Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah

Menyanggah tohmahan Amanah bukan parti Islam

Tiang seri Umno bakal roboh

Muafakat politik haruslah dihormati
Semua...
Pendapat

PLUS wajib beri kad TnG percuma, subsidi SmartTag

Gaji rakyat memang rendah

Sesekali jengahlah keadaan di sekolah tahfiz

Mb lantik jawatan exco, mb jugalah yang tamatkan.

China ceroboh Sarawak, Hishammuddin perlu tegas

Takziah kepada keluarga Adik Mohd Thaqif Amin Mohd Ghadafi.

Sambut Israk Mikraj perlu nafas baru, bukan klise

Sikit - Sikit Syiah, Sikit - Sikit Wahabi

Masjid perlu mesra dakwah

Tenanglah menulis hujah atau idea anda
Semua...
Penulis Tamu

Takziah Dan Bersabar Atas Musibah

Takziah atas kejadian ribut di Muktamar PAS

Ribut di Muktamar Pas: Presiden Amanah berdoa semoga semua selamat

Tutup sekolah tahfiz cadangan habis cerdik?

Apa itu 'pembangunan Islam' wahai Datuk Seri Najib?

Penyelesaian Hutang 1MDB Kepada IPIC: Kenapa Pegawai Pejabat PM yang terlibat.

1MDB: Penyelesaian Atas Kertas

Berkenaan Kerjasama Saya Dengan Pasukan Petugas Khas Forex

Arbitrari 1MDB: Runtuhnya 'teori curi' pembangkang

Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?
Semua...
Open Artikel

Jangan pilih kawan makan kawan

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Antara Debaran, Penghormatan Dan Kejayaan

Harga gula naik: Reda dan pasrahlah!

'Dr M tak bodoh cuma oportunis'

MCA perlu henti layan jerat politik DAP
Semua...
Kritikan

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Pakatan Harapan makin tiada harapan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 802
Members: 0
Total: 802
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..
Detikdaily.Net :: View topic - Najib=TGHH, Husam=Muhyiddin/Mukhriz, AMNUU=PAS.. (tau takpe)
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log In Semak PMLog In Semak PM   Log inLog in 

Najib=TGHH, Husam=Muhyiddin/Mukhriz, AMNUU=PAS.. (tau takpe)

 
Post new topic   Reply to topic    Detikdaily.Net Forum Index -> Politik Semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
juang1430
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Oct 23, 2009
Posts: 2736
Location: GAZA STRIP

PostPosted: Wed Jun 29, 2016 11:00 pm    Post subject: Najib=TGHH, Husam=Muhyiddin/Mukhriz, AMNUU=PAS.. (tau takpe) Reply with quote

Aura dan kepemimpinan Muhyiddin, Mukhriz serta Husam terhad?
Posted on Wednesday, June 29 @ 20:44:31 MYT by Mujahid

Artikel

Oleh Abdul Rahman Malik

Apa bezanya kes pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Umno dengan kes bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hingga dilucutkan keahliannya dari PAS?

Mereka nampaknya menggunakan taktik mengenakan ‘kerosakan maksimum’ terhadap parti dan mengacah para pemimpin masing-masing supaya memecat mereka walaupun tahu akibatnya parti akan lebih lemah bukan sebaliknya.

Pada satu sisi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemecatannya dari Umno adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ini bermakna bahawa beliau memang insaf ada tingkah lakunya yang menyalahi adab Umno.

Ini juga membuktikan bahawa beliau faham dan sedar bahawa apa yang dilakukan sejak beberapa bulan selepas digugurkan dari kabinet Malaysia memang akan mengundang padah sedemikian.

Justeru pertimbangan beliau tidak mahu membuat rayuan terhadap keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memecat beliau dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kelihatan wajar.

Namun anehnya beliau tetap melaungkan bahawa keputusan MT Umno itu tidak adil. Beliau mendakwa pemecatan mereka tidak melalui proses keadilan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Menurut Muhyiddin, untuk berlaku adil, MT Umno sewajarnya memberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu bagi membolehkan beliau dan Mukhriz menerangkan sebarang asas berhubung tindakan mereka sebelum ini.

