Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah

Menyanggah tohmahan Amanah bukan parti Islam

Tiang seri Umno bakal roboh

Muafakat politik haruslah dihormati

Tsunami Mahathir dan Tsunami Hadi saling melengkapi

Mampukah Amanah Bertahan?

Tsunami Hadi bakal gegar PRU14?
Semua...
Pendapat

Sambut Israk Mikraj perlu nafas baru, bukan klise

Sikit - Sikit Syiah, Sikit - Sikit Wahabi

Masjid perlu mesra dakwah

Tenanglah menulis hujah atau idea anda

'Sumpahan' minyak jana ledakan inflasi M'sia

Undi Pas atau Umno?

Tiada Bukti 100 sebatan itu Efektif – Azira Aziz

MB Johor dan gimik-gimiknya

Kemaruk projek tambak laut

Malaymail Tersasar, Cuba Cetus Persepsi
Semua...
Penulis Tamu

Arbitrari 1MDB: Runtuhnya 'teori curi' pembangkang

Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?

Sains dan cabaran dakyah pseudosains

Umno Kelantan ada tiga kapten?

Adam Rosly Wajar Lalui Proses Displin Di Peringkat Parti

Hishammuddin's New Power: The Dagger is Unsheathed

Agenda Amanah kelantan Dalam Pemerkasaan Undang - Undang Syariah

Taraf PR Zakir Naik bukan bidang kuasa Menteri Kesihatan

Kisah Ali dan Baba serta 1MDB

Rakyat mahu Christina, bukan Lajim
Semua...
Open Artikel

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Antara Debaran, Penghormatan Dan Kejayaan

Harga gula naik: Reda dan pasrahlah!

'Dr M tak bodoh cuma oportunis'

MCA perlu henti layan jerat politik DAP

Helah politik terdesak Tun M
Semua...
Kritikan

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Pakatan Harapan makin tiada harapan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 846
Members: 0
Total: 846
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..
Detikdaily.Net :: View topic - Spt menasihati sibodoh/sombong/tamak @ brcakap dgn Pk Pandir
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log In Semak PMLog In Semak PM   Log inLog in 

Spt menasihati sibodoh/sombong/tamak @ brcakap dgn Pk Pandir

 
Post new topic   Reply to topic    Detikdaily.Net Forum Index -> Politik Semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
juang1430
V.I.P Member
V.I.P Member


Joined: Oct 23, 2009
Posts: 2736
Location: GAZA STRIP

PostPosted: Mon Jul 11, 2016 7:13 pm    Post subject: Spt menasihati sibodoh/sombong/tamak @ brcakap dgn Pk Pandir Reply with quote

Lima nasihat kepada Pas kalau nak menang
Posted on Monday, July 11 @ 12:12:45 MYT by JackSparrow

Berita

Ole ATIRAH HASLI

SHAH ALAM – Kekalahan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukanlah perkara luar biasa. Sebagai salah satu parti politik yang ikut bertanding dalam arena PRK tanah air, sudah menjadi adat bagi parti yang bertanding untuk menang atau kalah.


Bagaimanapun kekalahan Pas dalam kedua-dua PRK tidak boleh di pandang enteng oleh pimpinan parti itu.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis menggariskan lima perkara yang perlu dilakukan Pas sebelum bermulanya musim Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pilih pihak yang tegar bersama Pas

Menurut Muhammad Shamsinor, Pas perlu memilih blok parti lain sebagai rakan dalam menghadapi PRU kerana permuafakatan politik adalah teras utama untuk menang dalam pilihan raya di negara ini.

“Jika mahu bergabung atau pilih mana-mana pihak, Pas perlu pilih sama ada mahu bergabung dengan Pakatan Harapan atau BN.

