
Kalau tak faham juga, mari tadah kitab di masjid bukan cari kebenaran di kelab malam... |
rasa2nya dia rujuk Abang long yang kat Genting tu kot...... tak jumpe ayat Quran......... ker Buta Quran???  |
|
| Back to top |
|
 |
hijauItuindah Junior Member


Joined: Oct 08, 2012 Posts: 175
|
Posted: Fri Jan 25, 2013 10:49 pm Post subject: |
|
|
| andreed wrote: | | patriot wrote: | | Quote: | | “Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” |
oh awie...sila rujuk pada para ustaz sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan... |
kalau tanya pada ustazah ni agak2 apa jawabnya ye,,?
 |
munkin jawapanyer.... tu cuma buka kelab malam, bukan jadi PELACUR lg kot... |
|
| Back to top |
|
 |
patriot Super Moderator


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 25719 Location: BERUS LEEdi ntuk tonyoh mulut macai..
|
Posted: Sat Jan 26, 2013 8:54 am Post subject: |
|
|
| viruscom wrote: | "Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal."
Tu...dia....perenggan akhir sekali tu yang buat aku tergamam "Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?”..Alahai statement ni yang mahal ni.... |
apa dia ingat jadi seorang artis dia boleh excuse dari segala hukum hakam... |
|
| Back to top |
|
 |
gobledegook Moderator


Joined: Apr 18, 2009 Posts: 8558 Location: andaikata aku online, maka di depan notebook ler
|
Posted: Sat Jan 26, 2013 11:54 am Post subject: |
|
|
husin, mon dan jin pakai toncit akan diboikot tp geng2 muda BN support kaw kaw... siap setiap ari menonton wayang  |
|
| Back to top |
|
 |
andreed V.I.P Member


Joined: Oct 11, 2009 Posts: 2267
|
Posted: Sat Jan 26, 2013 7:38 pm Post subject: |
|
|
| hijauItuindah wrote: | | Kingkent wrote: | Memang salah dan haram jenis perniagaan Awie...
Kalau tak faham juga, mari tadah kitab di masjid bukan cari kebenaran di kelab malam... |
rasa2nya dia rujuk Abang long yang kat Genting tu kot...... tak jumpe ayat Quran......... ker Buta Quran???  |
Mamat ni tak nak tegur ker,,? boleh rosak akidah tu..!!
'Tok PETI' yg sorang ni pun tak kan senyap aje.. kes ni berlaku di negeri awak tu..
 |
|
| Back to top |
|
 |
mongol Member


Joined: Sep 12, 2010 Posts: 896
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 4:20 pm Post subject: |
|
|
Harap harap perniagaan kelab awie mendapat pensijilan halal dari pihak berwajib apabila membuka perniagaan ...... [/list] |
|
| Back to top |
|
 |
|