"Itu (keputusan) dibuat dengan kehendak mereka sendiri tanpa beri ruang kepada kami untuk beri sebarang penjelasan,"katanya dalam sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya minggu lalu.

Di sini kelihatan bahawa Muhyiddin sebenarnya ‘belum bersedia’ dipecat. Jika tidak, mengapa perlu mempersoalkan soal teknikal dan bukan menerima hakikat bahawa beliau sudah melanggar disiplin parti?

Jika benar soal pemecatan sudah diduga dan beliau bersedia dengan skrip tidak akan membuat rayuan, mengapa perlu mempertikaikan cara beliau dipecat?

Begitu juga dengan Husam. Setelah menghamburkan pelbagai kritikan terhadap presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di hadapan khalayak ramai, beliau juga dilihat ‘tidak bersedia’ meninggalkan parti yang “disayanginya”.

Seperti Muhyiddin dan Mukhriz, Husam juga enggan merayu kes pemecatan mereka tetapi masih bersedia untuk ‘memerah situasi’ untuk meraih simpati ahli dan rakyat pada ‘perjuangan’ mereka yang ‘menyakiti parti masing-masing.

Sebagai pemimpin utama dalam parti masing-masing, tentu baik Muhyiddin mahupun Husam sedar tindakan menjaja apa yang disifatkan kelemahan dan keburukan pemimpin, adalah gelagat politik yang kurang adab.

Tugas Muhyiddin sebagai timbalan presiden dan Husam sebagai bekas naib presiden tentunya membantu presiden. Jika ada yang tidak dipersetujuinya, mereka boleh menegur atau membentangkannya dalam mesyuarat pimpinan parti.

Malah jika cara berkenaan juga tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, mereka bebas untuk meletak jawatan dan bukan membuat serangan terbuka terhadap presiden dan parti. Itu adab mana-mana institusi politik.

Nampaknya baik Muhyiddin mahupun Husam mahu meregang seberapa boleh kesempatan masih berada dalam parti untuk memburukkan pemimpin dan bukan berusaha untuk memperkukuhkannya.

Ketika menyerang kepimpinan parti mereka seolah-olah tidak menghiraukan soal adab. Bagaimanapun apabila dipecat masing-masing mengungkit soal teknikal dan pentadbiran untuk terus memburukkan wibawa pimpinan parti.

Sebenarnya, pengumuman pemecatan ke atas Muhyiddin dan Mukhriz dan Husam itu hanya dibuat setelah berbulan-bulan mereka ‘mempersendakan’ kewibawaan presiden masing-masing. Sedikitpun soal berlaku adil tidak timbul.

Sebenarnya pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya telah lama dilakukan ekoran desakan beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, tahun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih untuk tidak melakukannya.

Begitu juga dengan Hadi. Jika hendak diambil kira serangan-serangan dari dalam yang dilancarkan oleh Husam terhadap kepimpinannya dan ditokok oleh kawan-kawan Husam yang sudah meninggalkan parti dan menubuhkan PAN, memang beliau menunjukkan kesabaran yang tinggi.

Menurut Annuar Musa lagi, dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, pimpinan parti dengan jelas memberi isyarat agar mereka ‘kembali ke pangkal jalan’ dan mengutamakan solidariti parti bersama pucuk pimpinan.

“Najib pula sewaktu menggulung perbahasan ketika itu memilih untuk berjiwa besar dengan menghulurkan tangan dan menyeru ke arah penyatuan parti.

“Walaupun begitu segalanya bukan saja disambut dingin oleh Muhyiddin dan Mukhriz malah mereka terus dan berulang kali melanggar disiplin parti,” katanya.

Umno-BN kemudiannya berdepan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak namun mereka terus bersekongkol dengan pembangkang dan ini berlarutan dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Memang demikian adat orang yang cuba menegakkan benang basah. Namun apabila dipecat mereka menimbulkan soal teknikal untuk mendapat ‘talian hayat’ pada kerjaya politik mereka dan meraih simpati penyokong parti.

