Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah

Menyanggah tohmahan Amanah bukan parti Islam

Tiang seri Umno bakal roboh

Muafakat politik haruslah dihormati

Tsunami Mahathir dan Tsunami Hadi saling melengkapi

Mampukah Amanah Bertahan?

Tsunami Hadi bakal gegar PRU14?
Semua...
Pendapat

Sambut Israk Mikraj perlu nafas baru, bukan klise

Sikit - Sikit Syiah, Sikit - Sikit Wahabi

Masjid perlu mesra dakwah

Tenanglah menulis hujah atau idea anda

'Sumpahan' minyak jana ledakan inflasi M'sia

Undi Pas atau Umno?

Tiada Bukti 100 sebatan itu Efektif Azira Aziz

MB Johor dan gimik-gimiknya

Kemaruk projek tambak laut

Malaymail Tersasar, Cuba Cetus Persepsi
Semua...
Penulis Tamu

Arbitrari 1MDB: Runtuhnya 'teori curi' pembangkang

Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?

Sains dan cabaran dakyah pseudosains

Umno Kelantan ada tiga kapten?

Adam Rosly Wajar Lalui Proses Displin Di Peringkat Parti

Hishammuddin's New Power: The Dagger is Unsheathed

Agenda Amanah kelantan Dalam Pemerkasaan Undang - Undang Syariah

Taraf PR Zakir Naik bukan bidang kuasa Menteri Kesihatan

Kisah Ali dan Baba serta 1MDB

Rakyat mahu Christina, bukan Lajim
Semua...
Open Artikel

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Antara Debaran, Penghormatan Dan Kejayaan

Harga gula naik: Reda dan pasrahlah!

'Dr M tak bodoh cuma oportunis'

MCA perlu henti layan jerat politik DAP

Helah politik terdesak Tun M
Semua...
Kritikan

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Pakatan Harapan makin tiada harapan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 832
Members: 0
Total: 832
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

yang Penting RU355 DiSokong Majoriti
Posted on Tuesday, April 11 @ 15:33:08 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Wawancara

PAS baharu sahaja membentang Rang Undang-undang Akta 355 Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat minggu lepas.



Dalam kesibukan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke sana sini berprogram, tidak kurang menjadi sasaran kritikan pihak tidak bertanggungjawab, beliau masih lagi sempat menyantuni para peguam dan sudi diwawancara Harakah pada 7 April lalu usai Majlis Makan Malam LUHAM/JUHAM 2017 di Dorsett Hotel, Putrajaya.

Ikuti wawancara Ketua Pengarang Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB dan Wartawan Senior, IZWAN ABDUL HALIM bersama Tuan Guru mengupas isu RUU355, menjelang muktamar dan langganan akhbar Harakah.

WARTAWAN: Memandangkan kita sudah menghampiri Muktamar PAS Pusat Kali Ke 63 dan juga selepas daripada perbentangan Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 dan serta akan berdepan dengan Pilihan Raya, maknanya Muktamar kali ini adalah Muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya. Jadi, mungkin ada pesanan ataupun pandangan Tuan Guru sendiri terhadap kedua-dua perkara yang penting ini iaitu RUU355 dan juga persediaan perbahasan dalam kalangan perwakilan nanti menjurus kepada Pilihan Raya dan juga RUU355 pada muktamar nanti?*

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG: Pertama mengenai RUU355 ini, alhamdulillah kita telah mencapai satu tahap yang maju ke depan. Kita masing-masing telah melalui susah payah. Kita telah berjaya mengemukakan usul di Parlimen melalui rundingan antara Kerajaan Negeri, Pusat antara kepimpinan PAS Pusat dan pimpinan Kerajaan dengan cara yang matang, sejahtera yang kita uar-uar itu. Berakhir kita mendapat kejayaan mengemukakan usul itu dengan mendapat dokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Islam.

Termasuklah juga kalangan pengamal undang-undang sama ada Jabatan Kehakiman dan Jabatan Peguam Negara. Sehingga draf yang mutakhir adalah bersama melibatkan Pengerusi Lajnah Undang-Undang kita Dato’ Wan Mutalib Embong dan melibatkan Peguam Negara dan anggota-anggota yang lain. Walaupun masih ada halangan-halangan yang banyak, namun kita telah berjaya menyampaikan mesej melalui Parlimen, itu yang terpenting. Adapun dari segi perlaksanaan, kita perlu melalui proses dengan cara yang tidak gopoh insya-Allah.

