Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang




Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Tiang seri Umno bakal roboh

Muafakat politik haruslah dihormati

Tsunami Mahathir dan Tsunami Hadi saling melengkapi

Mampukah Amanah Bertahan?

Tsunami Hadi bakal gegar PRU14?

Rindu kasih di hujung nyawa

Bolehkan Mahathir dipercayai selepas tumbangkan Najib ?

Kenapa anak muda tidak berminat jadi pengundi?

Racun lama yang masih berbisa

Momentum kedua perpecahan besar Pas
Semua...
Pendapat

RUU333: Apa jadi pada 'rakan baru' Umno?

Harapan mengorak langkah

Mungkinkah Tun Mahathir satu Trojan Horse?

PPBM hilang kuasa rundingan dengan Pakatan

Politik kita politik primitif

DAP perintah Malaysia selepas PRU14?

Pelajar dan telur

Kaji semula syarat baru biasiswa JPA

Baju raya sudah tempah, hutang puasa bagaimana?

PAS tetap ‘cool’, yang kurang cerdik percayakan Umno
Semua...
Penulis Tamu

Itu urusan BN

Umno Sanggup Jilat Ludahnya ...

RUU 355: Hakikat yang membenarkan janji Allah

Pindaan Akta 355 : PAS Bentang !

Peraduan mengarang anjuran Annuar memakan diri sendiri

Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau

Cacamerba Pentadbiran Ekonomi Najib

Bersahabat dengan Lutfi suatu anugerah

Apakah Muhyiddin akan berhenti di tengah jalan?

Terima kasih Tun Fairuz, kita perlu buang rasa curiga
Semua...
Open Artikel

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Antara Debaran, Penghormatan Dan Kejayaan

Harga gula naik: Reda dan pasrahlah!

'Dr M tak bodoh cuma oportunis'

MCA perlu henti layan jerat politik DAP

Helah politik terdesak Tun M

HARAPAN memang kapal buruk menanti karam

‘Mahathir rela diperkudakan DAP asalkan Umno musnah’
Semua...
Kritikan

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Pakatan Harapan makin tiada harapan

Ego antara PAS dan Amanah
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 1248
Members: 0
Total: 1248
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

PKINK pacu ekonomi Kelantan
Posted on Monday, March 20 @ 15:06:40 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Wawancara

Oleh ASLANI M

MUNGKIN tidak ramai perasan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang ditubuh pada 10 November 1969 diasas kerajaan PAS. Pengerusi Lembaga Pengarahnya yang pertama iaitu Dato’ Mohd Asri Muda. Sejak diwujudkan PKINK memain peranan penting bagi merancakkan pembangunan negeri Kelantan.



Malah syarikat Ladang Sungai Terah di Gua Musang, antara syarikat komoditi terbesar di negara ini yang dimiliki kerajaan. Oleh itu bagi melihat dari dekat perkembangan dan peranannya. Ikuti temubual bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail ketika ditemui baru-baru ini.

WARTAWAN: Apa tumpuan diberi PKINK bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi Kelantan?

DATO’ DR WAN ZAWAWI WAN ISMAIL: Kami kini memberi tumpuan memperkasakan lagi bidang keusahawanan. Ia selaras dengan Enakmen penubuhannya sebagai peneraju pembangunan ekonomi negeri. Kita kena tolong orang hendak berniaga terutamanya bumiputera. Kalau kita tengok sekarang, bidang itu agak ketinggalan berbanding sektor lain. Sejak berada di PKINK saya mengemblingkan usaha bagi merancakkan bidang keusahawan dengan tumpuan menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada anak-anak tempatan.

Kita hendak bantu usahawan. Lantaran itu kita banyakkan projek usahawan. Kita juga bersyukur kerana mendapat kepercayaan kerajaan Persekutuan untuk menjalankan program usahawan.

Projek pertama membaik pulih Medan Usahawan berhampiran Stadium Sultan Muhammad Ke IV. PKINK memohon untuk mendapat tangga bergerak (escalator) memandangkan ruang perniagaan di tingkat satu sebelum ini agak suram. Projek kedua, membangunkan usahawan batik di Bazar Buluh Kubu (Bazar Siti Aisyah). Kementerian Kewangan memberi peruntukan untuk memasang lif. Selain itu turut mendapat peruntukan membaik pulih bangunan berkenaan dengan cat baharu. Tingkat empat disediakan khas untuk armalah menjalankan perniagaan. Mereka diberi peralatan lengkap antaranya mesin jahit.

Mungkin PKINK melebar sayap perniagaan ke luar negara?

Mulai tahun lepas PKINK menyertai ekspo perdagangan di luar negara dengan membawa produk dari Kelantan. Tahun ini PKINK merancang membawa batik Malaysia ke Turki pada program ala fesyen. Kita sedang mencari designer yang mampu membawa produk batik ke luar negara. Batik kita sekarang banyak corak monofonus.