Seperti Husam, Muhyiddin dan Mukhriz pun belum mahu membentangkan langkah politik selanjutnya yang bakal mereka ambil. Mereka cuma membayangkan sudah mendapat banyak tawaran menyertai parti lain.

Sebenarnya parti politik berdaftar tidak banyak di Malaysia. Di pihak pembangkang, yang aktif cuma PAS, DAP, PKR dan PAN. Mengambil iktibar gelagat Husam tentu PAS tidak berselera menjemput Muhyiddn dan Mukhriz menyertai mereka.

Untuk menyertai DAP, tentu ketiga-tiga mereka bimbang dituduh mahu membantu menegakkan aspirasi politik Cina parti itu.

Sementara untuk menjadi ahli PKR pula, Muhyiddin tentu ingat betapa beliau berkunjung ke kediaman Anwar Ibrahim pada hari Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketika itu Muhyiddin ialah Naib Presiden Umno. Kunjungan Muhyiddin itu menanamkan harapan bahawa beliau akan bergabung dengan entiti politik yang mahu mempertahankan Anwar.

Sebaliknya Muhyiddin yang pernah bergabung dengan Anwar dalam “Team Melayu Baru” untuk memanjat tangga Naib Presiden Umno menyifatkan dirinya Umno totok. Soal membantu Anwar dalam perjuangan langsung tidak timbul.

Sekurang-kurangnya Anwar Ibrahim apabila dipecat dari Umno mampu menggerakkan kempen reformasi untuk negara. Mampukah Muhyiddin dan Mukhriz memulakan gerakan berkesan membantai Umno?

Husam pula berlagak ‘duri dalam daging PAS’ tetapi tidak mahu ditalak parti itu. Mungkin parti yang bersesuaian buat mereka beertiga ialah PAN yang masih belum menunjukkan kepimpinan yang berkesan.

Mungkin PAN sesuai untuk Muhyiddin, Mukhriz dan Husam “menjual” kredential mereka sebagai politikus yang pernah menempel dalam parti-parti politik besar walaupun aura dan potensi kepimpinan mereka sebenarnya terhad.

Sila ketepi Mat Sabu.

Sumber: Detikdaily 29 June 2016
Back to top
View user's profile Send private message
Jomfikir
Senior Member
Senior Member


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1679

PostPosted: Thu Jun 30, 2016 2:20 pm    Post subject: Reply with quote

Di era Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai pemimpin Husam bersopan santun dan walak terhadap pemimpin tertinggi PAS makaitulah sebabnya Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat memberikan kepujian kepada perjuangan Hussam. Teatapi setelah Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat kembali ke Rahmatullah Husam berubah sikap iaitu tidak lagi mahu mematuhi Perintah Allah SWT dalam Ayat 59 dalam Surah An-Nisaa’, iaitu:
Firman Allah SWT,:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [An-Nisaa' : 59.]


Kesalahan Husam dari perspektif Gerakan Islam ialah:

Adalah terbukti Husam idak walak kepada Presiden PAS (iaitu Ulil Amri PAS), sekali gus Hussam tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an yang merupakan Printah Allah SWT. iaitu:
Firman Allah SWT,:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [An-Nisaa' : 59.]

Husam masih tidak menyedari Allah SWT telah Berikan kepadanya syaitan menjadi teman yang tidak renggang daripada dirinya akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an di Ayat 59 dalam Surah An-Nisaa’ itu. Kini syaitan yang menjadi temannya itu terus menghasutnya supaya berkempen memburuk-burukkan PAS sebuah parti Gerakan Islam.


Husam juga ketika memohon menjadi ahli PAS dulu telah mendatangangi baiah (satu akujanji) yang berkata:
"Saya mengaku akan kebenaran PAS seperti yang terkandung dalam fasal 3 perlembagaannya dan akan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya. Saya menerima PERLEMBAGAAN PAS sebagai panduan dan mengaku bahawa saya akan taat dan patuh kepada kepimpinan parti serta akan patuh dalam melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.".

