Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah

Menyanggah tohmahan Amanah bukan parti Islam

Tiang seri Umno bakal roboh

Muafakat politik haruslah dihormati

Tsunami Mahathir dan Tsunami Hadi saling melengkapi

Mampukah Amanah Bertahan?

Tsunami Hadi bakal gegar PRU14?

Rindu kasih di hujung nyawa
Semua...
Pendapat

Tenanglah menulis hujah atau idea anda

'Sumpahan' minyak jana ledakan inflasi M'sia

Undi Pas atau Umno?

Tiada Bukti 100 sebatan itu Efektif Azira Aziz

MB Johor dan gimik-gimiknya

Kemaruk projek tambak laut

Malaymail Tersasar, Cuba Cetus Persepsi

3 kisah timbulkan teori konspirasi politik

Kredibiliti YB Rafizi sangat meragukan dengan tuduhan bersumberkan dengar cakap

Rafizi PKR gagal dedahkan
Semua...
Penulis Tamu

Hishammuddin's New Power: The Dagger is Unsheathed

Agenda Amanah kelantan Dalam Pemerkasaan Undang - Undang Syariah

Taraf PR Zakir Naik bukan bidang kuasa Menteri Kesihatan

Kisah Ali dan Baba serta 1MDB

Rakyat mahu Christina, bukan Lajim

Umno-Pas dolak dalik rakyat bertelagah

Tutup perniagaan masa azan baik

Lim Kit Siang Hilang Kelayakan Moral Untuk Jadi PM

Respect Malaysia

Jam Penerbangan Belum Cukup, Usah Gelojoh Terbang Tinggi - Pusingan Pertama
Semua...
Open Artikel

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Antara Debaran, Penghormatan Dan Kejayaan

Harga gula naik: Reda dan pasrahlah!

'Dr M tak bodoh cuma oportunis'

MCA perlu henti layan jerat politik DAP

Helah politik terdesak Tun M
Semua...
Kritikan

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Pakatan Harapan makin tiada harapan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 519
Members: 0
Total: 519
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Institut Darul Ehsan perkukuh politik ilmu
Posted on Sunday, April 09 @ 11:57:27 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Wawancara

6 April lalu, genap dua tahun penubuhan Institut Darul Ehsan (IDE) sebuah badan pemikir yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain menjalankan kajian-kajian politik, IDE juga mengambil inisiatif membangunkan pemikiran maqasid syari'ah. Bersempena ulang tahun ini, ikuti temu bual Sinar Harian dengan TIMBALAN PENGERUSI/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF IDE, PROF DATUK DR MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN mengenai pencapaian dan perancangan akan datang IDE.

Boleh kongsikan pencapaian utama IDE?

IDE ditubuhkan pada 6 April 2015, selepas penubuhannya diisytiharkan Menteri Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Belanjawan 2015 Negeri Selangor.

IDE ditubuhkan dengan hasrat membantu pelbagai pihak di dalam merangka polisi, hala tuju dan kebajikan bagi membangun kecemerlangan ekonomi, sosio politik, tata kelola kerajaan (good governance) dan kemajmukan masyarakat.

Sejak ditubuhkan, IDE berjaya mengembangkan program-programnya dengan penglibatan 25,546 orang. Program-program IDE terbahagi kepada penyelidikan dan program pendidikan masyarakat.

Apakah objektif IDE menjalankan kajian persepsi politik?

Semua parti politik ingin memenangi pilihan raya. Dalam dunia yang semakin canggih, untuk memenangi pilihan raya, ia memerlukan strategi yang juga canggih. Contohnya, kempen menepati sasaran mikro. Ini hanya dapat dilakukan sekiranya parti dan calon benar-benar faham isu-isu semasa serta profil dan persepsi pengundi.

Kajian persepsi yang kami lakukan menyediakan maklumat tersebut. Survei dan kajian lapangan ini dijalankan bagi dijadikan asas mengukur persepsi rakyat terhadap isu-isu rakyat supaya tindakan boleh diambil segera oleh pihak berkenaan.

Apakah istimewanya kajian politik IDE berbanding kajian pihak lain?

IDE menghormati semua pihak yang terlibat dalam bidang ini. Kekuatan kajian IDE kerana ia dibuat berdasarkan asas-asas empirikal yang multi-disiplin dan kukuh.

Pengalaman saya terlibat dalam kajian survei lapangan sejak di Pusat Demokrasi dan Pilihan raya Universiti (Umcedel), Universiti Malaya dan kini diteruskan di IDE dan Universiti Selangor (Unisel) dengan pengalaman saya menjalankan 24 kajian bersemuka dan hingga kini melibatkan seramai 35,359 orang responden.

Sejak ditubuhkan, IDE menjalankan lapan kajian lapangan dan survei persepsi politik dan isu-isu semasa. Kajian yang dijalankan adalah secara akademik dan saintifik dengan memanfaatkan kaedah-kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif terkini termasuk memanfaatkan kemajuan prasarana teknologi maklumat (IT).

Kajian kami juga menggunakan teknologi terkini. Contoh, penggunaan TAB dan aplikasi perisian IDE E-Survei yang dibangunkan sendiri IDE, digunakan oleh enumerator untuk menemuduga responden. TAB dengan perisian tersebut  dihubungkan ke bilik operasi IDE yang membolehkan survei dipantau.

Pemantauan ini lebih berkesan dengan Unit GIS (Geographic Information System) di IDE. Kepakaran GIS ini, kami manfaatkan untuk membuat pemetaan taburan pengundi dan isu-isu persempadanan.