“Jika Pas hanya mahu bentuk kerjasama, kerjasama sama ada dengan pembangkang atau BN perlulah dibentuk daripada sekarang bagi membina penyelarasan dan persefahaman,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

kompromi

Katanya lagi, sekiranya Pas sudah memilih ‘bulu’ (rakan) bagi perjuangannya, parti Islam itu juga perlu berkompromi dengan rakan seangkatannya.

“Berjuang secara sendirian memang nampak heroic, tetapi Pas kena tahu yang membina barisan atau pakatan dalam berjuang lebih sesuai dengan lanskap politik negara.

“Jika Pas sudah pilih rakan, Pas perlu bertolak ansur dengan kekuatan dan kelemahan rakan yang dipilih tanpa mengabaikan aspirasi penubuhan parti sendiri,” katanya lagi.

belajar main isu semasa

Tambahnya, Pas juga perlu mendukung isu dan kemahuan yang bermain di fikiran rakyat. Dengan kekuatan rakan parti lain, Pas boleh menyusun strategi untuk bermain isu yang sesuai dengan keadaan semasa.

“Pas perlu bersama dengan parti lain untuk membawakan isu yang melekat di hati pengundi dalam barisan yang dipilih. Dengan cara itu, Pas mempunyai kelebihan untuk membentuk serangan secara kolektif dalam pihak yang dipilih,” ujarnya.

berani teruskan agenda

Selain itu, menurut Muhammad Shamsinor lagi, Pas juga perlu berani meneruskan agenda memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan negara.

“Ia dilihat lebih berprinsip tetapi berhikmah, sekali gus mendapat sokongan pengundi Muslim serta kepercayaan pengundi bukan Islam,” katanya lagi.

Kaji dan kaji lagi.

Akhir sekali, Pas juga dikatakan perlu melaksanakan kajian demi kajian berkaitan pengundi dan PRU14. Kajian tersebut perlu dilakukan secara berkala bagi mengenal pasti peluang dan strategi sesuai untuk Pas melancarkan serangan pada waktu yang sesuai.

“Melaksanakan kajian secara akademik dan berkala dalam mendapatkan jawapan tahap dominan atau kepentingan sesuatu isu, strategi kempen yang menambat hati dan calon yang diterima pengundi. Ia perlu dilakukan jika Pas mahu memahami secara jelas lanskap politik negara yang dinamik,” tegasnya. - sinar harian

Sumber: Detikdaily 11 Julai 2016
Back to top
View user's profile Send private message
iskandar
Member
Member


Joined: Sep 03, 2010
Posts: 720

PostPosted: Tue Jul 12, 2016 9:35 am    Post subject: Reply with quote

siapa punya cadangan dan nasihat tu...??

Sudah berapa kali menang pilihanraya???

berapa kerusi yg dah di pegang???
Back to top
View user's profile Send private message
Jomfikir
Senior Member
Senior Member


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1679

PostPosted: Tue Jul 12, 2016 4:45 pm    Post subject: Reply with quote

Mendakwa "makan dedak"


KALAU BENAR kena makan dedak … Kenapa Parti AMANAH dan DAP tidak buat laporan kepada Polis, dan SPRM? Jika benar sudah tentu ada bukti-butik seperti dokumen-dokumen yang bekaitan, kenapa tidak didedahkan kepada media? Orang yang membuat dakwaan memang mudah kerana akibat tidak mempedulikan adanya KIRAMAN KATIBIN di kiri dan di kanan dirinya itu. Ia tidak sedar kenyataanbya itu dicatat oleh Kiraman Katibin itu hingga sampai ke hari ia mati nanti pun ia tidak akan dapat memadamkannya.

Bila melupakan diri adalah beragama Islam maka itulah sebabnya tidak mempedulikan adanya Kiraman Katibin di kiri dan di kanan dirinya itu. Syarak pun diketepikan dan perkataan "berdosa" menjadi bukan lagi berada di dalam mindanya.

Syarak adalah neraca yang digunakan oleh umat Islam kerana syarak jugalah neraca yang akan digunakan di Akhirat kelak.