Akibat melanggar akujanji tersebut bererti Husam telah mungkir janji yang meletakkan disirinya ke status sebagai seorang yang “munafik”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada tiga sifat, siapa yang memiliki maka dia adalah munafik walaupun ia berpuasa, sholat, naik haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim. Ia itu orang yang berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji dan mengkhianati bila diberi amanah”. [Hadis Riwayat Abu Ya’la.].

Kesalahan Husam dari perspektif Islam juga ialah beliau tidak mengendahkan, malah tidak mahu mematuhi Perintah Rasulullah s.a.w. iaitu:
Rasullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat itu) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Oleh kerana tidak mahu mematuhi Perintah Rasulullah s.a.w. itu maka Husam tidak segan silu mengkritik Presiden PAS (iaitu Ulil Amri PAS) secara terbuka dan terang-terangan.

Justeru Husam adalah wajar disingkirkan dari PAS, iaitu sebuah parti Gerakan Islam.

Klik limk dan dengar...
https://youtu.be/1heM9HhPGxE

.
Back to top
View user's profile Send private message
chingkoq
Moderator
Moderator


Joined: Apr 15, 2009
Posts: 8478
Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe

PostPosted: Fri Jul 01, 2016 7:41 am    Post subject: Reply with quote

PAN = Al Quran, Al Hadis, Ijmak dan Qias..

Ayuh.. Islam kan Malaysia

Celik kan Melayu...

hehehe Laughing Laughing Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
Jomfikir
Senior Member
Senior Member


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1679

PostPosted: Fri Jul 01, 2016 11:53 am    Post subject: Reply with quote

chingkoq wrote:
PAN = Al Quran, Al Hadis, Ijmak dan Qias..

Ayuh.. Islam kan Malaysia

Celik kan Melayu...

hehehe Laughing Laughing Laughing


Macam mana PAN nak Islam kan Malaysia parti itu berteman rapat dengan DAP kafir dijadikan sebagai teman seperjuangan, sanggup mencabul Perintah Allah SWT iaitu:
Firman Allah SWT.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu” [An-Nisaa’ : 144].
Back to top
View user's profile Send private message
kopiahijau
Senior Member
Senior Member


Joined: Aug 15, 2009
Posts: 1101

PostPosted: Tue Jul 05, 2016 3:09 am    Post subject: Reply with quote

Kerjasama PAS semasa dalam.PR yang di tunjangi 3 buah Parti iaitu PKR dan DAP telah memberi impak yang besar khususnya dalan.perkembangan politik negara. Suka atau tidak suka ..fakta membuktikan pengaruh PAS berkembang lebih jauh daripada tiada kerusi di Johor serta.Melaka kepada ada.Namun setelah ketiadaan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat suasana turut berubah. DAP yang selama ini dijaja UMNO telah dilabel bermacam2. Seolah olah berkawan dengan DAP satu kesilapan yang memudaratkan PAS. Sukar dibaca politik PAS . Dasar tak berubah cuma.kebijaksanaan dalam menyesuaikan dengan situasi semasa sahaja yang kurang jelas. Rakyat.kini.dilanda gelisah angkara keborosan dan ketirisan dalam politik pemerintah. PAS dilihat.lebih mesra UMNO walaupun dinafikan. Presiden PAS tidak selantang dahulu.serta tidak seperti Ust fadhil dan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat..karisma.kepimpinan tidak begitu menambat hati seperti Aura Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat..apa apapun ramai.dikalangan.pemerhati politik mengharap.kerjasama seperti terdahulu. Dipihak DAP juga perlu berlapang dada untuk duduk semeja. Jangan lambat.Kelak.kecundang gara gara bercakaran sesama.pembangkang. Selangor Penang Kelantan tidak.mustahil.beralih arah...Rakyat Masih.Mengharap kerjasama terdahulu. untuk menghadapi PRU14....Ayuh bersatulah...
Back to top
View user's profile Send private message
Jomfikir
Senior Member
Senior Member