Selain itu, IDE membangunkan perisian Spera untuk menganalisis data pilihan raya. IDE juga dengan kerjasama Unisel sedang membangunkan Sistem Sentimen Analisis yang kelak mampu menganalisis data besar Big Data Analytic termasuk mengkaji sentimen rakyat di media sosial.

Pengalaman penyelidikan disokong hubungan strategik IDE dengan badan-badan survei lain seperti Lembaga Survei Indonesia (LSI), Habibie Centre Jakarta dan Rajaratnam School of International Studies (RSI) Singapura.

Apakah kesan yang ingin dicapai daripada kajian politik ini?

Survei ini bagi saya adalah satu proses demokrasi kerana mengkaji suara hati persepsi rakyat melalui kaedah saintifik.

Kajian tersebut bakal memberi gambaran landskap persepsi rakyat berdasarkan pensampelan data daftar Pengundi Malaysia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi saya kajian yang dijalankan secara akademik dan saintifik penting kerana ia berasaskan metodologi yang diiktiraf dunia akademik dan antarabangsa.

Dengan wujudnya kajian dan penyelidikan khusus berkaitan survei dan analisa memahami persepsi rakyat, maka ini membantu pembuat dasar atau pelbagai pihak buat keputusan tepat setelah ambil kira senario semasa. Kajian seumpama ini mencorak pelan tindakan dan langkah pro aktif menangani isu dan permasalahan rakyat.

Rakyat inginkan demokrasi Malaysia yang matang. Asasnya tentulah pemikiran dan tingkah laku politik matang. IDE bukan hanya menjalankan kajian semata-mata.

Ia digandingkan dengan diskusi-diskusi politik secara ilmiah dan separa-ilmiah yang pelbagai, contohnya, sidang meja bulat, seminar dan latihan.

IDE juga menerbitkan buku politik, contohnya, Membangun Bangsa oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan oleh Prof Siddiq Fadzil, Politik dan Demokrasi: Rachid Ghanouchi dan Politik & Masyarakat Madani. Jadi, pakej IDE ini diharap menyumbang demokrasi matang.

Kita beralih kepada kajian maqasid al-shari’ah. Mengapa IDE menggerakkannya?

Bidang ini berkembang sejak zaman awal kegemilangan Islam oleh tokoh seperti Ibn Ashur, Shaikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Dr Ahmad Raisuni dan ramai lagi.

IDE menggerakkannya kerana dua faktor. Pertama, bagi menerangkan hakikat Islam sebagai agama rahmat untuk semua (Muslim dan bukan Muslim).

Dan kedua, menerangkan bahawa syariah (undang-undang Islam) amat luas dan tidak terhad kepada hukuman semata-mata. Ini dapat membantu dalam menangani isu-isu seperti hudud dan RUU 355.

Apakah pencapaian IDE dalam bidang ini?

IDE menubuhkan Pusat Kajian maqasid al-shari’ah diketuai Pengerusi IDE, Datuk Dr Siddiq Fadzil. Pusat ini menjalankan aktiviti penyelidikan, menganjurkan program untuk khalayak dan penerbitan. Kita anjurkan  seminar antarabangsa, lapan Siri Diskusi Maqasid Al-Shari’ah dan menterjemah buku  maqasid al-shari’ah daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Perpustakaan IDE mempunyai koleksi buku maqasid al-shariah dalam tiga bahasa tersebut yang terbesar di rantau ini. IDE juga usahakan penerbitan 100 istilah Glosari Maqasid Shari’ah untuk manfaat penyelidikan dan kefahaman awam.

Ini sejajar titah Sultan Selangor yang berkenan agar maqasid al-shari’ah diangkat sebagai asas penggubalan dasar kerajaan negeri. Selain itu, kami buat jaringan strategik dengan Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Sheikh Dr Ahmad Raisuni di Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Kami bekerjasama kembangkan maqasid shari’ah bersama Prof Dr Jasser Auda, Maqasid Institute London, IIIT Jordan dan Malaysia serta Rabitah Ulama Jordan dipimpin Sheikh Abdul Rahman al-Kailani melalui penyelidikan serta penerbitan. 

Kaitan maqasid al-shari’ah dengan politik Malaysia?

Rakyat Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen. Maqasid al-shari'ah adalah pendekatan berasaskan kebijaksanaan dalam mencapai tujuan politik yang lebih tinggi.

Contohnya, tujuan lebih tinggi bukan sekadar memenangi pilihan raya, tetapi tatakelola negara yang baik dan mendatangkan nikmat kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Manfaat semua ini untuk semua rakyat.

Hala tuju IDE untuk tahun mendatang?

IDE akan melipatgandakan usaha-usaha mencerdaskan masyarakat agar rakyat Malaysia memulakan suatu tindakan, polisi atau gerak kerja berdasarkan kajian dan penyelidikan ilmiah.

Dengan kehadiran IDE, kami akan berusaha sediakan ruang percambahan idea dan perbincangan strategik menghidupkan demokrasi dan keharmonian masyarakat.

IDE dalam mencapai objektifnya akan melaksanakan strategi AR2P iaitu Analisis, Respons, Pencerahan dan Pencerdasan. Strategi ini digerakkan melalui program penyelidikan, diskusi, persidangan, seminar, bengkel dan penerbitan.

IDE juga ada produk pencerahan masyarakat yang bakal dikembangkan iaitu Akademi Politik, Akademi Kepimpinan Muda dan program mendukung seni dan budaya. Saya yakin, dengan sokongan menteri besar Selangor khususnya dan semua pihak, insya-ALLAH kita dapat mencapainya.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Wawancara
· News by paktam


Most read story about Wawancara:
Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Wawancara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com