Gunakanlah neraca syarak untuk dijadikan panduan sama ada boleh atau tidak membuat kenyataan.

Manusia yang tanpa mempedulikan kewujudan Kiraman Katibin dan hukum syarak adalah manusia yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an....
Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kiraman_Katibin
Back to top
View user's profile Send private message
chingkoq
Moderator
Moderator


Joined: Apr 15, 2009
Posts: 8478
Location: Calon BN DUN Melaka..hehehe

PostPosted: Wed Jul 13, 2016 9:14 am    Post subject: Reply with quote

main isu semasa tu yg menarik..

ibarat bubuh calon lembu pun akan menang...

relevan ke isu semasa kalau dlm sekelip mata kabur pandangan sebab kain pelikat rm50 dan sekampit beras?

kesimpulan....kaji dan kaji lagi sapa yg perlu menang...PAS kah atau Islam kah?

kalau sekadar tuju utk PAS...BN bukan lawan satu sama satu dgn PAS dlm PRU/PRK

.......................... Laughing Laughing Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
Jomfikir
Senior Member
Senior Member


Joined: Apr 21, 2009
Posts: 1679

PostPosted: Wed Jul 13, 2016 5:07 pm    Post subject: Reply with quote

Parti AMANAH (PAN) wujud setelah G18 semasa berada dalam PAS begitu lama berusaha "mensekularkan" PAS tetapi menemui kegagalan kerana majoriti besar ahli-ahli PAS menyedari tindakan G18 secara halus mahukan PAS berubah dari sebuah parti Gerakan Islam yang hukum tertingginya adalah Kitabullah, Sunah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata kepada sebulah parti politik sekular dalam hal urus tadbir, strategi perancangan politik dan tindakan berpolitik.


G18 mahu memperolehi kemenangan cepat supaya dapat ke Putrajaya itulah sebabnya G18 bersetuju PAS menganggotai Pakatan Rakyat untuk bekerjasama politik dengan PKR dan DAP. Tetapi bagi Majlis Syura Ulamak PAS bahawa berpolitik mestilah mematuhi Perintah Allah SWT yang antaranya ialah:
Firman Allah SWT.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu” [An-Nisaa’ : 144].

Justeru PAS hanya boleh bekerjasama tetapi bukan BERTEMAN RAPAT sama ada dengan PKR mahu pun DAP kerana kedua-dua parti politik itu adalah parti politik sekular sebagai mana UMNO/BN.

Bagi merealisasikan "kerjasama politik" dalam Pakatan Rakyat PAS menggunakan kaedah yang dibenarkan oleh ajaran Islam, iaitu TAHALUF SIASI, iaitu kerjasama hanya pada perkra-perkara yang dibenarkan oleh ajaran Islam sahaja; dan PKR dengan DAP masing-masing mestilah tidak boleh campur tangan dan/atau menghalang perjuangan PAS dalam politik bagi memertabatkan Islam sebagai Ad-Deen. PKR dan DAP bersetuju dengan TAHALUF SIASI itu dijadikan sebagai landasan "bekerjasama politik" antara PAS, PKR dan DAP.

PAS sedia tahu DAP amat menentang PAS dalam isu hudud. Lantas bagi memastikan supaya DAP tidak menyuarakan penentangannya terhadap isu hudud PAS dan DAP membuat satu perjanjian khas yang dipersetujui oleh DAP =>>> klik di sini.

