Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten

Jangan buat Soalan Bodoh ?

Bertaruh semula masa depan bersama Dr Mahathir

Pakatan jelas objektif, Umno-BN yang panik

Anak panah Arjuna di logo HARAPAN
Semua...
Penulis Tamu

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan

Penjelasan Mengenai Perjawatan Yayasan Islam Kelantan

YIK Dan Perjawatan Tetap: Penungguan Tanpa Akhir?

Seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia
Semua...
Open Artikel

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 969
Members: 0
Total: 969
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Penyataan Pendirian PAS berhubung Skandal 1MDB
Posted on Sunday, April 16 @ 08:04:04 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Artikel

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

DAKWAAN kononnya PAS membisu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah propaganda, cetusan sensasi dan publisiti murahan pihak yang terdesak untuk mencalar kewibawaan PAS. Malah, difitnah pula pimpinan PAS cuba melindungi mereka yang terlibat termasuk Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan menerima imbuhan ‘dedak’ atas sikap itu.



Hakikatnya, ketika banyak pihak tergopoh-gapah, emosi dan tidak memahami isu sebenar, PAS tenang dan paling terkehadapan menanggapi isu serta permasalahan ini secara matang mengikut lunas pentadbiran, perekonomian dan undang-undang yang selaras.

PAS tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terma universal bahawa setiap tuduhan penyelewengan atau salah guna kuasa mesti disiasat secara telus. Setiap penyiasatan mesti dikemukakan bukti, seterusnya dihadapkan kes untuk diadili, di mana tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Sebaliknya, jika wujud kesilapan pengurusan pelaburan dan kewangan atau salah jangkaan pelaburan, maka penambahbaikan dan kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian, serta hak pihak tertentu atau rakyat umum dikembalikan.

Maka di sini disenaraikan sebahagian daripada banyak penegasan pimpinan PAS terhadap skandal 1MDB yang mungkin cuba dibutakan oleh sesetengah pihak untuk menghalalkan persepsi jahat mereka kepada PAS:

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

*24 Julai 2016*
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peringatan agar pihak asing tidak campur tangan dalam siasatan terhadap skandal dana 1MDB. Katanya, kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus serta tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali menggesa supaya dokumen berhubung 1MDB yang ketika ini berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) agar diklasifikasikan semula. Beliau menuntut agar ianya terbuka untuk siasatan.

*21 Julai 2016*
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan parti itu menolak sebarang usaha campur tangan asing termasuk Amerika Syarikat (AS) dalam urusan negara ini. Meskipun demikian PAS tetap memandang serius tuduhan AS kononnya wujud penyelewengan melibatkan 1MDB dan menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes.

*10 Julai 2016*
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berharap rakyat tidak terpedaya dengan laporan dikeluarkan laman sesawang Sarawak Report mengenai 1MDB. Beliau menggesa agar Laporan Ketua Audit Negara yang tulen didedahkan serta tidak tertakluk di bawah OSA, selain merujuk laporan lengkap yang telah disediakan PAC. Pendedahan itu katanya, perlu supaya dapat dibuktikan bahawa laporan oleh Sarawak Report adalah silap.

*31 Mei 2016*
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa komponen BN iaitu MCA dan MIC sepatutnya mengugut untuk meletakkan jawatan ketika Negara berdepan isu 1MDB dan bukannya ugut hendak letak jawatan sekiranya RUU Akta 355 Mahkamah Syariah diterima.

*28 April 2016*
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pelantikan Dato’ Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara mampu menambah keyakinan rakyat terhadap usaha memulihkan kedudukan kewangan negara, terutama dalam menyelesaikan kemelut 1MDB serta bersikap tegas terhadap skandal itu.

*25 April 2016*
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Arul Kanda mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan semua maklumat berkaitan dengan penipuan yang didakwanya.

“Memandang Arul sudah berkali-kali menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan, PAS menyarankan Arul mendedahkan segalanya sebelum beliau berundur. Seeloknya Arul dapat bekerjasama dengan Gabernor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di hari-hari terakhir beliau sebelum bersara untuk merungkai misteri ini,” serunya.

