Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Tentang boneka yang mengadai negara

Peneroka Felda dibantu, penoreh terbiar

Permatang Pauh , Debat Dan Harapan

Apa pandangan tersirat Dr M kepada DAP?

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten
Semua...
Penulis Tamu

Ijtima' Kelantan 2017 suatu sejarah yang perlu diertikan

Mari Menonton 'UDD' Bersama Saya

Harapan cerah kemenangan 2017

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan
Semua...
Open Artikel

‘Jangan bebankan Najib siapa bakal calon PRU-14'

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 930
Members: 0
Total: 930
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Pindaan Akta 355 untuk basmi industri dosa
Posted on Monday, March 06 @ 16:52:30 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Fokus Isu

Oleh DR MOHD ZUHDI MARZUKI

Kebelakangan ini, sejak kempen untuk memperkasakan undang-undang dan mahkamah syariah digiatkan, terdapat parti politik Muslim, NGO Islam dan tokoh ilmuwan bersikap sinis, malah menentang usaha yang dijalankan. 



Hujah yang mereka kemukakan hampir sama, antaranya, perkara itu (usul pindaan berkenaan) bukanlah keutamaan pada masa kini. Mereka mengemukakan pelbagai isu khilaf dan teknikal termasuklah awlawiyyat, maqasid dan seumpamanya.

Terdapat juga yang melaungkan slogan 'Rahmat Kepada Sekelian Alam', 'Negara Rahmah' dan lain-lain untuk membelakangkan kempen ini. Sedikit sebanyak tindakan mereka menjadi perisai bagi golongan penentang.

Sebenarnya sesuatu yang amat menarik, golongan yang menggunakan argumen dan jargon ini boleh jadi tidak menyedari, pemikiran mereka tentang syariah begitu sempit, malah begitu menebal pengaruh sekularnya.

Mereka hanya melihat undang-undang syariah ini dari kaca mata individu pesalah, tidak dari skop lebih luas iaitu kepentingan masyarakat dan negara.

Lebih daripada itu, mereka memisah-misahkan aspek undang-undang syariah ini dengan aspek lain seperti pendidikan, ekonomi dan industri, sedang kesemuanya amat berkait rapat.

Mereka kemudian mendabik dada (mendakwa) merekalah yang faham falsafah tasyri, keadilan syariah, rahmat Islam dan lain-lain.

Artikel ringkas ini cuba membuka kotak pemikiran golongan ini untuk melihat usaha memperkasakan undang-undang dan mahkamah syariah dari kaca mata lebih luas, sekaligus menjawab beberapa hujah dan jargon yang mereka kemukakan.

Dalam konteks ini, penulis ingin membawa perhatian pembaca kepada isu industri dosa (sin industries), dan bagaimana pindaan Akta 355 ini boleh berperanan besar.

Dengan melihat satu aspek ini sahaja, kita boleh melihat bahawa pindaan Akta 355 ini sebenarnya menjadi keutamaan sekarang, boleh mencapai maksud pensyariatan, menuju keadilan dan lain-lain lagi. Secara langsung ia adalah rahmat kepada semua.

Kemusnahan disebabkan industri dosa

Dalam dunia perindustrian hari ini, pemain industri akan memanipulasi segala aspek yang berkaitan keperluan dan kehendak manusia demi keuntungan mereka.

Satu perkara yang sedang dimanipulasi mereka dan banyak mendapat tentangan terutama daripada golongan sosialis ialah aspek kebajikan. Bagaimanapun, ramai yang tidak memyedari ada satu aspek lain yang juga sedang dimanipulasi pemain industri ini, iaitu aspek keseronokan yang di dalam Islam berkait rapat dengan nafsu syahwat.

Aspek ini telah dijadikan satu komoditi untuk diperdagangkan sehingga pemain-pemain industri untung berlipat ganda, dan ia dikenali sebagai industri dosa.

Kemunculan kegiatan perniagaan dosa seperti ini bukan perkara baru, tetapi kewujudannya dalam bentuk perindustrian boleh dikatakan masih baru dan sedang berkembang. Industri dosa ini meliputi sektor tembakau (secara tidak langsung berkaitan dadah), alkohol, perjudian, seks dan lain-lain.

Di kebanyakan negara sekarang, industri dosa ini dilesenkan sehingga rakyat boleh melanggani produknya dengan melakukan pembayaran. Kerajaan pula menjadikan industri ini sebagai sumber pendapatan bagi menjana kekayaan negara, seperti sektor perindustrian yang lain.

