Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Pemimpin PAN kuda tunggangan DAP

Sukarnya berwacana jika bahasa kita berbeza

Faiz Fadzil Ghairah Meludah Ke langit

PAS mesti bertanding 222 kerusi, bukan 100

Memusnahkan Umno/Bn Dari Dalam Atau membaiki Umno Dari Luar ?

Tak mustahil Anwar jadi PM ke-7

Siapa 'Mugabe' Malaysia?

Anwar tak akan jadi PM ke-7

Kiamat Melayu sudah tiba

Mahathir sentiasa benci Anwar?
Semua...
Penulis Tamu

Tempat Umno tak tanding pun PAS tanding

Belajarlah duduk sebelum berlunjur

Sertai Block Saudi - Amerika , Najib Bawa Malaysia Ke Kancah Bahaya

Jangan Ambil jalan Mudah, Jangan Cepat Membuat Kesimpulan

Hubungan PAS-PKR dalam kenangan

BN, SPR. PH dan Gagasan Sejahtera

Anwar wajar bezakan persepsi dan realiti

SPRM perlu meneruskan kerja tanpa sebarang pengecualian

Jangan Tunggu PRU14, Banteras Rasuah Saat ini!

Syukur pembedahan Tok Guru berjaya
Semua...
Open Artikel

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat

Kerajaan Selangor perlu segera singkirkan duri dalam daging

Jangan pilih kawan makan kawan

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu
Semua...
Kritikan

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 383
Members: 0
Total: 383
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Bagaimana rakyat melihat BN Perak?
Posted on Thursday, December 15 @ 07:15:50 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Wawancara

Oleh Wan Nor Rosida Wan Hamad, Izwan Rozlin, Asyraf Muhammad

CEMUHAN dan kritikan yang diterima beliau bukan sedikit, diakui krisis perlembagaan Negeri Perak 2009 cukup untuk mematangkan dirinya malah menjadikannya lebih bersemangat untuk terus membawa kemajuan kepada Perak.



Beliau tidak pernah sesekali berputus asa. Baginya, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan kerja keras yang menjadi visinya selepas diberi mandat menjadi Menteri Besar Perak bagi penggal kedua selepas PRU13 yang lalu.

Ternyata kewibawaan Adun Pangkor dan Ketua Umno Bahagian Lumut berusia 54 tahun terserlah apabila beliau mewajibkan setiap exco dan wakil rakyatnya turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat yang disifatkan sebagai amat penting.

Semua pengalaman itu dikongsi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama Editor Sinar Harian Perak, Wan Nor Rosida Wan Hamad, wartawan Izwan Rozlin dan Asyraf Muhammad serta jurufoto, Halim Wahid dalam wawancara eksklusif baru-baru ini.

Bagaimana rakyat melihat BN Perak?

Kalau dapat saya bandingkan sebelum dan selepas pemilihan atau PRU13,  kita dapat lihat perbezaan itu. Malah, dari segi keadaan cara berinteraksi dengan masyarakat yang pelbagai kelompok di negeri Perak. Mereka lebih mesra dan kita boleh dapat lihat dari pelbagai aktiviti-aktiviti kita jalankan. Maknanya semua akan turut serta dan saya selesa dari segi melihat keadaan masyarakat dan juga dari segi tahap penerimaan mereka terhadap program-program dan juga pelaksanaan pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Datuk Seri puas hati dengan gerak kerja di peringkat akar umbi untuk raih sokongan?

Soal berpuas hati terhadap gerak kerja itu saya tidak boleh meletakkan satu noktah kerana kita sebagai sebuah parti politik BN ianya merupakan satu proses yang sentiasa bergerak untuk menangani isu-isu baharu dari semasa ke semasa.  Persoalan yang lebih penting sama ada kita responsif terhadap perkara-perkara yang berlaku dalam masyarakat kita.

