Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang




Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Muafakat politik haruslah dihormati

Tsunami Mahathir dan Tsunami Hadi saling melengkapi

Mampukah Amanah Bertahan?

Tsunami Hadi bakal gegar PRU14?

Rindu kasih di hujung nyawa

Bolehkan Mahathir dipercayai selepas tumbangkan Najib ?

Kenapa anak muda tidak berminat jadi pengundi?

Racun lama yang masih berbisa

Momentum kedua perpecahan besar Pas

Proses kematangan Pas terbantut
Semua...
Pendapat

Mungkinkah Tun Mahathir satu Trojan Horse?

PPBM hilang kuasa rundingan dengan Pakatan

Politik kita politik primitif

DAP perintah Malaysia selepas PRU14?

Pelajar dan telur

Kaji semula syarat baru biasiswa JPA

Baju raya sudah tempah, hutang puasa bagaimana?

PAS tetap ‘cool’, yang kurang cerdik percayakan Umno

Tanpa sokongan Pas tidak lemahkan DAP

Jadikan masjid mesra musafir...
Semua...
Penulis Tamu

Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau

Cacamerba Pentadbiran Ekonomi Najib

Bersahabat dengan Lutfi suatu anugerah

Apakah Muhyiddin akan berhenti di tengah jalan?

Terima kasih Tun Fairuz, kita perlu buang rasa curiga

Jika benar, RM500juta untuk Jerlun Dan RM500juta Pokok Sena

Pemimpin PAS Jangan Pamirkan Watak Bergaduh Dengan Semua Orang

Pindaan Akta 164: Mencabar aqidah Islam

PAS di antara PH dan BN

Mahfuz: Polis, SPRM kena siasat ejen tawar RM2 juta beli ‘Tan Sri’
Semua...
Open Artikel

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Antara Debaran, Penghormatan Dan Kejayaan

Harga gula naik: Reda dan pasrahlah!

'Dr M tak bodoh cuma oportunis'

MCA perlu henti layan jerat politik DAP

Helah politik terdesak Tun M

HARAPAN memang kapal buruk menanti karam

‘Mahathir rela diperkudakan DAP asalkan Umno musnah’
Semua...
Kritikan

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Pakatan Harapan makin tiada harapan

Ego antara PAS dan Amanah
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 1063
Members: 0
Total: 1063
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Shahrir dedah sebab setuju duduk kerusi 'panas' Felda
Posted on Sunday, February 05 @ 13:07:42 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Wawancara

BELUM pun mencecah sebulan pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), pelbagai suntikan dan perkara baharu telah diumumkan oleh TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD.

Sudah tentu ramai pihak masih ternanti-nanti apakah langkah dan strategi seterusnya bakal diumumkan oleh Shahrir memandangkan kerusi yang diduduki itu sangat 'panas'. Lebih-lebih lagi ketika agensi tersebut dilihat sedang berdepan pelbagai isu membabitkan kepincangan dalam urus tadbir, kewangan dan nasib peneroka sendiri.

Kepada wartawan, SALWANI MD ZAIN dan juru foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM, Shahrir menceritakan apakah sebab beliau bersetuju menerima jawatan itu.

Beliau juga memperincikan punca-punca yang menyebabkan Felda bergolak waktu ini, sekali gus menolak tanggapan bahawa agensi itu sedang diambang bankrap seperti didakwa pembangkang dan pihak-pihak tertentu.

Kerusi Pengerusi Felda ini sangat panas, dari segi persepsinya Tan Sri diharap dapat membawa angin perubahan, apakah sebab-sebab Tan Sri menerima tawaran itu?

Sebenarnya saya tidak berminat untuk apa-apa jawatan, tetapi bila ditanya berkaitan Felda, saya cepat mengatakan 'yes', saya boleh terima. Saya terima asalkan ia dipisahkan dengan Felda Global Ventures (FGV) kerana dikhuatiri jika menerajui kedua-duanya, ia tidak menjadi. Ini penting bagi memudahkan mereka yang tidak faham peranan Felda dan fungsi FGV.

Sebabnya, saya melihat Felda sebagai satu usaha yang sudah berjaya sehinggakan Felda menjadi institusi ekonomi dan sosial pada masyarakat Melayu. Masyarakat luar bandar berjaya dikeluarkan daripada kemiskinan dan berjaya mengambil bahagian dalam ekonomi negara.

