Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Tentang boneka yang mengadai negara

Peneroka Felda dibantu, penoreh terbiar

Permatang Pauh , Debat Dan Harapan

Apa pandangan tersirat Dr M kepada DAP?

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten
Semua...
Penulis Tamu

Ijtima' Kelantan 2017 suatu sejarah yang perlu diertikan

Mari Menonton 'UDD' Bersama Saya

Harapan cerah kemenangan 2017

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan
Semua...
Open Artikel

‘Jangan bebankan Najib siapa bakal calon PRU-14'

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 924
Members: 0
Total: 924
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Petanda PAS makin kuat
Posted on Sunday, March 12 @ 22:20:00 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Pendapat

Oleh AZIZ MUDA

MEMASUKI Mac 2017, trend parti-parti politik di Malaysia ternyata semakin pelik. Setiap hari, partiparti pembangkang di tanah air terutama Parti Amanah Negara (PAN), DAP, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) bukan lagi menjadikan Umno-BN sebagai sasarannya, tetapi bertukar arah menyerang PAS.



Pada hal, seluruh rakyat malah seluruh dunia pun tahu, PAS bukan parti yang memerintah di negara ini. PAS hanya parti yang memerintah di sebuah negeri sahaja, iaitu Kelantan. Di peringkat pusat, PAS juga parti pembangkang.

Justeru, tidak hairanlah jika rakyat negara ini menjadi hairan. Ke mana hala partiparti pembangkang di negara ini sekarang. Siapakah yang hendak ditentang oleh mereka, PAS atau Umno-BN? Jika mereka menentang PAS, apa yang mereka dapat? Tampuk pemerintahan negara bukan di tangan PAS, tetapi Umno-BN.

Kenapa pula masing-masing kehilangan punca sedemikian jauh?

Sebelum kemelut itu semakin memuncak sehingga Mac ini, seluruh rakyat negara ini tahu, PAS telah berjaya mencipta beberapa catatan sejarah.

Antara peristiwa penting yang dilakar oleh PAS termasuk mengasaskan dan melaksanakan satu pendekatan politik baharu bagi meroboh trend politik tradisi di tanah air dengan mengetengahkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan PAS pada Muktamar PAS Pusat kali ke-62 pada 1 hingga 4 Jun 2016 lalu.

BPMS yang diperkenalkan PAS itu merangkumi 9 kriteria iaitu Bertunjangkan prinsip; Politik dakwah; Amal makruf nahi mungkar; Fokus penyelesaian Islam; Pertentangan dasar bukan fizikal; Utamakan kepentingan rakyat, kurangkan politiking; Politik aman dan diplomasi; Politik sebenar bukan persepsi; Politik rasional dan profesional.

Menerusi BPMS, PAS mengambil pendekatan bersikap lunak dengan kerajaan. Bersikap lunak dengan kerajaan tentunya berbeza dengan bersikap lunak dengan Umno-BN. Perkara itu tentunya sudah amat jelas bagi mereka yang bersikap rasional.

Bersikap lunak dengan kerajaan tidak sekali-sekali bermaksud PAS berkerjasama dengan Umno- BN, tetapi hanya bekerjasama dengan kerajaan yang memerintah, khususnya dalam perkara yang akan memberikan keuntungan kepada Islam dan  umat Islam atau dalam perkaraperkara yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.

Hasil pendekatan BPMS, PAS turut mencipta sejarah manis apabila berjaya membawa atau membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang- Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan) 2016 atau dikenali sebagai Akta 355 di Dewan Rakyat bagi memperkasakan mahkamah syariah pada 26 Mei dan 24 November 2016 lalu, menerusi Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Selain itu, PAS turut menyertai satu perhimpunan besar bersama pemimpin kerajaan bagi membantu etnik Rohingya di Myanmar yang dizalimi sekian lama di negaranya sendiri. Perhimpunan yang dilakukan atas nama kemanusiaan itu dikenali sebagai Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur pada 4 Disember 2016 lalu.

Lanjutan perhimpunan itu, PAS dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO-NGO Islam di seluruh dunia, dengan diketuai NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di bawah pimpinan Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga Pengerusi Kongres Rakyat, telah berjaya menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar menerusi Food Flotila for Myanmar melalui kapal Nautical Auliya pada Februari lalu, bagi membantu etnik Rohingya yang kini amat memerlukan pembelaan dari umat Islam atau penduduk dari negara-negara lain.

Kesemua sejarah manis yang ditempa oleh PAS itu sememangnya semakin menyerlahkan imej PAS selaku parti yang berjuang untuk kepentingan Islam, sehingga turut terpanggil untuk memberikan bantuan sekadar terdaya kepada manusia di negara lain mengatasi sempadan negara dan politik, sebagai bukti sikap PAS yang menentang sebarang bentuk kezaliman sesama manusia bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di seluruh dunia.