Apabila PAS bertindak mahu memertabatkan status Mahkamah Syariah di Kelantan dan di seluruh Malaysia dengan menyuarakan hasrat mengemukakan usul di parlimen (RUU Pindaan), DAP telah mengambil tindakan menyuarakan penentangannya. Mulalah pihak DAP membenci Presiden PAS, iaitu DAP lalu teus memutuskan hubungan politik dengan Presiden PAS itu. Ini bererti DAP telah mungkir janji ...Klik link dan dengar....
https://youtu.be/54KsBRYC4wM

G18 tidak bersetuju dengan tindakan TGHH yang tidak mahu menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat setelah DAP mungkir janji itu. Bagi TGHH ialah tidak ada apa gunanya bermesyuarat dan berunding dengan pihak yang tidak menghormati perjanjian iaitu TAHALUF SIASI yang telah ditandatangani. Di sinilah bermulanya selepas ketiadaaan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pihak G18 terang-terangan mengkritik dan memperlekeh TGHH selaku Presiden (Ulil Amri) PAS. G18 terang-terangan melanggar Perintah Allah SWT iaitu:
Firman Allah SWT,:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [An-Nisaa' : 59.].

Bukan itu saja malahan Ahmad Awang yang berstatus sebagai ulamak turut sama dengan G18 melanggar Perintah Rasulullah s.a.w. dengan bertindak mengkritik Presiden PAS secara terbuka. Pada hal Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat itu) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Pada masa yang sama juga G18 telah bertindak melakukan mungkir jani terhadap akujanji yang mereka masing-masing telah tandatangani, iaitu akujanji yang berkata:
"Saya mengaku akan kebenaran PAS seperti yang terkandung dalam fasal 3 perlembagaannya dan akan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya. Saya menerima PERLEMBAGAAN PAS sebagai panduan dan mengaku bahawa saya akan taat dan patuh kepada kepimpinan parti serta akan patuh dalam melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Ada tiga sifat, siapa yang memiliki maka dia adalah MUNAFIK walaupun ia berpuasa, sholat, naik haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim. Ia itu orang yang berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji dan mengkhianati bila diberi amanah.”. [Hadis Riwayat Abu Ya’la.].

Yang bertindak melakukan mungkir janji itu termasuklah Ahmad Awang, sanggup meleburkan statusnya sebagaI ulamak (bekas Presiden Ulamak Malaysia - PUM) bila dirinya sendiri juga turut sama mengkritik Presiden PAS yang merupakan Pemimpin (ulil amri) PAS dan sekali gus adalah Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia.

Persoalan asasnya ialah: Wajarkan golongan munafik berada menjadi pemimpin dalam PAS sedangkan PAS adalah sebuah parti Geraan Islam? Allah SWT amat murka terhadap golongan munafik hingga ke tahap Memerintahkan iaitu:
Firman Allah SWT.:
وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
yang maksudnya:
"Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)." [At-Taubah : 84.]

Di Muktamar Agung PAS kali Ke61 di Kuala Selangor yang para perwakilannya terdiri daripada wakil-wakil yang diberi amanah untuk memilih calon-calon untuk memimpin PAS adalah menyedari bahawa G18 termasuk Ahmad Awang telah melanggar Perintah Allah SWT Ayat 59 dalam Surah An-Nisaa' itu dan juga telah melanggar perintah Rasulullah s.a.w. iaitu hadis tersebut di atas; dan juga telah mungkir janji terhadap akujanji tersebut. Dengan sebab-sebab inilah para perwakilan di Muktamar Agung PAS itu majoriti besar mereka tidak membenarkan ahli-ahli dari kalangan G18 itu beroleh kemenangan dalam pemilihan pemimpin tersebut.

Para perwakilan di Muktamar Agung PAS kali Ke61 itu sedar bahawa G18 dan Ahmad Awang telah bertindak melanggar hukum tertinggi PAS, khususnya Kitabullah dan Sunnah Rasul (s.a.w). Dari segi rohaniah Islamiah tindakan G18 dan Ahmad Awang itu sendiri yang memisahkan diri mereka dengan PAS kerana bertindak melanggar hukum tertinggi yang menjadi dasar utama PAS, iaitu Kitabullah dan Sumnah Rasul (s.a.w).

