Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten

Jangan buat Soalan Bodoh ?

Bertaruh semula masa depan bersama Dr Mahathir

Pakatan jelas objektif, Umno-BN yang panik

Anak panah Arjuna di logo HARAPAN
Semua...
Penulis Tamu

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan

Penjelasan Mengenai Perjawatan Yayasan Islam Kelantan

YIK Dan Perjawatan Tetap: Penungguan Tanpa Akhir?

Seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia
Semua...
Open Artikel

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 1025
Members: 0
Total: 1025
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Pemuda Pas punya cara sendiri
Posted on Wednesday, April 05 @ 09:07:59 MYT by tokdalang
Topik Dipaparkan: Wawancara

PERKEMBANGAN politik semasa Kelantan kini memperlihatkan agenda dan ideologi parti dominan iaitu Pas sedang diuji dengan pelbagai desakan rakan pembangkang yang lain.

Namun sayap-sayap utama terutamanya Pemuda itu sendiri ke hadapan bagi memastikan cabaran yang mendatang dapat dilalui dengan perjuangan utuh mereka.

Ikuti wawancara ringkas wartawan Sinar Harian, SITI FATIHAH AWANG bersama Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, NAZMAN CHE IBRAHIM.

Mengikut jawatan Ketua Penerangan Pemuda yang digalas anda kini, sejauh manakah anda menggunakan ideologi Pas dalam memberi pendedahan dan maklumat tepat kepada masyarakat dalam dunia media sosial yang meluas kini?

Sebagai Ketua Penerangan bagi satu sayap pemuda untuk sebuah parti ataupun jemaah Islam, kami amat mementingkan kesahihan dan ketepatan maklumat dalam memberi penerangan ataupun berkaitan dengan dakwah itu sendiri yang amat sinonim dengan pergerakan Islam.

Kita mempunyai cara sendiri, apatah lagi, dalam zaman maklumat di hujung jari kini, segala fitnah, tohmahan, dakwaan yang tidak berasas, ditabur dan disebar secara leluasa dalam media sosial.

Pemuda Islam bukanlah 'musuh kepada teknologi', tetapi sentiasa mencari kaedah bagi memanfaatkan ruang sosial dan komunikasi dengan kebaikan Islam dan dakwah. Bahkan, sekiranya wujud serangan ke atas Pas dan juga ke atas konsep perjuangan Islam itu sendiri, Pemuda dengan penuh etika akan menjawab setiap fitnah itu secara berhemah, berhikmah dan dengan fakta yang tepat. Kami tidak akan membiarkan rakyat terus dibelenggu dengan fitnah dan tipu daya mereka yang cuba memecahbelahkan Pas.

Adakah anda bersetuju, Muktamar Tahunan Pas April ini akan menjadi medan membersihkan saki-baki pemimpin dan ahli Pas yang bermasalah?

Jemaah Islam ini dijaga oleh ALLAH SWT. Pemimpin yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang baik, soleh, berilmu tinggi, bijak dan tajam pandangan siasahnya, serta komited akan azam politiknya.

Adapun, jika wujud pemimpin yang tidak taat, tidak menjaga kerahsiaan parti, yang rela menukarkan prinsip perjuangan dengan habuan dunia, maka sudah pasti para muktamirin (perwakilan) akan membuat keputusan mereka pada akhir bulan April ini.

Sebarang keputusan terletak kepada kredibiliti itu sendiri sama ada mereka masih mahu berada di dalam Pas mahupun tidak. Jika ada yang membuat keputusan untuk keluar parti, mungkin mereka ada masalah yang mungkin memihak kepada keputusan untuk keluar tersebut. Namun yang lain masih istiqamah.

Amanah Kelantan kelihatan semakin agresif menubuhkan cawangan dan memainkan isu untuk menyerang Pas Kelantan, termasuk menubuhkan cawangan di tempat Tok Guru dan menuduh Pas Kelantan lari daripada perjuangan Tok Guru. Tidakkah Pemuda sebagai sayap utama Pas Kelantan berasa terancam dengan perkembangan ini?