Bagaimanapun kebelakangan ini sudah banyak kajian dijalankan oleh para ilmuwan tentang kesan industri ini terhadap sesebuah asyarakat, malah yang lebih penting, terhadap ekonomi sesebuah negara.

Para ahli ekonomi mulai menyedari kesan buruk yang ditimbulkan industri ini - seperti peningkatan kadar jenayah, kemusnahan struktur sosial, penyebaran wabak penyakit, korupsi dan lain-lain - lebih buruk dan membebankan daripada manfaat ekonomi yang diperolehi.

Disebabkan negara-negara itu terjerumus jauh dengan industri ini, usaha untuk berpusing balik sangat sukar. Apa yang boleh dibuat, hanyalah mengurangkan kesan negatifnya daripada menjadi kian teruk.

Jaringan industri dosa ini di peringkat global akan menimbulkan lebih kebimbangan bagi mereka yang menelaahnya. Kegiatan yang terlibat dalam industri dosa ini saling berkait rapat dan sokong menyokong antara satu sama lain.

Dengan pengertian lain, tembakau, alkohol, seks dan dadah mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain, sehingga apabila jaringan global industri ini terbentuk, ia menjadi ancaman keselamatan yang besar.

Daripada industri dosa ini mempunyai lesen, ia boleh menyebabkan berlakunya kegiatan buruk lebih besar seperti pemerdagangan manusia dan perdagangan dadah.

Kedua-duanya kan membawa pula kepada pasaran gelap senjata api yang akan menyebabkan bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah, malah di sesetengah negara seperti di Amerika Tengah, ia turut mengancam kedaulatan negara.

Sejarah perdagangan candu semasa era penjajahan di beberapa wilayah China menjadi petunjuk tentang kesan akhir industri ini yang boleh berulang semula.

Oleh sebab itu, sebelum industri dosa ini berakar umbi sehingga menjadi lebih parah, langkah untuk mencegahnya perlu diambil, bukan menggalakkannya dan akhirnya akan membina jaringan sehingga ke peringkat global.

Industri dosa di Malaysia

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri dosa di Malaysia, ia sebenarnya telah sampai ke tahap yang sangat membimbangkan.

Terdapat kegiatan-kegiatan industri ini yang berlesen dan terdapat pula yang tidak berlesen. Disebabkan majoriti (sekitar 62 peratus) rakyat negara ini adalah Muslim, sudah tentu mereka menjadi antara sasaran utama pemasaran.

Malah tidak keterlaluan dikatakan, memang masyarakat Muslimlah antara yang ramai terlibat menjadi pelanggan industri ini.

Beberapa kawasan di bandar-bandar utama menjadi terkenal dengan industri ini, sama ada berlesen atau tidak berlesen. Kawasan-kawasan gelap ini turut terkenal sebagai sarang penjenayah.

Tidak dapat dinafikan industri dosa di negara ini terutama yang tidak berlesen - seperti kegiatan seks dan perjudian - telah membiakkan kegiatan gangsterisme yang sudah mula menular ke sekolah-sekolah untuk menjadi pelapis.

Kegiatan gangsterisme ini pula membiakkan perdagangan gelap senjata api di Malaysia. Kumpulan-kumpulan seperti ini diperlukan untuk melindungi kegiatan industri dosa termasuk yang melibatkan pemerdagangan manusia dan perdagangan dadah.

Seperti biasa, kewujudan kumpulan ini turut dikaitkan dengan penyeludupan, rasuah, duit perlindungan, dana politik haram dan lain-lain. Jika tidak dicegah ia boleh meruntuhkan negara.

Kemusnahan negara menjadi lebih cepat jika industri dosa ini berjaya mempengaruhi golongan politik, sehingga mereka boleh mewujudkan dasar-dasar tertentu yang melindungi kegiatan industri ini, selain daripada sogokan kepada golongan politik tertentu.

Dalam dunia akademik, sudah ada ilmuwan yang memperkenalkan istilah politik dosa (the politics of sin) untuk menunjukkan barah yang lebih kronik apabila pemain-pemain industri ini berjaya mendominasikan golongan politik.

Situasi ini sudah berlaku di beberapa negara sehingga diwujudkan undang-undang untuk memberi lesen kepada kegiatan ini, termasuklah penggunaan dadah.

Sekiranya perkembangan industri dosa ini tidak dicegah dan pemain-pemain utama industri ini dibiarkan untuk mempengaruhi golongan politik, tidak mustahil Malaysia turut terjebak dengan kemusnahan disebabkan industri ini.