*Dijangkakan pada bulan Julai nanti akan berlakunya perbahasan, mungkin dalam jangka masa ini, perlu difahamkan kepada ahli dan juga masyarakat di luar betapa pentingnya RUU355. Tapi kita tengok masih lagi ada suara-suara sumbang, terutamanya dari bekas-bekas sahabat-sahabat kita yang pernah bersama dengan kita. Jadi apa pandangan Tuan Guru sendiri?*

Yang penting kita telah berjaya menyedarkan majoriti masyarakat Islam, hanya segelintir sahaja dari kalangan orang Islam yang bersifat prejudis yang kita anggap tidak mengikut proses tatasusila sama ada dari segi undang-undang dan peraturan Parlimen. Apabila kita telah mengemukakan rancangan ini melalui proses demokrasi dan proses Parlimen dengan cara yang betul, namun dapat dilihat melalui perbahasan di Parlimen bagaimana mereka menghalang supaya tidak dibawa ke Parlimen, dengan cara semberono, ini dapat disaksikan dalam Youtube, rakaman-rakaman, bagaimana pandangan itu lebih bersifat semata-mata untuk menghalang peranan ataupun peluang bagi Islam itu dilaksanakan.

Yang penting ialah masyarakat Islam majoriti orang Islam melalui NGO-NGO Islam yang memberi sokongan termasuk jentera kerajaan, daripada mufti-mufti sehinggalah pihak yang lain. Itu sangat menggalakkan. Suara yang Islam ini suara yang terpencil, terpencil sangat. Yang kedua kita juga mendapat respon daripada kalangan bukan Islam untuk membuka pintu perbincangan, kita harap pintu perbincangan ini akan dapat memberi laluan yang baik untuk dijayakan apa yang kita perjuangkan ini.

*Masih lagi ada tanggapan selepas daripada dibentang semalam bahawa kononnya PAS ditipu sekali lagi, sebab tak dibenarkan pula untuk dibahaskan dan dibuat pengundian. Pandangan Tuan Guru sendiri terhadap situasi ini?*

Saya rasa itu adalah merupakan satu perancangan yang diatur, diatur, yang diatur dengan tujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat umum terlebih dahulu, itu sangat penting, khususnya masyarakat Majmuk di Malaysia yang perlu diketengahkan perkara ini. Dan kita tidak gopoh dalam melaksanakannya. Apa yang penting dilaksanakan dengan cara yang betul-betul kematangan.

*Berkaitan Muktamar, mungkin ada pesanan Tuan Guru kepada para perwakilan yang akan bertandang ke Negeri Kedah pada 28, 29 April dan juga 1 Mei nanti. Suasana kali ini adalah sangat berbeza, iaitu satunya Muktamar pemilihan, dan keduanya adalah Muktamar menjelang PRU14?*

Ya, ya. Dari segi Muktamar, walaupun bersifat pemilihan, kita melihat dengan dibersihkan parti kita daripada anasir-anasir yang tidak sihat dan negatif. Saya percaya perwakilan dalam muktamar ini akan lebih matang dan lebih menunjukkan perpaduan dalam parti walaupun kita berbeza pendapat tetapi kita tidak berpecah, ini sangat penting.

Dari segi menghadapi Pilihan Raya Umum, saya yakin dan percaya ahli-ahli di seluruh negara dapat memahami dan menyelami konsep Politik Matang dan Sejahtera yang kita kemukakan. Di mana politik tegang merupakan satu politik yang negatif kepada perjuangan Islam setelah kita mempelajari kegagalan parti-parti Islam di seluruh dunia yang telah berjaya diporak-porandakan oleh musuh. Dan kita telah berjaya mengkonsistenkan parti kita dalam menghadapi isu-isu negara.

*Dalam isu luar negara pula. Sekarang ini kalau kita tengok serangan Amerika terhadap Syria, jadi pandangan Tuan Guru?*

Pandangan saya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa Perang Teluk yang pertama dan siri-siri yang berikut macam saya tulis dalam Harakah supaya masyarakat antarabangsa tidak tertipu sekali lagi dengan propaganda Barat yang mempergunakan orang Islam dan melagakan mereka di antara satu sama lain, apalagi dalam politik (Donald) Trumph yang kita semua tahu dan semua dunia mengutuk dia, menang Pilihan Raya dan kenyataan-kenyataan dia adalah tidak wajar kalau kita tertipu oleh Bush dahulu. Trumph ini lebih parah lagi. Dengan sebab itu kita mengharapkan supaya lebih teliti dalam isu-isu yang dikemukakan. Bahkan serangan dilakukan belum lagi penyiasatan tentang senjata kimia, dilaksanakan dengan betul. Hukuman sudah dilakukan, ini satu tindakan yang tidak wajar.

*Sedikit mungkin pesanan Tuan Guru pada ahli untuk terus memiliki Harakah sebagai medium rasmi dan juga bahan sumber utama kepada mereka, seruan Tuan Guru?*

Menjadi kewajipan kepada ahli-ahli PAS untuk memahami dasar, prinsip dan matlamat perjuangan PAS. Oleh kerana itu ahli-ahli PAS perlu mendapat maklumat daripada parti sendiri. Maka Harakah adalah sumber maklumat sama ada melalui artikel-artikel yang ditulis yang bersifat ilmu dan maklumat, termasuklah pemberitaan yang ditapis oleh parti kita sendiri.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Wawancara
· News by paktam


Most read story about Wawancara:
Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Wawancara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com