Ini cabaran biasa dalam politik. Bahkan, Amanah sendiri, yang terlalu baru dalam arus perdana politik tanah air, akan cuba sedaya upaya, mahu menghidupkan parti mereka, sekurang-kurangnya sehingga detik PRU14 nanti.

Justeru, kontroversi demi kontroversi, persepsi demi persepsi mereka bina dan tanam dalam minda rakyat, untuk merasionalkan kewujudan mereka dalam politik Kelantan.

Walaupun bertubi tubi serangan yang dilancarkan kepada kerajaan Pas Kelantan, namun umum mengetahui bahawa hayat parti serpihan ini tidak akan lama. Ia akan senasib sahaja dengan Parti Akim, Berjasa dan juga Hamim.

Ia ibarat 'ada tapi tiada menambah dan tiadanya juga tiada berkurang'. Dan rakyat Kelantan seperti kita semua sedia maklum, sudah bijak membuat keputusan, contohnya apabila kerajaan negeri diserang habis-habisan sejak puluhan tahun yang lampau oleh BN dan media yang pro BN, namun keyakinan rakyat kepada Pas kekal tidak berganjak.

Mengenai tindakan parti mereka yang kononnya menubuhkan cawangan parti mereka di Pulau Melaka serta berterusan menjaja nama Almarhum, ia telah menimbulkan kemarahan ahli keluarga Almarhum hinggakan mereka telah membuat laporan polis beberapa hari lepas.

Mengapa Pemuda Pas Kelantan menganjurkan ceramah yang menyerang peribadi Datuk Husam Musa? Tidakkah ini menggambarkan ketakutan Pas kepada beliau dan tidakkah ini menunjukkan ketidakmatangan politik Pas itu sendiri?

Ceramah itu bukanlah bersifat serangan peribadi. Ia satu ruang penerangan yang kita sediakan kepada rakyat bagi menilai sebenarnya siapakah yang berdolak dalik dalam isu debat baiah.

Bahkan ia juga adalah maklum balas kami kepada kenyataan beberapa wakil parti berkenaan yang menuduh kononnya Pas takut untuk berdepan dengan Adun Salor itu dalam isu debat baiah ini. Walaupun sebenarnya, perkara sebaliknya yang berlaku.

Dan ini patutnya tidak menjadi polemik tentang dakwaan 'ketidakmatangan' Pemuda kerana pelbagai lagi tajuk Ceramah Mega yang kami anjurkan antaranya isu ekonomi negara, isu skandal proton, isu 1MDB, isu salah laku dan kelemahan tatakelola Umno-Barisan Nasional dalam pentadbiran negara.

Ini menunjukkan betapa warna warni isu dan pendekatan dakwah serta penerangan yang dibawa oleh Pemuda Pas di Kelantan saat ini. Maka tidak timbul kami hanya fokus kepada Husam sahaja.

Bercakap mengenai serangan peribadi, kalau kita boleh undur semula sejurus selepas PRU13, saat di mana Adun tersebut tidak tersenarai sebagai Exco Kerajaan Negeri seperti lazimnya, hinggalah ke saat ini, Adun berkenaanlah yang banyak membuat serangan peribadi ke atas pimpinan Pas khasnya ditujukan kepada Timbalan Menteri Besar sendiri.

Apakah Pas Kelantan berpandangan bahawa ada kemungkinan Amanah Kelantan akan bekerjasama dengan Umno Kelantan sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjatuhkan Pas dari tampuk kerajaan Kelantan?

