Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten

Jangan buat Soalan Bodoh ?

Bertaruh semula masa depan bersama Dr Mahathir

Pakatan jelas objektif, Umno-BN yang panik

Anak panah Arjuna di logo HARAPAN
Semua...
Penulis Tamu

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan

Penjelasan Mengenai Perjawatan Yayasan Islam Kelantan

YIK Dan Perjawatan Tetap: Penungguan Tanpa Akhir?

Seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia
Semua...
Open Artikel

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 758
Members: 0
Total: 758
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Makna ‘pesta’ dan kerosakan Umno dengannya
Posted on Thursday, May 07 @ 13:50:07 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Catatan Menara

Oleh H FANSURI

PETANG 30 April sekitar 6:30 petang, sehari sebelum demonstrasi bantah GST tanggal 1 Mei, saya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Di sana, kebanyakan tempat dagangan buku sudah mula ditutup.

Memang ia ditutup lebih awal. Dan, menurut para pekerja di situ, segala urusan dagangan akan berakhir menjelang Maghrib.“Hari ini tutup jam 7 petang,” kata seorang pemuda. “Kebiasaannya sebelum ini, kami berurusan sehingga jam 9 malam.”



Petang itu, di atas pentas, berdekatan ruang legar aras bawah, sekumpulan warga Arab Saudi sedang bermainmain sayembara dengan hadirin. Entah permainan apa? Ia mungkin teka-teki yang menyeronokkan. Dan tenggelamlah segala pertanyaan mengenai kerosakan yang dicetuskan Raja Salman terhadap Yaman. Kaburlah pandangan setiap orang untuk bertanyakan soalan berhubung tujuan serangan tersebut dilakukan.

“Kata pesta mungkin mempengaruhi fikiran revolusioner untuk tidak melakukan perubahan dan penggulingan,” berdesis hati ini. “Adakah pesta buku yang dirancang oleh Umno Apco ini akan membuat setiap ahli masyarakat semakin cerah pemikirannya?”

Merujuk Kamus Dewan DBP, kata ‘pesta’ ini dikaitkan dengan makna, “Majlis bersuka ria dengan mengadakan makan minum (tari-menari dan lain-lain).” Selain itu, ia dihubungkan dengan main pesta pantai yang dirujuk sebagai acara bersuka-sukaan di pantai yang disertai dengan beberapa pertunjukan dan hiburan.

Makna pesta dan contohcontoh ayat

Berikut dibariskan beberapa makna pesta dan contoh ayat yang berkaitan dengannya, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Makna pesta adalah...

1. Peristiwa yang kelihatan, pertunjukan, tontonan: Contoh ayat, “Beliau akan menyampaikan hadiah kepada yang berjaya pada akhir PESTA sukan tersebut.”

2. Pemandangan yang menarik hati, keindahan alam: Contoh ayat, “Baginda belayar mengembara ke sebelah barat melihat PESTA negerinegeri orang; bertemasya pergi mengembara untuk menghiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yang indah-indah dan lain-lain).”

3. Kerja dan sebagainya menjamu (bersuka ria dan lain-lain) untuk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan: Contoh ayat, “Dia selalu pergi menghadiri PESTA jamuan yang diadakan.”

‘pesta lagu’ ~ Pertandingan lagu yang mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (seperti jaz, rap, dan lain-lain).

‘pesta makanan’ ~ Kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yang beraneka rasa (seperti masakan pedas, manis, masin, dan lain-lain).

‘pesta ria’ ~ acara keramaian untuk bersuka ria yang diadakan di tempat lapang dan sebagainya, biasanya disertai berbagai bagai aktiviti lain seperti pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dan sebagainya; berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dengan makan-makan, berdansa, dan lain-lain).

“Mereka PESTA RIA sahaja selepas kejayaan itu.” ‘pesta pora’ ~ berpesta besar (mengadakan perayaan besarbesaran dengan makan minum dan lain-lain).

‘pesta-pestaan’ ~ perihal berseronok-seronok (bersuka ria). “Kebudayaan itu adalah suatu yang serius, bukan sekadar riuh-rendah PESTA-PESTAAN.”

Pesta, ‘fiesta’ dan amalan kesyirikan

Ada kemungkinan kata ‘pesta’ berasal daripada ‘fiesta’. Menurut Wikipedia, ‘fiesta’ (Sepanyol) merujuk ‘festival’ dan ‘party’. Selain itu, kita pernah dengar perayaan ‘Oktoberfest’ (October Festival) di mana pengunjungnya meraikan minuman keras pada bulan Oktober.