Berikutan dengan itu G18 yang tersingkir dari sebarang jawatan dalam staf kepimpinan PAS telah bertindak menubuhkan Parti AMANAH (PAN). Ini adalah kerana bagi G18 ialah HANYA dengan menubuhkan parti politik sekular saja barulah boleh DAP menerima sebagai teman rapat seperjuangan dalam politik dengan G18 di Malaysia...

Untuk merealisasikan supaya dapat berteman rapat dengan DAP itu di bidang politik Parti AMANAH (PAN) sanggup mencabul Perintah Allah SWT iaitu:
Firman Allah SWT.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu” [An-Nisaa’ : 144].

Itulah latarbelakang kenapa Parti AMANAH (PAN) ditubuhkan dan para pemimpinnya mendakwa parti itu adalah sebuah Parti Islam. Adakah wajar ia diiktiraf sebagai sebuah parti Islam sedangkkan tindakan pertama parti tersebut adalah melanggar Perintah Allah SWT Ayat 144 dalam Surah An-Nisaa' itu demi dapat berteman rapat seperjuangan dengan DAP itu?

Juga adakah wajar parti itu diiktiraf statusnya sebagai sebuah parti Islam sedangkan pada masa yang sama juga ia berteman rapat dengan DAP dan berganding bagi menentang PAS yang merupakan sebuah parti Gerakan Islam yang sudah sekian lama ditubuhkan?

Oleh kerana TGHH adalah Presiden PAS dan sekali gus berjawatan sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia; sudah pasti seluruh Ulamak Kesatuan Ulamak Sedunia itu mengiktiraf bahawa PAS adalah sebuah parti Gerakan Islam di Malaysia dan mereka mengikuti perkembangan dan tindakan-tindakan politik oleh TGHH itu. Sebarang langkah yang melanggar hukum syarak sama ada hal peribadi beliau mahu pun tindakan politik oleh beliau sekiranya melanggar hukum syarak, sudah pasti Kesatuan Ulamak Sedunia itu singkirkan beliau dari jawatan Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia itu.

Di sebaliknya pula kenapa ada Ulamak dari Parti AMANAH (PAN) disingkirkan keahliannya dari Kesatuan Ulamak Sedunia itu?... Kenapa hanya setelah ulamak berkenaan itu menganggotai Parti AMANAH (PAN) barulah Kesatuan Ulamk Sedunia itu bertindak menyingkirkan beliau dari menjadi ahli Kesatuan Ulamak Sedunia itu?

Jangan kerana hendak gopoh ke Putrajaya sanggup melanggar Perintah Allah SWT kerana kegopohan bila melanggar Perintah Allah SWT hukumnya adalah HARAM.

Jangan terlalu gopoh untuk mencapai kemenangan, kerana dibimbangi dengan kegelojohan itu akan menghasilkan kerugian dalam mencapai kemenangan yang sebenar.

Ulamak-ulamak fiqh ada menyatakan satu kaedah fiqh yang berbunyi;
مَنْ اسْتَعْجَلَ شَيْئًا قَبْلَ أَوَانِهِ عُوقِبَ بِحِرْمَانِهِ
Maksudnya;
"Barangsiapa yang gopoh untuk mencapai sesuatu sebelum masanya, diakibatkan perkara itu menjadi haram" (Al-‘Asybah wa An-Nazair : 1/274 : kaedah fiqh yang ke 30)).

.
Back to top
View user's profile Send private message
iskandar
Member
Member


Joined: Sep 03, 2010
Posts: 720

PostPosted: Sat Jul 16, 2016 11:54 am    Post subject: Reply with quote

khadam DAP tersungkur di kandang babi
Back to top
View user's profile Send private message
reformis
Administrator
Administrator


Joined: Jan 24, 2009
Posts: 183

PostPosted: Thu Nov 03, 2016 9:24 pm    Post subject: Reply with quote

iskandar wrote:
khadam DAP tersungkur di kandang babi
Harap Kurang maki dan berhujah dengan ilmiah.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Detikdaily.Net Forum Index -> Politik Semasa All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group

  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com