Bagi Pemuda, mereka telah pun bekerjasama sejak hari pertama kewujudan parti serpihan tersebut di Kelantan. Sama ada mereka sedari, atau tidak sedari, atau sememangnya ia dalam rangka serta pelan mereka sejak awal lagi pun, namun apa yang boleh disebut, kedua-dua parti berkenaan sememangnya bermatlamatkan mahu memusnahkan kerajaan legasi Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Bagi Umno dan BN, inilah masanya, mereka merasakan mampu menawan Kelantan setelah ketiadaan Almarhum Tok Guru, ditambah pula dengan wujudnya parti protes ini. Manakala bagi pihak Amanah, mereka sendiri menyedari kemampuan mereka yang sudah pasti, mustahil untuk memenangi pilihan raya nanti. Ia sekadar bertindak untuk membuat kacau.

Biar BN menang kembali, asalkan Pas tidak terus berada di Kota Darulnaim. Walaupun di peringkat nasional, mereka bercakap berdegar-degar mahu menumbangkan kerajaan BN, namun sebaliknya di Kelantan, mereka sebenarnya sedang membantu BN dalam merampas kerajaan Islam Kelantan.

Amanah banyak memainkan isu negeri seperti tugu peringatan banjir di Kuala Krai. Adakah tuan bersetuju dengan jolokan politik murahan terhadap tindakan yang dilakukan parti itu?

Ya. Bukan sekadar murahan, ia sebenarnya politik fitnah yang jijik lagi menjengkelkan. Tindakan memesongkan pemahaman dan fakta sebenar dalam minda rakyat adalah jenis politik yang langsung tidak meletakkan sisi dosa dan pahala bagi mencapai sesuatu matlamat. Lama-kelamaan, gaya serangan gerila sebegini akan menimbulkan rasa jemu dan bosan rakyat kepada parti mereka sendiri.

Ada beberapa kawasan yang mengusulkan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PKR selepas ini. Bagaimana tuan berdepan dengan penyokong yang menyokong Pas disebabkan PKR, dan menyokong PKR disebabkan Pas.

Bagi saya, di Kelantan tidak wujud mereka yang menyokong Pas disebabkan PKR, kerana ahli dan penyokong Pas sudah sekian lama berada dalam landasan perjuangan ini sejak awal 1990 lagi. Tetapi atas dasar tahalluf siyasi, maka Pas Kelantan memberikan ruang kepada PKR beraksi dalam medan politik tempatan negeri ini walaupun kita sedar mereka parti baru yang kurang akar umbi dan jentera bawahan.

Malah dalam beberapa PRU lampau, jentera pilihan raya Pas lah yang telah membantu calon-calon PKR di seluruh Negeri Kelantan. Jadi, bagi Pemuda, ahli peringkat akar umbi, berhak mencadangkan dan mengusulkan apa pun dalam muktamar di setiap peringkat mengenai langkah politik Pas pada masa hadapan.

Ya benar, kita mahu rakan koliasi yang ikhlas dan jujur, serta paling utama boleh terima dan akur akan prinsip perjuangan Islam yang Pas bawa selama ini. Jangan pula menyokong puak dan parti lain yang terang-terangan menolak dan melawan hukum Islam.

Walaupun kedua-dua pihak (PKR dan Pas) mengakui hubungan masih baik di Kelantan, namun PKR lebih banyak menyertai program anjuran parti lain selain Pas. Apakah tindakan PKR itu memperlihatkan bukti sebenarnya yang Pas dan PKR tidak sefahaman dan bukan mudah untuk duduk sepentas di negeri ini?

Ya, itulah yang berlaku dalam beberapa majlis dan episod politik Kelantan dalam masa setahun ini. Mereka seakan akan tidak menghormati Pas yang sedang berdepan dengan parti serpihan yang disebut secara umum oleh ahli Pas sebagai parti pengkhianat, yang telah membawa pergi banyak kerusi Pas sebelum daripada ini.

Justeru, Pemuda Pas mengingatkan PKR Kelantan agar berhati hati dalam membuat keputusan penting dalam politik negeri ini, bahkan politik nasional yang semakin getir dan kecamuk saat ini. PKR janganlah mencari untung secupak, tetapi rugi pula segantang.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Wawancara
· News by tokdalang


Most read story about Wawancara:
Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Wawancara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com