Pendek kata, pesta sangat akrab kepada keseronokan dan hiburan. Selain itu, kita lihat kata ‘pesta’ dihubungkan dengan ‘Pesta Puja Pantai’.

Jadi pesta sangat akrab dengan hal kesyirikan dan khurafat.

Menurut Wikipedia, pesta ini turut dikenali sebagai ‘Menjamu Hantu Laut’, atau ‘Menyemah Pantai’. Ia adalah upacara yang dilakukan kaum petani dan nelayan Pantai Timur sebelum musim menangkap ikan.

Laporan Wikipedia seterusnya adalah seperti berikut, “...Seekor kerbau balar (putih) biasanya disembelih dan dihanyutkan ke laut bagi menenangkan semangat laut atau juga dikenali sebagai hantu air agar tidak membahayakan para nelayan ketika mereka menangkap ikan. Ia juga dikenali sebagi Temasya Mandi Safar di negeri lain, terutamanya di Melaka.

Pesta Puja Pantai ini biasanya berlangsung selama beberapa hari dan penduduk pelbagai kampung akan riuh-rendah mendirikan khemah dan pentas pelbagai permainan, terutamanya di pantai Batu Buruk.

“Perkhemahan di tepi laut ini dahulunya diadakan selepas musim menuai, sekitar Mac. Pesta Pantai ini pada asalnya diadakan bersama semangat memuja pantai dengan membuang semah (kepala kerbau) ke laut untuk mendapat restu hantu laut agar memudahkan usaha menangkap ikan. Seorang pegawai kanan perikanan dari Jabatan Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Pertempatan Melayu Persekutuan turut melaporkan bahawa ia turut dilakukan di Pulau Ketam pada 14 Januari 1936, yang menggunakan seekor kambing jantan sebagai bahan utama persembahan. Persembahan untuk pesta puja pantai ini termasuklah upacara menepung tawar, bertih, beras kunyit, kemenyan dan sebotol arak.

“Seekor kerbau balar (putih) berusia lebih kurang tiga tahun dikorbankan. Pada hari pertama diadakan upacara mengasap kemenyan dan alat-alat magik yang akan digunakan. Pada masa itu pawang membaca jampi mantera dan perkataan ‘Allah’ sering disebut.

“Ini diikuti oleh upacara melumur kerbau itu dengan air laut. Upacara diadakan pada hari kedua. Kerbau disembelih pada waktu Maghrib hari ketiga. Dagingnya dimasak untuk jamuan mereka yang hadir sementara kepala dan kulitnya disumbat dengan sabut kelapa untuk memberi daya apung semasa dalam perjalanan sebaik sahaja ia dijahit. Beberapa jenis teater, termasuk menora, mak yong dan wayang kulit, masing-masing diiringi dengan kumpulan muzik dipersembahkan sebagai sebahagian daripada pesta puja pantai ini. Pawang dan pembantu-pembantunya mempersembahkan sampan yang diperbuat daripada tepung beras, daun nipah dan bangkai kerbau tadi kepada penunggu laut. Mereka meluncurkan sampan tadi ke laut lepas.

Kemudian mereka kembali ke pantai dan ikut serta dalam majlis kenduri.

“Bagi nelayan di Mukim Beserah pula, lima batu dari timur laut Kuantan, pesta ini tidak diadakan selagi pawang atau orang kampung tidak bermimpi semangat laut yang mereka namakan jembalang laut meminta agar diadakan pesta ini. Di Kijal, pesta seperti ini diadakan di pantai Kemaman, dan berlangsung selama tiga hari...”

Syahadan kata ‘pesta’ yang dihubungkan kepada ‘pesta buku’ ini sangat tidak sesuai kerana banyak maknanya terheret ke arah hiburan, keseronokan, berfoya-foya dan maknanya boleh ditarik-tarik sehingga terjebak ke lembah kesyirikan dan amalan khurafat.

Namun, oleh kerana yang menajanya adalah Umno Apco (parti syirik dan khurafat) yang berpejabat di PWTC, maka kita pun sedia maklumlah kenapa hal ini berlaku.

Arakian, kalau kata ‘pesta’ itu tidak tepat, maka menurut fikiran saudara, perkataan apakah yang boleh menggantikan kata ‘pesta’ agar ia lebih sesuai dirujuk kepada kegiatan keilmuan itu? Bincangkan...






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Catatan Menara
· News by paktam


Most read story about Catatan Menara:
Suu Kyi, Anwar dan Wan Azizah

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Catatan Menara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com