Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang




Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Tiang seri Umno bakal roboh

Muafakat politik haruslah dihormati

Tsunami Mahathir dan Tsunami Hadi saling melengkapi

Mampukah Amanah Bertahan?

Tsunami Hadi bakal gegar PRU14?

Rindu kasih di hujung nyawa

Bolehkan Mahathir dipercayai selepas tumbangkan Najib ?

Kenapa anak muda tidak berminat jadi pengundi?

Racun lama yang masih berbisa

Momentum kedua perpecahan besar Pas
Semua...
Pendapat

RUU333: Apa jadi pada 'rakan baru' Umno?

Harapan mengorak langkah

Mungkinkah Tun Mahathir satu Trojan Horse?

PPBM hilang kuasa rundingan dengan Pakatan

Politik kita politik primitif

DAP perintah Malaysia selepas PRU14?

Pelajar dan telur

Kaji semula syarat baru biasiswa JPA

Baju raya sudah tempah, hutang puasa bagaimana?

PAS tetap ‘cool’, yang kurang cerdik percayakan Umno
Semua...
Penulis Tamu

Itu urusan BN

Umno Sanggup Jilat Ludahnya ...

RUU 355: Hakikat yang membenarkan janji Allah

Pindaan Akta 355 : PAS Bentang !

Peraduan mengarang anjuran Annuar memakan diri sendiri

Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau

Cacamerba Pentadbiran Ekonomi Najib

Bersahabat dengan Lutfi suatu anugerah

Apakah Muhyiddin akan berhenti di tengah jalan?

Terima kasih Tun Fairuz, kita perlu buang rasa curiga
Semua...
Open Artikel

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Antara Debaran, Penghormatan Dan Kejayaan

Harga gula naik: Reda dan pasrahlah!

'Dr M tak bodoh cuma oportunis'

MCA perlu henti layan jerat politik DAP

Helah politik terdesak Tun M

HARAPAN memang kapal buruk menanti karam

‘Mahathir rela diperkudakan DAP asalkan Umno musnah’
Semua...
Kritikan

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Pakatan Harapan makin tiada harapan

Ego antara PAS dan Amanah
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 1253
Members: 0
Total: 1253
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Pru 14, Azmin Belum Tentu MB
Posted on Sunday, February 26 @ 21:49:55 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Wawancara

TAN Sri Abdul Khalid Ibrahim cukup terkenal sebagai tokoh korporat yang sangat disegani sebelum menceburkan diri dalam arena politik dan seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau membawakan budaya korporat dalam pentadbirannya sehingga berjaya melonjak negeri itu dalam aspek ekonomi tetapi ketegasannya ternyata tidak disenangi partinya sendiri.

Akhirnya Abdul Khalid 'terpelanting' keluar kerana tidak lagi berupaya menahan arus deras politik dalam PKR. Beliau menjadi wakil rakyat Bebas dan tempatnya digantikan Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. Sejak itu beliau lama menyepi tetapi apabila MUKADIMAH melihat pelbagai cerita negatif mengenai kepemimpinan Mohamed Azmin timbul, Abdul Khalid mula membuka mulut.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar SURYA BONMA, Abdul Khalid tanpa berselindung mengkritik penggantinya itu khususnya dalam soal urus tadbir negeri yang disifatkannya sangat terdedah kepada ketirisan, sedangkan ketika zamannya, elemen negatif tersebut diperangi habis-habisan dengan menjalankan proses audit secara ketat.

Mingguan: Selepas bergelar wakil rakyat Bebas, ke mana hala tuju politik Tan Sri selepas ini? Apakah kekal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atau tidak?
Abdul Khalid:
Saya bernasib baik dapat menceburi politik dan pada 2008 bukan sahaja dapat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok serta ahli Parlimen Bandar Tun Razak tetapi juga menjadi Menteri Besar Selangor. Dalam politik ini, minat saya adalah kepada soal pengurusan yang telus dan berkeupayaan.

Dalam soal pengurusan ini saya seorang yang telus dengan amanah adalah harta saya. Saya menitikberatkan soal bagaimana kita nak mengurus sumber-sumber negeri dengan cara terbaik, tiada rasuah, cekap serta menguntungkan negeri dan bukannya individu. Saya fikir saya berjaya dalam hal ini dan orang mempercayai saya.

Tapi disebabkan pergolakan dalam parti, saya menjadi wakil rakyat Bebas. Mereka tidak bersedia untuk bekerja mengikut cara saya sedangkan saya berpegang kepada konsep amanah. Kalau kita rasa orang yang kita berhubung itu tidak lagi amanah, maka kita tidak dapat meneruskan kerja secara objektif.

Ke hadapan, saya tidak bercadang lagi untuk menceburi politik kerana saya rasa sudah cukup bernasib. Apatah lagi politik yang ada sekarang tidak sehaluan dengan saya. Sebab mereka anggap kita perlu ada sikap kompromi jika nak hidup dalam politik, mesti ada timbang dan belit tetapi saya tidak sanggup untuk berubah pendirian.

