Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten

Jangan buat Soalan Bodoh ?

Bertaruh semula masa depan bersama Dr Mahathir

Pakatan jelas objektif, Umno-BN yang panik

Anak panah Arjuna di logo HARAPAN
Semua...
Penulis Tamu

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan

Penjelasan Mengenai Perjawatan Yayasan Islam Kelantan

YIK Dan Perjawatan Tetap: Penungguan Tanpa Akhir?

Seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia
Semua...
Open Artikel

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 762
Members: 0
Total: 762
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Tanpa sokongan Pas tidak lemahkan DAP
Posted on Monday, March 20 @ 15:51:27 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Pendapat

Oleh Hassan Mohd. Noor

SEHARI selepas DAP Pulau Pinang melancarkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 tanpa mengharapkan sokongan Pas, semalam, Pas Permatang Pauh pula memutuskan hubungan dengan PKR. Sekurang-kurangnya ia memberi satu tamparan kepada PKR, sekutu utama kerajaan DAP Pulau Pinang.



Sabtu lalu, DAP Pulau Pinang nampak yakin untuk mendapatkan mandat penggal ketiga bagi mentadbir negeri itu. DAP memegang tampuk peme­rintahan Pulau Pinang pada tahun 2008 dan mengekalkannya pada tahun 2013. Parti itu me­lancarkan jentera PRU-14 bertemakan “Menjamin masa depan negeri Pulau Pinang”.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan tema itu sebagai menandakan pengalaman dan pegangan politik DAP bersama-sama parti komponen lain dalam pakatan pembangkang khusus­nya PKR. Rakan baharu ialah PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya: “Sebagai parti peme­rintah selama dua penggal ini, kita telah berjaya membawa per­ubahan yang ketara dan menyediakan satu landasan yang kukuh untuk terus membawa perubahan yang dapat membawa kesejahtera­an dan menjamin masa depan negeri kita. Dengan pengalaman dan kejayaan yang kita peroleh, kita merasa yakin untuk menghadapi PRU-14 yang akan datang dan ingin berusaha bersama semua rakyat negeri Pulau Pinang demi menjamin masa depan negeri kita,”.

Kata ADUN Padang Kota itu lagi, rakyat Pulau Pinang tidak perlu ragu dan gelisah tentang masa depan negeri kerana pentadbiran yang diterajui pakatan mampu membawa kemakmuran dan kemajuan. Menurut laporan Roketkini.com, Kon Yeow (bakal Ketua Menteri jika berlaku sesuatu ke atas Guan Eng) turut menyenaraikan lima visi yang menyentuh mengenai hak keistimewaan negeri, keharmonian dan perpaduan rakyat, urus tadbir yang baik, pembangunan ekonomi serta pembangunan institusi kemasyarakatan dan demokrasi.

Pelancaran jentera pilihan raya DAP di negeri Pulau Pinang itu menandakan keazaman parti untuk menyahut masa depan. Di Pulau Pinang, semangat kesepakatan antara parti pakatan adalah penting. Ketiadaan Pas tidak melemahkan keazaman DAP, sebaliknya membuka peluang untuk mengukuhkan pakatan dengan munculnya PAN dan PPBM.

Begitulah keyakinan parti yang berusia 51 tahun itu dan kini menjadikan Pulau Pinang sebagai kubu kuat roket. Menyelak kembali perjuangan parti itu, ternyata, ia bukanlah sesuatu yang mudah, tidak datang bergolek tetapi semangat DAP yang tidak pernah kenal putus asa akhirnya meletakkan parti itu sebagai peneraju kerajaan Pulau Pinang. Adakah ia mampu menandingi rekod Pas di Kelantan? DAP melancarkan jentera PRU ketika parti itu berhadapan dengan gelora yang melanda termasuk wakil rakyat meninggalkan DAP dan diikuti anggota parti berkenaan. Biar pun isu itu dikaitkan dengan kerjasama DAP dengan PPBM pimpinan Dr. Mahathir Mohamad serta rasa tidak puas hati terhadap ‘dua beranak’ dalam parti itu tetapi ia tidak menjadi ‘kudis’ kepada DAP. Kit Siang dan Guan Eng nampak yakin dengan sokongan anggota parti. Sejak dahulu, DAP bukanlah parti yang suka mencanangkan keanggotaan parti tetapi apabila tiba pilihan raya, sokongan yang diterima mengatasi parti yang mendakwa mempunyai jumlah anggota parti yang ramai.