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1679

PostPosted: Tue Jul 05, 2016 6:14 pm    Post subject: Reply with quote

kopiahijau wrote:
Kerjasama PAS semasa dalam.PR yang di tunjangi 3 buah Parti iaitu PKR dan DAP telah memberi impak yang besar khususnya dalan.perkembangan politik negara. Suka atau tidak suka ..fakta membuktikan pengaruh PAS berkembang lebih jauh daripada tiada kerusi di Johor serta.Melaka kepada ada.Namun setelah ketiadaan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat suasana turut berubah. DAP yang selama ini dijaja UMNO telah dilabel bermacam2. Seolah olah berkawan dengan DAP satu kesilapan yang memudaratkan PAS. Sukar dibaca politik PAS . Dasar tak berubah cuma.kebijaksanaan dalam menyesuaikan dengan situasi semasa sahaja yang kurang jelas. Rakyat.kini.dilanda gelisah angkara keborosan dan ketirisan dalam politik pemerintah. PAS dilihat.lebih mesra UMNO walaupun dinafikan. Presiden PAS tidak selantang dahulu.serta tidak seperti Ust fadhil dan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat..karisma.kepimpinan tidak begitu menambat hati seperti Aura Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat..apa apapun ramai.dikalangan.pemerhati politik mengharap.kerjasama seperti terdahulu. Dipihak DAP juga perlu berlapang dada untuk duduk semeja. Jangan lambat.Kelak.kecundang gara gara bercakaran sesama.pembangkang. Selangor Penang Kelantan tidak.mustahil.beralih arah...Rakyat Masih.Mengharap kerjasama terdahulu. untuk menghadapi PRU14....Ayuh bersatulah...


1. Di era kehadiran Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ... DAP dgn PAS bekerjasama dengan baik melalui kerjasama Tahaluf Siasi
https://www.facebook.com/AbooMuaz1/photos/pcb.1127678387275795/1127678370609130/?type=3

2. Setelah ketiadaan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat... DAP leburkan Tahaluf Siasi dengan mukir janji...
Klik link dan dengar....
https://youtu.be/54KsBRYC4wM

3. Di era Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat golongan profesional (G18) walak kepada Presiden PAS, iaitu TGHH. Tetapi selepas Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat tiada G18 langgar Perintah Allah SWT iaitu Ayat 59 dalam Surah An-Nisaa' dan juga melanggar perintah Rasulullah s.a.w.; dengan menunjukkan sikap biadap berpolitik terhadap Presiden PAS yang merupakan Ulil Amri dalam PAS itu; dengan sanggup mengkritik dan memperlekeh Ulil Amri secara terbuka dan terang-terangan supaya diperolehi oleh media....

Firman Allah SWT,:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [An-Nisaa' : 59.]

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat itu) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Dalam politik Islam tiada kritik pemimpin secara terbuka. Yang ada hanya menasihati sahaja, itu pun mesti secara tersembunyi (hanya di kalangan ahli syura sahaja). Menegur hanya bila berada di kalangan satu jemaah ketika berada dalam satu jemaah; tiada ahli-ahli atau orang luar hadir.

4. Di era Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat tindakan PAS dengan DAP hanya bekerjasama politik dibatasi oleh Tahaluf Siasi, tiada lebih dari itu, tiada menerima apa-apa bantuan kewangan sebagai menerima "jerat politik" dari DAP.

Setelah ketiadaan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, G18 sanggup meninggalkan PAS demi mendapatkan kerjasama dari DAP untuk dijadikan sebagai teman rapat seperjuangan dan sekali gus pada masa yang sama sanggup menubuhkan sebauah parti politik baru iaitu Parti AMANAH (PAN) yang terang dan nyata tujuannya untuk bermusuh dengan PAS; sanggup melanggar Perintah Allah SWT, iaitu:
Firman Allah SWT.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu” [An-Nisaa’ : 144].

.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Detikdaily.Net Forum Index -> Politik Semasa All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group

  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com