Masalah-masalah yang timbul di kampung kita, di taman kita. Ini yang perlu dilontarkan. Saya melihat dari segi sikap yang ditunjukkan di peringkat bawahan. Ada kesungguhan itu.  Ia juga perlu ditandai dengan cara kita bekerja. Saya tidak boleh hanya menyuruh mereka bekerja. Saya juga perlu menjadi contoh terlebih dahulu kepada anak-anak buah saya di bawah. Kita melakukan program, duduk bersama mereka, tinggal di kawasan mereka. Dan itulah yang membolehkan dari segi gerak kerja mereka sentiasa berjalan.

Sokongan anak muda terhadap BN?

Yang paling penting adalah engagement kita dengan anak muda. Anak muda ini mudah saja. Dia nak ada interaksi dengan mereka. Berkomunikasi dengan mereka. Kita pun tidak sombong. Bila kita turun ke bawah, kita dapat bersama dengan mereka. Sentiasa hormati mereka. Dalam program-program Menteri Besar, mereka kena turun bersama. Saya ambil contoh, saya turun padang untuk bermain bola dengan mereka. Bersukan dengan mereka, pergi ke universiti-universiti mereka.  Alhamdulillah, dari segi hubungan dengan mereka saya tidak ada masalah dan saya yakin mereka tidak ada masalah.

Presiden Umno dan Pas sepentas untuk menyatakan sokongan terhadap Rohingya.  Bagaimana Datuk Seri melihat situasi itu?

Saya ambil apa yang diistilahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana setiap pemimpin haruslah berjiwa besar. Malah, hubungan dalam konteks umat Islam ini saya memegang konsep yang ia hendaklah merentasi politik semata-mata. Agenda umat adalah agenda cukup besar. Ia bukan saya menyentuh umat di Malaysia malah antarabangsa. Umpamanya, yang berlaku di Rohingya. Ia bukan hanya menyentuh soal Umno atau Pas. Yang paling penting, ia melibatkan nasib dan keadaan umat Islam atas nama kemanusiaan. Kita berkongsi bersama.

Dari segi membawa kepada permulaan sebegitu mengapa tidak?

Kerana selama ini yang kita  terlalu dihidangkan dengan politik yang keterlaluan. Dipisahkan sama sekali atas nama parti Pas dan sebagainya. Sehinggakan untuk meletakkan atas kepentingan bersama yang tidak menyentuh soal politik kita tidak boleh duduk bersama.  Tapi inilah pertama kali kita dapat duduk bersama. Ia sama juga dengan RUU355.  (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memangil semua untuk berbincang. Bukan sahaja Datuk Seri Zahid memanggil daripada Pas dan Umno, tapi semua ahli Parlimen Islam. Ia melibatkan semua kerana ia melibatkan kedudukan hal ehwal orang Islam. Pembangkang apa pun yang dibuat akan dilihat sebagai upaya-upaya politik. Kerana dia berada dalam lingkungan politik. Tapi kalau kita lihat lebih besar, kita tidak akan lihat ia dalam politik sempit.

Kenapa tidak? Maksudnya soal dari segi kebersamaan. Adakah ia sesuatu yang ganjil untuk Umno dan Pas duduk bersama? Ganjilkan? Berdosakah? Ini fitnah-fitnah yang akan dilakukan kerana peniup-peniup fitnah ini akan melakukan apa sahaja kerana dia tidak akan membenarkan berlakunya satu kesatuan umat.  Kerana bila berlakunya kesatuan umat itu akan membimbangkan pihak lain. Maka ia perlu dirungkaikan. Maka ia beri tuduhan Datuk Seri Abdul Hadi (Awang) 'dapat itu la', Umno pula terdesak la. Kerana kesatuan (Umno dan Pas) itulah yang dibimbangi oleh mereka.

Dalam konteks Perak, apa manfaatnya?