Cuba selak semula sejarah kebangkitan DAP di Pulau Pinang. Ia dianggap bermula pada tahun 1986 apabila parti itu melalui Projek Tanjong I menang 10 kerusi termasuklah kemenangan Setiausaha Agungnya ketika itu, Kit Siang. Jumlah itu meningkat kepada 14 kerusi pada PRU 1990 melalui projek Tanjong II. Bagaimanapun DAP ‘merana’ selama dua penggal apabila kalah teruk pada PRU 1995 (Tanjong III) dan PRU 2004. Dalam PRU 2004, daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, BN menyapu 38 kerusi dan pembangkang hanya memenangi dua kerusi, ma­sing-masing satu oleh DAP dan Pas. DAP nyaris tidak ada kerusi kerana Phee Boon Poh menang dengan majoriti 607 undi di DUN Sungai Puyu.

DAP tiba-tiba bangkit pada PRU 2008. Ketika itu, kerusi BN bukan saja berkurangan malah gagal untuk mempertahankan Pulau Pinang. BN melalui UMNO hanya memenangi 11 kerusi (daripada 14) berbanding DAP 19 (menang di semua kawasan), PKR 9 dan Pas mengekalkan kubu kuat tunggal di Permatang Pasir. Parti-parti komponen BN (Gerakan, MCA, MIC) tewas sepenuhnya. Hanya UMNO yang masih bernafas. Adakah dalam pusingan ketiga ini, DAP akan terus kekal memerintah Pulau Pinang? Sejauh mana rakan-rakan DAP iaitu PKR, PAN dan PPBM mampu memberi kerusi tambahan semasa PRU akan datang? DAP tidak boleh bersendirian untuk terus memerintah Pulau Pinang kecuali mereka bertanding di kerusi PKR.

Tanpa kompromi, DAP tidak akan melepaskan kerusi yang ditandinginya pada PRU lalu. Kemenangan 19 kerusi dalam dua pilihan raya lalu amat penting dipertahankan. Kedudukan ini juga bergantung kepada sejauh mana sokongan pengundi kepada calon-calon pilihan Gerakan, MCA dan MIC. Begitu juga sejauh mana sokongan penyokong PKR, Pas, PAN dan PPBM. Orang Me­layu sebelum ini menyokong DAP kerana Pas bersama mereka. Kini keadaan sudah berubah. Pas tidak ada apa-apa hubungan dengan DAP malahan sudah wujud tanda-tanda permusuhan yang ketara melibatkan kalangan pemimpin parti berkenaan. DAP meramalkan Pas bakal kalah teruk pada PRU akan datang manakala Pas memberi peringatan DAP akan hilang kuasa di Pulau Pinang.

Cabaran DAP kali ini bukannya mudah apabila Guan Eng selaku Setiausaha Agung merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah pada 30 Jun 2016 dan akan dibicarakan tidak lama lagi. Sedikit sebanyak pendedahan pihak pendakwa melalui saksi-saksi yang akan ditampilkan akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti DAP. Mungkinkah juga berlaku sebaliknya, iaitu mampu menarik simpati orang ramai?

Sebagai kerajaan negeri, DAP sudah tentu mahu mengekalkan 19 kerusinya sambil mengharapkan tidak berlaku perebutan tiga penjuru di kawasan PKR, PAN dan PPBM. Sejauh mana kekuatan PKR di kawasan yang dikuasainya? Adakah tindakan Pas Permatang Pauh memutuskan kerjasama politik dengan PKR akan memberi kesan besar kepada PKR seterusnya DAP? Kesan memutuskan hubungan itu, Pas menuntut kembali hak mereka bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan akan meletakkan calon untuk tiga kerusi DUN iaitu Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Apa yang pasti, pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan khususnya di Permatang Pauh yang akan melibatkan Pas, PKR dan BN. Selama ini, kekuatan PKR bergantung kepada sokongan anggota Pas di kawasan berkenaan. Agak keliru, bagaimana PKR dan Pas akan berterusan menghadapi situasi ini kerana di Selangor, PKR masih mengekalkan kerjasama dengan Pas. Masih terlalu awal untuk melihat percaturan politik ini. Dalam politik, sebarang kemungkinan boleh berlaku.-utusan.com.my






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Pendapat
· News by paktam


Most read story about Pendapat:
Nizar dititah mengadap ?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Pendapat


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com