Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Pemimpin PAN kuda tunggangan DAP

Sukarnya berwacana jika bahasa kita berbeza

Faiz Fadzil Ghairah Meludah Ke langit

PAS mesti bertanding 222 kerusi, bukan 100

Memusnahkan Umno/Bn Dari Dalam Atau membaiki Umno Dari Luar ?

Tak mustahil Anwar jadi PM ke-7

Siapa 'Mugabe' Malaysia?

Anwar tak akan jadi PM ke-7

Kiamat Melayu sudah tiba

Mahathir sentiasa benci Anwar?
Semua...
Penulis Tamu

Tempat Umno tak tanding pun PAS tanding

Belajarlah duduk sebelum berlunjur

Sertai Block Saudi - Amerika , Najib Bawa Malaysia Ke Kancah Bahaya

Jangan Ambil jalan Mudah, Jangan Cepat Membuat Kesimpulan

Hubungan PAS-PKR dalam kenangan

BN, SPR. PH dan Gagasan Sejahtera

Anwar wajar bezakan persepsi dan realiti

SPRM perlu meneruskan kerja tanpa sebarang pengecualian

Jangan Tunggu PRU14, Banteras Rasuah Saat ini!

Syukur pembedahan Tok Guru berjaya
Semua...
Open Artikel

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat

Kerajaan Selangor perlu segera singkirkan duri dalam daging

Jangan pilih kawan makan kawan

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu
Semua...
Kritikan

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 389
Members: 0
Total: 389
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Elak hukuman mati bertepatan maqasid syariah
Posted on Wednesday, March 15 @ 22:13:44 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Penulis Tamu

Oleh Nurul Izzah Anwar 

Saya amat sesal dan sayu dengan keputusan penerusan hukuman mati ke atas kedua-dua suspek pembunuh Krishna Rahman.



Jangan dilupa, pengampunan telahpun diberikan oleh keluarga mangsa, makanya mendiang Rames dan Suthar Batumalai yang disabitkan kesalahan membunuh sepatutnya tidak dikenakan hukuman mati, terutamanya bila mengambil kira prinsip yang diamalkan dalam Islam.

Mendiang Rames dan Suthar Batumalai kekal konsisten mengaku tidak bersalah dalam kes ini walaupun Mahkamah Tinggi menetapkan hukuman mati keatas kedua-dua mereka sepatutnya dijalankan pada tahun 2010.

Keluarga Batumalai telah menghantar permohonan pengampunan kepada Jemaah Pengampunan Negeri Sembilan untuk menggantikan hukuman mati ke atas Rames dan Suthar kepada penjara seumur hidup.

Namun, walaupun jemaah pengampunan masih tidak lagi memberi sebarang keputusan dalam kes ini, saudara Rames dan Suthar masih menjalani hukuman mati.

Hukuman mati di Malaysia biasanya dijalankan pada pagi Jumaat, namun pelaksanaan hukuman mati terhadap bukan satu, tetapi dua orang insan pada pagi Rabu ini menunjukkan sifat terburu-buru pelaksanaan hukuman ini.

Pada 2 Mac lalu, keluarga mangsa telah membuat pengakuan dengan memaafkan kedua-dua pesalah dan merayu agar hukuman mati digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup ke atas kedua-dua pesalah.

Justeru, perkara ini berpatutan dengan nilai dan semangat yang dianjurkan oleh Islam demi menegakkan keadilan dan memberi hikmah kepada pesalah.

Dari sudut roh dan semangat, Islam meletakkan asas bahawa memaafkan didahulukan berbanding menghukum. Hal ini merujuk kepada firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 178, ''Pembunuh yang dimaafkan, maka hendaklah dia mengikut cara yang baik''.

Namun, dalam fiqh Islam menambah bahawa setelah memaafkan bagi kesalahan membunuh dari ahli keluarga mangsa, hendaklah disertakan bayaran diyat (denda); iaitu pembunuh yang dimaafkan membayarkan sejumlah wang tertentu kepada ahli keluarga mangsa bunuh.

Prinsip ini berasaskan kepada tujuan (maqasid syariah), iaitu; disamping prinsip penjagaan nyawa, hilangkan dendam dalam hati keluarga mangsa juga merupakan perkara penting disebalik tuntutan ini.

Justeru, dengan keluarga mangsa memaafkan, menyebabkan separuh dendamnya hilang. Lalu diberikan kepadanya sejumlah wang atas nama diyat untuk menghilangkan dendam yang berbaki.

Mengenangkan tujuan syariah ini, sudah pasti isu yang melibatkan pemaafan dari isteri Krishnan Raman bernama Gaury A/P Sveedaran terhadap dua orang pembunuh suaminya, iaitu Rames dan Suthar Batumalai sudah hampir bertepatan dengan kehendak syariah Islam.

Namun, kekurangannya adalah, tidak ada pemberian diyat (atau : denda) sejumlah wang yang diberikan kepada Gaury.

Pun begitu, pemaafan terhadap penjenayah tidak memberi maksud ia dilepaskan dari sebarang hukuman, kerana dibimbangi ia dipandang remeh oleh penjenayah.

Justeru, penjenayah tersebut dikenakan hukuman yang mampu menghentikan dari diulangi kesalahan yang sama, seperti hukuman penjara seumur hidup atau sebarang hukuman yang dilihat wajar oleh kerajaan.

Keputusan untuk mengenakan hukuman mati terhadap saudara Rames dan Suthar Batumalai adalah dikesali. Saya berharap agar kesilapan berkenaan nyawa manusia sebegini tidak berulang lagi.


Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Penulis Tamu
· News by paktam


Most read story about Penulis Tamu:
Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Penulis Tamu


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com