Amat tidak kena, malah menyimpang jauh sama sekali, jika segala usaha murni yang dilakukan oleh PAS itu dinilai sebagai bermotif politik sematamata. Apatah lagi jika dikatakan sebagai bukti perubahan PAS untuk bekerjasama dengan Umno-BN sehingga sanggup menolak parti-parti politik lain dari Pakatan Rakyat yang bersama-sama dalam usaha menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Pada hal, mereka sendiri juga tahu, PAS menyerang Umno- BN setiap hari. Pimpinan dan ahli-ahli PAS tidak pernah tidur dalam melancarkan serangan terhadap Umno-BN, sehingga setiap kesalahan dan tindakan tidak betul yang dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN akan ditegur dengan pelbagai cara, sama ada di Parlimen, menerusi kenyataan, penulisan dan ceramah.

Jika benar PAS akan bekerjasama dengan Umno-BN, tidak mungkin pimpinan PAS akan bersikap demikian kerana ia hanya akan menjauhkan Umno-BN itu sendiri terhadap PAS. Namun realiti itu sengaja tidak mahu dipandang, malah sengaja diputarbelitkan oleh para pemimpin parti-parti dalam PH. Disebabkan terlalu terikut dengan emosi marah kepada PAS yang tidak mahu berkerjasama dengan mereka, mereka sanggup menukar arah muncung senjata daripada kepada Umno-BN kepada PAS.

Dalam masa yang sama, mereka sendiri pula lupa, segala tindakan mereka itu sentiasa di dalam perhatian orang ramai. PAS walaupun diserang oleh mereka tetap tidak hilang arah sehingga sentiasa konsisten menentang Umno- BN, berbanding dengan PH yang sudah semakin hambar menyerang parti memerintah tetapi sentiasa memanaskan keadaan dengan sikap permusuhannya dengan PAS.

Selian itu, mereka juga tahu, keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP pada tahun lalu bukanlah kerana PAS ingin bekerjasama dengan Umno-BN, tetapi kerana sikap DAP sendiri yang tidak tahu menghormati dasar dan perjuangan PAS, sehingga secara terang terangan menunjukkan sikap anti Islam.

Keengganan PAS untuk bekerjasama dengan PAN juga bukan kerana PAS ingin berkerjasama dengan Umno-BN, tetapi kerana kewujudan parti serpihan itu sendiri yang jelas bertujuan untuk menentang PAS, sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan DAP.

Begitu juga dengan keengganan PAS untuk bekerjasama dengan Bersatu, bukan kerana PAS ingin berkerjasama dengan Umno- BN, tetapi kerana perjuangan parti itu sendiri, terutama Penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bukan untuk menjadikan negara ini sebagai negara Islam, sebaliknya ingin terus dikekalkan Malaysia sebagai negara sekular sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN sejak dulu.

Sebagai parti yang telah berusia 60 tahun, berbanding parti-parti dalam PH sendiri yang jauh lebih muda malah sesetengahnya hanya baharu setahun jagung, PAS tetap utuh dengan perjuangannya. Apa pun halangan yang mendatang, PAS pasti akan tempuhinya kerana matlamat perjuangan PAS adalah untuk Islam.

Semakin diserang, PAS menjadi semakin kuat. Setiap hari, ahli PAS bertambah di seluruh negara, berbanding dengan PAN dan parti-parti dalam PH sendiri yang semakin hari kelihatan semakin lemah.

Meskipun didakwa parti mereka semakin kuat, dakwaan yang dibuat hanyalah untuk menutup kelemahan sendiri sahaja kerana realiti yang berlaku tidak pula memperlihatkan pertambahan ahli terhadap parti mereka, sebaliknya semakin ramai yang kembali memihak kepada PAS.

PAS kuat kerana perjuangan PAS untuk Islam. Pimpinan dan ahli-ahli PAS terus kekal istiqamah bersama PAS bukan hanya untuk kepentingan dunia, tetapi lebih utama lagi untuk akhirat. Kekuatan PAS sememangnya tidak dapat dinafikan lagi oleh PH dan juga Umno-BN sendiri, sehingga PAS telah dinilai oleh para pemerhati politik sebagai kingmaker atau parti penentu bagi pembentukan kerajaan di negara ini pada PRU ke-14 nanti.

Justeru kepada rakyat, PAS sememangnya parti yang berprinsip. Pimpinannya tidak sekali-kali akan menukar prinsip dan dasar perjuangannya demi kepentingan dunia.

Ketika parti-parti lain sedang kehilangan arah serangan, PAS terus konsisten menentang Umno-BN kerana terus kekal dengan dasar sekularismenya.

Sedangkan sekularisme itu sama juga sifatnya seperti liberalisme dan pluralisme yang dijadikan landasan sesetengah parti dalam PH yang juga perosak kepada Islam.

Kesemua itu jelas memberikan petanda kepada rakyat bahawa hanya PAS yang mempunyai kekuatan daripada kesemua parti yang ada di negara ini. Dengan kekuatan dan keistimewaan yang ada pada PAS itu juga, rakyat semakin jelas, hanya PAS sahaja parti yang mampu diharapkan oleh mereka untuk melakukan perubahan di negara ini pada PRU ke-14 akan datang bagi menggantikan Umno-BN, berbanding parti-parti pembangkang lain yang semakin kehilangan arah.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Pendapat
· News by paktam


Most read story about Pendapat:
Nizar dititah mengadap ?

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Pendapat


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com