*8 April 2016*
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memohon maaf kepada rakyat secara terbuka kerana membiarkan 1MDB mengumpul hutang sehingga RM50 bilion. Najib juga digesa mengamalkan kepimpinan melalui tauladan iaitu mengambil tanggungjawab penuh terhadap kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai Menteri Kewangan Malaysia pada kadar segera.

*13 Oktober 2015*
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa Suruhanjaya DiRaja diwujudkan bagi menyiasat skandal 1MDB. Kenyataan beliau itu dibuat bersama Presiden Perkasa, Dato’ Ibrahim Ali.

*7 Oktober 2015*
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong penuh saranan Raja-Raja Melayu yang mendesak supaya siasatan ke atas 1MDB diselesaikan dengan cepat. Katanya, dengan desakan itu, kerajaan seharusnya tidak melengah-lengahkan usaha untuk menghidupkan semula pasukan siasatan khas 1MDB. Pasukan itu menurutnya, perlu terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membenarkan mereka menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“PAS mengharapkan pasukan siasatan ini akan melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail meskipun beliau telah bersara dan juga Ketua Audit Negara yang telah menyerahkan laporan audit 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tan Sri Dr Zeti pula diberi kuasa penuh mendedahkan hasil siasatan dari semasa ke semasa seperti ketika pasukan siasatan aktif sebelum dibenamkan,” ujarnya.

*3 Ogos 2015*
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi menggesa isu 1MDB di bawa ke sidang khas Parlimen agar masalah mengenainya dapat terungkai dan telus ke pengetahuan rakyat.

*7 Julai 2015*
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar meneliti dengan cermat kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS, khususnya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan dan Musyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din, berhubung kontroversi 1MDB. Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit bukan bermaksud mempertahankan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebaliknya dengan jelas meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan terhadap Najib.

*5 Julai 2015*
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi menggesa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyaman WSJ dan Sarawak Report serta membuat deklarasi harta anggota keluarganya jika benar dakwaan media tersebut adalah tuduhan.

*7 Jun 2015*
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menawarkan kesediaan PAS memberi ruang kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap mendedahkan isu penyelewengan 1MDB.

*5 Jun 2015*
Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din menyifatkan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa terdapat aliran wang 1MDB bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib, sebagai tidak logik.

*21 Mei 2015*
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bahawa Lembaga Pengarah 1MDB sebenarnya tidak berkuasa tanpa kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Penasihat 1MDB. Katanya, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyalahkan Lembaga Pengarah 1MDB tanpa melibatkan Najib hanyalah jalan pintas Umno mencari kambing hitam.

“Tidak mungkin dapat mempengaruhi Kerajaan Malaysia untuk menjamin bon-bon yang dikeluarkannya tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Mungkinkah 1MDB dapat membeli tanah TRX dan lapangan terbang Sungai Besi pada harga sebegitu murah hanya dengan pengaruh yang dimiliki ahli pengarahnya sahaja? Siapa pun tak percaya.

“Tanpa kuasa dan pengaruh tertinggi di Malaysia, tidak mungkin 1MDB dapat menghimpun hutang sebanyak RM42 bilion daripada pelbagai sumber termasuklah Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” ujar beliau.

*13 Mei 2015*
Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man melontarkan persoalan siapakah sebenarnya pembeli sukuk bernilai RM579.2 juta 1MDB seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli? Beliau turut mempersoalkan di mana dana RM1.5 bilion yang dikeluarkan hasil jualan sukuk oleh 1MDB, yang mana RM920.8 juta disahkan pembeliannya oleh Lembaga Tabung Haji pada Februari 2014. Menurut beliau, dua hari sebelumnya, Tabung Haji mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.

*13 Januari 2015*
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan 1MDB menebus kembali semua dana berjumlah AS$2.318 bilion (RM8.147 bilion) yang dilaburkan di Kepulauan Cayman, sedangkan sebelum ini syarikat itu mendakwa ianya pelaburan yang sangat menguntungkan.

*15 Disember 2014*
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar mendesak Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberi penjelasan dakwaan bahawa 1MDB memohon BNM melanjutkan tempoh pinjaman tidak berbayarnya (NPL).






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Artikel
· News by paktam


Most read story about Artikel:
JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Artikel


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com