Selepas PRU-14 nanti, saya hanya mahu memberi fokus untuk menyumbang kepada rakyat dan negara melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ertinya saya tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya.

Sokongan diberikan rakyat Selangor kepada Tan Sri dalam Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13) meningkat berbanding 2008, bermakna Tan Sri ada kekuatan tersendiri tetapi mengapa memilih untuk berhenti daripada politik?
Abdul Khalid:
Saya akui sokongan rakyat itu tetapi kita berpolitik ini kena ada parti, kalau saya bergerak sebagai Bebas, saya fikir tidak akan mencapai tujuan politik. Pada masa yang sama, saya juga tidak ingin mengubah tatacara, bentuk atau prinsip hidup yang saya junjung selama ini dari segi pengurusan.

Apabila saya memimpin Selangor, saya menjelaskan kepada parti saya pada ketika itu (PKR) bahawa kalau kita dapat tunjukkan kepada rakyat yang PKR berupaya menguruskan negeri Selangor dengan sangat baik dan bebas daripada rasuah serta salah guna kuasa, rakyat akan percaya dan memilih kita. Tapi mereka (PKR) tak sanggup menunggu. 

Saya beritahu mereka untuk membina kepercayaan, bukan cakap sahaja tetapi kena buktikan setelah melalui masa. Saya buktikan soal ini semasa menjadi Pengurus Besar Amanah Saham Nasional (ASM), prosesnya bukan setahun untuk dapat kepercayaan orang, selepas lima tahun bagi dividen baharulah orang percaya kepada ASN.

Kalau orang percaya kita dapat undi, tetapi tatacara yang dibuat PKR, kita mesti gunakan harta negeri untuk kepentingan politik. Bila kita menang baharulah buat baik. Saya kata, tindakan itu akan buat orang tidak mempercayai PKR. Jadi wujud pertelingkahan dari segi prinsip dan tentu sekali sukar untuk saya bekerja dalam suasana politik begitu.
 

Kelemahan pentadbiran Azmin

Tan Sri sudah meletakkan satu penanda aras yang cukup tinggi terutama dalam soal pengurusan ekonomi negeri tetapi melihat kepada situasi sekarang, selepas Tan Sri meninggalkan kerusi Menteri Besar, di mana kedudukan ekonomi Selangor sekarang?
Abdul Khalid:
Saya rasa kebijaksanaan pengurusan bukan sahaja mesti tahu mengurus sumber negeri, pertumbuhan negeri atau mengumpulkan duit tetapi satu kriteria yang paling besar dalam konsep pengurusan itu ialah menghentikan ketirisan. 

Sebab itu saya sangat menekankan kepada konsep audit dalam pentadbiran saya. Saya dapati Kerajaan Negeri Selangor sekarang sangat terdedah kepada ketirisan. Maknanya tiap-tiap langkah yang dibuat itu tidak tertib dan boleh dieksploitasi untuk ketirisan. 

Mereka tidak disiplin dan tidak teliti dari segi menjaga harta dan kepemimpinan sekarang juga tidak serius dalam memperjuangkan hak negeri.

Malah, saya dapati beberapa ketirisan sudah berlaku kalau diambil kira daripada jumlah kos yang terpaksa dibayar. 

Itu kelemahan yang ada dan boleh jadi ada kepentingan politik di sebalik perkara ini sehingga mendorong keputusan-keputusan tidak tertib itu dibuat. Saya tahu ketirisan sedang berlaku. 

Jika Tan Sri dilihat cukup mesra melayan persoalan ditimbulkan rakyat, Mohamed Azmin pula memperlihatkan watak sinikal jika berdepan kritikan.Boleh ulas mengenai persoalan ini?
Abdul Khalid:
Memang setiap pemimpin cara pengurusannya berbeza. Saya mengutamakan ketelusan, kenapa saya berbuat begitu? 
Sebab saya faham benar bahawa sumber-sumber negeri ini bukan bapa saya yang punya. Ia hak rakyat.

 Jadi bila rakyat tanya, saya kena jelaskan kepada rakyat, kalau tidak dapat jelaskan, saya akan berusaha memperbaikinya.

Pada saya, Azmin ini tiada pengalaman pengurusan. Itu kita tahu. Dari segi mencari untung syarikat, saya ingat boleh jadi ada atau tiada tetapi yang pasti dia tiada pengalaman misalnya sebagai The Best CEO. 
Jadi kita sebagai rakyat perlu memberikan nasihat kepada dia. Selangor tidak beruntung dalam hal itu.

Tapi pada saya, pengalaman itu tidak sepenting dengan amanah. Kalau ada kebocoran di peringkat negeri, persoalannya ialah sama ada orang yang membuat keputusan itu amanah atau tidak? 
Pada saya pengalaman kita boleh dapat, tetapi amanah itu tidak boleh dipelajari sebab ia faktor dalaman setiap pemimpin.
 