Malaysia sudah mula menjadi perhatian dunia apabila masalah pemerdagangan manusia dibangkitkan pihak berkuasa negara lain. Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia masih belum "menemui cahaya di hujung terowong".

Sekarang, kes-kes pembunuhan senjata api sudah semakin menjadi-jadi. Kesemua ini dibiakkan oleh kegiatan-kegiatan tidak bermoral di dalam industri dosa yang tidak disedari oleh banyak pihak.

Peranan Akta 355 untuk membasmi industri dosa

Perkembangan industri dosa di Malaysia sememangnya sukar dikawal disebabkan pelbagai faktor.

Antara yang utama ialah demografi penduduk Malaysia yang majmuk. Kemajmukan ini menyebabkan ada kegiatan tertentu dilesenkan - seperti perjudian - dan ada dibiarkan 'bebas' meskipun tidak berlesen atau lesen disalah guna - seperti pelacuran.

Kegiatan-kegiatan ini telah mengayakan pemain industri. Contohnya syarikat perjudian berlesen mengaut keuntungan bebilion ringgit setiap tahun, sementara kaki-kaki judi terus merempat dan keluarga mereka tidak bercukupan dari segi makanan dan tempat tinggal.

Sekiranya tindakan tegas diambil untuk membekukan lesen-lesen industri dosa ini, akan timbul bantahan dari pimpinan bukan Islam termasuk ada yang berlatarbelakangkan agama.

Jika industri ini dibiarkan pula, ia akan merosakkan ekonomi dan sosial masyarakat termasuk yang turut terkesan ialah kelompok masyarakat Islam sebagai golongan majoriti, sedangkan kegiatan-kegiatan ini haram bagi mereka.

Masyarakat Islam digesa menghormati hak masyarakat bukan Islam meskipun kesan buruknya lebih banyak terkena kepada mereka.

Oleh sebab itu, apakah penyelesaian kepada dilema ini? Apakah mahu dibiarkan sahaja kerosakan ini berpanjangan?

Salah satu penyelesaian yang sesuai ialah menggunakan kuasa pengguna yang ada pada umat Islam, iaitu memboikot atau berhenti daripada menggunakan produk industri dosa ini.

Bagaimanapun, ini tidak semudah yang disangka kerana ia berkaitan dengan nafsu syahwat yang amat sukar dibendung.

Industri dosa ini boleh dibendung antaranya dengan menguatkuasakan penyelesaian syariah, kerana hampir keseluruhan kegiatan industri ini berkaitan rapat dengan kesalahan jenayah syariah.

Hukuman jenayah syariah yang bersifat mendidik dan mengekang, merupakan satu khabar buruk kepada pemain industri dosa dan 'tuan-tuan politik' yang melindungi mereka.

Pemerkasaan undang-undang dan mahkamah syariah melalui pindaan Akta 355 ini sememangnya membimbangkan pemain-pemain utama industri dosa.

Mereka akan kehilangan kelompok pelanggan terbesar iaitu daripada kalangan masyarakat Islam. Sekiranya golongan kaki botol, tahi judi, pelaku maksiat, penzina dan seumpamanya dapat dipupuskan dalam kalangan umat Islam, industri dosa ini boleh dibasmi di Malaysia.

Kesannya, keluarga umat Islam lebih kukuh, masyarakatnya lebih sihat dan ekonomi ummah lebih berkat. Oleh sebab itu, pindaan Akta 355 ini sememangnya satu keperluan mendesak jika dilihat dalam konteks industri dosa yang sedang berkembang biak.

Kesimpulan

Berdasarkan teropong khusus kepada isu industri dosa ini, penulis sebenarnya hairan mengapa parti politik Muslim, NGO Islam dan tokoh ilmuwan memandang sinis dan remeh terhadap usaha besar-besaran umat Islam untuk membasmi industri dosa ini?

Parti politik Muslim itu perlu sedar, Islam ini adalah rahmat kepada sekelian alam, tetapi bukan rahmat kepada industri dosa.

NGO Islam juga perlu sedar kita tidak boleh membina Malaysia yang rahmah dengan industri dosa. Manakala ilmuwan Islam yang bercakap tentang maqasid dinasihatkan jangan terjebak untuk memperjuangkan maqasid pemain utama industri dosa ini.

Ayuh kita bersatu memperkasa dan memartabatkan syariah.


DR MOHD ZUHDI MARZUKI ialah pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan anggota Jawatankuasa Pusat PAS.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Fokus Isu
· News by paktam


Most read story about Fokus Isu:
PRU 13 : Pakatan Rakyat berpotensi besar untuk memerintah Johor

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Fokus Isu


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com