Industri batik kita hendaklah diperkasakan lagi sesuai untuk pasaran antarabangsa. Pada ekspo di Dubai tahun lepas batik kita mendapat nombor tiga. Saya mencadangkan batik Kelantan diubah dari segi reka bentuknya. Lebih banyak ruang kosong dengan corak lakaran batik hanya sedikit sahaja. Bagi merealisasikan impian itu PKINK mengambil langkah berbincang dengan pengusaha batik di Kelantan. Produk batik perlu diperluaskan sehingga menjadi kegemaran ramai termasuk di majlis perkahwinan.

Adakah PKINK turut mengintai peluang di China?

Rakyat Kelantan sepatutnya boleh berbangga kerana produk usahawan tempatan kini berjaya diperkenalkan di China. Selain itu ada juga permohonan untuk mengeksport kopi ke Turki.

Sebenarnya kita masih lagi kekurangan supplier yang boleh membekalkan produk dalam jumlah yang besar. Kita pernah menerima permohonan dari Bangladesh untuk mengeksport keropok sebanyak 100 tan metrik sebulan ke negara itu.

Perbincangan diadakan dengan pengusaha keropok, namun tidak ada yang sanggup membekalkan dalam jumlah yang begitu besar.

Usaha PKINK bagi membantu usahawan kraf?

PKINK hendak gerak semula usahawan-usahawan biar lebih kreatif. PKINK juga merancang untuk membuka “Creative Village” dengan menempatkan penggiat-penggiat seni kreatif di satu kawasan. Lokasi seluas dua ekar dicadangkan.

Di situ akan ditempatkan pertukangan kayu, batik, perak dan wau.

Pelancong yang datang dengan bas boleh berhenti di Creative Village. Ia akan dilengkapi tempat mandi, surau dan restauran yang mempunyai pelbagai menu kegemaran rakyat Kelantan.

Sebanyak 10 tempat pertukangan dan 10 lagi tempat pameran produk akan disediakan.

PKINK juga berbincang dengan kementerian berkaitan bagi mewujudkan lebih banyak lagi kios-kios termasuk di masjid.

Tujuannya untuk memberi peluang lebih ramai penduduk tempatan berniaga. PKINK juga menganjur forum kreatif dengan menjemput anak-anak muda yang berminat. Mereka didedah cara-cara hendak berniaga dan menghasil produk secara kreatif.

Model perniagaan yang dirintis PKINK bagi membantu usahawan bidang IT?

PKINK merancang memperkenalkan kreatif IT tahun ini. Ia mengambil model di Kota London, di mana ada anak muda yang berbekal laptop dan alat pencetak boleh mencetak apa sahaja yang dikehendaki pelanggan secara “on the sport.”

Mereka boleh siapkan dalam tempoh yang singkat. T shirt yang dihasilkan itu hanya satu sahaja di dunia. Ia menjadi kenangan sentimental buat semua orang.

Mereka mengguna IT dan kreativiti bagi menjana pendapatan.

Biar pun PKINK mempunyai Icubator, namun belum dapat dimanfaatkan secara menyeluruh.

Kita mencari anak muda yang mahir IT dan mempunyai sikap kreatif untuk diberi tunjuk ajar.

Kita sedia memberi kemudahan peralatan, khidmat nasihat dan mencari pasaran untuk mereka tanpa dibayar gaji. PKINK turut merancang membuka kios pavilion sebagai pusat pengumpulan barang-barang Kelantan di Medan Usahawan.

Kita hendak lahirkan anak muda yang berani meneroka bidang perniagaan baru. PKINK menganjur enam siri IT Kreatif tahun ini bagi memberi pelbagai pendedahan kepada anak-anak muda yang berminat.

Bagaimana pula peluang niaga di Pusat Transformasi Bandar (UTC)?

Di UTC PKINK menyediakan 25 kios dengan kadar sewa sebanyak RM2,000 sebulan. Ia jauh lebih murah berbanding ruang niaga di KB Mall dan AEON. UTC kini menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk menyelesaikan urusan. Kita akan tempatkan 50 kios di situ dengan keutamaan kepada bumiputera Melayu untuk berniaga di tingkat satu hingga tiga. Mereka boleh berniaga tujuh hari seminggu daripada jam 8 pagi sehingga 10 malam. Tingkat empat pula disediakan pusat belia yang lengkap dengan pusat memanah, erobic, gymnasium dan snoker.

Selain itu terdapat juga cafe yang terkenal dengan nasi dagang. Ia diurus Puspanita Kota Darulnaim.

UTC Kelantan antara yang tercantik dari segi reka bentuk berbanding negeri-negeri lain. Bangunan dan tapaknya milik PKINK. Begitu juga pengurusannya sekarang di bawah PKINK. Sebelum ini bangunan itu dikenali sebagai Cyber Bazar.

PKINK membuat pengambilan balik semula lot-lot kedai di situ dengan peruntukan disediakan Kementerian Kewangan.

>> Hotel Ansar sekarang berada di bawah pengurusan PKINK.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Wawancara
· News by paktam


Most read story about Wawancara:
Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Wawancara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com