Saya duduk bersama dengan mereka. Bukan nanti, tapi saya telah pun duduk bersama mereka. Saya panggil mereka sebab saya sentiasa terbuka. Jadi soal untuk hendak bersama tidak timbul kerana saya telah duduk semeja dan berbincang. Ada isu-isu tertentu yang perlukan kebersamaan utk mengatasi masalah-masalah. Begitu juga dengan yang lain. Untuk PRU akan datang kita akan lihat sesuatu yang baru di waktu itu. Kerana saya tidak boleh mengatakan hanya semata-mata mungkin dengan parti Pas sahaja. Kerana dalam politik ini, seperti mana suatu yang tidak mungkin , sekarang boleh jadi mungkin. Yang penting ialah saya sering kali letakkan kedudukan BN yang telah dibina selama ini seiring sejalan. Saya tidak fikir kebersamaan dalam konteks kita nak membina itu ini.

Dalam konteks dari segi membentuk kerjasama ini bukanlah sesuatu yang baru. Jangan ada yang katakan terkejut benda ini boleh berlaku. Kalau kita lihat dari sejarah politik tanah air, sejak merdeka kita boleh lihat bagaimana bentuk-bentuk kerjasama yang diwujudkan. Saya tidak fikir akan ada bentuk kejutan besar tetapi dari segi mewujudkan bentuk-bentuk kerjasama mungkin ada akan berlaku. Bentuk kerjasama itu jangan dilihat dalam konteks BN sahaja. Bentuk kerjasama pun lihat di pihak sana. Pihak sana pun buat benda yang tak mungkin berlaku. Pas tak mungkin dapat duduk dengan DAP tapi dia boleh duduk. Berpeluk semua. Tapi Pas itu terburai semula. Cuma kali ini mungkin ada dalam bentuk lain. Jadi tak ada kejutan lah.

Betulkah berlaku perbincangan agihan kerusi antara Umno dan Pas di Parit Buntar?

Tidak. Itu tidak benar. Biasalah khabar angin. Tidak ada kejutan (sebegitu).

Jika strategi satu lawan satu jadi kenyataan, Apa nasib BN Perak?

Kita tak boleh jangkakan sesuatu yang akan berlaku tapi kita kena buat persiapan kepada jangkaan-jangkaan itu. Sebab itu kita membaca keseluruhan jangkaan dan kemungkinan itu, kita perlu bersifat realistik. Dalam konteks kami negeri Perak, kami pernah mengalaminya dan kami tahu keadaan itu. Iaitu satu lawan satu. Kita ambil senario A, senario B dan senario C.

Dalam konteks ini kita perlu buat persiapan. Maksudnya persiapan dalam ilmu strategi politik baik dan juga dalam apa pun kita buat. Bagi mereka yang susun strategi terbaik, dalam keadaan yang terbaik maka ia akan bawa kepada kegagalan. Tapi bagi mereka yang susun strategi dalam keadaan yang terburuk, maka ia akan beri kejayaan. Itulah yang akan dilakukan. Tanpa bercakap besar, tak perlu nak cakap angkuh dan sombong. Kami tak nyatakan secara terbuka seperti pembangkang kata mereka akan menang itu dan ini.

Dalam erti kata lain, kita perlu realistik. Kita perlu membaca keadaan di mana ada kekuatan kita dan dimana ada kelemahan kita. Kawasan mana yang kita boleh menang dan kawasan mana yang sukar menang. Jadi dalam PRU ini, kerusi-kerusi itu ada mereka menang, ada yang kita menang. Tapi yang penting majoriti kita menang. Kita cari jumlah yang kita boleh menang.

Adakah  Bersatu mampu menyengat?

Saya tidak melihat mereka merupakan satu ancaman baru tapi saya lebih suka melihat baik Bersatu atau Amanah (Parti Amanah Negara) di negeri Perak, ia merupakan cabaran yang perlu kita hadapi. Jadi saya tak mahu ada mana-mana pihak letakkan masalah ini di bawah karpet. Seolah-olah tak ada apa pun. Saya tidak suka ada ahli-ahli parti berfikiran macam tu. Setiap kali ada cabaran apa pun kita ambil itu sebagai cabaran dan menyusun strategi.

Tapi untuk mengatakan mereka kuat, tidak. Kita tahu apabila mereka wujudkan Amanah dan Bersatu, itu melambangkan kelemahan yang ada pada mereka. Sampai sekarang mereka tak boleh bersatu. Ia beri kelebihan pada kita tapi pada masa sama kita tak boleh ambil mudah apa yang mereka buat.

Bernarkah ada dakwaan wujud cubaan membeli ahli Umno?

Saya tidak mahu buat spekulasi umpamanya mereka di berikan imbuhan itu atau pun dijanjikan itu ini. Apa yang penting bagi kita ialah usaha-usaha untuk cuba pikat ahli parti. Dalam konteks ahli parti ini, bagi mereka yang setia dengan parti mereka tidak akan sokong yang di sebelah sana. Tapi bagi mereka yang goyang, dia akan pergi ke sebelah sana. Saya melihat bahawa mereka yang goyang ini merupakan proses penyaringan. Kita tahu setiap parti mempunyai masalah. Umno mempunyai masalah. DAP apatah lagi berkelahi sesama

sendiri. Begitu juga dengan Pas dan sebagainya. Maka, wujudlah kumpulan serpihan. Umno pun begitu juga. Tapi yang paling penting adalah bagaimana kita berhadapan dengan perkara itu. Bagi saya, itu adalah satu proses yang kita kena cuba terima untuk dapatkan ahli-ahli kita tapi kita kena bertahan.

Adun Kubu Gajah, Datuk Ahmad Hasbullah Elias pernah bersama dalam program Bersatu. Umno Perak diam sahaja?

Kadang kala nasib ahli politik ini dalam konteks di Perak, kita berkawan dengan semua orang. Kadang kala berjumpa atau bertembung sesama sendiri dari parti lain. Amalan kita, walau dia dari pembangkang, biasanya kita salam dan bertanya khabar. Macam dalam konteks Datuk Hasbullah, beliau menjelaskan kepada saya. Memanglah ia diviralkan oleh pihak sana, seolah-olah ini sebahagian dari propaganda oleh mereka. Mereka ambil gambar seolah olah Hasbullah dibeli oleh mereka. Sebenarnya mereka datang ke kawasan dan bertemu secara tidak sengaja dengan beliau. Jadi dia duduk dan bergambar sekali. Gambar itulah jadi viral. Saya tidak fikir satu gambar boleh menghukum seseorang. Sebab itu saya beri ruang untuk beliau jelaskan apa yang berlaku. Saya pun kadang-kadang macam itu juga. Takkan lah berjumpa dan ambil gambr, ia dijadikan bentuk hukuman seseorang itu dianggap musuh dalam selimut.

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dikatakan liabiliti pada Umno Perak. Kenyataannya beri persepsi negatif pada parti. Umno Perak diam sahaja?

Kita menghormati beliau. Sehingga saat ini saya tidak fikir beliau telah mengambil langkah-langkah yang akan memudaratkan parti kerana parti kita mempunyai peraturanperaturannya.

Apabila seseorang itu didapati memudaratkan atau menjalankan aktivitiaktiviti yang boleh menimbulkan keresahan sehingga menyebabkan orang meninggalkan parti atau membuat gerakan sendiri. Itu yang pertama. Yang kedua, beliau sendiri minta untuk keluar tapi dalam konteks Datuk Seri Husni, beliau tidak melakukan perkara itu. Dari segi apa yang disuarakan beliau itu, kita memahaminya kerana beliau mempunyai pandangan-pandangan tertentu. Namun, apa yang menjadi perhatian kita sehingga kini parti belum lihat ia sebagai satu yang memudaratkan melainkan ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa beliau bertindak dengan memberikan kesan besar kepada parti, itu baru kita akan lihat.

Ia mungkin menyebabkan Umno Tambun tertekan mengatur gerak kerja parti?

Saya fikir tidak ada masalah kerana kita telah tanam ke dalam hati dan juga perasaan ahli-ahli kita bahawa kita adalah kepunyaan parti. Kita bekerja dan bergerak sebagai sebuah parti. Maka masing-masing perlu bergerak dan bekerja dengan parti. Datuk Aminuddin Md Hanafiah selaku Pemangku Ketua Bahagian yang baharu telah pun menjalankan tugas beliau sebagai Pemangku Ketua Bahagian. Ianya dibantu oleh ahli jawatankuasa bahagian . Kita lihat di peringkat Tambun tidak begitu nyata ada satu gerakkan untuk menjatuhkan Datuk Aminuddin atau menaikkan kembali Datuk Husni. Sebab beliau pun telah meletakkan jawatan beliau. Jadi kita menghormati beliau. Sebab itu saya tidak mengeluarkan satu

pun kenyataan apa-apa mengutuk dan sebagainya oleh kerana beliau rasa sudah tiba masanya untuk beliau meletak jawatan dan kita hormat. Saya tidak mahu melihat berlaku krisis besar sedangkan tidak berlaku. Itu adalah kehendak beliau sendiri. Apabila beliau tidak mahu jadi Ketua Bahagian, jadi tanggungjawab kita untuk cari pengganti beliau dalam masa terdekat. Maka mengikut peraturan parti, apabila seseorang itu meletak jawatan, atau berhenti maka yang akan memangku adalah timbalannya. Atau pun seseorang yang dinamakan oleh Majlis Tertinggi untuk memangku jawatan itu.

Adakah ini bermakna Umno Perak akan memberikan perhatian kepada Tambun memandangkan kawasan itu mempunyai pengundi paling ramai?

Kita tak nafikan bahawa kita perlu berikan perhatian kerana apabila seorang ketua yang begitu telah memimpin dan berhenti dalam keadaan tiba-tiba, maka perhatian sewajarnya untuk membantu pemangku sekarang perlu kita lakukan.

Saya yakin dengan kemampuan Datuk Aminuddin selaku pemangku Ketua Bahagian. Keyakinan ini berdasarkan pengalaman beliau. Beliau pernah menjadi setiausaha politik Datuk Husni. Kemudian dilantik menjadi Naib, Timbalan dan maknanya beliau bukan orang baru untuk memimpin Umno Bahagian Tambun.

BN mampu kekal di Perak pada PRU14?

Saya selalu ambil anologi iaitu apabila kita berada di medan perang, apakah seorang jeneral mahu angkatannya tewas? Apakah soldadu (askar) yang ada itu juga nak tewas?

Bagi mereka yang nak berperang, kalau ada sifat takut, was-was, waham (raguragu), akhirnya dia akan tewas. Tapi kalau sekiranya ketua ataupun panglima perang dan soldadu-soldadunya mempunyai semangat untuk menang, ia akan menang. Dan kami mempunyai keyakinan. Dalam peperangan tiada sifat rasa-rasa.

Dalam pilihan raya ini ialah seperti pertempuran. Maka pertempuran itu mesti ada keyakinan untuk menang. Maka hasilnya selepas itu adalah soal kedua. Untuk berada di medan itu perlu ada keyakinan diri. Insya-ALLAH, dengan usaha dan doa. Sebagai orang Islam, dua senjata iaitu usaha dan doa. Jangan putus berdoa. Kita tahu keterbatasan manusia. Kita bersiap-sedia. Umno tidak takut dengan misi Pakatan.

Harapan mahu gempur 22 kerusi di Perak?

Takkanlah kita nak benarkan. Mereka ada strategi mereka, kita juga ada strategi sendiri. Mereka akan buat segala perhitungan yang ada. Mereka kata mereka boleh menang (kerusi) banyak itu, banyak ini. Mereka kata macam dulu jugalah. Mereka akan nyatakan bilangan kerusi yang mereka jangka akan menang, ia berdasarkan kajian yang mereka buat. Mereka sedang susun strategi mereka. Kita pun sedang strategi juga.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Wawancara
· News by paktam


Most read story about Wawancara:
Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Wawancara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com