Isu caj 20 sen

Mengambil contoh isu caj 20 sen hanya kerana mahu menjayakan kempen bebas plastik, Mohamed Azmin berdegil tidak mahu mendengar keluhan rakyat, apakah begitu corak kepemimpinan yang mendakwa kebajikan rakyat diutamakan?
Abdul Khalid:
Masalahnya ialah penggunaan beg plastik tidak selesai dengan mengenakan caj 20 sen kerana isu utama di sini adalah soal budaya. Penyelesaian kepada budaya mestilah terlebih dahulu mendapat penerimaan rakyat. 

Benar plastik merosakkan alam sekitar tetapi untuk menyelesaikan perkara ini kita perlukan penyelesaian menyeluruh. Bukannya dengan menyakiti hati rakyat. Bukan dengan kita caj 20 sen supaya rakyat marah dan rakyat tidak buat. Itu bukan jawapannya. 

Saya rasa Selangor tidak berfikir panjang dalam hal ini. Saya lihat mereka nak menunjuk kuasa, barang kali jadi Menteri Besar, jadi Exco ada kuasalah tetapi jangan lupa, kuasa terpenting adalah rakyat. Jika rakyat fikir orang ini tidak payah bagi kuasa lagi macam mana?

Dalam hal ini sudah ada rakyat Selangor yang mempersoalkan motif sebenar caj 20 sen, apakah ada kaitan untuk dana politik?
Abdul Khalid:
Saya rasa kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memberi penjelasan, sama ada suka atau tidak suka, mereka perlu jelaskan. Kuasa politik ini sementara. Kalau kita ingat ia hanya sementara, kita kena buat apa yang rakyat minta.
 

Masa depan Kerajaan PKR Selangor dan popularkah Azmin?

Sekarang ini kedudukan politik parti-parti yang membentuk kerajaan negeri dilihat gawat setelah Pas tegas dengan pendirian menolak DAP dan PAN selain bayangan dibuat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengkaji hubungan dengan PKR. Apa implikasi kepada kerajaan negeri?
Abdul Khalid:
Sekarang jelas parti-parti pembangkang berpecah. Saya sendiri pernah ditanya apa akan jadi. Jawapan saya, rakyat akan kelam-kabut. Sudah tentu DAP tak suka Pas dan Pas juga serupa. Hal sama melibatkan PAN.

Apakah Tan Sri menjangkakan Kerajaan PKR Selangor sekarang akan terkubur jika berlaku pertembungan tiga penjuru di negeri ini?
Abdul Khalid:
Itu terpulang kepada keadaan akan datang tetapi hasil kajian di Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas, apabila berlaku tiga penjuru, Barisan Nasional (BN) mendapat kelebihannya. 
Itu kita kena terima hakikatnya. Tapi untuk mengatakan jangan ada tiga penjuru itu bukan hak pembangkang, ia hak parti masing-masing.

Rakyat tidak pernah minta satu penjuru, yang minta ini parti-parti sebab mereka takut kalah. Kalau takut kalau pada saya tak usahlah masuk politik. Bagi Pas, kekalahan itu satu perjuangan, kemenangan adalah bonus tetapi bagi PKR dan PAN, kalau kalah bererti mereka mati. 

Pada Pas risiko kalah bukan risiko yang besar. Jika ditanya pandangan saya, saya percaya PKR belum tentu dapat memimpin Selangor selepas PRU-14 jika berlaku pertembungan tiga penjuru. 
Mohamed Azmin mungkin boleh memenangi kerusi ditandinginya tetapi untuk membentuk kerajaan negeri itu soal lain.

Ketika banyak isu yang melingkari kepemimpinan Mohamed Azmin diperkatakan rakyat, Institut Darul Ehsan (IDE) yang ada kaitan dengan Menteri Besar mendakwa popularitinya meningkat 62 peratus, benarkah begitu?
Abdul Khalid:
Saya pun pernah dapat sokongan tinggi juga dari satu kaji selidik (dalam nada sinikal). Tapi bagi saya itu  cuma untuk public relation sebab kalau gincu itu bagus, hanya nampak lawa jika bibir si pemakainya cantik. 

Pada saya kajian sebegini hanyalah nak tunjukkan kita cantik. Tunjukkan cantik ini tidak akan menyelesai masalah sebab cantik itu pun melalui proses masa.Kalau kita dakwa orang percaya  kepemimpinan kita, itu amat subjektif kerana kepercayaan dalam hati orang, bukan di tangan kita, bila-bila boleh berubah. 

Kalau kita buat kaji selidik hari ini keputusannya bagus, belum tentu esok keputusannya kekal bagus. Tapi kalau sekadar nak memotivasi diri bolehlah. 
Pada saya, mana-mana pihak yang suka menggunakan kaji selidik sebagai public relation untuk politik perlu ambil pengajaran daripada isu Braxit serta Donald Trump dan Hillary Clinton. Keputusan akhir jelas membuktikan kaji selidik awal berbeza sama sekali dengan realiti yang berlaku.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Wawancara
· News by paktam


Most read story about Wawancara:
Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Wawancara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com