Selain itu, saya juga mendapat gambaran bahawa ia (Felda) dalam bahaya. Saya menerima pandangan itu.  

Biasa kita dengar cakap-cakap orang bijaksana, generasi pertama itu kumpul harta, yang berusaha menambahkan kekayaan dan generasi kedua mungkin menambah juga kepada kemewahan dan kejayaan itu. Tetapi, bila masuk generasi keempat, ia dalam satu keadaan semuanya boleh dimusnahkan.

Jadi, Felda ketika ini dalam generasi ketiga. Ia menjadi satu keadaan yang kritikal pada saya kerana takut tak berkesempatan masuk ke generasi yang keempat.

Saya juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Razak (Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) dan masih ingat Tun Razak adalah pelopor kepada pembangunan luar bandar.Instrumen paling berkesan ialah Felda itu sendiri.

Tan Sri sedia maklum bahawa Felda berdepan pelbagai kemelut. Apa cabaran pertama yang Tan Sri lihat dan rasa perlu diperbaiki?

Senang sahaja sebenarnya Felda ini. Pada saya, yang nak dikembalikan ialah perasaan kebanggaan dan warga Felda itu sendiri pada institusinya.

Peneroka umpamanya, terjamin kerana pendapatan bergantung pada harga komoditi. Malaysia dari segi kedudukan pembangunan dan kemajuan kelapa sawit memang tidak boleh ditandingi.

Kita mempunyai kepakaran dari segi benih, cara nak jaga cara nak bangunkan kelapa sawit dari segi konsep pertanian itu memang agronomi, yang sememangnya tak boleh ditandingi. Jadi dari segi peneroka, keselamatan mereka dari segi hasil daripada kebun mereka memang terjamin.

Hanya mereka (peneroka) terasa apabila kalau di kedai kopi berjumpa dengan kawan-kawan yang bukan daripada rancangan Felda, ditanya apa dah jadi dengan Felda? Mereka nak menjawab pun susah kedudukan itu.

Dari segi peneroka, urusan tanaman itu dikatakan berjalan dengan baik, hanya dalam keadaan yang saya lihat, dengar cerita dan saya diberi tahu dalam keadaan saya sebagai ahli parlimen dengan rakan-rakan di peringkat parlimen ialah adanya kegelisahan dari segi institusi dan organisasi Felda itu sendiri.

Dari segi kepincangan, Insya-ALLAH saya rasa boleh lakukan. Kita laksanakan apa yang patut dibuat, kepakaran, pengalaman dalam organisasi Felda sudah pun sudah terbentuk sekian lama.

Pengalaman mereka (pegawai-pegawai) dibawa dalam pengurusan kepimpinan pengurusan masyarakat ditambah baik lagi dengan keadaan dan keperluan generasi yang kedua. Generasi yang ketiga, bukan luar biasa bagi negara kita.

Sebenarnya masalah ini bukan satu masalah yang unik. Yang terjejas, adalah  semangat peneroka dan kebanggaan mereka terhadap Felda.

Tapi, mesti ada sebab hingga timbul persepsi begitu dalam kalangan peneroka? Boleh Tan Sri jelaskan lagi?   

Itu sebahagian daripadanya. Tapi saya rasa apa yang telah berlaku ialah seperti mana yang kita pun baru saksikan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) umpamanya menahan beberapa pegawai tertinggi Felda. Antaranya melibatkan bekas pengarah besar itu sendiri dan timbalannya, juga beberapa pegawai lain, kerana menunjukkan bahawa memang sebenarnya ada berlaku kepincangan. Ia menimbulkan keresahan yang dirasai oleh warga Felda itu terutama bila ada yang bertanya 'Eh apa pasal Felda ni tak macam dulu?', 'Macam mana soal pembayaran ni lewat?', 'Macam mana perhatian daripada kami dah kurang dan apa cerita-cerita semua ini?' Cerita-cerita soal perbelanjaan soal beli hotel, soal beli perniagaan dan sebagainya. Apa pasal duit itu pergi ke sana?

Lagi satu apabila timbulnya salah faham. Orang sering salah faham terhadap FGV. Ada rakan saya yang juga ahli perniagaan terkemuka tanya saya, kenapa FGV beli hotel di London dan ketika itu saya sudah menjadi Pengerusi Felda.

Saya jawab, bukan FGV yang beli tapi Felda. Jadi kalau orang yang begitu memahami perniagaan pun susah untuk bezakan Felda dan FGV, apatah lagi warga peneroka dan masyarakat.

Pada dia Felda buat FGV kena. FGV buat Felda, kena. Mereka tak boleh beza walaupun ada pemisah antara FGV dan juga Felda. Tapi London Property tu Felda punya. Dia ada beberapa harta di London dan salah satunya ialah hotel yang dimiliki oleh Felda.

Saya tak pasti kedudukannya di London. Ada beberapa lagi harta dan bangunan yang juga dibeli oleh Felda tetapi melalui anak syarikat nya Felda Investment Corporations (FIC).

FGV hanya terlibat dengan perladangan dan juga memiliki semua kilang dan juga kilang penapis yang dulu milik Felda. Pengangkutan dan juga bahagian penyelidikan dan sebagainya, letakkan di bawah FGV.

FGV pula terkena tempiasnya dan tambah lagi sebagai sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa  Malaysia. Bila terkena tempias, keyakinan pula hilang. Jadi sebab itu semasa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, tawarannya ialah hanya untuk Pengerusi Felda, dan saya rasa ini tindakan yang baik, masa yang sesuai untuk kita memisahkan di antara FGV dan juga Felda.

Felda hari ini hanyalah soal kebun-kebun sawit dan getah peneroka Felda dan termasuk jugalah syarikat seperti tekno plant yang mengurus dan membantu dari segi tanaman, pembajaan dan pengurusan ladang kebun mereka. Apa yang dipanggil sebagai FIC tu ialah sebuah syarikat yang melakukan pelaburan di dalam bidang-bidang perniagaan dengan tujuan untuk mengembalikan dan memberi keuntungan yang memberi pulangan balik kepada Felda. Dalam keadaan inilah kita lihat adanya kepincangannya.

Felda ada penguasaan lebih 20 peratus dalam FGV. Maknanya kita merupakan pemilik saham yang terbesar. Jadi kita ada minat kepada FGV dan sudah tentu kita ingin FGV berjaya.

Satu cara kalau kita nak tengok pelaburan dalam FGV berjaya, ia harus dipisahkan. Sebab itu saya punya mandat ialah kepada Felda dan juga kepentingan Felda ialah untuk melihat FGV itu berjaya.

Jadi, bila dipisahkan dua organisasi ini, insya-ALLAH, saya rasa kita boleh bermula ke arah meningkatkan keyakinan antaranya kepada masyarakat pelabur yang berminat kepada FGV.

Kita (Felda) tumpukan balik pada peneroka. Soal sosio ekonomi mereka sebagai sebuah masyarakat termasuklah kepada generasi kedua atau generasi ketiga.

Memang ini kekuatan kita. Kita kena faham kita ini manusia, jadi manusia itu dia bila berkhidmat di dalam sebuah organisasi, kita perlu didorong juga oleh semangat.

Berbalik pada tangkapan beberapa hari lalu dan kebetulan ini kes pertama secara besar tangkapan oleh SPRM melibatkan Felda. Secara kebetulan juga ia terjadi sewaktu Tan Sri berada di kerusi ini. Mungkin ada yang beranggapan ini tindakan daripada Tan Sri. Jadi apa penjelasan Tan Sri?

Sebenarnya tidak. Bila berlakunya kepincangan itu dalam pengurusan tertinggi Felda, Lembaga Pengarah Felda sebenarnya telah pun bertindak, menyoal dan menyiasat sehingga tertubuhnya juga jawatankuasa.

Telah dibuat pengauditan kewangan, audit secara undang-undang kepada kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan bawah kepimpinan dan pengurusan Felda ketika itu. Antaranya siasatan ke atas projek ikan sturgeon, projek yang melibatkan dengan pihak Korea dan sebagainya.

Maknanya bahawa di peringkat dalaman Felda pada 2014 sudah bermula penyemakan dan penyiasatan terhadap pengurusan tertinggi Felda. Tapi oleh kerana mereka pengurusan tertinggi Felda, ia menjadi lambat untuk bertindak. Felda melalui lembaga pengarahannya mampu mengambil tindakan dalaman sehingga pengarah besar yang berkenaan diberhentikan dan dipindahkan kepada agensi kerajaan yang lain. Akhirnya dia sendiri mengambil cuti tanpa gaji supaya tidak dilihat sebagai mengganggu siasatan. Itu di peringkat lembaga.

Itu memang sudah berlaku. Pada 2016 pula Ketua Audit Negara membuat siasatan kepada aktiviti-aktiviti Felda susulan keraguan dan persoalan serta tindakan daripada pihak dalaman Felda itu sendiri.

Apabila Laporan Audit Negara dibentangkan, pihak SPRM pun masuk dan memulakan penyiasatan. Kemuncaknya ialah apabila tokoh-tokoh dan individu-individu ini ditahan oleh SPRM untuk meneruskan penyiasatan. Maknanya pada peringkat dalaman itu pun dah bermula awal, bukan kerana saya. Tapi adalah suara-suara sinis yang mengatakan adakah Shahrir ini dihantar oleh Datuk Seri Najib untuk menjadi mata-mata?

Mungkin orang luar tak nampak, tetapi lebih baik. Cuma proses pembersihan itu berlaku ketika saya mengambil alih jawatan ni. Jadi tak adil kalau kita kata ini pengerusi lama punya hal.

Berbalik pada ternakan ikan sturgeon ada beberapa perkara yang tak betul diluluskan, dan dibuat pembayaran. Seorang pegawai tertinggi itu setakat mana kuasa dia boleh menjangkau kuasa lembaga pengarah punya keputusan atau bagaimana? Sebab kalau begitu keadaan, adakah ini sahaja kes sebegitu, atau mungkin ada lagi yang kita tak tahu?

Bukan tak tahu, kita dah tahu. Sebenarnya dah ada penyiasatan dari segi dalaman Felda itu sendiri. Cuma tindakan itu lambat, kerana ia membabitkan pengurusan tertinggi. Dia juga ada aura dan kuasa dia sendiri, juga mempunyai pembantu-pembantu dia dari segi pentadbiran.

Jadi sebab itu kalau kita tengok pada penangkapan oleh SPRM, bukan seorang, turut serta timbalan pengarah besar juga. Uniknya jawatan Timbalan Pengarah Besar dia diambil secara kontrak.  

Dia bukan daripada susun lapisan akan datang yang layak memegang jawatan itu. Dia diambil sebagai kontak dan pengarah besar yang melantiknya sebagai timbalan mengikut kuasanya. Tetapi, timbul persoalan sama ada lembaga dimaklumkan atau sama ada sedar atau tidak tentang kewujudannya. Itu juga menimbulkan pertanyaan.

Dalam keadaan di mana seorang pengerusi itu memberi tumpuan pada Felda, dia juga jaga FGV, FIC semunya dia jaga. Kadang-kadang, kita boleh diperkotak-katikkan oleh pengurusan setiap organisasi yang kita terajui. Pasal banyak sangat 'kita' dalam itu.  Dan kita pun boleh jadi keliru. Pengerusi duduk di tiga tempat.

Jadi bila jawatan pengerusi ini bukan satu jawatan yang eksekutif, tentunya bergantung kepada pengarah besar dan pengurusan yang lain. Dan apabila bukan sepenuh masa menumpukan perhatian, mudah untuk kita diselewengkan dan diberi maklumat yang salah.

Ini satu kaedah pengurusan. Bagi saya, sebagai seorang pengerusi, saya pun tak boleh dengar cakap pegawai, jadi saya kena ada juga punca maklumat yang boleh datang kepada saya.

Oleh itu, saya akan menambah satu unit baharu, dikenali sebagai naziran. Unit naziran terdiri daripada tokoh-tokoh Felda, organisasi Felda, mereka yang pernah berkhidmat lama dalam Felda, mempunyai pengalaman, ilmu, kepakaran bukan sahaja dari segi bagaimana nak tanam sawit dan macam mana nak jaga sawit tetapi bagaimana nak jaga komuniti Felda.

Mereka sebagai orang otai, jadi bila mereka turun ke rancangan Felda, pengurus pun tak boleh temberang, ketua peneroka semestinya dah biasa kenal dengan individu ini.

Ini merupakan generasi pertama dalam Felda yang mempunyai kedudukan tinggi. Mereka golongan  pesara, tapi saya lantik untuk membantu saya, dan juga Ketua Pengarah Besar Felda.

Saya minta kalau ketika menyerahkan laporan, dia bukan hanya hantar pada pengarah besar, hantar juga pada saya. Maknanya tak ada tapisan. Tujuannya, ialah supaya bila mereka turun atau mungkin bila dengar aduan, mereka boleh turun padang.

Mereka mempunyai pengalaman, jadi di bawah tak boleh temberang, atas pun tak boleh temberang. Kadangkala tak perlu tunggu aduan mereka akan melawat. Naziran akan bantu Felda  untuk bawa balik semangat di peringkat pengurusan Felda itu sendiri.

Di bawah kepimpinan Tan Sri adakah penyelewengan ini akan diperangi habis-habisan?  

Saya bukan Superman. Bukan saya sebenarnya. Saya hanya memberi kepimpinan kerana peranan saya sebagai pengerusi.  

Seperti saya kata, Felda ada kemampuannya sendiri, tapi saya nak kena sedarkan organisasi ini agar  jangan takut. Sedarlah! Bangunlah! Awak boleh buat ini semua, Felda ada kepakaran, ada kekuatan, bangunlah!.

Sebagai pengerusi, bukan saya kata saya datang dengan pedang, dan boleh pancung sesuka hati.

Organisasi itu, dalaman itu, hendak bangun dan sedar dia mungkin satu ketika, beberapa tahun dia terkeliru, tak  tahu apa nak buat.

Tapi bila dia dah bertindak, ambil tindakan ia berjalan dengan baik dan sokongan daripada luar sangat diperlukan. Mungkin pengerusi yang lama, cara dia lain sikit.

Sebab itu, saya didatangkan sebagai pengerusi yang baharu. Untuk mengembalikan perasaan yakin itu kepada peneroka Felda.

Saya tak rasa datang sini mesti garang, saya cakap apa yang saya nak lihat, dan saya nak kan balik integritinya, ketelusan perkhidmatan. Buat tugas kita dengan baik, kepakaran kita dah ada, ilmu kita ada pengalaman kita ada kita bantulah tugas kita. Buat tugas kita tolong peneroka dari segi urus kebun mereka.  

Urusan soal komuniti dan soal kelemahan lain, seperti kewangan Felda, saya akan cuba bantu, tetapi kita kena ubah dulu cara yang ketika ini. Selain organisasi Felda, FIC juga bermasalah.

Tumpuan FIC lebih 70 peratus pelaburannya di luar negara. Ada yang tanya, kenapa dia melabur di luar negara? Kenapa melabur juga dalam hotel? Dan macam-macam lagi persoalan lain.

FIC itu harus bijak melabur sebagaimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) lakukan.

Janganlah bertindak pada perkara yang tak pernah dibuat orang. Kita lihat FIC, melabur ke luar negara pun dah menimbulkan keraguan.

Jadi keyakinan itu tidak ada. Tambah lagi bila kita membeli hartanah, macam-macam boleh berlaku, jadi sebab itu, saya minta semua Ahli Lembaga Pengarah FIC letak jawatan. Saya akan susun balik lembaga pengarah dengan diisi oleh mereka yang daripada kerajaan dan juga daripada industri untuk bantu. Mereka memahami soal urus tadbir.

Tetapi, individu yang akan diambil itu sudah dikenal pasti atau tidak Tan Sri?

Bulan depan (Februari), saya umumkan. Saya masih mencari. Mereka sudah tentu daripada kalangan penjawat awam, mereka yang berpengalaman dalam industri pun ada. Daripada masyarakat peniaga pun ada. Kalangan profesional juga penting untuk membantu mendapatkan dana.

Kita akan bantu, FIC itu sebagai sebuah syarikat dana pelaburan yang boleh memberikan pulangan pada kepada Felda

Pada pandangan Tan Sri, FIC ini sendiri 'bernilai' ke?

Kita kena jual mana yang dah meningkat nilainya. Ya, kita kena tengok tempat mana yang kita boleh baiki semula. Di bawah FIC, kita ada tiga syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia yang dimiliki oleh FIC.

Jadi nak memulihkan balik imej ini dia kena ada perubahan sedikit sekurangkurangnya perubahan di peringkat pengerusinya dan juga pemisahan antara Felda dan FGV.

Tak ada lah nanti, kita terpalit sama, sedangkan mungkin kepincangannya

berlaku di FIC atau masalahnya dekat Felda itu sendiri. Ia saling berkaitan kerana FIC dan Felda dia punya pengurusannya agak sama.

Sebab itu saya nak betulkan FIC dengan lembaga pengarah yang baharu, yang lebih profesional dan boleh menyumbang kepada FIC dan syarikat

pelaburannya seperti di Amcorp, Iris dan Barakah.

Berbalik pada soal pembelian Ladang Pt Eagle High Plantation di Indonesia, apa yang mendesak sangat untuk kita beli?

Saya bersetuju kepada pembelian itu kerana melihat ia sebagai satu pelaburan.

Pelaburan utamanya kita beli sebahagian yang besar, 37 peratus dari segi saham dan bila saya tengok balik kepada ladang ini, pada pukul ratanya usia pokoknya telah mencecah usia tujuh tahun.

Bila pokok sawit ini tujuh tahun, dia dah mula masuk kepada apa yang kita panggil sebagai matang tua.

Jadi, bila dia punya hasil itu masuk ke tujuh tahun, lapan sampai kepada 20 tahun, dia punya hasilnya itu memang maksimum. Dia mempunyai kawasan ladang yang besar, 125,000 hektar.

Harga sawit dah naik, harga minyak sawit pun begitu juga dan dah pun berjaya keluarkan banyak hasil.

Ia bertambah kerana dah mula masuk kepada matang. Jadi tahun ini saya rasa hasilnya akan meningkat balik.

Tanaman semula juga berjalan seperti biasa. Mesti Eagle High bayar dividen kerana saya melihatnya sebagai pelaburan, mesti ada dividen.

Jadi ada pulangannya dalam enam bulan yang pertama tahun ini.

Enam bulan yang kedua tentunya kalau harga sawitnya baik saya rasa pulangannya akan kita rasai juga dalam bentuk dividen.

Adakah pembelian itu menggunakan dana kerajaan?

Ya, guna dana kerajaan AS$500 juta. Angka ini juga telah digunakan pembangkang ketika saham FGV dulu jatuh dan kita beli pula yang ini. Ia mungkin akan menjadi modal kempen untuk pilihan raya.

Betul, tapi kalau akhirnya masa pilihannya dah ada pulangan dividen yang munasabah, maka ini peluang yang baik.

Munasabah itu dari segi kos pembayaran balik dan sebagainya. Ia juga

akan melihat adanya peningkatan harga pasarannya apabila pendapatan bertambah. Jadi ini semua berpunca daripada keadaan tentunya harga sawit itu sendiri.

Tan Sri, bagaimana cara yang paling sesuai untuk menerangkan tentang kedudukan kewangan Felda ketika ini?

Sehingga 1956 kerajaan memberi dana, beri peruntukan kepada Felda. Lepas 1956 kita tak lagi menerima peruntukan daripada kerajaan. Kita berdiri sendiri dan kita dah ada kekuatan.

Kita punya kemampuan kewangan. Hari ini masuk umur 60, dah mula kita mintak kerajaan tolong sikit. Tetapi kita masih ada aset-aset yang terkumpul.

Kita menyimpan semasa kuat, dan bila kita berada dalam keadaan yang agak memerlukan kita perlu kepada kewangan (aliran tunai). Kita kena guna aset yang ada untuk pembangunan sosio ekonomi masyarakat Felda. Tapi ada yang mempertikaikan, 'Eh? dulu ini kita simpan, sekarang kenapa jadi begini pula?'.

Dulu kita simpan kerana dulu kita banyak duit, jadi kalau sekarang kita perlu cairkan, kita cairkan.

Aset ini pun, kalau simpan sebagai aset dan sebagai saham harta kita simpan sahaja tak boleh guna. Umpamanya, baru ini kita jual saham Maybank untuk mendapatkan aliran tunai. Apa gunanya saham Maybank, bukan kita nak menguasai bank pun tetapi aset ini dah lama dulu, harganya dah naik, pulangannya dari segi dividen dah kita terima.

Selama ini, kita beli kita simpan, beli simpan. Jadi hari ini kita kena menghasilkan, kita cairkan, kita jual dan kita bukan jual dalam keadaan kerana kita bankrap. Kalau kita bankrap, kita jual rumah yang kita duduk, tetapi situasinya bukan begitu.

Ataupun kita bila dah ada lebih itu kita tukar lah pula dari segi punca pelaburannya, dari kita melabur dalam saham kita melabur pula kepada money market ataupun simpan dengan Bank Islam dan sebagainya sebagai dana-dana Islam. Tidak timbul isu Felda bankrap. Bankrap itu kalau tanya pembangkang.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Wawancara
· News by paktam


Most read story about Wawancara:
Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Wawancara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com