Posted: Sat Jan 26, 2013 11:35 am Post subject: Video - Satu - satunya Sahabat Rasulullah yang masih hidup!!
Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.
✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".
Sedikit sejarah mengenainya...
✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting˛ pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.
✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."
✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra
1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.
2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah˛ padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.
✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.
Joined: Oct 23, 2009 Posts: 1990 Location: GAZA STRIP
Posted: Sun Jan 27, 2013 12:03 pm Post subject:
Link ni aku dpt masa merayau-rayau kat facebook.... mamat ni buat satu puisi ke sajak ke apa ntah tentang pokok ne.... puisinya menarik jugak utk dibaca brtajuk "SAKSI KEBENARAN":-
Tiada erti apa-apa jika sekadar berlindung di bawah pokok ini. Tidak tahulah sekiranya ada hadits yang menyatakan barangsiapa bernaung di bawah pokok ini akan dapat pahala.
Joined: Oct 23, 2009 Posts: 1990 Location: GAZA STRIP
Posted: Wed Jan 30, 2013 4:29 pm Post subject:
21Halim wrote:
Tiada erti apa-apa jika sekadar berlindung di bawah pokok ini. Tidak tahulah sekiranya ada hadits yang menyatakan barangsiapa bernaung di bawah pokok ini akan dapat pahala.
walaupun begitu, alangkah seronoknya dapat bertemu dengan sahabat yg terakhir.... tentu ada berkatnya.....
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum